Showing posts with label nafsi. Show all posts
Showing posts with label nafsi. Show all posts

Saturday, April 20, 2013

manis karemal

Ramai orang sangka bila kita senyum, kita gembira ,
dan ...
Ramai juga orang sangka bila kita ketawa, kita bahagia.

bestnya karemal, yummy!
*sediakan loyang, panaskan 6 sudu besar gula dalam loyang dan panaskan. Angkat dan keringkan. Kemudian ambil 6 biji telur dan satu tin susu pekat untuk acuan, gaul kacau hingga sebati dan tambahkan sedikit tepung jagung, sikit je ep . Then, tuangkan acuan tadi kedalam loyang. Biarkan dalam 5-8 min, then kukus loyang diatas periuk yang berisi ari bawahnya. About 40-50 min, ready to eat. eh, tunggu, biarkah sejuk sikit @ letak dalam peti ais dulu pun boleh. Then yummy! Bismillah.

"Jemput makan abang" . gurlp =.= Dialog berangan-angan dalam diari hidup masa depan :)))

Friday, April 19, 2013

mencuri masa

Suatu panggilan aku sambungkan kepada ayahanda tercinta dengan niat dihati untuk merestui keputusan yang aku buat. Ternyata debaran dihati punyai maksud yang mendalam. Kusangka, keputusanku yang aku rasa baik dengan niat mungkin apabila aku dapat join and sumbangkan sesuatu kepada persatuan itu dipersetujui dan mendapat sokongan padu darinya. Tapi, Allah mendatangkan satu peringatan lain buat aku.

"Why walid? Im just want to have more experience because once i masuk, mungkin ia dapat mematangkan diri , tak susahlah kak long boleh fokusnya exam ", aku mempertahankan diri. Fuh, aku terfikir jauh. Terkaku, sedangkan ini yang aku mahu .tulah kadang kita rasa nak je lawan and rasa tak puas hati bila sesuatu yang kita mahu, tapi tidak disahut dan disokong oleh ibubapa kita khususnya. Batin remajaku kecawa. Lantas, putusku untuk tidak begitu beria untuk bertanding dalam pilihanraya tersebut. tutup muka masuk pintu belakang sambil mendoakan moga aku tidak menang. dan memang aku kalah.

____________________________ 3 bulan kemudian

Cerita 3 bulan kemudian aku terundi untuk memasuki persatuan kecil pula. Dan tanpa memberi tahu parentsku, lantaklah mencuba ataupun lebih senang takot la and taknak dikecewakan lagi. Siapalah kita kalau arahan ibubapa kita sanggup kita bangkangkan, kan? Aku tekad untuk mencuba. dan memang aku menang. sekadar tipis memasuki gerabak persatuan kebajikan anak negeri di Jordan ini. Mungkin ini antara sumbangan aku secara tidak langsung.

Cerita sedih 3 bulan lalu, kini diganti dengan tugasan aku hari ini. Ternyata what goes my father have told, its comes true. ahhh, betul ke ini semua kerja aku? asyik kena curi masa sahaja kerana keterbatasan yang datang. Benarlah manusia tidak pernah akan rasa akan ada waktu kosongnya , andai aktiviti hariannya tersusun sesungguhnya ia memang penuh . Dan aku merasainya.

Kini aku menjadi pencuri masa. Waktu for study, for persatuan, for minit mesy, for daily life as student, as roomate, as work team, as daie dan paling utama as hamba Allah. moga Allah beri jalan yang terbaik.

tutup laptop la, nak tido! esok nak training karisma, go irbid go.

Saturday, March 16, 2013

#quoted : died

16.3.2013, 1.20 am di Malaysia
15.3.2013, 9.20 pm di Jordan...

Pagi itu aku ke satu konvesyen Syariah anjuran Majlis Mahasisiwa Yarmouk di dewan kindi. Usai sesi pagi, lebih kurang jam 11 pagi aku pulang je sakan kerana konvesyen berhenti sementara memberi laluan untuk solat jumaat.

Pulangku sepeti biasa, memasuki sakan asrama kuning, menaiki tangga dan sampai di bilikku . Kasut ditanggalkan dan pintu dikuak. ahhh, panasnye hari ini, penat. setelah beberapa hari musim sejuk meninggalkan bumi tanah gersang ini, dan sang matahari dengan gembira memunculkan diri.

3 missed call daripada kakak ipar saudara , kak arwa. Kenapa ni? " abah ajis dah tenat" , ringkas penggilan antara kami waktu itu. settelkan sedikit urusan, dan terus ke rumah ajis n kak arwa. 
*************************************************

9 malam, aku call Naemah untuk mengetahui perkembangan pak saudaraku yang sedang tenat. Dan kali ke-2 aku call naemah, "kakak, pokdemang dah tiada" sayup suara adikku. Innalillah, Al-fatihah. 

Aku disini dan mereka semua disana. Doaku moga arwah pokdemang tenang disina, diterima amalannya, dan mudah setiap urusan. kenangan 21 tahun aku menjadi anak saudaranya tetap dalam ingatan biarpun masa kami bersama cuma seketika. moga Allah membalas setiap jasa abang walid aku .

Pagi subuh hari ini, aku terjaga seawal jam 5 pagi. masej demi masej naemah hantarkan kepadaku, setiap urusan jenazah sampai keakhirnya selamat dikebumikan. Yang pergi tetap pergi, namun kita  yang masih hidup ini masihkah bersedia untuk kematian?
Quoted for myself.

moga Arwah Tok, Arwah Tok Daddy, Arwah Uncle Ayob dan Arwah Pok Demang tenang disana. InsyaAllah , kalau diizinkan jumpa di syurga. Ya Allah, rahmatilah mereka.


Setiap yang bernyawa pastikan mati.
Uncle ayoub's grave

Monday, March 11, 2013

petanda apakah?

Semalam dah test1 Iqtisod Ijtimaie. Esok pula test1 subj Tanmiah wa Takhtit. Tulat pula , Tilawah walhifz. Next week pula berbaki 3 test iaitu Bahasa Spanyol , Mathematic Finance dan Masarif Muasarah ! theeeennn =====^^======= merdeka. tapi sekejap jelah.

Tanda apakah? kalau kita baca sesuatu ayat itu berulang-ulang kalinya? erk. mungkin petanda baik ke buruk ye? umm.moga-moga ia baik dan akan baik buat diri ini. then, i will share to you all what i have read everyday when i switch on my lappy and scroll down the fb social network . . .



sambil menadah tangan, dan aku pun
Ameennn Ya Rabbal Allameen :)

Sunday, February 3, 2013

sem 1,tahun 3

Sem 1, tahun 3 dalam kenangan. Result yang allah ganjarkan pun dalam kenangan. Syukur padamu atas peningkatan setelah penurunan sem demi sem yang lalu. Tiadalah kuasa yang mengubah segalanya melainkan kurniaan rahmatmu segalanya.

Aku ceritakan dulu sewaktu sem1 tahun 1 , aku punya result gempak. unexpected that is my result. Allah izin, kurniaannnya. Aku ingat saat itu, saat pengumuman result pertama aku sewaktu di kolej lama, kami berkumpul dalam kelas panjang bersama-sama senior. 5 orang secara bergiliran di panggil ke hadapan untuk diberitahu result sem itu. Oleh kerana slip exam tidak siap lagi, maka yang kami dapat lihat hanyala angka nombor yang boleh diamanati sekelip mata selama 2 minit seorang.

Ahh, dah tiba masa aku ke hadapan. Bismmillah, langkah gagah ke hadapan bersama lima kawanku yang lain, iaitu: anis afi, amira balqis, anis shakiran, afifi dan aku. Aku cume perhatikan mecatit di kertas putih sekadar pointerku dan pangkat yang diperoleh. Lihatku kali ini sambil berkira-kira lagi. "result saya ke tu? " ohh! tak percaya. tak percaya!

Siap! and then terus keluar kelas itu, berlari turun bawah menuju ke surau kecil di aras pertama. Masyaallah! itulah result kau bib! sujud syukur ku panjatkan atas nikmat yang diberikan. terima kasih semua pensyarah yang banyak mendidik diriku yang nakal ini.

Sem demi sem dialalui. sem 2, sem 3 dan sem 4 di Ikip. Aku diuji dan diuji. Sem demi sem jugalah result aku menurun. sedikit dan sedikit menurun. ohh aku tidak mampu lagi untuk menerima semua ini. Apa ujian ini selepas nikmat yang diberikan? 

Suatu hari, aku menangis sambil mengkhabarkan berita duka bagiku itu kepada bondaku. Aku masih ingat. dengan tenang bonda berkata : "Tahniah! bersyukurlah. Ummi tak kesah anak ummi dapat berapa result, yang penting result akhlak kena tinggi." Di sebalik duka ini, sebenarnya ada yang lebih duka andai aku tidak baik result akhlak. Subhanallah! hari itu aku rasakan tamparan hebat. Syukur apa-apa yang diganjarkan Allah. Ada hikmah yang terselit.

Hari ini, saat kita diberi kekuatan, mari kita mensyukuri setiap ujian yang dihadiahkan. :) 
moga Allah redho segalanya. Berkatilah segala ilmu yang diberikan ini, moga iakan menjadi bekalan di akhirat kelak. 

Selamat datang sem2,tahun 3!
how big you are now! ~~

Wednesday, January 2, 2013

# panduan ringkas umrah

Esok 3.1.2013 saya akan memulakan exam final saya untuk sem pertama tahun ke3 di sini. Insyaallah doakan yang terbaik untuk kita semua. Saya tahu, waktu getir begini semua orang akan pulun menghadap buku, study apa2 yang patut, baca nota-nota ringkas dan apa yang patut dihadamkan untuk last minit persediaan. 

Normal la tu, semua orang akan habis- habisan struggle for akhir usaha ini. Tapi saya nak ambil sikit ruang waktu ini. hehe. nak kate malas tak juga. tapi nak kate rajin tu, bukanlah saya orang nya. cuma, mungkin sebab neuron di kepala sudah bagi isyarat untuk rehat sebentar. kasi take five :) sangat take five la kalau dah satu movie dihabesnya. tak kesah la tu.Perkongsian ini saya dedikasi buat semua yang membaca blog ni.

Bagaimana melakukan ibdah umrah?
pertama yang perlu dihadam ialah rukunnya :
  1. Niat berihram
  2. Towaf
  3. Saie
  4. Bercukur / bergunting
  5. Tertib.
Pertama : Niat berihram
Ihram dalam umrah boleh dikatakan berada dalam keadaan yang dilarang untunk melakukan perkara-perkara yang haram. Serta berniat ihram untuk melakukan ibdah umrah. 
" sahaja aku memunaikan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah taala"
Lelaki berihram dengan kain putih dan perempuan dengan pakaian yang menutup aurat. Ihram boleh dibuat di beberapa tempat. Ketika itu, saya dan family berihram di Miqot : Di taif, Qarnul manazil atau Saif kabir. Jauhnya lebih kurang 30 minit dari mecca. Seusai persalinan putih kami sekeluarga bergerak ke masjid di area situ, niat dan solat sunat ihram.
* perempuan dengan pakaian putih @ hitam? secara kasarnya  berihram dengan putih. tapi kebanyakan arab berhitam dengan pendirian mereka. ratanya yang berihram putih hanyalah daripada perempuan asia.

* kami sekeluarga bergerak dari dalam Saudi,ada masa kami selesa dan memilih mengenakan dan berumrah dengan serba hitam. 

Kedua : towaf
Towaf ialah mengelilingi ka'abah sebanyak 7 kali dengan bahu kiri mengiring di sisi ka'abah. bermula dari hajarul aswad, disana ade lampu hijau yang menjadi lampu permulaan untuk towaf. Pusingan sebanyak 7 kali sambil berdoa. Ketika ini perbanyakkan doa, zikir, bacaan alquran. semoga Tawaf kita menjadi saksi pengabdiaan seorang hamba yang lemah ditengah kepadatan jutaan hambanya yang menuju ke Baitukkah dan bukti cinta kita kepada Allah SWT.

Ketiga : Saie
Kemudian selesai towaf, bersaie 7 kali antara bukit safa ke bukit marwah. Jaraknya itu yang memerlukan sedikit perjuangan. bagi kaum lelaki, mereka disunatkan untuk berlari-lari anak antara lampu hijau pertama ke lampu hijau kedua. Sambil berdoa dan berzikir :)
#bukit safa dan bukit marwah tidak setinggi bukit-bukit di Malaysia. ini kerana ia sudah diconstructkan untuk kemudahan jemaah haji dan umrah.

Keempat : bercukur/bergunting
Selesai 7 kali ulang alik antara safa dan marwah,di hujung bukit marwah itu kita melakukan rukun ini. bagi lelaki boleh bercukur rambut dan perempuan cukuplah sekadar guntingkan rambut sekurangnya 3 helai. Ketika itu, umi saya memang sudah bawa letak dalam handbag gunting sebagai persediaan untuk bergunting waktu ini. 
Walid selalu berpesan, tika kami menyelesaikan rukun ini, diceritakan anggaplah kita bergunting ini dan helaian yang digunting ini sebagai tanda kita ingin membersihkan diri dari dosa dan semoga allah memberkatinya.

Kelima : Tertib.
Selesai menurut tiap rukun, maka selesailah umrah. moga Allah menerima umrah kita nanti. Umrah Maqbullah ❤️
Kemudian kita boleh tatap ka'bah kerana disitu ketenangan abadi dan disitu adanya ibadah yang membolehkan kita mendapat pahala.

Saya cuma berkongsi sekadar ringkas berdasarkan apa yang dialui sebulan yang lalu. Disinilah peluang kita untuk beribadah sebanyaknya insyaAllah. Saya juga sarankan, bagi memudahkan proses berdoa untuk membawa buku panduan berdoa bersama-sama. Saya ketika itu berumrah sekadar berdoa apa yang dihafal dan tidak rugi sedikit pun kita memegang buku-buku doa. 

Orang arab sendiri pun saya nampak ada yang membawa booknote sendiri ketika towaf dan bersaie. Ketika itu saya rase sedikit pointless sebab tak bawa apa2 booknote untuk bacaan doa.Cubalah yang terbaik ketika waktu itu kerana kita diberi peluang untuk berada di tanah haram, tempat yang penuh barakah. Saie pula saya terus mengambil quran, membaca dan membaca sambil berzikir dan bermuhasabah. 

Last but not least: saya ucap selamat mengembara buat sahabat IKIPians dan warga IRBID yang akan ke sana habes final ni! moga kembara umrah korang diberkati Allah selalu. Selamat menjadi tetamu Allah :)


cinta hati... ^^


Wednesday, August 10, 2011

berlalu ia pergi

Bismillah...

sudah 1/3 purnama ramadhan meninggalkan kita. berbaki hanya lah 10 hari lagi yang mungkin akan menjadi hari2 indah untuk kita terus menyelami roh ramadhan ini? ataupun sekadar dibiarkan sambil menghitung hari berbaki 20 hari lagi untuk menyambut hari lebaran?


sungguh aku terkesima. 
apa yang telah aku lakukan 10 hari pertama ini? 
adakah amalanku cuma sia2 belaka? 
begitu sahaja masa berlalu detik demi detik tanpa sebarang penambahan pahala ?
cukupkah sejuzu' sehari itu menggantikan kesekian lamanya dalam pembacaan quranku secara berkala ?
atau hanya ingin terus digelar 'budak baik' dihadapan makcik2 di sof solat tarawikh?


Ya Allah, ampunilah dosaku. berilah aku hidayah. 
sungguh ramadhanmu sungguh mulia untuk kau hadiahkan kepadaku,
insan yang penuh dosa ini. 
Namun aku bersyukur maha pemurahnya, terus-terusan memberi aku 
peluang untuk terus aku berdiri menghirup udara segar ramadhan ini.
masih memberi daya dan semangat merasai hangatnya qiam itu.

moga Allah memberkati hidupku, hidup kamu, hidup kita!

bertakbirlah,Allahuakbar!




Friday, August 5, 2011

bersedih dengan jiwa

Bismillah saya mulakan bicara pada  pagi yang hening ini,
Sungguh tiada yang berhak disembah, diabdikan, dihadapkan,
melainkan Allah, tuhan semesta Allam ,
yang megusai galaksi ciptaan nya ini,
Subhanallah...


Hatiku sedih saat ini,
berdebar tahap maksimum di saat ini,
keputusan sem lepas dah keluar,
rata2 naik Pointer, tapi saya...
tak tahu la :(, dan khabarnya semacam menurun,
Ya Allah, Beratnya untuk aku terima semua ini,
berat lagi untuk aku khabarkan pada bonda dan ayahandaku,
Ya Allah, Dugaan ape yang kau susun buat hambamu ini,
serasa darah yang mengalir dalam badanku bernafaskan kekecewaan...
Tiada yang termampu saat ini, terlalu sedih...


bila kamu mahu mekar sang bunga ? ?

Friday, July 29, 2011

upin cakap kat ipin > nak puasa sudaaaa...

niat puasa
versi upin ipin, adik saya said yang amat gemar kartunis ini.
said nak puasa jugak lah tahun ni, nanti dapat duit raya penuh!:)
-janji anak kecil yang mahu berjinak dengan kebaikan-

"Wahai orang-orang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana telah diwajibkan ke atas mereka (orang-orang) sebelum kamu agar kamu beroleh taqwa" (alBaqarah: 183)

"Telah datang kepada kamu bulan yang diberkati Allah. 
Telah difardhukan ke atas kamu berpuasa. Dalam bulan ini dibuka pintu-pintu
SYURGA, dan ditutup pintu-pintu NERAKA, dan SYAITAN-SYAITAN
dibelenggu. Dalamnya ada satu malam yang lebih baik daripadaSERIBU BULAN
sesiapa yang diharamkan KEBAIKAN ke atasnya (dalam bulan ini), 
maka sesungguhnya dia tidak akan mendapat apa-apa kebaikan (di bulan lain)." 
(hadis riwayat imam Ahmad, an-Nasai'e dan al-Baihaqi)

berbilang hari sahaja ramadhan akan menyinggah dalam hidup ini.
Sebulan yang dihadiahkan Allah, saum yang ertinya panas akan menjelang.
Menguji hambanya akan kesanggupan menahan lapar dan dahaga serta dari perkara2 yang terlarang.

2 hari yang lalu, saya mendapat massage:
assalamualaikum.... alfatihah buat POK DE yg telh pergi menghadapi ilahi sebentar xd... sama2lh berdoa moga2 rohnye dicucuri rahmat dan ditempatkan bersma org2 yg soleh.... sebarkn pada seme shbt n shbh... beliau tidak dapat rasakan ramadhan kali ini, moga Allah meredhainya! Allahumma baligna ramadhan!
terkedu! terkejut! Innalillah.... dari aLlah kita datang dan kepadanya kita kembali.
Pok de adalh tukang sapu di sek men saya dulu. tiada yang menduga kematian itu...maka beramallah.


Apabila tiba Ramadhan, bait yang selalu saya dengar ialah...
Anggaplah ramadhan kita tahun ini, seolah2 ramadhan yang TERAKHIR kita!
makanya, baru aku mengerti erti bait tersebut..:)
perlu siap2 nak pergi KL dulu... rindu sama umi ah, tok ki n tok....
*رمضان الكريم*

Thursday, June 16, 2011

bumi itu


BUMI WAKAFAN YANG AKU SENTIASA RINDUI 

Sunday, June 12, 2011

peteh ganu peteh!

minit ke 108 - akhirnya satu lagi gol disumbat oleh alias,pemain bOla 
negeri terengganu menjadikan kedudukan 2-1 kepada pihak lawan.

Tahniah ye!,,cewah tetibe terminat kat bOla. tak pasal2 jadi fan exited tgk bOla.
duduk kat umah tOk punya pasal la. Aura terengganu menjadi2!.hahaa
Almaklumlah aku kan anak jati terengganu, mama n walid pun org ganu.
Cuma kadang tak terbiassa sangat nak cakap ganu. Tak Pandai! heee...

Satu lagi, tO pihak qlate! dOsh ,tahniah jugak! hebat gak tu...
disebabkan kawan aku sorang tu semangat sgt nak sokong negeri dier,
sampai gi terus nak tgk live kat stadium bukit jalil. tut2! kalah!
haha, padan muka kaMoooO!laalalalaaa~ :p



Thursday, June 9, 2011

niqOb itu...

bahagia melihat ramai2 sahant aku sudah berhijrah.
berhijrah ke arah kebaikan yang sememangnya baik
menuju keredhoAan Illahi.
baru2 ini, kawan aku berhijrah memakai niqob@purdah.
sungguh tenang melihat mereka2 ini, suci!
hanya mata menjadi sajian kaum adam. 
dan perhiasan muka yang lain hanya milik dirinya, keluarganya dan Allah.
pernah juga terlintas di hati, bilakah dapat menyarungkan niqOb sepeti mereka2.
Lantas aku bersuara menanyakan perihal ini kepada mak saudaraku,
yang punya pengalaman tersendiri dalam pemakaian sebegini.
jawabnya ringkas:
     [Kuatkan hati + diri + fizikal = lakukan ]
tersedak sebentar, mengapakah sebegitu ya??? tambahnya, pemakaian sebegini,
yang pentingnya lahir dari hati sanubari, tidak berunsurkan riak untuk melihatkan mata 
lunak yang kiut itu, seterusnya mampu menarik minat kaum adam.
Ringkasnya, pemaikan niqOb ini, wajar dengan pembersihan hati yang suci untuk terus 
istiqOmah dan seiring dengan akhlak kita sebagai muslimah.


habib! istiqamahlah kamu pada jalan dakwah ini dahulu.. banyak yang perlu diperbaiki =)

Sunday, June 5, 2011

betapa pentingnya BERAni...

"wOicchhh, sipinya! takot gile. seket agy nak tergeser ngan sebelah ."


" Bib! kan akak da kater bawa kete lek lok la,,pandang depan tu! jangan maen2 oky ."


"eh, saye sayang nyawa saye! sya mahu hidup lagi! "


"??? oPsss....haha, termati ENJEN! haha."
........................................................................................................................................

petang tadi sunggguh penat. penat dengan kerja DnT. Lama sudah aku menyepikan diri.
membawa diri yang lanO nip...Alhamdulillah seharian bersama insan2 yang tersayang,
bersama2 membuat kerja masing2. Esok KAHFI dah mule, makin banyak la tugas aku.
Kem kali ini aku ditugakan menjadi urusetia bahagian tranpOat.
So, tak pacal2 aku kene setia mengurus hal kereta. Almaklumlah orang ade lesen. haha,.

Jadi, tulah antara perbualan aku sepanjang hari ini, mengangkut kawan2 aku dari stesen bas
ke tempat berkumpul. HAha, korang mesty tergelakkan bace bualan diatas?. ada yang masih
mahu naek kereta ngan aku tak?? heee.

Tadek laaa,,actuallly aku aokay jer, cume biase la tu, lesen pun P lagi, terkapai2 di tengah jalan.
tapi aku da berani drive gergasi besa, kereta unser walid n mama itu, Kok senang juga drive unser nip,
gear rendah sahaja,! cewaahhh bajet guler kot niyh.

nak Cerita kat hampa2 sumer, satu kunci bila nak drive ialah BERANI + YAKIN pd diri.
bagi saya, 2 elemen ini cukup penting untuk kita bawa kereta.... dush2! haha
KEyakinan pada diri sendiri , tak kesa besar atau kecil kereta yang kita pandu tuu.

begitu juga keberanian ini, ianya perlu diasah. makin banyak kita bawa kereta, makin berani
kita ini. untuk bib, kalau tak berani macm mana nak mahir. betol tak?? Try untuk terus drive!
namun kadang2 agak banyak kekangan jugak laaaa...hoho. kene pandai tanggung risikO.
ang da most important, berHATI2 di jalan raya. engatlah orang tersayang.
biar lambat, asal selamat,!

dats y arini bib bukak tajuk berani, kiter perlu terus berani. =)

Friday, June 3, 2011

Orientasi kiba 2011

2 hari aku menyepi dari laman sesawang ini, tak dapat nak menghadap komputer selama 2 hari,
terpaksa off kerana menjadi kem Orientasi kiba 2011 di taman pertanian. Student tahun ini hampir
searamai 84 oarang terdiri daripada tajaan Mara dan Yayasan Pahang.
Time pendaftaran di D'Ambassy pun dah nampak family adek2 junior tahun ni, beria jer...So aku
 kene siap dari awal la untuk mengahadapi juniOr yang mungkin lagi hebat. InsyaAallah.
Tahun ini, kiba di D'Ambaassy, sempar bermalam semalaman di sana, tempatnya cukup mewah.
aku terpinga2 jer time masuk rumah mereka semua. Sungguh mewah! satu rumah 6 orang dan ade
3 bilek. cukup selesa! dah la ader aircOnd. tape, aku dOa kalian happy ye semuanya.

Kem Orientasi Kiba, aku bertugas sebagai fasilitator. Kem berlansung selama 2 hari satu malam
di tapak khemah seri cenggal di taman pertanian. Aku ditugaskan menjadi fesi untuk kump satu
 bersama sahabt saya Azmi. aKU hanya mermerhati mereka, sambil mereka semua dilatih oleh
jurulatih yang cukup hebat.terselit jugak kesian pada mereka, bertubi2 kena marah ,
namun ada pengajaran yang tersendiri disebalik kemarahan jurulatih tersebut. Aku tidak mampu
untuk buat apa2, kerana kem orientasi ini, jelasnya mahu mengajar mereka semua nilai tanggungjawab
dalam mengahadapi kehidupan am nya ini....

tadek gambar nak diupload kat sini, sdeyh, tak dek gambar la. ummm....tapi citer je la owp...huhu
okeyh laa, nak Off la dulu. C in da next tme.=)

Monday, May 30, 2011

sungguh aku merindui kamu!


Masa berlalu cukup pantas. Lantas manusia terus dengan urusan masing-masing.
Tak sangka tinggal sehari lagi dia berada di kuantan,
Hajat aku untuk ketemu samanya tidak kesampaian lagi,
Dari hari ke hari, hanya mampu munuggu saat untuk bertemu,
Rinduku pada nya tak tahulaaa,
Orang yang sekepala ngan aku, rindu nyer,,,nak jumpe awak...
dulu, time 
rindu laaa.....kak afifah adila.=)

Friday, May 27, 2011

suka duki sem 2!

pOOooppppp, syukur alhamdulillah...
akhirnya berakhir sudah sem 2,
terasa semua cukup singkat dalam 4 bulan ini, 
semua dialalui bersama.
sekalung perhargaan buat teman teristemewa di sem 2 ini,
teman,2 semester kita sudah bersama,
tinggal 2 semester lagi yang perlu diperuangkan,
sebelum menjejak kaki ke bumi kinanah itu.
sungguh, aku akan merindui sem 2 ini, 
sem yang banyak aku maen2, enJoy2, gelak2,heheee
pasti aku akan merindui kalian.
teringat kenangan kiter bersama di kedai mamak,
weeeeeee,kene nGorat same2,
sampai lah dipertaruhkan , pemenangnya adalaaaahhhhhh...........

ok,semOga ketemu di sem depan pula ya sahabat2 ku,
kita jumpa pada sem hadapan dengan wajah, misi, dan matlamat baru,
mari kita rangka cuti 4 bulan ini dengan pengisian yang bermanfaat.
" masa itu kehidupan" . maka rugilah bagi kamu yang mengsia2kan dengan hanya dengan perkara yang tidak berfaedah.....
nota: 7 hari lagi baki kem KAHFI. ok persiapan mentak dan fizikal semestinya perlu dikumpulkan.=)
salam.
kenangan!

Saturday, May 21, 2011

bahangnya mentari

salam alayk semua pembaca yang budiman...

Berada di mOod exam final,agak mendebarkan,=. 
tapi time malam exam jelah.. habes sumer ditatap,
sehelai demi sehelai akan dibaca.

tapi......
alkisahnyam biler time akhir macm niyh mOod malas melanda,
bermacam2 ragam yang dibuatnya,
buku pun tengok sebelah mata jer,
hilang Mood!
kata ummi: cam ner la nak dpt excellnt dok men2 layan ke malas tu?
sampailah tahap tadi, saya tOnton satu filem,
"hikayat merong mahawangsa"
Sapa yang dah tengok?...
sye ade cOpy, kalu nak, sila emailkan request anda...
(hihiihi,men2 je laaa)..

Namun,
ada hikmah dan mesej yang ingin diketengahkan,(atas pndangan diri),
kuketahui, ianya hanyalah hikayat! hikayat dongeng yang difilemkan,
biasalah melihat manusia mencari rezki masing2...
antara mesej yang dipOint kan...
aku terkesima melihat himpunan cermin itu,
idea yang ,enggabungkan serpihan2 itu, 
bisa memberi pantulan hangatnya mentari tatkala itu.
strategi melawan musuh yang digunapakai mencapai misi nya..
tapi tu lah,santai je la..dan lagi nak tgk videO,,hehe..

ok,sehingga ketemu lagi,=)

note: esOk exam final paper accOunt. Doakan saya, sir saya cakap carry mark agak tak tinggi. sO,gO2 chaiyook 4 tOmorrow, JGN PUTUS ASA.!=) hehe



Saturday, May 14, 2011

exam arOud D cOrner!!


Semoga bejaya dunia akhirat....