Showing posts with label movie. Show all posts
Showing posts with label movie. Show all posts

Thursday, August 9, 2018

Review : Pulang

Pulang yang dipromosikan sekitar Tv3 banyak memberi emosi penantian dan semangat keinginan untuk menonton filem ini. Menggunakan iklan dan promosi hebat sekitar di Tv3 dan banyak papan tanda menyebabkan filem Pulang ini mempunya aura dan roh yang tersendiri yang ingin disampaikan kepada penonton Malaysia khususnya. Seperti filem titanic namun Pulang hidup dalam kisah cinta yang halal dan sah.

Review : 8.7/10

Genre : Romantik dan sejarah

Sinopsis : Cinta pandang pertama adalah anugerah yang disatukan walaupun darjat berlainan. Uthman seorang nelayan pada mula perkenalan akhirnya berkahwin dengan Che Tom, gadis bandar yang datang ke kampung dengan niat untuk menziarahi mak saudaranya yang sakit.Penyatuan cinta disatukan dengan  perkahwinan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Omar yang sangat sayang pada talian ibubapanya. Disilangi dengan adegan penjajahan Jepun sekitar tahun 1940an telah menyebabkan mereka terpisah, namun Uthman kembali pulang dengan harungan jalan yang perit. 

Demi untuk melihat keluarganya terus kaya dan maju, Uthman menjadi Kelasi Kapal dan terus berlayar dari tahun ke tahun, dari benua ke benua demi mencari sesuap nasi. Penantian kepulangan suami tercinta bertahun lamanya menyebabkan Che Tom berputus  asa dan tertekan kesedihannya menyebabkan satu episod cinta  berlaku. Akhirnya berkahwin lain namun cinta tersebut tidak bersatu. Waktu berlalu dan Uthman memutuskan terus tinggal di Liverpool dan akhirnya pengakhiran hidupnya disitu. 

Cinta yang ada menyebabkan Che Tom berjuang mencari kasih dan sayangnya buat Uthman. AKhirnya dengan bantuan anak dan cucunya, akhirnya ketemu jua jejak pengakhiran hidup Uthman walaupun jarak tanah yang berbeza. Sejarah cinta pandang pertama berakhir dengan episod ketenangan untuk pemergian akhir hidup Che Tom. 

Pengajaran dan menarik:

1. Kesetiaan cinta yang utuh berlandaskan kejujuran dan kasih sayang yang tidak mengira darjat kehidupan walaupun terseksa jauhnya menahan kerinduan. Cinta suami pada isteri yang dimainkan Remy Ishak dalam watak Utman sangat dalam dan setia sehingga dia memutuskan untuk terus bertahan dengan cinta isteri sambil memegang sekeping gambar isteri menjadi peneman kala rindu yang menggunung tinggi. Untungnya Che Tom, ade lagi ke laki camni? hehe :P

2. Cinta membuka pertemuan sejarah hidup mereka. Pertolongan cucu memenuhi permintaan akhir neneknya untuk mengetahui jejak akhir datuknya, Uthman telah menyebabkan usaha sejarah ini dicari. Usaha menyeberang negara dan akhirnya kubur datuknya diketahui dan langsungnya hiduplah sejarah cinta Uthman dan Che Tom setelah dikaji dan dilihat kembali sejarahnya menerusi catatan masa dan temu ramah warga Liverpol dan persatuan melayu disana.

3. Filem arahan Khabir Bathia ini secara peribadi sangat dikagumi. Sistem suara, kualiti gambar dan video, pilihan artis pelakon, jalan cerita semuanya mencapai satu tahap yang memberansang dan kekaguman bagi saya. Walaupun ada sedikit jalan cerita yang agak "melerek dan boleh diskip" namun hasil baik dan sempurna ini saya amat bangga. Tahniah team dan semua yang berjaya mengusahakannya dan tahniah hasil kutipan pecah panggung sehingga satu juta. Syabas!

4. Pulang - bertemu dan tidak semestinya takdirnya bersama. Saya percaya walaupun Uthman tidak Pulang pada saat Che Tom mahukannya, namun mereka pulang dan bertemu disana. Kerana kepulangan yang abadi itu pengakhiran cerita kehidupan yang sebenar. 

Akhir, sebab cerita sejarah walaupun melayu so memang lah tengok. Memang puitis dan rasa nak bersajak je lepas tu, apekaaaahhhh hahahaha. Untung Che Tom ada cinta sejati Uthman walaupun terpisah. aku? dimana cintaku pula ni ? :P

Bibs - 8/9/2018


Image result for sinopsis filem pulang




Wednesday, August 21, 2013

ukhuwah bonding



Hampir setahun aku dibumi Jordan ini, 
Hampir setahun juga aku berpisah dengan tanah melayu...

Rindu bertandang pada bumi wakafan SMASKL tercinta. Hadiah buat mereka. :)

Tuesday, June 26, 2012

shoot dr china

the criminal.
Hasad ibarat pencukur
kerana ia mencukur segala kebaikan,
sama ada kebaikan yang dilakukan atau
kebaikan yang akan dilakukan.


saya mengimpikan sebuah camera begini! ^^

Friday, June 15, 2012

nyanyi lagi

Balik sekolah irah terus menerpa ke mejanya.
buka buku dan sedang menulis. 
Lantas aku terdengar nyanyian halus, merdu  sekali...
"Lembutku kenang , kasihmu ibu...
di dalam hati ku ingin menanggung rindu...
kau tabur kasih seumur masa...
bergetar syahdu, ohh di dalam nadiku..."

ahhh...
lagu ini! syahdu sekali. lagu ibu dalam hafalan solat delisa.
sebuah filem indonesia yang amat mencuit hati.
saya ingat kerana terlalu excited lantas aku mencapai remote tv.
tengok! ada di senarai astro first! hantar mcg. tup! 
....loading , please wait. your movie will appear next...
malam itu kami sekeluarga menonton bersama-sama. 8 bulan yang lalu.

wahhh.
saya tak tahan! sungguh aku bercuba untuk menahan tidak mudah merembeskan ia.
akhirnya aku akur. sudah menguji dan menyeksa feeling saya.
kenapa? 
sebab dalam filem ini mengetangahkan semua unsur.
unsur famili.unsur cinta. unsur kemanusian. unsur kebahagiaan. unsur kehidupan.
Delisa , Ummi ,Abi dan familynya.
kehidupan yang diuji dengan bencana allam . sungguh Allah maha berkuasa. tiadalah tempat pergantungan melainkan Allah. dia yang menjadikan setiap sesuatu, maha mentadbir alam ini.
dalam sekelip mata sahaja. kunfayakun. adaptasi dari suatu kejadian tergempar di dunia ini.
tsunami di aceh tahun 2009 lalu, menjadi kenangan setiap insan. lebihan beribu yang menjadi mangsa tsunami. Kuasa Allah. kalaulah ia berlaku di Malaysia... hurrmm.. siapa tahu? rahsia alam rahsia Tuhan. iman dihati yang perlu disediakan.

jom tengok! yuk mari .^^



Wednesday, October 26, 2011

Sunday, October 2, 2011

312

salam alaik...

Diriku di rumah, di bilik 312, bersama roomatesku yang ramai balik rumah. Weekend disini,pertama kali bermingguan disini, kondo yang tersergam indah di kawasan ini. ahaaa, tak payah nak perasan, flat je pun. Pelik bermingguan disini di rumah ke-2 ini, biasanya aku hanya balik rumah. balik rumah dengan misi yang utama, mendobi baju2 berjumpa sekalian adek2 yang ramai,penyeri hidup even sayalah insan yang selalu mengusik adek2 dan menyebabkan mereka menangis...

Semalam menghabiskan waktu di mall, ahaaa enjoy saje! jalan2 with sahabatku, got news fren, Ipah, si kecik yang cumil dan raggi. thanx to yana yang menjadi advisor utama dalam pemilihan spectacles baru ini. Sudah berhari menahan sakit mata akibat effection lens itu! huh-^-. bakal merindui lens itu! even saya tahu, terpaksa meninggalkan kamu lens coklatku! see u the next,after my eye become sihat, sehat walafiat sepenuhnya. Ada masa kita jumpa lagi,aku pasti merindui untuk hidup dengan kamu, yang banyak mengajar erti kesabaran. Wada' al-lens :D

2 Hari yang menagajr aku untuk berada di bilek, menagajr aku erti bosan, tapi change 180 when pandai manage masa yang semestinya banyak2 sgt. nanti saya share kan apa yang menjadi tontonan di awal pagi tadi! sungguh bermakna.


selamat bertonton! :)

Wednesday, August 17, 2011

Erti Al-FAtihah


Mari layan nasyid murni ini.
 Sungguh saya menyukainya. 
Damai sedamai ayat suci pembuka Al-Faatihah.
cukup bermanfaat dan berguna.
Sambil itu boleh hafal ^^
Tak sabar nak tunjuk video ini dekat rOomate saya, 
, mesti mereka suka...

*mak teh, farhah,anissya,aisyah,anisna,
tengok tak lagi??? 
sweet kan???
harap2 korang enjoy ya...
p/s: habib sedang merindui kalian!hehe :)

Ummul furqann

Tuesday, June 21, 2011

fight!! grrr^-^


TWO KIDS FIGHTING =)

puas aku mencari...
video  budak kecik bergaduh ni,
sweet sangat2!
teringat zaman kecik2 dulu.
Commel sesangat,





Monday, June 20, 2011

two kinds of people

" Remember one thing, there are two kinds of people in the world:
Good people who do good deeds. And bad people who do bad."
- MY NAME IS KHAN-

the 2010 film. nice to watch it! AwesOme! like=)