Friday, June 15, 2012

nyanyi lagi

Balik sekolah irah terus menerpa ke mejanya.
buka buku dan sedang menulis. 
Lantas aku terdengar nyanyian halus, merdu  sekali...
"Lembutku kenang , kasihmu ibu...
di dalam hati ku ingin menanggung rindu...
kau tabur kasih seumur masa...
bergetar syahdu, ohh di dalam nadiku..."

ahhh...
lagu ini! syahdu sekali. lagu ibu dalam hafalan solat delisa.
sebuah filem indonesia yang amat mencuit hati.
saya ingat kerana terlalu excited lantas aku mencapai remote tv.
tengok! ada di senarai astro first! hantar mcg. tup! 
....loading , please wait. your movie will appear next...
malam itu kami sekeluarga menonton bersama-sama. 8 bulan yang lalu.

wahhh.
saya tak tahan! sungguh aku bercuba untuk menahan tidak mudah merembeskan ia.
akhirnya aku akur. sudah menguji dan menyeksa feeling saya.
kenapa? 
sebab dalam filem ini mengetangahkan semua unsur.
unsur famili.unsur cinta. unsur kemanusian. unsur kebahagiaan. unsur kehidupan.
Delisa , Ummi ,Abi dan familynya.
kehidupan yang diuji dengan bencana allam . sungguh Allah maha berkuasa. tiadalah tempat pergantungan melainkan Allah. dia yang menjadikan setiap sesuatu, maha mentadbir alam ini.
dalam sekelip mata sahaja. kunfayakun. adaptasi dari suatu kejadian tergempar di dunia ini.
tsunami di aceh tahun 2009 lalu, menjadi kenangan setiap insan. lebihan beribu yang menjadi mangsa tsunami. Kuasa Allah. kalaulah ia berlaku di Malaysia... hurrmm.. siapa tahu? rahsia alam rahsia Tuhan. iman dihati yang perlu disediakan.

jom tengok! yuk mari .^^



No comments:

Post a Comment