Showing posts with label review. Show all posts
Showing posts with label review. Show all posts

Sunday, March 19, 2023

Jom ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu 2023

 Sudah lama Pusat Sains Terengganu dibuka di Terengganu. Mungkin sudah hampir 2 tahun keberadaannya di Wilayah Pantai Timur untuk tarikan umum rakyat ini dan promosi kearah kepentingan dan keseronokan pendidikan sains. Bangunan besar tersergam indah yang terletak di Kg Laut Terengganu sememangnya harus dikunjungi anak-anak setiap lapisan umur dan ibubapa. Tarikan utama disini semestinya tertumpu kepada anak-anak sekolah menengah dan rendah.

Kami berkesempatan untuk meneroka setiap tingkat disini yang penuh informasi dan seronok untuk dikunjungi. Bagi mereka yang ingin mencari tempat untuk dilawati saya cadangkan tempat ini dimasukkan dalam senarai list tujuan tempat untuk dilewati selain; Pasar payang, Muzium Terengganu, Masjid Kristal atau Masjid Terapung, Noor Arfa batik atau sekitar pantai Batu Buruk.

Alhamdulillah pada minggu lalu, kami sekeluarga berkesempatan ke Pusat Sains Terengganu pada hari Sabtu. Mungkin hari minggu agak ramai pengunjung tetapi keadaan masih terkawal dan tidak padat kerana keadaannya kawasan yang begitu luas mengisi kekosngan 3 tingkat ruang untuk diterokai. 

Pelbagai galeri tujuan untuk diterokoi anak malahan kita yang dewasa juga turut teruja untuk mengikuti setiap galeri. Antara galeri disana adalah:galeri I-Wonder, galeri spark your creativity, galeri nature disaster, galeri domeshow, galeri science stage, galeri funovation, galeri stemec, galeri sci kid discover, galeri reading thinking, galeri dunia galaksi dan terbaru adalah galeri dinosour encounter. 

Bagi anak sebesar usia Maher, galeri paling lama dan berpujukan untuk keluar adalah galeri scu kid discovery kerana galeri ini menyediakan ruang hiburan kanak-kanak dalaman yang menarik untuk bermain sepuasnya sambil belajar. Taman yang luas ini sangat sesuai untuk menghabiskan tenaga mereka kesana-kesini dan penting dapat kuatkan otot fizikal mereka panjat gelongsor serta melompat di ruangan besar. Disini diwajibkan untuk memakai stokin untuk kebersihan dan keselamatan ibu bapa haruslah memantau sebaiknya anak-anak. 

Seronok ke biasa? bagi saya sangat harus dilewati sekiranya anda kunjungi ke Terengganu. Jangan lepaskan masa luangkan masa bersama anak-anak untuk terokai dunia sains dan inovasi dalam dunia nyata. Disini juga disediakan pakej pilihan untuk ibubapa mengadakan party birthday untuk anak-anak dengan harga yang berpatutan. 

Kemudahan awam, kedai runcit, ruang solat, ruang duduk juga disediakan di setiap kawasan. Harga tiket kesini juga berpatutan antara Rm 30-50 mengikut pakej yang dipilih. Macam kami, Rm50 untuk pakej bayaran 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Anak bawah 3 tahun mendapat akses percuma untuk masuk ke kawasan ini. Saya juga perasan, kalau mereka yang mengikuti rombongan bersama sekolah mendapat harga yang istimewa mengikut pakej yang ada. 

Untuk maklumat lanjut boleh terus akses ke pautan ini untuk info lanjut: https://pskt.terengganu.gov.my/.

Satu gambar depan PSKT

Dengan replika Dinosour

Dinosor lagi

merasai pemanasan global

gegaran gemba bumi, semua block jatuh

jangan langgar, kena hati hati gerakkan ring tu

play area for kids

tekup tangan hehe

play area with kids

one photo before leaving

art area

space gallery





Love, Habibah



Friday, March 17, 2023

Review: Nipoh Beach Cottage

 Tahun 2023, bagi cuti sekolah jatuh pada bulan Februari dan Mac, biasanya kami akan plan untuk pergi bercuti dan berjalan bersama keluarga. Namun disebabkan jadual yang sangat pack dengan kerja dan tugasan kerjaya, tidak dapat pergi jauh sekadar berjalan didalam Terengganu sahaja.

Destinasi cuti kali ini, kami pergi staycation di dalam negeri Terengganu sahaja, perjalanan memakan masa dalam 2 jam lebih untuk sampai daripada Kuala Terengganu ke Kijal, Kemaman. Tempat tujuan kami iaitu Nipoh Beach Cottage.

Nipoh Cottage Beach adalah destinasi baru yang diusahakan anak muda Terengganu yang mengenengahkan konsep kediaman hotel ala-ala di bali dengan landskap yang indah serta cottage berkonsepkan keaslian di tepi sungai dan seberang jauh sedikit terdapat pantai untuk bersiar. 



View tepi bilik


Kami check-in pada pukul 3 petang pada hari khamis sedang ada jamuan di tengah kawasan lobby, gayanya mungkin jamuan ringkas para ibu pesara. Terus kami check-in di bilik dan rehat sebentar.

Jam 5 petang, Maher dah tak sabar dan bersiap untuk terjun ke kolam yang dari awal menjadi tarikan utaman tujuan ke sini. Bersiap bersama baju renang dan pelampung maka terus terjun ke dalam kolam. Disini terdapat dua kolam iaitu kolam kanak-kanak dan kolam dewasa. Ayahnya semestinya melayan anak terus terjun ke dalam kolam, Maher lagi lah enjoy. 

Bermandi di kolam


Bib terasa ingin mencari sesuatu untuk santapan di petang hari. Bib dan mak mertua serta adik ipar bergerak ke hujung pantai dengan kereta di Pantai Kijal. Kira-kira dalam 7 minit memandu ke hujung kawasan Pantai Kijal ini sememangnya kawasan kunjungan orang ramai, serta terdapat corner kiosk makanan dan kedai makan. Kami singgah membeli mee goreng, pisang goreng untuk makan petang bersama dan pulang. Aktiviti petang haruslah semua terjun ke dalam kolam, bermandi manda serta buat aktivit bermain bola dalam air. 

Oleh kerana tempat ini sedikit privasi dan jauh dari kedai makan, maka kami keluar kawasan mencari kedai tepi jalan utama untuk makan malam. Kami singgah di salah satu kedai makan orang kampung kira -kira 10 minit dari Nipoh  Beach Cottage.

Pulang malam dan bersiar sebentar di kawasan lobby cottage yang terbuka untuk menikmati keindahan cahaya di malam hari dengan cahaya purnama bulan purnama. Subhannallah cantik sungguh malam itu. Kami pulang ke bilik dan berehat. 



Suasana di malam hari


Keadaan bilik sangat convenient dengan disediakan kipas dan aircond pengahawa dingin, katil double, bilik air beserta pemanas air, set kerusi dan penyangkut tuala. Di beranda pula ada dua kerusi kayu untuk santai. Untuk mereka yang nak tilam extra boleh tambah dengan bayaran rm30. Pakej bilik ini hadir dengan pakej makan pagi yang disediakan oleh pihak cottage.

Pagi keesokannya kami menikmati makan pagi ala-ala kampung kijal disediakan makanan bungkus antaranya; nasi lemak, mee, roti canai dan kueh mueh. Jadi kita boleh pilih sendiri untuk nikmati makanan yang disediakan dan semuanya enak, alhamdulillah. 

Selesai makan pagi, kami menyewa basikal dengan harga rm10 untuk 1 jam. Aktiviti sebegini jarang berlaku, jadi pagi itu kami penuhkan masa dengan pusing kampung Kijal di persisiran pantai sambil menikmati pemandangan indah kampung. Kebetulan hujan sebentar dan kami park di pondok sambil menunngu hujan reda dan teruskan perjalanan ke hujung kampung. Hari ini hari jumaat, jadi mungkin orang kampung berehat kalau tidak mesti penuh pakcik kampung jual ikan.

Bersiar di kawasan kampung, sungguh indah :)

Sambung mandi sebelum check-out pulang



Balik ke cottage semula, dan kami habiskan masa bermandi di kolam. Percutian kali ini sangat tenang dan seronok walaupun semalaman sahaja. Cukup untuk berehat dan bercuti daripada kerja yang tiada kesudahan. Apa yang penting masa yang ada kita penuhkan dengan sesuatu yang menggamit memori untuk seisi keluarga. Alhamdulillah. <3

Untuk mereka yang bercadang ke Nipoh Beach Cottage Bib sangat rekemen dan cadangkan. Suasana yang cantik, indah dan tenang. Kolam renang pun sangat bersih kerana saya sendiri tanya salah seorang pekerja mereka yang kolam mereka sememangnya dibersihkan setiap hari. Disini juga disediakan khidmat kayak disewa mengelilingi sungai yang ada. Terdapat juga pakej BBQ, pakej untuk hari keluarga dan pakej sewaan tempat untuk perkahwinan. 

Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi dan book melalui nombor contact ini:0142924547. Save no ini dan boleh lihat catalog di ruangan aplikasi wasap bisnes mereka. Kadar harga yang ditawarkan adalah sekitar Rm200-250 untuk setiap bilik beserta pakej makan pagi untuk 2 orang mengikut pilihan hari weekend atau weekdays. 

Alhamdulillah<3, pengalaman indah 2 hari 1 malam disini. Semoga Allah merahmati dan memberkati Insyaallah.




Thursday, August 9, 2018

Review : Pulang

Pulang yang dipromosikan sekitar Tv3 banyak memberi emosi penantian dan semangat keinginan untuk menonton filem ini. Menggunakan iklan dan promosi hebat sekitar di Tv3 dan banyak papan tanda menyebabkan filem Pulang ini mempunya aura dan roh yang tersendiri yang ingin disampaikan kepada penonton Malaysia khususnya. Seperti filem titanic namun Pulang hidup dalam kisah cinta yang halal dan sah.

Review : 8.7/10

Genre : Romantik dan sejarah

Sinopsis : Cinta pandang pertama adalah anugerah yang disatukan walaupun darjat berlainan. Uthman seorang nelayan pada mula perkenalan akhirnya berkahwin dengan Che Tom, gadis bandar yang datang ke kampung dengan niat untuk menziarahi mak saudaranya yang sakit.Penyatuan cinta disatukan dengan  perkahwinan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Omar yang sangat sayang pada talian ibubapanya. Disilangi dengan adegan penjajahan Jepun sekitar tahun 1940an telah menyebabkan mereka terpisah, namun Uthman kembali pulang dengan harungan jalan yang perit. 

Demi untuk melihat keluarganya terus kaya dan maju, Uthman menjadi Kelasi Kapal dan terus berlayar dari tahun ke tahun, dari benua ke benua demi mencari sesuap nasi. Penantian kepulangan suami tercinta bertahun lamanya menyebabkan Che Tom berputus  asa dan tertekan kesedihannya menyebabkan satu episod cinta  berlaku. Akhirnya berkahwin lain namun cinta tersebut tidak bersatu. Waktu berlalu dan Uthman memutuskan terus tinggal di Liverpool dan akhirnya pengakhiran hidupnya disitu. 

Cinta yang ada menyebabkan Che Tom berjuang mencari kasih dan sayangnya buat Uthman. AKhirnya dengan bantuan anak dan cucunya, akhirnya ketemu jua jejak pengakhiran hidup Uthman walaupun jarak tanah yang berbeza. Sejarah cinta pandang pertama berakhir dengan episod ketenangan untuk pemergian akhir hidup Che Tom. 

Pengajaran dan menarik:

1. Kesetiaan cinta yang utuh berlandaskan kejujuran dan kasih sayang yang tidak mengira darjat kehidupan walaupun terseksa jauhnya menahan kerinduan. Cinta suami pada isteri yang dimainkan Remy Ishak dalam watak Utman sangat dalam dan setia sehingga dia memutuskan untuk terus bertahan dengan cinta isteri sambil memegang sekeping gambar isteri menjadi peneman kala rindu yang menggunung tinggi. Untungnya Che Tom, ade lagi ke laki camni? hehe :P

2. Cinta membuka pertemuan sejarah hidup mereka. Pertolongan cucu memenuhi permintaan akhir neneknya untuk mengetahui jejak akhir datuknya, Uthman telah menyebabkan usaha sejarah ini dicari. Usaha menyeberang negara dan akhirnya kubur datuknya diketahui dan langsungnya hiduplah sejarah cinta Uthman dan Che Tom setelah dikaji dan dilihat kembali sejarahnya menerusi catatan masa dan temu ramah warga Liverpol dan persatuan melayu disana.

3. Filem arahan Khabir Bathia ini secara peribadi sangat dikagumi. Sistem suara, kualiti gambar dan video, pilihan artis pelakon, jalan cerita semuanya mencapai satu tahap yang memberansang dan kekaguman bagi saya. Walaupun ada sedikit jalan cerita yang agak "melerek dan boleh diskip" namun hasil baik dan sempurna ini saya amat bangga. Tahniah team dan semua yang berjaya mengusahakannya dan tahniah hasil kutipan pecah panggung sehingga satu juta. Syabas!

4. Pulang - bertemu dan tidak semestinya takdirnya bersama. Saya percaya walaupun Uthman tidak Pulang pada saat Che Tom mahukannya, namun mereka pulang dan bertemu disana. Kerana kepulangan yang abadi itu pengakhiran cerita kehidupan yang sebenar. 

Akhir, sebab cerita sejarah walaupun melayu so memang lah tengok. Memang puitis dan rasa nak bersajak je lepas tu, apekaaaahhhh hahahaha. Untung Che Tom ada cinta sejati Uthman walaupun terpisah. aku? dimana cintaku pula ni ? :P

Bibs - 8/9/2018


Image result for sinopsis filem pulang




Friday, June 29, 2018

Review : Regalia Residence, Malaysia

Selepas 4 tahun berakhir zaman pembelajaran di university, tanggal 7 April 2018 kami  bersua kembali sekaligus berkumpul untuk bercerita, beraktivit bersama, bergambar, bermain games dan lain-lain. Masa belajar adalah detik paling indah yang ada dan tidak dapat ditandingi kebahagiaan. Namun masa berganti masa, dengan amanah dan kerja yang digalas bahu, masing masing mempunyai batasan waktu tersendiri. 

Terasa diri ini sungguh jauh, namun syukur we had a beautiful time to gather each other with a bundle story to share. Oleh kerana 3 orang ahli batch kami akan mengakhiri zaman bujangnya tahun ini, so kami mencari waktu sesuai untuk menyambut pre-wedding juga bride party sekadar ala kadar yang misinya untuk surprise mereka. 

We had planed a month before and decided to choose Regalia Residence since everyone lives near Kuala Lumpur and easy to travel here. Adilah yang pilih tempat ini. sejujurnya memang highly recommended untuk pergi kesini. 

Tentang Regalia Residence

Tempat strategik ditengah ibu kota, dengan susun atur bangunan yang teratur. Landskap lobby yang cantik dan menenangkan. Sebenarnya disitu ramai orang beli residence dan buat homestay juga bilik untuk disewa. Info daripada tuan rumah, apabila weekend ramai yang sewa bilik dan masuk check in untuk berkumpul. 

Pelbagai kemudahan, parking free, swimming pool yang cantik berhadapan dengan pemandangan ibu kota menjadikan tarikan utama disini, tingkat 32 kalau tak silap. Ada dua swimming pool disini, lagi satu ditingkat bawah yang lebih luas dan selesa untuk mandi dengan tenang, kerana di tingkat atas terlalu ramai dek cantiknya kawasan yang berhadapan dengan KLCC. 

Berapa rate? of coure 5 bintang. kami sewa bilik studio yang boleh memuatkan sehingga 10 -12 orang. Disediakan 1 katil King, kusyen, 1 single bed, bilik air, dining corner and very simple kitchen . Simple agak sempit untuk memuatkan kami tapi kami gunakan ruang ini sebaiknya. 

Tuan residence bilik kami sangat baik. Untuk rujukan bolek check FB : stayatregaliabyAH atau terus  Whatsapp for direct booking www.wasap.my/60195778507.

contoh ruang di residence.


Akhir sekali, terima kasih atas kenangan dan masa untuk bersama. i love you all my dear friends :) <3

Love, 
Bibs <3



Monday, March 12, 2018

Review : KL Special Force 2018

Hari ke2 tayangan terus kami dapati ramai yang beri ranking sekita 9-10 yang menarik perhatian kami untuk pergi ke tengok filem ini dengan mata. Mula-mula tengok preview di Meletop Astro Ria. wow! saya amat tertarik dengan olahan Syafiq Yusof Haslam yang juga merupakan pengarah yang mempunyai darah seni yang sangat hebat dan kreatif.

Review : 9.8/10

Genre : Aksi.

Sinopsis : Kisah aksi polis di Tanah air dalam membanteras jenayah rompokan yang didalangi oleh satu kumpulan yang dikenali Anarkis yang mempunyai sejarah silam yang menyakitkan. Kisah sebenar emosi seorang polis dapat diselami dalam watak Lan yang dibawa oleh Dato Rosyam Nor. Sungguh baik lakonannya ditambah pula dengan kehadiran Polis muda yang dihadirkan pihak atasan polis untuk meneliti sesuatu yang aneh berlaku kerana kes demi kes rompokan masih tidak dapat diselesaikan.


Watak polis junior yang dibawa oleh Fattah Amin kali ini secara menyeluruhnya amat nampak peningkatan dan mutunya. Filem ini berakhir dengan adegen tragik yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan itu ketua Anarkis, watak matang dan emosi tinggi yang dibawa oleh Syamsul Yusof. 

Pengajaran :
1. Emosi setiap orang berbeza. Dapat dilihat, kesan emosi Ketua Anarki penjenayah terkemuka dalam filem KL Special Force yang diingini polis kerana mengalami masalah kecelaruan keluarga bermula daripada kisah silamnya. Seharusnya kita mendidik emosi baik dalam setiap perkara bermula dari peranan ibu ayah agar tidak membebankan jalan hidup anak ke kancah permasalahan buruk.

2. Sudut pandang berbeza. Cerita ini menggambarkan pertukaran sudut pandang yang ketara apabila sesuatu yang azali salah itu dipandang betul oleh suatu pihak dek masalah yang hadir sejak kecil lagi. Asas buruk yang dipandang betul merupakan doktrin berbahaya kerana ia sebarnya telah menjerumuskan seseorang itu melakukan jenayah dan perkara buruk secara etikanya. Perkara dan doktrin sebegini harus dilupuskan agar generasi depan tidak teremosi dan agar kadar jenayah tidak meningkat .

3. Kesefahaman kekeluargaan. Cerita ini memaparkan ketidaksefahaman antara seorang ayah dan ibu dalam peranan mereka dalam membentuk keluarga yang sempurna. Si ayah yang sibuk dengan tugasan Polis sehingga telah memberikan tekanan buat si Isteri. Si isteri yang tertekan ditambah pula dengan perhatian kurang daripada suami telah menjejaskan petumbuhan didikan anak. Seharusnya persefahaman antara kedua belah pihak.

4. Sesungguhnya usaha dan pengorbanan pihak polis amat besar sekali dalam memelihara dan memberi keamanan kepada negara. Membanteras jenayah adalah tanggungjawab semua pihak. haruslah kita menilai sendiri tanggungjawab dan kesedaran mana yang harus diambilkira. Negara akan selamat dan aman damai andai rakyatnya bersatu pada dan bijak dalam mengawal emosi mengikut etika dan ajaran islam.

5. kreativiti pihak producer juga adalah terbaik. Filem aksi yang serious ini sebenarnya telah memberi tanda awal industri tanah air kini lebih matang dan kreatif dalam pembikinan filem yang menarik. Saya secara peribadi amat berbangga dengan idea pengarah dan mampu menghasilkan filem yang bertaraf antarabangsa ini. Syabas dan tahniah.

Akhir kata, korang kene tengok. movie ni best dan terbaik.