Showing posts with label family. Show all posts
Showing posts with label family. Show all posts

Tuesday, June 27, 2023

Thoreq join meeting mama

Minggu ini antara minggu yang sangat padat dan penuh. Bermula dengan meeting migguan kami team postgraduate, kemudian dengan persiapan untuk program minggu hadapan yang dijadualkan sehari suntuk untuk dapatan kerja lapangan. Seperti biasa kalau meeting online kebiasaanya tidak formal dan santai sahaja tapi padat dengan perkongsian dan tips menarik yang dikongsi oleh Sv untuk kami kekal bersemangat dan tidak turun momentum meskipun mood study semuanya di tempat masing-masing. 

Dari sudut lain, saya lebih suka meeting online yang lebih santai kerana interaksi lagi mudah untuk disampaikan lagi-lagi bila kita nak berbincang memerlukan pancaran slide atau presentation online. Everyone can access the information. Untuk program minggu depan di KL hari Jumaat, bermula pukul 9 pagi dan berakhir jam 5 petang. Sehari suntuk habis kita fokuskan untuk meeting bersama pihak industri untuk dapatan kajian data dan ia amat penting untuk saya kerana akan digunakan dalam finding Chap 4 dan Chap 5.

Semenjak bertitle ibu anak 2, dan anak yang baru lahirku masih baru selesai umur "pantangnya". Tertanya-tanya nak turut serta atau tidak dengan meeting perbincangan kali ini. Setelah berfikir dan berbincang bersama suami, kata putus ya diambil dengan memikirkan kemudahan dikemudian hari. Dalam fikiran siapa nak jaga anak ni time meeting, tak mungkin untuk diuruskan keduanya kepada suami. Ya dahulu, baru fikirkan perancangan take care baby T. 

Sebelum meeting berakhir, "Habibah dan Khairina, nanti kita meeting lagi sekali last sebelum kita ke KL ya, kalau boleh setiap seorang satu bentang syarikat, esok atau khamis, boleh sahaja" Baik Dr, jawabku ringkas. Sememangnya minggu awal lagi saya dah siap-siap mencari sedikit info dari awal dan semuanya dalam fikiranku, cewah. Ni kes laki i bawa balik rumah Coffee lah pagi tu, habis semua idea dan kerajinan terserlah kerana tahap adrenaline mengallir pantas gitu. haha.

Esoknya; "Khai akak rasa, kita meeting face to face ye dengan Dr, hari khamis ni, alang-alang boleh saya hantar borang ke pusat Creim untuk kelulusan perjalanan" mesej ringkas dihantar kepada rakan seperjuangan, dan disahut baik olehnya kerana dia memang berada dekat dengan kampus dan sentiasa ke library, jadi untuk meeting di office Dr tiada sebarang kesulitan baginya. "Tapinya.... anak akak Thoreq tak boleh tinggal, kalau akak bawa janggal tak?" tanyaku pula.

Habis kami berbincang dengannya dan menurutku tiada masalah untuk saling cover line dan siap backup. Lagipun bukan ke kalau orang putih tu siap bawa anak baby je ke office, "okay sangat kak, no hal lah". Saya pula yang risau dan rasa segan betul ke nak bawa anak, menyusu badan lagi. Jenuh nak jawab ni kalau orang tanya ke apa ke, sebarang kemungkinan semua bermain dalam fikiran nak tinggal kat mana anakku ini, ada ke orang ambil baby day care di Terengganu ini? sehinggalah akhirnya sebelum meeting esok, saya tanya kepada SV.

"Salam Dr, untuk meeting esok saya Insyaallah akan hadir face to face, cuma Dr selesa dan benarkan saya bawa anak saya sekali ke meeting?" Pertanyaan ini penting untuk makluman awal dan minta kebenaran beliau kerana meeting esok sepeti biasa akan diadakan di bilik SV sahaja. "Saya okay sahaja, boleh. kita jumpa esok" balasnya ringkas. Alhamdulillah jauh dari sudut hati, antara hal yang saya syukuri adalah dikurniakan SV yang hatinya cukup besar untuk bertoleransi dengan keadaan saya yang mempunyai anak kecil seawal 2 bulan ini. 

Pagi itu, siap awal pagi untuk meeting jam 10am. Timing elok pula dah siapkan Thoreq dan sepanjang perjalanan dari rumah ke kampus adalah tempoh menyusu dengan harapan time mama meeting nanti awak lena tidur ya. Tq Diana, jadi driver k bib^^. Sesampainya saya di office, dengan langkah kanan dan bismillah aku bertawakkal kepadamu, agar semuanya dalam kawalan. 

Sebenarnya, semasa masuk office saya punyalah menyorokkan Thoreq dalam carrier baby itu kebelakang saya. Boleh bayangkan macam seludup sesuatu, ialah still jauh dari sudut hati rasa segan sebab kita juga perlu hormat, ada yang anggap bahawa office adalah sudut professional yang ada etika dan mengikut keadaannya adalah yang kurang mesra dengan kanak-kanak, saya hormat mereka yang berpendirian begitu. Jadi apa-apapun memang perlu untuk kita hati-hati.

Alhamdulillah, meeting was so good dan Thoreq pun sangat memahami. Ulik-ulik sikit dalam carrier dan bergilir menyusu senyap sahaja, tidak menangis kuat. Good boi anak mama, soleh boy ikut mama meeting dan memahami kerja mama yang sememangnya busy. Alhamdulillah, thank you sayang being so good time mama meeting. Selesai meeting untuk persiapan program kajian lapangan minggu depan, insyaallah.

Perihal ini adalah yang ku syukuri dalam jalani perjuangan menuntut ilmu PhD ini. Dikurniakan orang sekeliling yang memahami, jauh pula dari yang menyindir atau menyusahkan adalah rezeki indah. Catatan hari ini, adalah catatan ingatan saya, meeting bersama anak kecilku Thoreq seawal umurnya 2 bulan ke office. Alhamdulillah <3

Habibahsramli

Sunday, March 19, 2023

Jom ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu 2023

 Sudah lama Pusat Sains Terengganu dibuka di Terengganu. Mungkin sudah hampir 2 tahun keberadaannya di Wilayah Pantai Timur untuk tarikan umum rakyat ini dan promosi kearah kepentingan dan keseronokan pendidikan sains. Bangunan besar tersergam indah yang terletak di Kg Laut Terengganu sememangnya harus dikunjungi anak-anak setiap lapisan umur dan ibubapa. Tarikan utama disini semestinya tertumpu kepada anak-anak sekolah menengah dan rendah.

Kami berkesempatan untuk meneroka setiap tingkat disini yang penuh informasi dan seronok untuk dikunjungi. Bagi mereka yang ingin mencari tempat untuk dilawati saya cadangkan tempat ini dimasukkan dalam senarai list tujuan tempat untuk dilewati selain; Pasar payang, Muzium Terengganu, Masjid Kristal atau Masjid Terapung, Noor Arfa batik atau sekitar pantai Batu Buruk.

Alhamdulillah pada minggu lalu, kami sekeluarga berkesempatan ke Pusat Sains Terengganu pada hari Sabtu. Mungkin hari minggu agak ramai pengunjung tetapi keadaan masih terkawal dan tidak padat kerana keadaannya kawasan yang begitu luas mengisi kekosngan 3 tingkat ruang untuk diterokai. 

Pelbagai galeri tujuan untuk diterokoi anak malahan kita yang dewasa juga turut teruja untuk mengikuti setiap galeri. Antara galeri disana adalah:galeri I-Wonder, galeri spark your creativity, galeri nature disaster, galeri domeshow, galeri science stage, galeri funovation, galeri stemec, galeri sci kid discover, galeri reading thinking, galeri dunia galaksi dan terbaru adalah galeri dinosour encounter. 

Bagi anak sebesar usia Maher, galeri paling lama dan berpujukan untuk keluar adalah galeri scu kid discovery kerana galeri ini menyediakan ruang hiburan kanak-kanak dalaman yang menarik untuk bermain sepuasnya sambil belajar. Taman yang luas ini sangat sesuai untuk menghabiskan tenaga mereka kesana-kesini dan penting dapat kuatkan otot fizikal mereka panjat gelongsor serta melompat di ruangan besar. Disini diwajibkan untuk memakai stokin untuk kebersihan dan keselamatan ibu bapa haruslah memantau sebaiknya anak-anak. 

Seronok ke biasa? bagi saya sangat harus dilewati sekiranya anda kunjungi ke Terengganu. Jangan lepaskan masa luangkan masa bersama anak-anak untuk terokai dunia sains dan inovasi dalam dunia nyata. Disini juga disediakan pakej pilihan untuk ibubapa mengadakan party birthday untuk anak-anak dengan harga yang berpatutan. 

Kemudahan awam, kedai runcit, ruang solat, ruang duduk juga disediakan di setiap kawasan. Harga tiket kesini juga berpatutan antara Rm 30-50 mengikut pakej yang dipilih. Macam kami, Rm50 untuk pakej bayaran 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Anak bawah 3 tahun mendapat akses percuma untuk masuk ke kawasan ini. Saya juga perasan, kalau mereka yang mengikuti rombongan bersama sekolah mendapat harga yang istimewa mengikut pakej yang ada. 

Untuk maklumat lanjut boleh terus akses ke pautan ini untuk info lanjut: https://pskt.terengganu.gov.my/.

Satu gambar depan PSKT

Dengan replika Dinosour

Dinosor lagi

merasai pemanasan global

gegaran gemba bumi, semua block jatuh

jangan langgar, kena hati hati gerakkan ring tu

play area for kids

tekup tangan hehe

play area with kids

one photo before leaving

art area

space gallery





Love, Habibah



Friday, March 17, 2023

Review: Nipoh Beach Cottage

 Tahun 2023, bagi cuti sekolah jatuh pada bulan Februari dan Mac, biasanya kami akan plan untuk pergi bercuti dan berjalan bersama keluarga. Namun disebabkan jadual yang sangat pack dengan kerja dan tugasan kerjaya, tidak dapat pergi jauh sekadar berjalan didalam Terengganu sahaja.

Destinasi cuti kali ini, kami pergi staycation di dalam negeri Terengganu sahaja, perjalanan memakan masa dalam 2 jam lebih untuk sampai daripada Kuala Terengganu ke Kijal, Kemaman. Tempat tujuan kami iaitu Nipoh Beach Cottage.

Nipoh Cottage Beach adalah destinasi baru yang diusahakan anak muda Terengganu yang mengenengahkan konsep kediaman hotel ala-ala di bali dengan landskap yang indah serta cottage berkonsepkan keaslian di tepi sungai dan seberang jauh sedikit terdapat pantai untuk bersiar. 



View tepi bilik


Kami check-in pada pukul 3 petang pada hari khamis sedang ada jamuan di tengah kawasan lobby, gayanya mungkin jamuan ringkas para ibu pesara. Terus kami check-in di bilik dan rehat sebentar.

Jam 5 petang, Maher dah tak sabar dan bersiap untuk terjun ke kolam yang dari awal menjadi tarikan utaman tujuan ke sini. Bersiap bersama baju renang dan pelampung maka terus terjun ke dalam kolam. Disini terdapat dua kolam iaitu kolam kanak-kanak dan kolam dewasa. Ayahnya semestinya melayan anak terus terjun ke dalam kolam, Maher lagi lah enjoy. 

Bermandi di kolam


Bib terasa ingin mencari sesuatu untuk santapan di petang hari. Bib dan mak mertua serta adik ipar bergerak ke hujung pantai dengan kereta di Pantai Kijal. Kira-kira dalam 7 minit memandu ke hujung kawasan Pantai Kijal ini sememangnya kawasan kunjungan orang ramai, serta terdapat corner kiosk makanan dan kedai makan. Kami singgah membeli mee goreng, pisang goreng untuk makan petang bersama dan pulang. Aktiviti petang haruslah semua terjun ke dalam kolam, bermandi manda serta buat aktivit bermain bola dalam air. 

Oleh kerana tempat ini sedikit privasi dan jauh dari kedai makan, maka kami keluar kawasan mencari kedai tepi jalan utama untuk makan malam. Kami singgah di salah satu kedai makan orang kampung kira -kira 10 minit dari Nipoh  Beach Cottage.

Pulang malam dan bersiar sebentar di kawasan lobby cottage yang terbuka untuk menikmati keindahan cahaya di malam hari dengan cahaya purnama bulan purnama. Subhannallah cantik sungguh malam itu. Kami pulang ke bilik dan berehat. 



Suasana di malam hari


Keadaan bilik sangat convenient dengan disediakan kipas dan aircond pengahawa dingin, katil double, bilik air beserta pemanas air, set kerusi dan penyangkut tuala. Di beranda pula ada dua kerusi kayu untuk santai. Untuk mereka yang nak tilam extra boleh tambah dengan bayaran rm30. Pakej bilik ini hadir dengan pakej makan pagi yang disediakan oleh pihak cottage.

Pagi keesokannya kami menikmati makan pagi ala-ala kampung kijal disediakan makanan bungkus antaranya; nasi lemak, mee, roti canai dan kueh mueh. Jadi kita boleh pilih sendiri untuk nikmati makanan yang disediakan dan semuanya enak, alhamdulillah. 

Selesai makan pagi, kami menyewa basikal dengan harga rm10 untuk 1 jam. Aktiviti sebegini jarang berlaku, jadi pagi itu kami penuhkan masa dengan pusing kampung Kijal di persisiran pantai sambil menikmati pemandangan indah kampung. Kebetulan hujan sebentar dan kami park di pondok sambil menunngu hujan reda dan teruskan perjalanan ke hujung kampung. Hari ini hari jumaat, jadi mungkin orang kampung berehat kalau tidak mesti penuh pakcik kampung jual ikan.

Bersiar di kawasan kampung, sungguh indah :)

Sambung mandi sebelum check-out pulang



Balik ke cottage semula, dan kami habiskan masa bermandi di kolam. Percutian kali ini sangat tenang dan seronok walaupun semalaman sahaja. Cukup untuk berehat dan bercuti daripada kerja yang tiada kesudahan. Apa yang penting masa yang ada kita penuhkan dengan sesuatu yang menggamit memori untuk seisi keluarga. Alhamdulillah. <3

Untuk mereka yang bercadang ke Nipoh Beach Cottage Bib sangat rekemen dan cadangkan. Suasana yang cantik, indah dan tenang. Kolam renang pun sangat bersih kerana saya sendiri tanya salah seorang pekerja mereka yang kolam mereka sememangnya dibersihkan setiap hari. Disini juga disediakan khidmat kayak disewa mengelilingi sungai yang ada. Terdapat juga pakej BBQ, pakej untuk hari keluarga dan pakej sewaan tempat untuk perkahwinan. 

Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi dan book melalui nombor contact ini:0142924547. Save no ini dan boleh lihat catalog di ruangan aplikasi wasap bisnes mereka. Kadar harga yang ditawarkan adalah sekitar Rm200-250 untuk setiap bilik beserta pakej makan pagi untuk 2 orang mengikut pilihan hari weekend atau weekdays. 

Alhamdulillah<3, pengalaman indah 2 hari 1 malam disini. Semoga Allah merahmati dan memberkati Insyaallah.




Wednesday, April 27, 2016

Jejak ke padang pasir di Saudi Arabia

20 Februari 2016
Jubail, Saudi Arabia

beautiful escape with family.

Jejak gurun padang pasir kali ini kami dan 5 keluarga bergabung. Sebelum jumaat umi bertungkus lumus menyiapkan ikan bakar utk hidangan petang itu. Menjadi kebiasaan utk memulakan aktiviti selepas solat jumaat untuk menghormati waktu sebulum azan dan seleps azan jumaat , kedengaran sayup khutbah jumaat yang aku samar untuk dengari. (kedai roti pun tutup - kedai supermarket lagi tutup, pernah pengalaman shopping sambil pintu depan dah tutup. lepas sembahyang baru buka balik acannee tuu 🤔🤔🤔 hehe )...

jam 1.30 ptg- kami berkumpul di stesen minyak. Perjalanan bermula dan sekitar 2 jam setengah kami mula hampiri one pit stop utk pilih tempat mana yang utk dipilih.

"waaaa tinggi nya yang ni! cantik!" tapi..... ada antara kereta tidak boleh meredah padang pasir, 4x4 boleh ler...sampai 2nd place -harap2lah ketua rombongan pilih yang ni, tidak juga dipilihnya. takpe, mungkin depan lagi ada tempat cantik. dan sememangnya view yang dipilih terakhirnya sungguh cantik antara yang cantik2 belaka disini.

nak masuk kawasan, tiba-tibaaa tetttt kereta walid lekat. haha, kami keluar dr kereta, walid reverse and vroom, nasib boleh gerak (mcm kita2 je yang sebab keter tak gerak :P) haha.

Sesampai kami set-up khemah da makan dan terus continue dgn bermacam aktiviti dilakukan bersama. Special thanks to my umis and HAKAK HAKAKs yang masak best- 󾇉󾓶 , 󾥰🐐 , 🌶󾇅,🌶󾥿 , nasi lomakkk, dan semua lah. very delicious!

الَّذِي جَعَلَ لَكُمُ الأَرْضَ فِرَاشاً وَالسَّمَاء بِنَاء وَأَنزَلَ مِنَ السَّمَاءِ مَاءً فَأَخْرَجَ بِهِ مِنَ الثَّمَرَاتِ رِزْقاً لَّكُمْ فَلاَ تَجْعَلُواْ لِلّهِ أَندَاداً وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ(22)
22. Dialah yang telah menjadikan bumi sebagai hamparan bagi kalian dan langit sebagai atap, dan menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Ia menumbuhkan dengan hujan itu segala jenis buah-buahan sebagai rezeki untuk kalian. Oleh karena itu, janganlah kalian menjadikan sekutu-sekutu bagi Allah padahal kalian mengetahui (bahwa tidak satupun dari para sekutu itu yang menciptakanmu dan memberikan rezeki kepadamu). - Albaqarah:22

Benar, hamparan bumi semakin kita explore semakin banyak yang kita tak tahu. Siangnya-30 celcius dan malam kami pulang-18celcius. Tanahnya rata, tepinya bukit tinggi dan selangnya ribut pasir dan budak2 nangis pasir masuk mata. Disitu pasir lembut halus, ditepi pasir keras dan bermacam lagi.

Terima kasih atas peluang , terima kasih atas ukhwah. moga ada next trip. TQ ALLAH  . hehe .

the view



L.O.V.E

sembahyang jumaat 

play slide


at night














Sunday, August 4, 2013

mereka berdua ^^


Mereka pengubat luka, duka, dan lara.
Setiap kali berjumpa & call pasti ada doa yang diajarkan -tok-
setiap kali berjumpa & call pasti ada nasihat yang disampaikan -tokki-

MOGA ALLAH RAHMATI DAN PANJANG UMUR MEREKA DALAM IMAN.

Saturday, August 3, 2013

hero kehidupan



My Only Hero kehidupan.

Kalau diberi peluang untuk aku khabarkan satu dunia, 
Bahawasanya tiadalah insan yang pernah lukai hati ini,
Juga bahawasanya tiadalah insan yang pernah mengecewakan hati ini,
Malah tunjuk ajar, dorongan, sokongan, bantuan, kegembiraan itu yang menjadi pengikat,
Antara kami berdua, my hero kehidupan.

Ya allah, 
aku mohon ampunkan dosa mereka,
dosa ayahanda dan bondaku,
Banyak sudah pengorbanan yang tidak pernah jemu dihamparkan,
buat aku, adek-adek aku, keluargaku yang lain, dan juga buat semua insan yang lain.
Maka, granted him JANNAH-Mu ya Rahman Ya Rahim.
Aku mohon, berilah mereka ketenangan dan keredhaan-Mu itu,
kerana, Sesungguhnya tiada pernah satu keburukan pun sampai kepadaku.

Selamat Hari Lahir Walid, Kak Long SAYANG Walid ^^ .

Saturday, March 16, 2013

#quoted : died

16.3.2013, 1.20 am di Malaysia
15.3.2013, 9.20 pm di Jordan...

Pagi itu aku ke satu konvesyen Syariah anjuran Majlis Mahasisiwa Yarmouk di dewan kindi. Usai sesi pagi, lebih kurang jam 11 pagi aku pulang je sakan kerana konvesyen berhenti sementara memberi laluan untuk solat jumaat.

Pulangku sepeti biasa, memasuki sakan asrama kuning, menaiki tangga dan sampai di bilikku . Kasut ditanggalkan dan pintu dikuak. ahhh, panasnye hari ini, penat. setelah beberapa hari musim sejuk meninggalkan bumi tanah gersang ini, dan sang matahari dengan gembira memunculkan diri.

3 missed call daripada kakak ipar saudara , kak arwa. Kenapa ni? " abah ajis dah tenat" , ringkas penggilan antara kami waktu itu. settelkan sedikit urusan, dan terus ke rumah ajis n kak arwa. 
*************************************************

9 malam, aku call Naemah untuk mengetahui perkembangan pak saudaraku yang sedang tenat. Dan kali ke-2 aku call naemah, "kakak, pokdemang dah tiada" sayup suara adikku. Innalillah, Al-fatihah. 

Aku disini dan mereka semua disana. Doaku moga arwah pokdemang tenang disina, diterima amalannya, dan mudah setiap urusan. kenangan 21 tahun aku menjadi anak saudaranya tetap dalam ingatan biarpun masa kami bersama cuma seketika. moga Allah membalas setiap jasa abang walid aku .

Pagi subuh hari ini, aku terjaga seawal jam 5 pagi. masej demi masej naemah hantarkan kepadaku, setiap urusan jenazah sampai keakhirnya selamat dikebumikan. Yang pergi tetap pergi, namun kita  yang masih hidup ini masihkah bersedia untuk kematian?
Quoted for myself.

moga Arwah Tok, Arwah Tok Daddy, Arwah Uncle Ayob dan Arwah Pok Demang tenang disana. InsyaAllah , kalau diizinkan jumpa di syurga. Ya Allah, rahmatilah mereka.


Setiap yang bernyawa pastikan mati.
Uncle ayoub's grave

Wednesday, March 6, 2013

5.3.1994

Sampai sekarang saya kagum milikinya sebagainya kawan rapat saya, kawan sepermainan, kawan sepergaduhan, kawan suka dan duka. Teman rapat ini jugalah yang banyak menceriakan hari-hari dahulu. Kadang aku terpikir, beratnya Allah uji perasaan rindu kepada mereka yang tersayang. Terlalu jauh jarak pemisah antara kami, tapi ikatan iman ikatan kasih sayang yang terjalinlah menyebabkan kami terus bersama. 

Suatu ketika :
Kereta unser itu menjadi saksi kami kesana kesini. ohhh, terima kasih kereta kerana memahami perasaan kami saat-saat akhir waktu perpisahan. Suatu hari kami habiskan masa bersama, berjalan ke mall, berpimpinan tangan, meninjau kekanan dan kiri. 

Hari ini:
Kakak taknak kawan awak! awak dah sombong. tak nak pun skype ngan kiter kan? =,=
ahaaahh, waktu sibuk antara kami melanda lagi. hari demi hari even, kita tidak bersua, aku tetap doakan kamu si adek sayang. Moga dimana sahaja kamu berada terus kuat ya! 


Selamat hari lahir ke-19 adikku sayang . tue2! ^^
moga Allah merahmati umur dirimu yang berbaki.

Kakak yang merinduimu. :(
(tulis sambil menitis air mata =.= )

Friday, March 1, 2013

anak penceria ibubapa


Saya melihat sinar wajah pada kedua atok nenekku, begitu juga bersinarnya wajah mereka-mereka ibu dan juga ayah saudaraku. Yang pasti, kebahagiaan juga kasih sayang yang dikurniakan Allah memberi saya kekuatan untuk terus bernafaas di muka bumi Jordan ini. 

aku rindu mereka =.=

Thursday, February 21, 2013

sabar duhai adikku

Ku dakap bukunya lantas menyusun di tepi rak buku novel kami.
Terselit bersama beberapa kepingan gambar kami berdue ketika awal usia kanak-kanak.
Gambar usang itu aku lihat, 
bergaya sakan kami bersama topi 
yang disertakan rambut jaling panjang di tepinya,
sambil membuat peace ^_^ and snap!

Aku disini, kau disana.
mama dan walid disitu.
Teguhkan diri! Ops, kakak tahu adik kakak kuat! 
well, i'm train you right?

Sunday, February 3, 2013

kunyahan kacang

Aku lihat matanya seakan sudah layu sedangkan perjalanan kami masih 2 jam bakinya. Ohh di malam gelap sunyi gelita ini bertemankan lampu neon tinggi di sekitar highway. Aku setia menemaninya detik demi detik bersama kunyahan kacang campuran agar ngantuk yang dirasainya hilang.

Itulah rutinku bersengkang mata berbual sedaya mungkin bersama si dia .Kadang aku sengaja cabut uban di kepalanya, kadang pula aku buat-buat tumpah air la dalam kereta, ade kalanya pula macam-macam cerita yang aku beritahu. Dan akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju dengan selamat. Alhamdulillah.

******************
Saat ini aku bersyukur Allah kurniakan ayah sebaik walid. 
yang sentiasa menyayangi anak-anaknya walaupun dari jauh.
aku rindu beliau, yang sentiasa memberi kebahagiaan buat kami.
Moga Allah pelihara walid selamanya! ^^

Monday, January 28, 2013

00:13

Jauh. Kalau mendengar suaranya sekalipun bisa untuk menguraikan resah di hati.
Walaupun aku yang sering untuk tidak mengingatmu ,
tetapi disana masih terbisik-bisik panggilan halus lagi gemersik 







"ummi... "





rindu untuk bertentang mata , 
menceritakan segalanya tika bulan menjadi saksi malam itu.


Saturday, December 15, 2012

catatan umrah 3 #photo#

mula -mula sampai. berdebar dan kagum. Alhamdulillah.

megikuti jejal langkah bonda. moga Allah pelihara bonda tercinta.

meneguk meminum air zam-zam

disnap seusai towaf wida'. sungguh sedih saat perpisahan ini.

ka'bah yang tersergam indah.Subhanallah.

abbas salimi dan said ramadhan yang hensem! my boy.
picture after solat jummat.

bukit safa to bukit marwah.. . 

Gambar yang sempat diambil. ni pun cepat ambil. Kalau tak nanti ade makcik arab marah,

with clock tower

anak arab sedang menadah cawan untuk minum airzam-zam.

pekerja pakai baju warna biru. . macam kijer nurse pun ade gaya uniform tu.

Perjalanan pulang ke hotel . jumpa dengan burung ni.

my sis, Habibah Sakinah bt Ramli. Gud luck SPM next year :)

ade gaya mak datin tak? hehe.. ditengah lautan kicauan burung2.
yang sebelah remaja tu dia jual makanan burung. huhu.

Lalu mereka bertebaran... tanpa rasa resah dan gelisah. sedang manusia, penuh  kecelaruan.
Ya Allah, kuatkan hati-hati kami.

otw balik. see you again kaabah.
see you again tanah suci....
Papan tanda ke arah jabak nuurr .
Kisah wahyu pertama nabi muhammad SAW disana.. masihkah ingat?

Tamat dahulu catatan umrah 2012 . perjalanan selama 4 hari 3 malam.
CINTA SUKA TAWA CERIA family pengubat hati yang sedih.


* bujang-bujang senanglah nak travel sorang2 . ^^ heheee