Tuesday, June 27, 2023

Thoreq join meeting mama

Minggu ini antara minggu yang sangat padat dan penuh. Bermula dengan meeting migguan kami team postgraduate, kemudian dengan persiapan untuk program minggu hadapan yang dijadualkan sehari suntuk untuk dapatan kerja lapangan. Seperti biasa kalau meeting online kebiasaanya tidak formal dan santai sahaja tapi padat dengan perkongsian dan tips menarik yang dikongsi oleh Sv untuk kami kekal bersemangat dan tidak turun momentum meskipun mood study semuanya di tempat masing-masing. 

Dari sudut lain, saya lebih suka meeting online yang lebih santai kerana interaksi lagi mudah untuk disampaikan lagi-lagi bila kita nak berbincang memerlukan pancaran slide atau presentation online. Everyone can access the information. Untuk program minggu depan di KL hari Jumaat, bermula pukul 9 pagi dan berakhir jam 5 petang. Sehari suntuk habis kita fokuskan untuk meeting bersama pihak industri untuk dapatan kajian data dan ia amat penting untuk saya kerana akan digunakan dalam finding Chap 4 dan Chap 5.

Semenjak bertitle ibu anak 2, dan anak yang baru lahirku masih baru selesai umur "pantangnya". Tertanya-tanya nak turut serta atau tidak dengan meeting perbincangan kali ini. Setelah berfikir dan berbincang bersama suami, kata putus ya diambil dengan memikirkan kemudahan dikemudian hari. Dalam fikiran siapa nak jaga anak ni time meeting, tak mungkin untuk diuruskan keduanya kepada suami. Ya dahulu, baru fikirkan perancangan take care baby T. 

Sebelum meeting berakhir, "Habibah dan Khairina, nanti kita meeting lagi sekali last sebelum kita ke KL ya, kalau boleh setiap seorang satu bentang syarikat, esok atau khamis, boleh sahaja" Baik Dr, jawabku ringkas. Sememangnya minggu awal lagi saya dah siap-siap mencari sedikit info dari awal dan semuanya dalam fikiranku, cewah. Ni kes laki i bawa balik rumah Coffee lah pagi tu, habis semua idea dan kerajinan terserlah kerana tahap adrenaline mengallir pantas gitu. haha.

Esoknya; "Khai akak rasa, kita meeting face to face ye dengan Dr, hari khamis ni, alang-alang boleh saya hantar borang ke pusat Creim untuk kelulusan perjalanan" mesej ringkas dihantar kepada rakan seperjuangan, dan disahut baik olehnya kerana dia memang berada dekat dengan kampus dan sentiasa ke library, jadi untuk meeting di office Dr tiada sebarang kesulitan baginya. "Tapinya.... anak akak Thoreq tak boleh tinggal, kalau akak bawa janggal tak?" tanyaku pula.

Habis kami berbincang dengannya dan menurutku tiada masalah untuk saling cover line dan siap backup. Lagipun bukan ke kalau orang putih tu siap bawa anak baby je ke office, "okay sangat kak, no hal lah". Saya pula yang risau dan rasa segan betul ke nak bawa anak, menyusu badan lagi. Jenuh nak jawab ni kalau orang tanya ke apa ke, sebarang kemungkinan semua bermain dalam fikiran nak tinggal kat mana anakku ini, ada ke orang ambil baby day care di Terengganu ini? sehinggalah akhirnya sebelum meeting esok, saya tanya kepada SV.

"Salam Dr, untuk meeting esok saya Insyaallah akan hadir face to face, cuma Dr selesa dan benarkan saya bawa anak saya sekali ke meeting?" Pertanyaan ini penting untuk makluman awal dan minta kebenaran beliau kerana meeting esok sepeti biasa akan diadakan di bilik SV sahaja. "Saya okay sahaja, boleh. kita jumpa esok" balasnya ringkas. Alhamdulillah jauh dari sudut hati, antara hal yang saya syukuri adalah dikurniakan SV yang hatinya cukup besar untuk bertoleransi dengan keadaan saya yang mempunyai anak kecil seawal 2 bulan ini. 

Pagi itu, siap awal pagi untuk meeting jam 10am. Timing elok pula dah siapkan Thoreq dan sepanjang perjalanan dari rumah ke kampus adalah tempoh menyusu dengan harapan time mama meeting nanti awak lena tidur ya. Tq Diana, jadi driver k bib^^. Sesampainya saya di office, dengan langkah kanan dan bismillah aku bertawakkal kepadamu, agar semuanya dalam kawalan. 

Sebenarnya, semasa masuk office saya punyalah menyorokkan Thoreq dalam carrier baby itu kebelakang saya. Boleh bayangkan macam seludup sesuatu, ialah still jauh dari sudut hati rasa segan sebab kita juga perlu hormat, ada yang anggap bahawa office adalah sudut professional yang ada etika dan mengikut keadaannya adalah yang kurang mesra dengan kanak-kanak, saya hormat mereka yang berpendirian begitu. Jadi apa-apapun memang perlu untuk kita hati-hati.

Alhamdulillah, meeting was so good dan Thoreq pun sangat memahami. Ulik-ulik sikit dalam carrier dan bergilir menyusu senyap sahaja, tidak menangis kuat. Good boi anak mama, soleh boy ikut mama meeting dan memahami kerja mama yang sememangnya busy. Alhamdulillah, thank you sayang being so good time mama meeting. Selesai meeting untuk persiapan program kajian lapangan minggu depan, insyaallah.

Perihal ini adalah yang ku syukuri dalam jalani perjuangan menuntut ilmu PhD ini. Dikurniakan orang sekeliling yang memahami, jauh pula dari yang menyindir atau menyusahkan adalah rezeki indah. Catatan hari ini, adalah catatan ingatan saya, meeting bersama anak kecilku Thoreq seawal umurnya 2 bulan ke office. Alhamdulillah <3

Habibahsramli

No comments:

Post a Comment