Showing posts with label umrah. Show all posts
Showing posts with label umrah. Show all posts

Monday, May 15, 2023

My Amazing 3rd Semester of PHD

Recap my amazing 3rd semester journey as a Phd student (Sept 2022- Mac 2023) . Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Here is my top 10 from my 3rd sem:


  1. Start the sem dengan mencuba pengalaman baru untuk Dj, luckily terpilih untuk selection @pesonafmofficial dan hanya sempat Live sekali sahaja dengan Kak Anis @anissurayaofficial. It was memorable experience got live dalam radio, soon Insyallah will continue the job. Since my time pack with the schedule, so take data nak commit untuk jadual bertugas sebagai DJ.
  2. Congrats Ms Ramli 🎉, wow My article published on emerald publishing for scopus, thanks my late Sv, Dr Faruk for cooperation. Actually the paper is the half part extraction from my master thesis that I have submitted for faculty. On the paper research we have elaborate little bit about crowdfunding and how the process one of crowdfunding platform which is Nusa Kaptital. Please read here: Islamic crowdfunding practices in Malaysia: a case study on Nusa Kapital.
  3. I would say, we have plan for 2nd baby and Alhamdulillah the upt test was appear into double line. Going to clinic to double check and open the pink book at 12 weeks of pregnancy. Kemudian dalam sem ini juga direzeki baby dan sem ni juga dapat offer untuk mengajar part time student degree untuk 2 subjek di fakulti.
  4. My first class was smooth, haruslah madam selfie sejurus habis kelas pertama. Kelas 3 jam, kale difikirkan memang panjang. Of course to make it fun, I always sharing to them the lecture about life, more discussion and kadang melalut juga sebab mereka ini anak muda yang bersemangat untuk belajar sesuatu. I hope they will always cemerlang dunia akhirat. I tegas but jarang nak garang sebab I nak memory belajar mereka adalah perjalanan pembelajaran kehidupan yang akan dibawa kebaikan bukan hanya pada waktu kelas ini sahaja tetapi sehingga esok hari. 
  5. Dalam kesibukan mengajar, Alhamdulillah Allah rezekikan kami ke Saudi untuk Ibadan Umrah dan ziarah keluarga. It was Maher's first time there and Alhamduillah ibadah umrah bersama Maher dan anak kecil 5 bulan salam rahim dipermudahkan Allah. So sepanjang tempoh disana, ada beberapa kali untuk kelas online serta kelas ganti. 
  6. Walaupun terasa sangat pack jadual, untuk terus attach dengan pengajian PHD, we manage to get monthly meeting or coffee session dengan team pengajian, bersama our SV Dr Shahrul @shahrulifwat dan Isteri Dr Syahirah. Actually setelah sebulan lebih masing2 busy dengan urusan, we sit and discuss about the thesis masing2, dan semestinya berborak ilmiah. 
  7. On 3rd February 2022, we had Seminar Waqaf yang dikelola oleh Aisyah, one of student master yang handle seminar perfectly. Kami banyak belajar selok belok mungkin next turn kami handle seminar pula. FGD yang diadakan di IBIS Hotel berlangsung dengan jaya sekali. Bravo team!At Kuala Lumpur, gambar memory setelah selesai focus group discussion FGD bersama team industri daripada kalangan takaful, crowdfunding expert. Well done FGD berjalan dengan lancar, Alhamdulillah. 
  8. Student having the final exam, congratulations for those pass with flying colours. 
  9. Hadir Bengkel Penerbitan Berasaskan Analisis Bibliometric anjuran FUPL. Semoga soon dapat hasilkan satu paper bibliometric ni, susah sangat tapi tak cuba tak tahukan.
  10. On 3rd Mac 2022 dapat peluang jumpe my Idol face to face Prof Datin Dr Rusni Hassan semasa Professorial Talk di Unisza. She is so motherly in person, of course I take a picture with her for memory. May Habibah Solehah become like her one fine day, Insyaallah. <3

Alhamdulillah for amazing 3rd semester yang banyak peluang dan ruang bekerja sehingga I rasa lost banyak dalam penulisan thesis. Yes, mencabar ya rupanya kerja plus belajar. Semoga Allah berkati dan continue semester 4 ini mungkin akan lebih mencabar dari segi masa, waktu. Sem ni rehat daripada tugasan mengajar part time, so boleh fokus untuk thesis dan berpantang soon, Insyallah. Yes you can do till the last Insyallah. #bibphdtrail #phdjourney

Tuesday, June 4, 2013

Umrah 30.5

Hujung minggu lalu berjaya menghabiskan masa dirumah allah kaabbah makkah almukarramah  . Alhamdulillah  perjalanan selama 15 jam itu even penat tetap dirasakan amat dan sangat berbaloi.

Kesyukuran dipanjatkan tatkala tersergam indah rumah allah di depan mata .tiada kalimah lain melainkan toyyibah semua  . Syukur  . Moga umrah ini sampai kepadanya  ^^ .

Monday, February 25, 2013

namanya Bara'

Seperti biasa kami menunggu sehingga doktor masuk kelas untuk pengajaran seterusnya. Namun setelah 10 minit, kelibat doktor masih tidak kelihatan. ohh~ "agaknya kelas tak dek ni" bisik hati. Mundar mandir orang arab tu, tahu je mesti dia nak kate kelas tak dek latu. Si Arab itu terus hilang dari pintu kelas. 

Dengan lagaknya, kalau kat sekolah menengah kerja ketua kelas la ni kan, die pun datang balik: "Kelas tadek! (ma fi duktuurrrr) kelas sebelum  ni pun doktor tadek! " jerit ketua kelas itu. oke! saya faham, tadek kelas. berteriak kawan arab kat sebelah saya ni. biasalah tu, kalau cancel kelas memang semua gembirakan? . 

Saya bersahaja bersama teman, laypark-laypark la sekejap dalam kelas. Kelas hari ini pun dah habes, tak perlu nak bersegera sangat. Try2 tengok soalan Riadhiat Maliah (Mathematical of Finance) yang mmg dah mcm tepu, sebab lame tak maen nombor2 ni.  Sedang kami kecoh, datang seseorang yang tenang dari luar. 

hai, dan bersalaman. Namanya Bara'. Saya memang sudah lame memerhatinya dari jauh, tapi seganlah nak tegur sapa kalau tak duduk dekat dengan dia dalam kelas. takkan tiba-tiba nak terpa kat dia kan? then, kami pun borak2, tanye soalan kat Bara'. Dia berusaha untuk selesaikan equation mathematic tu. well, adelah hasilnya, jawapan tak sama dalam buku, tapi jalan kira yang dia buat dah macam betul. oke, thnx nanti kita rujuk doctor balik. 

Berkenalan tanya duduk mane, ambil bidang ape,tahun berapa, pasal family dan macam-macam lah. Sebenarnya agak terkejut dan respect kat dia, sebab berani tegur kami yang dalam grouping. nice^^ . Alkisah selepas dah tukar2 nombor talefon, then die dengan muke serius " sebenarnya, saya nak bagi tahu korang sesuatu ni ." katanya. "ape?" . . . . . 

Tolong doakan ayah saya, beliau sudah meninggal dunia 2 bulan lepas selepas balik umrah, sakit. ohhh, serta merta kami terkedu. then i got the point: Mungkin sebenarnya, point dia tegur kami adalah nak minta doakan buat ayahandanya. baiknya budi Bara'. :)

Moga Ayah awak termasuk golongan yang diberkati Allah . . . with : adilah asim, anis syakirin dan anis afi . . . 

Wednesday, January 2, 2013

# panduan ringkas umrah

Esok 3.1.2013 saya akan memulakan exam final saya untuk sem pertama tahun ke3 di sini. Insyaallah doakan yang terbaik untuk kita semua. Saya tahu, waktu getir begini semua orang akan pulun menghadap buku, study apa2 yang patut, baca nota-nota ringkas dan apa yang patut dihadamkan untuk last minit persediaan. 

Normal la tu, semua orang akan habis- habisan struggle for akhir usaha ini. Tapi saya nak ambil sikit ruang waktu ini. hehe. nak kate malas tak juga. tapi nak kate rajin tu, bukanlah saya orang nya. cuma, mungkin sebab neuron di kepala sudah bagi isyarat untuk rehat sebentar. kasi take five :) sangat take five la kalau dah satu movie dihabesnya. tak kesah la tu.Perkongsian ini saya dedikasi buat semua yang membaca blog ni.

Bagaimana melakukan ibdah umrah?
pertama yang perlu dihadam ialah rukunnya :
  1. Niat berihram
  2. Towaf
  3. Saie
  4. Bercukur / bergunting
  5. Tertib.
Pertama : Niat berihram
Ihram dalam umrah boleh dikatakan berada dalam keadaan yang dilarang untunk melakukan perkara-perkara yang haram. Serta berniat ihram untuk melakukan ibdah umrah. 
" sahaja aku memunaikan umrah dan aku berihram dengannya kerana Allah taala"
Lelaki berihram dengan kain putih dan perempuan dengan pakaian yang menutup aurat. Ihram boleh dibuat di beberapa tempat. Ketika itu, saya dan family berihram di Miqot : Di taif, Qarnul manazil atau Saif kabir. Jauhnya lebih kurang 30 minit dari mecca. Seusai persalinan putih kami sekeluarga bergerak ke masjid di area situ, niat dan solat sunat ihram.
* perempuan dengan pakaian putih @ hitam? secara kasarnya  berihram dengan putih. tapi kebanyakan arab berhitam dengan pendirian mereka. ratanya yang berihram putih hanyalah daripada perempuan asia.

* kami sekeluarga bergerak dari dalam Saudi,ada masa kami selesa dan memilih mengenakan dan berumrah dengan serba hitam. 

Kedua : towaf
Towaf ialah mengelilingi ka'abah sebanyak 7 kali dengan bahu kiri mengiring di sisi ka'abah. bermula dari hajarul aswad, disana ade lampu hijau yang menjadi lampu permulaan untuk towaf. Pusingan sebanyak 7 kali sambil berdoa. Ketika ini perbanyakkan doa, zikir, bacaan alquran. semoga Tawaf kita menjadi saksi pengabdiaan seorang hamba yang lemah ditengah kepadatan jutaan hambanya yang menuju ke Baitukkah dan bukti cinta kita kepada Allah SWT.

Ketiga : Saie
Kemudian selesai towaf, bersaie 7 kali antara bukit safa ke bukit marwah. Jaraknya itu yang memerlukan sedikit perjuangan. bagi kaum lelaki, mereka disunatkan untuk berlari-lari anak antara lampu hijau pertama ke lampu hijau kedua. Sambil berdoa dan berzikir :)
#bukit safa dan bukit marwah tidak setinggi bukit-bukit di Malaysia. ini kerana ia sudah diconstructkan untuk kemudahan jemaah haji dan umrah.

Keempat : bercukur/bergunting
Selesai 7 kali ulang alik antara safa dan marwah,di hujung bukit marwah itu kita melakukan rukun ini. bagi lelaki boleh bercukur rambut dan perempuan cukuplah sekadar guntingkan rambut sekurangnya 3 helai. Ketika itu, umi saya memang sudah bawa letak dalam handbag gunting sebagai persediaan untuk bergunting waktu ini. 
Walid selalu berpesan, tika kami menyelesaikan rukun ini, diceritakan anggaplah kita bergunting ini dan helaian yang digunting ini sebagai tanda kita ingin membersihkan diri dari dosa dan semoga allah memberkatinya.

Kelima : Tertib.
Selesai menurut tiap rukun, maka selesailah umrah. moga Allah menerima umrah kita nanti. Umrah Maqbullah ❤️
Kemudian kita boleh tatap ka'bah kerana disitu ketenangan abadi dan disitu adanya ibadah yang membolehkan kita mendapat pahala.

Saya cuma berkongsi sekadar ringkas berdasarkan apa yang dialui sebulan yang lalu. Disinilah peluang kita untuk beribadah sebanyaknya insyaAllah. Saya juga sarankan, bagi memudahkan proses berdoa untuk membawa buku panduan berdoa bersama-sama. Saya ketika itu berumrah sekadar berdoa apa yang dihafal dan tidak rugi sedikit pun kita memegang buku-buku doa. 

Orang arab sendiri pun saya nampak ada yang membawa booknote sendiri ketika towaf dan bersaie. Ketika itu saya rase sedikit pointless sebab tak bawa apa2 booknote untuk bacaan doa.Cubalah yang terbaik ketika waktu itu kerana kita diberi peluang untuk berada di tanah haram, tempat yang penuh barakah. Saie pula saya terus mengambil quran, membaca dan membaca sambil berzikir dan bermuhasabah. 

Last but not least: saya ucap selamat mengembara buat sahabat IKIPians dan warga IRBID yang akan ke sana habes final ni! moga kembara umrah korang diberkati Allah selalu. Selamat menjadi tetamu Allah :)


cinta hati... ^^


Saturday, December 15, 2012

catatan umrah 3 #photo#

mula -mula sampai. berdebar dan kagum. Alhamdulillah.

megikuti jejal langkah bonda. moga Allah pelihara bonda tercinta.

meneguk meminum air zam-zam

disnap seusai towaf wida'. sungguh sedih saat perpisahan ini.

ka'bah yang tersergam indah.Subhanallah.

abbas salimi dan said ramadhan yang hensem! my boy.
picture after solat jummat.

bukit safa to bukit marwah.. . 

Gambar yang sempat diambil. ni pun cepat ambil. Kalau tak nanti ade makcik arab marah,

with clock tower

anak arab sedang menadah cawan untuk minum airzam-zam.

pekerja pakai baju warna biru. . macam kijer nurse pun ade gaya uniform tu.

Perjalanan pulang ke hotel . jumpa dengan burung ni.

my sis, Habibah Sakinah bt Ramli. Gud luck SPM next year :)

ade gaya mak datin tak? hehe.. ditengah lautan kicauan burung2.
yang sebelah remaja tu dia jual makanan burung. huhu.

Lalu mereka bertebaran... tanpa rasa resah dan gelisah. sedang manusia, penuh  kecelaruan.
Ya Allah, kuatkan hati-hati kami.

otw balik. see you again kaabah.
see you again tanah suci....
Papan tanda ke arah jabak nuurr .
Kisah wahyu pertama nabi muhammad SAW disana.. masihkah ingat?

Tamat dahulu catatan umrah 2012 . perjalanan selama 4 hari 3 malam.
CINTA SUKA TAWA CERIA family pengubat hati yang sedih.


* bujang-bujang senanglah nak travel sorang2 . ^^ heheee

catatan umrah 2

...
Sebanyak 82 anak tannga didaki untuk sampai ke hotel kami. dekat je, tak jauh mane pun. setiap azan 5 waktu solat boleh didengar. Petang itu kami rehat dan bersiap-siap untuk maghrib pula setelah kepenatan semalaman dalam kereta , mungkin hampir 12-14 jam juga la. lagi sian walid derbar setia di sini. Dulu kalau kat Malaysia, kalau walid ngantuk umi boleh change turn drebar. Tapi keadaan sekarang lain. disini lain. Wanitanya tidak dibernarkan untuk memandu. cukup jadi permaisuri duduk tepi drebar menemani si suami^^. kan ummi?


Pandangan dari atas . kami menuju untuk solat maghrib.


Jam menunjukkan pukul 5.20 ptg dan azan maghrib area pukul 6 macam tu. Kami sangka sewaktu kami turun itu masih awal lagi.eh mungkin kita dapat solat dalam dewan betul2 depan ka'abah dalam masjidilharam. Tapi, ohh tidak, sangkaan kami tak kena. Terlupa hari tu hari khamis dan ramailah org berpuasa sunat. Di kawasan luar masjid pun berderet org duduk bersila beratur untuk iftar dengan kurma dan air zam-zam. 

tapelah, dengan keadaan yang sesak sikit(biasalah tu) kami masuk menuju ke dalam masjid. ohh memang ramai. sudah ramai orang. nak pergi masuk ke kawasan ka'abah dah tak boleh. tok syeikh jage, halang this way cannot entry, memang ramai pun org dalam tu, confirm la tak boleh masuk. relax, anak kene ikot ummi dan umii jalan kat area kanan, kot2 boleh masuk kat bahagian dalam. memang sesak2 tu la kiteorg cari tempat duduk. 

azan. solat sunat rawatub dan solat maghrib. Subhanallah! azan yang sungguh merdu by muazzin. nice! really nice. (nanti ade masa sy upload).

Oleh kerana tiket flight Naemah ke Malaysia malam ni pukul 11 malam, so Naemah kena buat towaf wida' tanda pemergian dari tanah haram. Saya dan Sakinah menemaninya. Kami tiga orang pegang tangan erat melangkah kaki untuk buat towaf . Selesai satu pusingan.Dua.Tiga.Empat.Lima.Enam.dan Tujuh.

Tanpa kami sangka bulatan towaf ka'abah jadi semakin membasar. Mengelilingi ka'bah atas dasar ibadah kepada Allah. Disitulah saya dapat perhatikan pelbagai jenis manusia yang berada disini. tidak kira bangsa, jenis kulit tapi kiraannya atas dasar aqidah Islam. 

Sesuatu yang menakjubkan saya. sedang bertowaf, lalu seorang wanita berkulit gelap,nigeria mungkin. Gagah sekali melakukan towaf berpimpinan tangan dengan 3 orang anaknya. mungkin 3 dan 4 tahun budak itu dan seorang lagi anak kecil. Subhanallah baby baru lahir! ahh kecil sangat baby tu digendong di belakangnya dan baby itu sedang tidur. gagah kan org arab? fuhh... kami bertiga amat terkejut dan takjub melihat ibu gagah itu. Moga Allah merahmati ummi dan ibu-ibu sekalian, usaha daya kasih sayang mereka tiada tandingan.

kami selesai towaf 10 minit sebelum isya' dan mencari ummi di area lampu hijau bertentangan hajarulaswad. Malangnya,bayangan ummi dan nazirah tidak kelihatan. Terlalu sesak dan ramai manusia. nak call, enset saya dan naemah tak dapat lain arab saudi, kinah tak bawak henset pula,dan kami lost. akhirnya kami pulang ke hotel bertiga kerana kami agak mesti ummi and irah dah balik hotel ,  yang lucunya tanpa selipar means kaki ayam laa sebab selipar semua ummi yang pegang.

Sampai hotel, ummi and irah takdek lagi. ohh, sesuahnyaa . cane ni? tapi maybe ummi sembahyang isya' dulu sbb dah azan waktu tu. Last, dengan bantuan sorang makcik arab kami dapat call walid. Beranikan diri jelah pinjam enset aunty arab, thnnnxx ^^ . Tak susah bermuamalah dengan orang arab kalau ade basicnya. Arab jordan dan arab Saudi tak jauh mana lahjahnya, lebih kurang je. Dapat call walid dan tuggguu je la kat lobby sambil maen sorok-sorok kaki bawah kerusi. haha ^_>.

Walid sampai umi sampai. ohh dah lambat sgt untuk bertolak ke airpot! dah pukul 7.30pm . flight pukul 11, tapi kena datang awal 2 jam, means pukul 9pm. ayyyoo memang pecutlah walid bawa kereta. kena pulak dalam masa yang sama jalan jem.walid dan ummi kecoh cari jalan alternatif lain nak elak dari jem. Dua kali pusing termasuk jalan sama dan keluar balik sebelum terkepong di jem. Hari jumaat adalah hari cuti, jadi kebanyakan org local saudi focus datang ke mekah. 

Sesak dan sesak dan sesak. Tapi alhamdulilllah ade encik GPS yang baik hati tlg tunjukkan arah. GPS walid meang dah macam pening dengan kerenah walid yang suruh search jalan lain, "we are calculating", ayat tu je la yang sokmo diulang encik GPS tu. GPS ummii pula boleh tahan jugak, senyap dalam tab tapi dah mamai2 kot. sekejap suh jalan ni, jalan ni. Ciptaan manusiakan? begitulah, Akhirnya walid berjaya keluar menuju ke highway Jeddah dengan bantuan encik GPS juga. haha. Yang paling tak daya, jalan raya kat sini ni macam KL juga tapi cuma takdek peraturan je. haha. ^^

Dalam perdebaran yang sangat-sangat tu, tak terkata rase, membisu belake waktu tu, akhirnya sampai. Walid drop, saya dan naemah terus berlari ke kaunter check-in. huh! alhamdulillah selamat dan check-in. Time to say "ma3 salamaaah ya habibtiy"! insyAllah panjang umur kita berjumpa lagi. Belajar elok-elok ye di KTD! jangan nakal2. ingat pesan ummi walid ye! uhuuukkk sedih. dan aku nangis! :( sob sob sob. berpisah dengan yang tercinta lagi #_#.

Selesai hantar naemah. singgah makan kejap. balik ke hotel semula dan rehat.

7 Disember 2012, Jumaat.

Jumaat barakah. kami sembahyang subuh berjammaah di masjid. Pagi ini aktiviti bebas. Berjalan berkongsi cerita bersama bonda tersayang. berjalan di sekitar dalam masjid, naik tingkat satu ke kanan dan ke kiri pada sudut masjidil haram ini. Syiling yang terukir sangat cantik dan kreatif. Kami tidak sempat pusing habis kerana sebelah sana kawasan undr constraction. kawasan saie ditambah satu tingkat. sungguh besar dan amat besar.

Bersyukur dengan izinnya, akhirnya impian untuk berada di hijir ismail tercapai. Seketika disana cuma sekadar 7-10 minit. bersesak dan berganti silih setiap orang ke kawasan itu. Kawasan yang dijanjikan makbul doa. Allahu ammenn :) berdoa dan memohon keampuanan kerana hambamu ini cukup lemah.Saya dan sakinah berkesempatan untuk berada si situ beberapa detik cuma, sementara ummi menunggu di kawasan luar hijir.

Selesai, kami medan selera. bersarapan bersama teman sekolah menengah umi. aunty ape ea?.. tak ingat!- dah ingat : auntie radziah tapi dia tinggal 15 minit je dari mekah. sangat dekat.  Alahai, sweet je tgk org tue jumpe kawan lame. berborak sakan and kite dengar je lah. ikatan ukhwah yang terjalin sampai anak besar pun tetap kuat sesama sahabat-sahabat mereka.


Geng MRSMKT ummi dan kawan baru walid- 
terimakasih pakcik, sebab belanje kami breakfast ^^
Selesai makan , kami pulang ke bilik. bersiap-siap. Dalam bilik pun boleh tgk live siaran tv ka'bah. Seronok ade live! tapi kat jordan sekarang ni tadek pun siaran live dari mekkah.
Bersiap untuk seolat jummat.

Sama seperti biasa , bila lambat sedikit orang mula sudah membanjiri kawasan masjid. ohh kali ini, memang org terlalu ramai. dan saya terpaksa ke bahagian tingkat atas kawasan perempuan. 

Selesai solat satu kejadian kecoh berlaku. Ade sorang makcik arab jerit2, saya mulanya tak faham mane tapi memng kecoh la. entahlah hal dia. agaknya ternampak sesuatu kot. Selesai solat,kami plan awal untuk terus menunaikan towaf wida'. tapi apabila nampak keadaan sesak dari atas, kami tangguhkan dulu selama 10 minit. Kali ini pula, saya dan sakinah perlu towaf berduaan. Saya akan pulang ke jordan dan sakinah akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Walid ummi tidak perlu buat towaf wida' kerana mereka tidak keluar dari tanah arab saudi dan insyaallah akan ke sana lagi. :) 

Saya dan sakinah bertowaf tujuh pusingan di bawah mentari. Biarpun terasa bahang hangat, tapi perasaan sedih itu lebih mendominasi diri . Bila lagilah dapat jejak ke bumi barakaah, menghadap ka'bah yang penuh ketenangan, meminum air zam-zam setiap masa. ohhh saya cukup rindu =.=

Selesai towaf jam 2 ptg. Kami pulang ke hotel dan checkout. Bermula perjalanan pulang ke new hometown jubail. Petang---> malam---> tgh malam---> pagi . pukul 7.30 baru sampai rumah. ohh lama sangat berada dalam kereta. 16 jam lamanya. Namun, alhamdulillah semua selamat sampai.

8 Disember 2012,Sabtu

Semua rehat dibilik. penat. tapi saya dan said sibuk didapur. Said kali ini, banyak spend time bersama-sama. banyak yang dikonsi dan ada je benda yang nak diceritakan. Sangat rindu kat said ramadhan! 

di Jubail, sempat ziarah rumah mc sarimah, berkenalan dengan makcik-makcik semua. bershopping kurma dan coklat. Dan pukul 7.30 petang tiket flight balik ke jordan semula.

Jaulah sekejap bersama family. Penat. Takot. gementar. Tapi sangat gembira :) 
terimakasih Allah menyusun waktu yang hikmah ini, bersama insan tersayang dalam proses dnt yang berterusan. terimakasih walid ummi.

Kenangan ditahan di imegresen cukup terkesan dihati. ohh kita hanya hambamu yang lemah. Dalam flight semua memory bersama family terbayaang satu persatu. bersama Walid,Ummi,Imah, Kinah, Abbas ,Nazirah dan baby said. ohh rindu teramat pada merekaaa.., sgt rinduuuu =.= Moga Allah pelihara ikatan mahabbah jarak jauh ini. 

Malaysia-Arab Saudi-Jordan 

Sekian :)





Thursday, December 13, 2012

catatan umrah 1

Assalamualaikum semua. 
Insyaallah saya mahu kongsikan sedikit pengalaman yang ada bersama teman-teman semua. Semoga ianya semua memberi pengajaran juga tauladan dalam kehidupan seharian. Catatan ini dedikasi saya tulis buat anda semua yang bercita-cita mahu menunaikan umrah. Dan lebih lagi menunaikan Haji... ammeenn ( saya pun mahu).

2-3 minggu sebelumnya.

Negara saudi adalah antara negara yang agak sukar untuk mendapatkan visa yang membolehkan foreigner keluar masuk dalam negaranya. Hanya terdapat 5 jenis kategori visa yang ditawarkan. Antaranya: visa haji, visa umrah, visa kerja, visa melawat dan visa vvip. Kesemua visa-visa tersebut amatlah ketat dan sangat detail urusannya.

Saya berpeluang masuk ke negara ini kerana ayah saya bekerja disana dimana semua urusan jadi mudah dan senang bagi saya yang seorang perempuan. kenapa saya katakan mudah? kerana seseorang perempuan bukan mudah2 untuk ke negara ini tanpa bertemankan seorang mahram.

Dua kali saya berulang alik ke amman untuk menyiapkan visa,dan alhamdulillah semua urusan berjalan lancar dan simple.Cuma perlukan white slip dari pejabat kijer ayah saya dan isi borong then 2 keping gambar dan yang penting yuran visa tu (ahaaa, mahal!) hehe.

5 Disember 2012, rabu

Pagi itu seawalnya sudah terjage, lain dari kebiasaanya. jasad disini, jiwa sudah merewang-rewang disana,entah kemana perginya, mungkin terlebih dahulu terbang kesana. Pagi itu sempat ke kelas Dr Adnan Khutotobah dahulu sementara menunggu jam 10.30am.

Tepat jam 10a.m. saya pulang ke sakan dan bersiap. pukul 10.30a.m. bertolak ke setesen bus Majma' amman(irbid) menaiki bus Jett ke stesen bus (amman) dan dari situ terus ambil bas kedua ke airpot. perjalanan mengambil masa selama 3 jam dengan kos sebanyak 5.5 JD. Jam 2 petang sampai di airpot jordan,sembahyang dan check-in. Terima kasih sang muroqib :) .

Flight jam 4.40p.m. keseorangan megembara bersendirian di suasana yang berbeza. Saya ingat kata-kata emak saya, kalau kita bersendirian carilah teman yang boleh dipercayai. Kebetulan pergi ke saudi mana nak dapat kawan yang sebangsa ngan kita kan? Tapi Allah izin, saya sempat berkenalan dengan seorang nenek tua warga palestin yang tinggal dijordan. dia ke saudi kerana ingin melawat anaknya yang bekerja disana, dan dialah yang menjaga saya sepanjang dalam flight. mungkin sebab risau kot, ramai sangat lelaki arab yang bukan semua boleh dipercayai.

Flight saya tiba di Dammam, Saudi awal 20 minit dari yang dijangkakan. Dalam keadaan monyet masuk kandang lembu tu(betul ke peribahasa ini?), saya berjalan mencari arah tuju yang ayah saya suruh. Tapi malangnya mereka tidak sampai lagi. Memang berdebar jalan ditempat yang kita first time jejak dan majoritinya org lelaki. kalau perempuan semua berniqob. dan ini disiplin yang dikenakan kepada kau, perempuan disini. mesti berhitam dari atas ke bawah dan ramai berniqob. 

6.40p.m. saya nampak kelibat naemah dan abbas dari arah pintu utama. betapa gembiranya melihat adikku dan kami beriringan menuju ke kereta. Berjumpa dengan semua family adalah nikmat Allah yang berharga buat diri ini selepas 2 bulan setengah berpisah. Alhamdulillah. 

Banyak yang dikongsi sepanjang perjalanan ke bumi mecca yang mengambil masa satu malam itu. Timbunan cerita hot yang menjadi tawa rindu buat kami semua.

6 Disember 2012, khamis

Pagi yang indah sambil memerhati panoroma tanah gersang, tanah terkukur padang pasit sepanjang kiri dan kanan. Siang-siang baru nampak bumi saudi ni, tak ubah macam dijordan. cuma Jordan ada bukit ganang yang banyak je.


mula-mula jangka tiba di mekkah jam 5 pagi. tapi walid tak larat drive, rehat tido di rnr dan sambung drive dan tido,
tengok tu. perjalanan kami lagi 84 Km ke mekkah.

Kami melalui Toif dan bukit Toif sambil mendengar kisah yang diceritakan ummi kepada adik said. Kisah sirah nabi berdakwah pada penduduk Toif dan kisah balingan batu. Tak terjangka rupanya amat jauh jarak mekah ke Toif kalau berjalan kaki tu. naik kereta pun terasa kejauhan itu. Sallahu alaihiwassalam. Kuatnya perjuangan nabi dalam menyampaiakn risalahnya, jauh perjalananya dibawah mentari bahang negara gersang itu. Tapi mesti kekuatan itu tersandar teguh atas dasar aqidah.

oke, kami sampai di miqot tempat berihram pada jam 9 a.m. walid rehat tidur sebentar sementara menunggu turn bersiap-siap dengan ihram masing2. Di sinilah anta tempat untuk bersiap berihram membersihkan diri dan berpakaian serba putih bagi lelaki .


Said dan Abbas berihram serba puteh.
 Area jam 10.20a.m. kami keluar dari bilik motel di miqot dan menuju ke masjid berhampiran. Saya lupa nama masjid itu nama apa. Kebiasaaannya orang local mekah akan berada disitu untuk berniat ihram. Disitu solat sunat ihram dan bermulalah keadaan kita dengan niat ihram. yang pastinya ada pantang larang yang wajib dipatuhi sepanjang ihram itu.

Kami sampai di Mekaah area jam 12p.m. Mencari hotel dengan tiga kali pusingan dan akhirnya jumpe hotel kecil disudut atas. jarak ke Masjidiharam hanya 7 minit dengan berjalan kaki menaiki tangga. Kini apabila kita nampak clock tower itu menandakan kita sudah hampir dengan Masjidil Haram. Sangat tinggi tower ini dan cantik tapi lagi cantik bila sampai di masjidil haram. Ka'abah yang gah indah, ketenangan yang dirasai tatkala berada dihadapannya.

Selesai check-in di hotel, kami turun tangga menuju ke Masjidilharam untuk menunaikan rukun seterusnya iaitu towaf dan saie.Kami sampai dan saya sudah berada di masid ini. Subhanallah, kalimah syukur dipanjatkan. Sesampainya kami terserempak dan  saya tersentak! 5 jenazah berteratur keluar menuju ke van Jenazah. ohhh... bagaikan peringatan yang allah berikan kepada ku tentang kematian. 

 Jam menunjukkan pukul 12 tgh. Selesai sembahyang zohor qasar dua rakaat, kami berkumpul dan meneruskan ibadah umrah kami. Walid mengetuai towaf mengelilingi kaa'bah sebanyak 7 kali pusingan. kami sekeluarga berlapan melakukan towaf sambil berdoa. bermula di garisan hijau bertentangan dengan hajarulaswad, towaf kami bermula. Keaddan ketika itu tidak ramai mana kalau nak dibandingkan waktu maghrib (nanti saya ceritakan lagi). 

Selesai towaf kami sekeluarga sempat menunaikan solat sunat towaf. Alhamdulillah selesai rukun towaf yang ke-3. Next saie pula. Bermula dari bukit safa ke bukit marwah sebanyak 7 kali pusingan ulang alik jua. Adikku Nazirah sudah terasa kepenatan dan ketidaklaratan untuk meneruskan saie. Baru pusingan ke2 dan meragam, " k long, irah tak larat, irah tanak buatlaaaa... " keluhannya budak berumur 10 tahun. ketika ini saya, mama dan irah bersama saie.

"tunggu ye, kita rehat minum air zam-zam dulu ye" pujukku. Saya yang besar panjang pun terasa kepenatan, apatah lagi sibudak yang kecil. dan dalam perjalanan itu, saya isi waktunya kami dengan menceritakan kisah nabi ibrahim yang menerima perintah Allah agar meniggalkan isterinya Hajar dan Nabi Isamil di tengah antara dua bukit ini.

Kisah disebalik terpanculnya air zam-zam. Setelah Hajar tiada lagi sumber makanan untuk dirinya dan anaknya. Dalam misi mencari air, beliau tertipu dengan bayangan air yang merupakan fatamorgana sahaja. Dari bukit safa. nampak dari jauh ingatkan air. maka berlari ke bukit marwah.namun tiada lah air kerana ianya hanya bayangan sahaja yang terhasil dari pantulan matahari. begitu juga disangkakan di bukit safa ketika berada di bukit marwah  sebanyak 7 kali pusingan. Dan akhirnya kuasa Allah, muncullah air zamzam area nabi ismail ditinggalkan di tengah2 antara dua bukit tersebut.

Sampai ke hari ini, air ini masih deras mengalir. Kuasa Allah, tiada tandingan. Air ini menjadi air utama mereka-mereka yang menjadi tetamu Allah. Tiada putus airmata air itu.
ehhh='= sebenarnya, 7 pusingan tu dah habis seusai saya habis menceritakan kisah ini kepada nazirah. Nazirah penat tapi mungkin tidak sedar kepenatan itu kerana khusyuk mendengar cerita sirah ini.

Abbas, said dan walid sudah tunggu di bukit marwa untuk bergunting pula. mereka lelaki memang cepat, sebab perlu berlari-lari anak sedikit kawasan diantara garisan hijau. naemah dan sakinah berjalan berdue, konon laju.. anak muda kan^^. Alhirnya kami kumpul berhampiran di bukit marwah.selesai saie dan sekarang bergunting @ bercukur pula. Caranya muda, hanya gunting beberapa urat iaitu paling kurang 3 helai rambut.

Alhamdulillah selesai. settle umrah :) pada jam 3pm.

Seterunya kami ke restoren mengisi perut. makan nasi ayam 25Riyal satu bekas, uhuuu mahal kan??? tapi oke je. Rupanya di medan makan tu ada banyak gerai. Salah satu yang menjadi tumpuan orang malaysia adalah restoren Malaysia yang diusahakan oleh tokey kelantan dibawah Felda. thnx Felda menaja makan tengahari kami selekuarga. 

Sesuatu yang aneh disini. nak tahu? walid sebenarnya bergegas ke medan restoren. Kata walid, takot asar. tu je jawapan nya dan pendek. sebab apa? sebabnya peraturan di negara saudi kalau azan semua gerai kena tutup a.k.a WAJIB tutup. dan memang peraturan ini baik sebenarnya. kerana semua akan menuju untuk menunaikan kewajipan solat dahulu. Maka berduyun-duyunlah akan ke masjidilharam menunaikan Solat.

Selesai sembahyang asar qasar kami pulang ke hotel dan berehat. to be continue .


saya dan adek-adek seusai rukun towaf.



Monday, December 10, 2012

umrah dec/2012

Alhamdulillah . Alhamdulillah . Alhamdulillah .

4 hari yang pendek dan sekejap. tapi penuh bermakna dan kegembiraan. terimakasih Allah.


Selesai umrah bersama family tercinta.