Thursday, August 9, 2018

Review : Pulang

Pulang yang dipromosikan sekitar Tv3 banyak memberi emosi penantian dan semangat keinginan untuk menonton filem ini. Menggunakan iklan dan promosi hebat sekitar di Tv3 dan banyak papan tanda menyebabkan filem Pulang ini mempunya aura dan roh yang tersendiri yang ingin disampaikan kepada penonton Malaysia khususnya. Seperti filem titanic namun Pulang hidup dalam kisah cinta yang halal dan sah.

Review : 8.7/10

Genre : Romantik dan sejarah

Sinopsis : Cinta pandang pertama adalah anugerah yang disatukan walaupun darjat berlainan. Uthman seorang nelayan pada mula perkenalan akhirnya berkahwin dengan Che Tom, gadis bandar yang datang ke kampung dengan niat untuk menziarahi mak saudaranya yang sakit.Penyatuan cinta disatukan dengan  perkahwinan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Omar yang sangat sayang pada talian ibubapanya. Disilangi dengan adegan penjajahan Jepun sekitar tahun 1940an telah menyebabkan mereka terpisah, namun Uthman kembali pulang dengan harungan jalan yang perit. 

Demi untuk melihat keluarganya terus kaya dan maju, Uthman menjadi Kelasi Kapal dan terus berlayar dari tahun ke tahun, dari benua ke benua demi mencari sesuap nasi. Penantian kepulangan suami tercinta bertahun lamanya menyebabkan Che Tom berputus  asa dan tertekan kesedihannya menyebabkan satu episod cinta  berlaku. Akhirnya berkahwin lain namun cinta tersebut tidak bersatu. Waktu berlalu dan Uthman memutuskan terus tinggal di Liverpool dan akhirnya pengakhiran hidupnya disitu. 

Cinta yang ada menyebabkan Che Tom berjuang mencari kasih dan sayangnya buat Uthman. AKhirnya dengan bantuan anak dan cucunya, akhirnya ketemu jua jejak pengakhiran hidup Uthman walaupun jarak tanah yang berbeza. Sejarah cinta pandang pertama berakhir dengan episod ketenangan untuk pemergian akhir hidup Che Tom. 

Pengajaran dan menarik:

1. Kesetiaan cinta yang utuh berlandaskan kejujuran dan kasih sayang yang tidak mengira darjat kehidupan walaupun terseksa jauhnya menahan kerinduan. Cinta suami pada isteri yang dimainkan Remy Ishak dalam watak Utman sangat dalam dan setia sehingga dia memutuskan untuk terus bertahan dengan cinta isteri sambil memegang sekeping gambar isteri menjadi peneman kala rindu yang menggunung tinggi. Untungnya Che Tom, ade lagi ke laki camni? hehe :P

2. Cinta membuka pertemuan sejarah hidup mereka. Pertolongan cucu memenuhi permintaan akhir neneknya untuk mengetahui jejak akhir datuknya, Uthman telah menyebabkan usaha sejarah ini dicari. Usaha menyeberang negara dan akhirnya kubur datuknya diketahui dan langsungnya hiduplah sejarah cinta Uthman dan Che Tom setelah dikaji dan dilihat kembali sejarahnya menerusi catatan masa dan temu ramah warga Liverpol dan persatuan melayu disana.

3. Filem arahan Khabir Bathia ini secara peribadi sangat dikagumi. Sistem suara, kualiti gambar dan video, pilihan artis pelakon, jalan cerita semuanya mencapai satu tahap yang memberansang dan kekaguman bagi saya. Walaupun ada sedikit jalan cerita yang agak "melerek dan boleh diskip" namun hasil baik dan sempurna ini saya amat bangga. Tahniah team dan semua yang berjaya mengusahakannya dan tahniah hasil kutipan pecah panggung sehingga satu juta. Syabas!

4. Pulang - bertemu dan tidak semestinya takdirnya bersama. Saya percaya walaupun Uthman tidak Pulang pada saat Che Tom mahukannya, namun mereka pulang dan bertemu disana. Kerana kepulangan yang abadi itu pengakhiran cerita kehidupan yang sebenar. 

Akhir, sebab cerita sejarah walaupun melayu so memang lah tengok. Memang puitis dan rasa nak bersajak je lepas tu, apekaaaahhhh hahahaha. Untung Che Tom ada cinta sejati Uthman walaupun terpisah. aku? dimana cintaku pula ni ? :P

Bibs - 8/9/2018


Image result for sinopsis filem pulang