Tuesday, October 31, 2017

MRT malaysia, pengukur kemajuan negara

MRT yang merupakan pelengkap pengangkutan negara telah selamat menyelesaikan project pertama yang menghubungkan laluan Sungai Buluh ke Kajang. Bulan Julai 2017 menyaksikan kemajuan ini dioperasi dengan canggih dan mendapat sambutan baik daripada rakyat dan seleruhnya. 
Bagi ku, ini adalah Kali ke2 menaiki  MRT, kali ni naik sebelah petang yang sungguh cantik sebab dapat tengok permandangan dari  sudut yang atas. Kalau ada 3 perkataan yang sesuai dikatakan tengtangnya untuk diterjemahkan semestinya  : 
MANFAAT  - SOFISTIKATED - BERISIKO. 

1. MANFAAT . Kami pergi ke KL menaiki KTM Kajang, dan pulang menaiki MRT, sudah tentu ketaranya perbandingan operasi menjadikan kemudahan MRT lebih bermanfaat daripada setiap sudut termasuk , masa, kemudahan, kebersihan, kekerapan train bergerak dan lain2.

2. SOFISTIKATED - Sudut positif untuk negara menuju  ke arah "era maju dan canggih" dan terbukti sedikit demi sedikit berkembang dengan penat sekali. Kan baru balik Korea, cewahhhh fefelling lahhh hebat dan setanding dengan negara maju. (Throwback sikittt). Salah satu ciri-ciri negara maju dan berkembang adalah  usaha mengurangkan kereta, dan meninggkatkan penggunaan public transport. Well, malaysia dah bergerak ke Arah tu contohnya : semakin ramai menggunakan  grab car dan laluan train semakin meninggkat. 

3. BERISIKO - Sememangnya semua indah dan cukup memuaskan. Namun daripada sudut ekonominya, ini semua adalah hutang - hutang negara yang lama tempoh kreditnya. Macam kad kredit, kalau dah banyak dan over belanja siap haribulan boleh muflis. Namun begitu saya sebagai rakyat marhaen sentiasa mendoakan unjuran pertumbuhan economi meningkat seadanya dan menyokong dengan sebaiknya. Insyaallah Cewahhh kbye.

Perjalanan harini diakhiri dengan pemandangan sunset di Kota KL 🌆 tq Liza ajak akak jalan2 hihi.


Monday, October 2, 2017

Trip ke Banda Aceh dan Misi Sukarelawan UNISZA 2017

Tepat sebulan yang lalu, trip ke Banda Aceh Indonesia kami selamat dan berjaya dilaksanakan. Penghargaan kepada Kelab Intrade Unisza kerana bertungkus lumus menyiapkan dari mula proses kertas kerja misi ini sehingga akhirnya kejayaan pulang ke Malaysia dengan hati yang sangat gembira sesudah selesai menyelesaikan misi pada berharga ini. 

Seramai 22 orang peserta dalam kalangan pelajar Diploma International Trade UNISZA dan 5 daripada pelajar kos berlainan berserta 4 orang pensyarah pengiring menyertai misi kami selama 6 hari 5 malam ini. Secara personal, saya amat berbangga dengan pencapaian mereka dalam merangka program misi antarabangsa sebegini rupa yang tuntasnya memberi impak secara zahir dan batin kepada kami ahli rombongan khususnya. 

Sesampai kami di Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Iskandar Muda, pada pagi 24 Ogos 2017 dengan gembira dan teruja kami diizinkan menjejakkan kaki ke bumi yang pernah diuji dengan dahsyatnya peristiwa  Thunami yang akhirnya kini telah membuka banyak pintu rezeki dan hikmah.

Bumi Aceh sangat indah dengan rakyat yang sopan dan baik budi perkertinya. Meskipun bandar yang baru membangun setelah kira 14 tahun tempoh peristiwa Thunami, kepesatan bandar menampakan bumi kecil ini maju dan terus membangun dari hari ke hari. Aceh bumi serambi mekah yang begitu jelas menampakkan budaya islam diamalkan. Rata-rata wanita semua bertudung dan sopan dalam pemakaian "skirt" yang labuh itu. Ada yang berkhimar labuh menandakan negeri kecil ini tersinar ilmu agamanya. Sungguh indah aku lihat mereka!

Kena tahan di Kastam Aceh

"kotak ini ada apa? dan untuk apa?" tanya pak kastam kepada salah seorang ahli rombongan kami. Kedengaran sayu soalan itu, dan dijawab jujur oleh seorang ahli rombongan , "ini semuanya baju-baju untuk diagihkan, kami dalam misi pak". "Misi apa ya?" soalan serius itu ditanya kembali. "Misi Kemanusiaan untuk anak yatim di Kampung Aceh sini..." ketua kami menyambung, "kami dalam misi bersama daripada salah satu universiti  di Malaysia...". Namun nampak kejengkelan dan ketidak selesaan dengan jawapan yang kami berikan.

"Bukakan kami mahu lihat semuanya." arah pak kastam tesebut. Habis semua kotak kami dibuka dan diselongkar tanda protes mereka mungkin ada sesuatu yang tidak kena. Seusai itu, kami ahli yang lain menunggu di ruangan luar berdebar menanti saat perlepasan untuk barangan sumbangan yang ditahan di Kastam itu. Mana tidaknya, barangan sumbangan daripada orang ramai untuk misi menjadi tahanan mereka. Lama juga wakil kami berbincang dan akhirnya...

"kalau mahu, bayar dulu RP..." bisik salah seorang pegawai kepada ketua rombongan kami. Akhirnya, ketua rombongan kami tiada daya melawan Pak Kastam mereka, dan barangan sumbangan terpaksa dibiarkan atas sebab tertentu. kata Pak Mukhlis ,pak supir kami, dia akan cuba membantu mengeluarkan barangan sumbangan tersebut nanti. Kesalnya kami kerana mereka tidak membenarkan barangan sumbangan itu diberikan kepada mereka yang memerlukan. Tambah lagi dengan adegan seumpama "rasuah" tersebut lagi membuatkan kami terkedu. "Takpe, jangan risau Ada rezeki lain nanti yang pasti kita jangan terlibat dengan perkara yang ragu-ragu." salah seorang Doktor kami mempositifkan keadaan kembali. 

Hari pertama dan hari kedua kami sungguh padat dengan aktiviti akademik. Kami melawat sekitar 2 universiti yang hebat di Banda Aceh ini. Universiti UIN Ar-Raniry dan Universiti Syiah Kuala. Perkongsian dan perjanjian dua hala antara universiti disini dan UNISZA sungguh mengkagumkan. Forum ringkas turut diadakan bagi menjana pemikiran mahasiswa mahasiswa dalam melontorkan idea dan pendapat sendiri. Juga kami dapat melawat sekitar falkuti ekonomi disini dan berkenalan sesama kenalan baru yang semuanya ramah dan baik sekali. Antaranya : Suri Rahma, Vina, Rizka, Jusmaidi dan Arif, seorang pelajar Malaysia yang sekarang sedang menyambung pengajiannya disana yang juga merupaka tour guide kami.

Hari berikutnya bermulalah misi kemanusiaan serta lawatan ringkas di sekitar kawasan Banda Aceh ini. Apa nak diceritakan ya? hehehe... okey satu persatu. 

1. Sejarah dahulu sebenarnya mendatangkan Thunami itu. Bah Air yang besar itu sesungguhnya telah meranapkan sekalian besar kawasan disini yang ada tempat menjadi padang jarak padang terkukur. Allahu Akbar. Digambarkan air bah yang datang itu 3 kali ombaknya , dan setinggi 3 kali pokok kelapa. Allahu Akbar. Sungguh maha berkuasa sususnan Allah telah membersihkan segala kekususutan masalah dalaman politik yang dulunya hura hara ,inilah yang diceritakan salah seorang warga Aceh sekitar 20 tahun yang lalu sebelum Thunami itu melanda keadaan mereka sedikit kucar kacir dengan masalah dalaman politik agama dan sebagainya. Begitulah hikmahnya yang mereka dapat lihat sesudah Allah memberikan Thunami agar mata-mata dapat dibuka melihat segala yang disusun tersebut merupakan peringatan juga pembersihan dari segala permasalahan dengan hikmahnya. Meskipun Thunami tersebut telah meranap dan memberi impak emosi sedih kepada mereka yang kehilangan ahli keluarga, namun setiap yang berlaku itu telah disusun Tuhan sebaiknya.

2. Aku menyaksikan beberapa peninggalan Thunami yang memberikan pengajaran hebat buat kita yang masih hidup ini betapa kerdilnya daya dan upaya apabila sekali ujian air bah itu melanda. Antara tempat yang sempat kami lawati Kapal Atas Rumah, BOT besar PLTD Kapal Apung, Kubah terbiar, Masjid Baitur Rahim dan Masjid Baitu Rahman.

"Kapal Atas Rumah" telah memperlihatkan kami bertapa besar dan kuatnya gelombang air itu sehingga mampu membawa kapal yang dilaut untuk hanyut ke salah satu kampung dan berhenti tersangkut di rumah yang dikatakan merupakan salah seorang orang alim disitu. Beberapa orang yang terselamat di atas kapal tersebut masih hidup sehingga kini, antaranya salah seorang makcik tua yang kini menjadi  penjaga di kapal atas rumah itu sekarang. Cerita mereka ratanya semua memberikan kesan mendalam buat mereka. 

"Kapal Apung PLTD" itu pula yang katanya amat berat sekali juga tersadai di salah satu tempat di bandar . Jisim kapal itu serius memang berapa pound kilo beratnya pun memang tak boleh digambarkan, besar sekali lebih kurang macam kapal titanic gitu. Kini kapal itu dibiarkan sahaja disitu menjadi saksi bisu yang dahulunya pernah diabawa ombak Thunami kesitu. Free sahaja nak pergi dan masuk kesini. Sesudah naik di bahagian atas sekali, kita dapat melihat pemandangan cantik sekitar kawasan itu. 

"Kubah terbiar" terdampar ini merupakan Kubah Masjid Jami' Lamteungoh yang diceritakan dihanyukan dibawa ombak merentasi bukit daripada kampung sebelah. Anehnya dan eloknya kubah itu tidak rosak dan pecah walaupun dibawa ombak sejauh itu. Dikatakan juga semua warga yang berdekatan disini semuanya meninggal. Mayat ahli keluarga tidak dapat dikenalpasti dek gelombang bawah arus yang sungguh kuat dan panas kerana air laut yang datang itu hasil daripada gerakan dan gegaran bawah tanah dari dasar laut yang cukup dalam dan panas. Dikatakan juga, hampir kesemua mayat adalah berwarna hitam dan sukar dikenal pasti.

Salah satu masjid yang tersebar luas menjadi popular saat Thunami dahulu ialah Masjid Rahmatullah yang terletak di Kampung Lampuuk yang sekitarnya rumah, bangunan, sekolah, balai-balai semuanya hancur sehingga yang tinggal hanya lah sebuah masjid yang sekelilingnya seperti padang jarak padang terkukur. Allahu sungguh hebat allah menyelamatkan masjid tersebut. Kami melawat masjid itu dan sekitar hujung sudut majid tersebut masih dibiarkan tinggalan sisa yang nampak masih ada kerang-kerang yang dibiarkan sahaja. Salah satu tiang bengkok juga tidak dibaiki agar dapat menjadi saksi kepada orang lain untuk melihatnya. 

Diceritakan Tok Imam saat beliau bergolak dengan arus air bawah ombak, Maha Kuasa Allah yang telah menyelamatkan beliau sehingga kini. Begitulah Allah memilih hambanya untuk diuji dan beruntungnya apabila diuji bukan semakin menjauh dengan tuhan malah lebih dekat dan taat serta mengambil iktibar dalam setiap kejadian yang diujikan. Begitulah hambanya yang beriman, dan nampaknya Tok Imam itu sungguh menjiwai sehingga apa yang diceritakan hal peribadinya itu mampu memberi sentuhan jiwa dan perasaan emosi kesedihan dalam kalangan ahli rombongan kami. Jauh dari sudut hati, Allah juga sedang mengajarkan kami erti syukur dalam pengajaran Thunami itu kira-kira 14 tahun yang lalu lamanya.

3. Misi Sukarelawan kami bermula bersama anak yatim di salah satu perkampungan miskin jauh dalam pendalaman di Aceh ini. Bangganya melihat peninggalan gambar dan cenderamata disitu, rupanya rumah kecil ini yang menjadi markas anak-anak yatim belajar ini pernah dibantu warga Malaysia sebelumnya. rumah ini juga diwakafkan salah seorang warga Malaysia, masyaallah murni betul hati mereka. Antara yang dapat kusingkap dalam ingatan, mereka adalah warga UITM, artis Faizal tahir dan lain-lain. Alhamdulillah sumbangan ikhlas yang kami kumpulkan dapat diagihkan disini. Syukur kita dapat membantu insan istemewa ini, dan mereka amat berterima kasih dengan kita rakyat Malaysia yang sudi dan pemurah dalam amal kebajikan sebegini. Alhamduillah ini cuma sumbangan moral dan sedikit sumbangan kecil yang mampu kami kongsikan bersama. 

4. Misi Seterusnya kami bergabung dengan Mahasiswa Universiti Ar- Raniry dalam menjayakan program bersama orang miskin Kampung Gampong Tanjung Minjei disini. Sedikit sumbangan makanan dan wang tunai diagihkan kepada keluarga yang memerlukan. Alhamdulillah kami juga melawat kawasan sekitar dan rumah kecil mereka yang ada dalam kalangan mereka tinggal daif sekali. Anak-anak kecil ada yang tidak bersekolah, masjid dalam pembinaan, payahnya hidup dirasai, namun mereka seolah kalis dengan keadaan sebegini. Erti syukur mereka sungguh tinggi sehinggakan senyuman ceria wajah mereka tidak menampakkan sebarang kesulitan yang ada.

5. Muzium Thunami, Muzium Aceh, Rumah Chut juga menjadi tempat lawatan kami. 6 hari kami disani padat dengan lawatan dan misi yang sangat bermanfaat. satu lagi yang best disini semestinya makanan dan minumannya. Yang dirindukan sudah pasti jus avacoda yang merupakan kesukaan saya. Makanan mereka bagi saya sedap semuanya, dan kena dengan selera saya sendiri. Ikan Bakar sangat murah disana, ayam penyet sambal original disana sangat enak, buah durian rm10 boleh tahan sedapnya, semua sekali lah, memang yummyyy dan superb. 

Sesungguhnya lawatan akademik, lawatan tempat bersejarah, lawatan misi sukarelawan 6 hari 5 malam ini sedikit sebanyak membuka mata akan peristiwa Thunami yang hitam itu bagi kita, namun merupaka peristiwa "putih" memberi sinar buat bumi aceh ini. Dahulunya tiada pelancong kini merupakan tempat utama untuk dilawati. Dahulunya tidak aman ada pergaduhan, kini sudah aman dan semakin sentosa. Banda Aceh, bandar serambi mekah. Masjid Baitur Rahman ditengah kota kini dibini payung besar menjadi tuduhan terik mentari persis majid Nabawi. Moga bumi ini terus dipelihara. 

Alhamdulilllah, pada 29 Ogos 2017 ,Kami pulang Ke Malaysia dengan selamat. Misi ini sangat bermakna buat kami semua. Terima kasih semua dermawan yang menyumbang, ahli rombongan yang sangat supportive bersemangat jiwa besar dalam misi ini, pihak UNISZA, semua pensyarah - Prof dan Dr, dan semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung. 

Masjid Baitur Rahman

Lawatan Akademik ke University Syiah Kuala


kanak - kanak Aceh PTLD



RumOh Aceh, Rumah lama 

 Misi bersama anak yatim

di Kapal Atas Rumah . mak cik tudung Hitam dan pink itu yang terselamat dalam kejadian Thunami

ayam penyet Aceh