Friday, June 10, 2011

mOh la bersama syeikh al-palestinnn

"

Sebentar tadi baru pulang dari pejabat Haluan Pahang bersama bonda tercinta dan 
sahabatku Akasyah. berkemas2 sedikit untuk persiapan tetamu jauh dari palestin ini 
singgah tidur untuk 2 malam. MasyaAllah .
Tegarnya jiwa pejuang ini, lihat raut wajahnya sudah nampak sinar juangnya yang cukup tinggi.

Sedang asyik2 berkemas tadi, terlintas di fikiran,
"Mama. kenapa tak kasi hotel ke, hOmestay ke nak kasi penceramah berehat?" tanyaku ringkas,
jawab mama: " kak long, penceramah pernah dipenjara bertahun2 kak long.mungkin
dimana sekalipun, tiada hal baginya, namun kita ini, yang masih ingin akan kemewahan sementara."
Subhanallah. sungguh syeikh Abu Bakar antara pejuang palestin yang hebat!

Teringat dahulu aku pernah membaca kisah pejuang ini, seorang pejuang kanan ulama' palestin
 yang buta sebelah matanya. Ingin sangat ketemu samanya. mendengar bait2 indahnya dari 
bibir seorang pejuang, namun kata mama, esok sudah mahu pulang ke terengganu, hantar 
adik Naemah juga adik Sakinah ke Kg laut. 
Sedihnya! nampaknya terlepas peluang untuk saya mendengar sedikit ceramah dari beliau.

nOta : Bagi sesiapa warga pahang yang kelapangan, jemputlah ke ceramah beliau ini! 
Pasti ada habuannya! =)

No comments:

Post a Comment