Wednesday, February 16, 2022

Sem 1 Phd, bagaimana untuk bermula?

 Catatan ini dituli untuk diriku, semoga terus bersemangat dalam menghadapi pelbangai rintangan selepas ini. Detik untuk siapakan first proposal PhD ini sangat memberi makna dalam hidupku. Ia merupakan satu langkah permulaan untuk yang seterusnya. Dah siap first proposal umpama sudah memulakan perjalanan, dan harapannya perjalanan yang sungguh bermakna ini diberikan kemudahan untuk dilaluli seterusnya. 

Satu semester untuk menghempas pulas mencari sorotan kanyajian lepas. 

Bagaimana cara untuk memudahkan proses ini? Ia tidak semudahnya. Tapi semangat yang ada dalam diri, serta sokongan luar dari suami tercinta, keluarga dan kawan serta yang utama dorongan dan tunjuk ajar daripada SV dan rakan postgraduate yang membuat diri ini terus bejuang dan buat sahaja. Akhir sekali misi kita masih jauh, masih banyak yang perlu dibaiki dan disusun untuk penambahbaikan semuanya. Pray me for the best<3

Sharing untuk perjalanan ilmu saya yang baru bermula, Sesungguhnya pengajian menuntut ilmu ini satu perjalanan yang bukan sahaja untuk sijil tetapi untuk perjalanan kehidupan. Saya share details postgraduate journal yang semoga dapat dimanfaatkan kepada semua adik-adik dan rakan yang sedang belajar: 

❇️ Meeting - Perjumpaan berkala bersama lecturer untuk dapatkan kefahaman dan titik tolak pengajian subjek dan topik kajian. Penting dari situ kita boleh nampak fokus dan objektif untuk kajian.

❇️ Reading - membaca untuk faham tajuk yang dipilih, membaca juga untuk tambah cabang idea dan isi kandungan mengenai topik kajian. Setiap point penting diambil kira untuk garap masuk dalam thesis kita. Bila dah dapat idea, jadi kita mudah untuk proses seterusnya iaitu penulisan.

❇️ Writing - Menulis untuk hasil kerja thesis memang memakan masa. Tulis padam, kadang tulis stuck, kadang tulis banyak salah. Jadi belajar menulis walaupun memakan masa tapi sangat penting untuk hasilkan kajian yang bermanfaat. Seni penulisan biarpun susah tapi kita mesti cuba je lama lama akan biasa.

❇️ Journaling - Menulis jurnal lain dengan penulisan akademik. Bagi saya bila menulis jurnal kita dapat biasakan penulisan tidak formal harian kehidupan yang dapat tingkatkan motivasi diri, ekspresi diri, perbaiki diri, tingkatkan daya diri.

❇️ Editing - Ada part bila Sv tidak setuju dan komen, kita kene edit mengikut guideline yang diberikan. Dah tulis panjang pun kene edit untuk penambahbaikan thesis. Jangan  lupa save setiap kali edit document thesis yang disubmit chapter by chapter. 

❇️ Discussion - Berbincanglah dengan team belajar, berbincang dengan sv untuk dapat maklumat, berbincang dengan family untuk bimbingan moral, berbincang dengan diri supaya kita keep in track. Sebab perjalanan postgraduate ini sifatnya sepi, tiada classmate tapi bila berdikari kita belajar untuk lebih hargai yang ada disekeliling kita yang terus menyokong perjalanan ini. 

❤️💚❤️💚❤️💚❤️💚❤️💚

14 Feb 2022, Alhamdulillah done submit first draft untuk Proposal defence, May allah ease next step dan mudahkan semuanya. Good luck my dear self ✨


#tuntutilmu #phdstudent #phdlife #myphdjourney #unisza #bibphdtrail