Sunday, June 12, 2011

petang bersama nenda dan tOkki

catatan peribadi. 
12/6/20011,6.35 p.m.


Usai balik pergi "jalan2 tengok dunia". kata nendaku. kami bertiga, aku, tOkki dan tok puseng2 bandar terengganu. wargh ! "maju doh lening ganu ork tOk!" kataku.hehe.
"ye ar, ganu kiter kang!" sambut tOkki ku.hehe. kami jalan2,lihat kemajuan terengganu, belakang kawasan china dah cantik! tempat tarikan pelancong mungkin disitu. dibina jambatan yang panjang! sungguh cantik sekali pemandangannya.

Kemudian aku menuju ke pantai batu buruk betol2 depan rumah nenda atukku di terengganu ini.Bukan senang dapat online terus face to face depan pantai ni. dapat dengar deruman ombak yang cukup menenangkan jiwa. sungguh ciptaan tuhan pantai ini sungguh hebat. 

Aku dapat lihat satu garisan lurus bersahaja. Dulu, kira2 7 tahun yang lalu, cikgu sains saya di sekolah rendah Al-Irsyad pernah mengajar dalam bab ape ntah . ingat lagi, nama cikgu tu, aku panggil diye muallimah zainun, dalam pengajarannya ader menyebut mengapa kita dapat lihat garisan lurus itu. ini kerana bumi itu sfera! ooo, timetu baru akal kecil darjah 5 masih tidak dapat menafsir sejujurnya, namun kini aku memahaminya. Subhanallah! hebat ciptaan tuhan ini.

Aku lihat ke kanan, dapat lihat beberapa keluarga sedang asyik berkumpul untuk meluang masa2 indah bersama famili mereka. bahagia juga dapat melihat mereka riang bermain mandi manda ditemani ayahanda mereka.

aku lihat ke kiri pula, segerombolan anak muda sedang asyik bermain bOla sepak. mungkin inilah rutin harian mereka, bersenam sambil menghilangkan tensen2.hehe. ralik mereka bermain dengan tawa riang yang cukup mengembirakan jiwa2 mereka barangkalinya. aku hanya perhatikan mereka sambil tersenyum!=)

lalu, aku lihat ke depan. subhanallah! terbentang luas ciptaan mu illahi! tiada henti ombak itu. terus menerus sahaja mengikut hembusan angin. petang ini angin agak kuat! seronok dibuai angin petang2 ini. 

dilihat pula diatas, masyallah. sungguh indah langit illahi ini. biru kebiruan yang amat menyegarkan mata. andai dapat aku sentuh langit itu, pasti aku bahagia. sentuh sikit pun jadilah! cewah berangan lebih!!


Kepunyaan Allah-lah segala apa yang dilangit dan apa yang ada di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atay kamu menyemmbunyikannya, nescaya Allah akan membuat perhitungan dengan akmu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki dan menyiksa siapa dikehendakinya ; Dan Allah maha kuasa atas segala sesuatu.
Al - baqarah : 284       
oklah, rasanya sampai disini dahulu catatan di hadapan pantai petang  ini ya. Seminggu akan bersama nenda dan tOkki tersayang. meluangkan sedikit masa bersama insan2 yang aku sayangi ini.=)
orang ramai pun dan beransur2 pulang. ye lah, aku balik umah dulu yer.hehe, jalan kaki jer merentasi padang pasir pantai ini bape langkah je pun. Guys sapa yang teringin nak mandi pantai. mari ar ganu kiter ni!hehe. 

pantai batu buruk 

awan yang cukup indah! (cuma camera my lattOp x nice la! urgh!)



menulis dengan tenang,salam perjuangan ya semua.! wassalam.

No comments:

Post a Comment