Thursday, October 10, 2019

Visa pelancong Arab Saudi 2019/2020

VISA Pelancong Arab Saudi 2019/2020 sekarang dibuka❗️❕❗️

Baru lepas apply 2 hari lepas e-visa ke Saudi Arabia dan prosesnya sangat mudah melalui portal online sahaja. Bagi sesiapa yang berhajat, boleh cuba sendiri dan nikmati percutian ke seluruh daerah saudi + paling best, visa tersebut juga boleh untuk menunaikan Umrah bagi muslimin.

Beberapa maklumat lain :

✅ Terus dapatkan maklumat dan memohon visa di laman web online : https://visa.visitsaudi.com
✅ Semua boleh boleh melawat, tetapi yang bukan Islam tak boleh masuk Makkah dan Madinah
✅ Tidak perlukan mahram
✅ Umrah dibolehkan , alhamdulillah (ini boleh buat umrah DIY secara legal, you book hotel, you book flight, dengan pilihan dan aturan tersendiri😉)
✅ Harga : sekitar 470 Saudi Riyal
✅ Maklumat penerbangan tidak diperlukan
✅ valid untuk tempoh setahun,
✅ kemasukan berulang sepanjang setahun
✅ namun had jangka waktu berada di Arab Saudi 90 hari
✅ terbuka untuk sendiri atau berkumpulan
✅ had usia 18 tahun dan kebawah mesti dibawah tanggungjawab.

Sedikit tatacara permohonan eVisa di web:
1️⃣ Daftar log in - sangat secure web tersebut kerana mempunya verification code dan had masa.
2️⃣ Gambar mestilah jelas dan latar belakang putih (standard pic passport nak g umrah, dlm format JPEG)
3️⃣ Isi maklumat peribadi dan passport lengkap.
4️⃣ Maklumat tarikh expected arrival - jangkaan ketibaan
5️⃣ tujuan melancong, samaada atau keseluruhannga untuk :
a) event, b) family& relatives, c) leisure, d) umrah
6️⃣ Maklumat menetap di saudi: Hotel atau residential.
7️⃣ Medical insurance
8️⃣ Term and condition
9️⃣ Review applications
🔟 PAYMENT: thru debit @ credit card 💳.
11. Settle dan tunggu proses untuk granted visa dalam tempoh yang ditetapkan. (depands, i punya dapat dalam tempoh 1 hari bekerja)

Bagi sesiapa yang mempunyai kenalan atau ahli keluarga di bumi Saudi, inilah masanya untuk menjadi tetamu mereka. Cepat apply sebelum visa tersebut ditutup atau dihadkan. Selamat berumrah dan musafir. Sharing is Caring 😉

Add caption