Hampir setahun aku dibumi Jordan ini, Hampir setahun juga aku berpisah dengan tanah melayu... Rindu bertandang pada bumi wakafan SMASKL tercinta. Hadiah buat mereka. :)
Sudah lewat malam ini baru aku sampai ke rumahku. Kali pertama dalam hidupku mencuba memasuki persatuan di Irbid ini. Ahh, tidak besar manapun, cumanya menjadi AJK kecil dalam satu program yang sudah bermula rangka gerak kerjanya sekarang dan fatrah 2 bulan akan datang nanti barulah rasminya kami akan berkerja keras.
Aku bahagia, tapi dalam kebahagiaan aku, cuma terselit tanda tanya. Atitude yang bagaimana yang sering menyenangi setiap ahli pelaksana sesuatu team. Kali ini, aku punyai satu team yang cukup tegas. Aku jadi turut sama untuk tegas, sedangkan aku masih pening dan samar2 untuk menjadi sedemikian. Aku salah mungkin. Aku penat berfikir. kenapa tiada tolereansi? Atau aku yang tak leh terima semua kenyataan. Atau sengaja ingin mencetuskan susasana hangat. Atau kenapa susah sangat untuk open minded. Sungguh, manusia ini bnyak tabiatnya. Tapi, serius, ketahuilah jangan terover @ mengover dalam pegang dengan sesuatu prinsip atau sesuatu hal sehingga susah untuk toleransi atau buka sedikit peluang , kerana disitu nampak lemahnya kehebatan dalam mengawal emosi disebalik ketegasan yang dipamerkan. Aku terkesima kala itu. Tutup hati, malas mahu berdebat. Baik terus senyum. :) BAYU PANTAI ITU LEBIH MENDAMAIKAN , bahagia berkenyit mata , tersenyum indah bersama org yang satu kepala dengan kita. tandanyaaaaaaaaa .... dia sudah berpuas hati! hehe.
Malam itu sayup takbir kemenangan yang menarik hati untuk terus berada disamping tingkap itu. Kali itu hampir tertitis air mata ini kerana takbir raya versi melayu diperdengarkan dari corong mikrofon masjid jamiah universiti yang kira-kira 2km jauhnya dari rumah ku. Sayup-sayup kedengaran dek mungkin rumahku yang tinggi ini, mujur masih berpeluang kedengaran takbir itu, semua memori "kekampungan" menjengah fikiran ini. Salam Lebaran buat semua ~ maaf zahir dan batin salah silap terlanjur bahasa, terkasar perlakuan, terkurang mana yang patut. Raikanlah ramadhan 29 hari itu, dengan kemenangan sebenarnya di syawal ini. moga2, ramadhan tahun depan masih ada buat kita semua. Ammen. Tahun ini, Allah takdirkan bumi jordan ini tempat berpuasa juga tempat beraya. Kesedihan itu juga tetap terasa tanpa family disisi. Namun, as we know, sekali ini sekali itulah peluang yang tidak ternilai, merasai suasana eidul fitri di perantauan yang hakikatnya lain betul suasananya berbanding di Malaysia =.= . Irbid sunyi, buka fb instag , ramai org update gambar disamping ibunda ayahanda semua. Tapi, disini... merekalah keluarga saya. :)))
Sesuatu yang terkilan, adat dan rutin kitaran yang biasa buat seorang perempuan, opss! terpak lepaskan saat malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan hati yang sedih, Sedih Pilu kerana tidak berpeluang untuk melakukan ibadah lebih dari orang-orang lain. Gulp, "one thing you have to know",,, what? janganlah beribadah hanya sekedar untuk menyelesaikannya saja tetapi lakukanlah sesuatu keataan untuk mendekatkan diri kepada Allah... Cancel it, Allah telah tetapkan seseorang itu terbaik. Kita berhak untuk mengambil kelebihan dari sesuatu biarpun Allah sekat kita dengan sedikit Ujian. Pasti Ada Yang Terbaik Menanti. Senyum :)
iaitu dengan bus tranasional & bus konsortium & bus sani,
hari-hari uniform sama, dorm pun sama, subject pun sama, cikgu pun sama.
Ketika itu...
bila dah besar sedikit,
kita jadi fesi sama2, jadi sukarelawan sama2,
smaskl sama2, jatidiri sama2, kiba sama2, ikip pun sama2.
Ketika itu...
unser awak dan unser saya,
saling bergerak menuju ke arah yang sama,
kadang awak tumpang unser saya,
kadang pula saya tumpang unser awak,
pergi mencari ilmu, usrah, ijtima' , balik umah,
bersiar-siar dengan mereka, dll.
Ketika itu...
kita terbang sama2,
dengan saudi airline dan sampai ke bumi indah ini,
bumi penuh barakah dan manfaat .
Dan ketika ini...
detik waktu kian bergerak,
bergerak seiring dengan bergeraknya umur kita bersama,
saya dah 21 tahun 6 hari,
awak dah 21 tahun hari ini,
bezanya cuma 6 hari,
tapi setiap detik yang kita lalui bersama,
pastiku ingati...
Dan ketika hari yang akan itu tiba...
kuharapkan kita tetap bersama,
dan redho tuhan mengiringi persahabatan ini,
ukhwah ke syurga, InsyaAallah.
Terima kasih ya sebab sudi menjadi peneman saya, huuu tak tahu nak cakap ape, terime kaseh juta2 jadi sahabat saya,teman itu, nasihat itu, marah itu, senyum itu, terima itu gembira itu, suka itu, duka itu dan segala-galanya. TQ pahah.
Dan sempena hari ini, moga Awak diberkati selalu. selamat hari lahir. dan besar pun awak tu. hehe. bib doakan awak sentiasa kuat, diberi keselamatan diberi keberkatan, diberi kekuatan untuk menjadi anak solehah pada umi dan abah awak, diberi kekuatan untuk jadi kakak yang baik buat adik2 awak, diberi kekuatan untuk menjadi sahabat yang caring, diberi kekuatan untuk terus jihad menuntut ilmu, dan diberi kekuatan untuk menjadi hamba soleh kuat beribadah siang dan malam , dan diberkati hidupmu selalu. Dan yang paling suprise, moga dikurniakan zauj soleh (cewaaah) hehe. Ammen ya robb.
Hari ini sepatutnya ade tasmi' alquran lagi untuk exam ke-2. Masuk-masuk kelas tengahari itu saya berdoa sangat dalam hati , "janganlah miss aim saya, tidakkkk... serius dah lah tak hafal banyak lagi ni, minta- mintalah tak kena turn saya." Sebabnya sistem yang miss gunakankan biasanya siapa yang tasmi' just angkat tangan dan baca. Dalam hati pengharapan, moga-moga miss tasmi' kepada orang yang nak tasmi' je.
Tapi, kali ini lain. Miss masuk kelas, aku cuma perhati gerak geri miss. Dia koyakkan kertas dari bukunya, lipat dan lipat kemudian koyakkan mengikut garisan itu yang mana menghasilkan beberapa kepingan kertas yang kecil bentuknya. ohh, apa yang miss buat ni? rupanya-rupa , giliran tasmi' kali ini diundi. miss cabut kertas, sape yang dapat tu kena tasmi'. ah! saya terkejut, matilah! kawan arab saya pun tak puas hati.
Itulah, kenapa tak hafal awal-awal? kan dah kena. truly, saya sebenarnya tak berapa baik mood nak hafal 3 surah itu. tadi ade exam lain, pastu tup tup Allah izin (hold) pulak, jadi keinginan untuk hafal tu menurun, merudum. Hakikatnya saya tak cuba untuk lawan perasaan malas dan segala bagai perasaan yang teruk tu, jadi memang kenalah dengan muka sendiri.
"habibah , turid tasmi' au jaii yaum thulasa'? tanya miss . saya desas desus, mahu tangguh markah akan ditolak satu, nak teruskan saya terpikir-pikir kalau sangkut cane? dah lah tak lancar mane. saya berfikir lama, memandang kawan saya, lagak tidak memahami apa yang dituturkan miss kepada saya. tapi saya faham miss! Faham! tapi, saya taknak ditolak markah dan takut tersekat juga. macam mane? hmm.
"marra jai duktuurr, ana hadir litasmi' " . saya balas sepatah.
habis kelas, saya berlari ke tangga sebelah kiri kuliah syariah itu turun dari tingkat lima dan keluar. Berjalan sambil istighfar! saya kecewa. kecewa, kenapa malas untuk berjuang melawan nafsu sendiri! saya berjalan keluar dari bab athar, berjalan laju untuk menuju ke asarama. "tak nak datang kelas lepas ni " saya merajuk. ops! merajuk sampai tak nak pergi kelas . oke, memang saya ponteng.
Maaf doktor ibrahim Obadah, saya ponteng. sengaja tanpa sebab yang munasabah. eh, tapi munasabah kot sebab kecawa! haha. kecewa saya menaikkan adrenalin saya untuk buka Al-quran.
"Di dalam surga itu ada bidadari-bidadari yang membatasi pandangan, yang tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin sebelumnya . Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan? ". (Ar-Rahman : 56-57)
Gulp. Tersedak. Untunglah laki-laki yang beriman. Mereka bakal miliki bidadari yang cantik. untunglaaa :( . Saya tahu siapa saya. Dimana saya, apa yang terjadi sebelum ini. moga-moga Allah aturkan yang terbaik. Serious, bila baca dan mengahafal kalam ini, bikin saya sedih, dan saya terfikir. untungla bakal-bakal suami yang soleh, pasti dapat bidadari yang cun, lagi cantik. hmm! tersentak. aku sedih.
Sem 1, tahun 3 dalam kenangan. Result yang allah ganjarkan pun dalam kenangan. Syukur padamu atas peningkatan setelah penurunan sem demi sem yang lalu. Tiadalah kuasa yang mengubah segalanya melainkan kurniaan rahmatmu segalanya. Aku ceritakan dulu sewaktu sem1 tahun 1 , aku punya result gempak. unexpected that is my result. Allah izin, kurniaannnya. Aku ingat saat itu, saat pengumuman result pertama aku sewaktu di kolej lama, kami berkumpul dalam kelas panjang bersama-sama senior. 5 orang secara bergiliran di panggil ke hadapan untuk diberitahu result sem itu. Oleh kerana slip exam tidak siap lagi, maka yang kami dapat lihat hanyala angka nombor yang boleh diamanati sekelip mata selama 2 minit seorang. Ahh, dah tiba masa aku ke hadapan. Bismmillah, langkah gagah ke hadapan bersama lima kawanku yang lain, iaitu: anis afi, amira balqis, anis shakiran, afifi dan aku. Aku cume perhatikan mecatit di kertas putih sekadar pointerku dan pangkat yang diperoleh. Lihatku kali ini sambil berkira-kira lagi. "result saya ke tu? " ohh! tak percaya. tak percaya! Siap! and then terus keluar kelas itu, berlari turun bawah menuju ke surau kecil di aras pertama. Masyaallah! itulah result kau bib! sujud syukur ku panjatkan atas nikmat yang diberikan. terima kasih semua pensyarah yang banyak mendidik diriku yang nakal ini. Sem demi sem dialalui. sem 2, sem 3 dan sem 4 di Ikip. Aku diuji dan diuji. Sem demi sem jugalah result aku menurun. sedikit dan sedikit menurun. ohh aku tidak mampu lagi untuk menerima semua ini. Apa ujian ini selepas nikmat yang diberikan? Suatu hari, aku menangis sambil mengkhabarkan berita duka bagiku itu kepada bondaku. Aku masih ingat. dengan tenang bonda berkata : "Tahniah! bersyukurlah. Ummi tak kesah anak ummi dapat berapa result, yang penting result akhlak kena tinggi." Di sebalik duka ini, sebenarnya ada yang lebih duka andai aku tidak baik result akhlak. Subhanallah! hari itu aku rasakan tamparan hebat. Syukur apa-apa yang diganjarkan Allah. Ada hikmah yang terselit. Hari ini, saat kita diberi kekuatan, mari kita mensyukuri setiap ujian yang dihadiahkan. :) moga Allah redho segalanya. Berkatilah segala ilmu yang diberikan ini, moga iakan menjadi bekalan di akhirat kelak.
Catatan peribadi jaulahku bersama teman-teman IKIP ke bumi mesir bersambung disini. 18.1.2013 - Jumaat Hari ini kami gerak menuju ke utara mesir .fuh, jaraknya jauh jugak sebenarnya lebih kurang dalam 6-7 jam macam tu. Jalan kat mesir tak sama macam jalan kat jordan. Kalau di Jordan jalannya banyak bukit bukau . Di Mesir pula Jalannya straight forward je, mendatar je. Nak tidur pun memang nyenyak je, tapi kalau dah lame sgt pun lenguh jugak badan ni sebenarnya. Puncaknya misi kami kali ini untuk menawan Gunung Sinai. Dalam perjalanan , banyak tempat yang kami singgahi sebelum sampai ke destinasi itu. Antaranya, kami melawat uyun musa iaitu telaga nabi musa yang diceritakan antara mukjizat nabi musa setelah ketukan tongkatnnya pada tanah dengan batu menyebabkan terkeluar air ketika bani israel dalam kehausan. cerita lebih saya kurang arif, tapi mmg ade banyak telaga di kawasan tersebut. Kemudiannya pula kami menuju ke kubu israel. bekas kubu israel zaman dahulu ketika peperangan antara tiga negara nak merebut salah satu tempat kat area mesir kawasan situ. mistaken forget all the fact. sory! tapi, yang ingat nye sejarah bagaimana dijumpai kubu itu ialah begini alkisahnya. Pada mulanya, kubu itu tidak dapat dicam dan diketaahui umum keberadaaannnya disitu, tapi at same time, bnyak bom2 yang keluar. So, semua tercari-cari mane puncannya bom tu la. Then, seorang ulama mesir dapat mimpi untuk menyimbah air kawasan kubu tersebut. Maka diketahui umumlah kubu yang tersorok itu. Lawatan ke kubu israel itu bukanlah tanda saya sokong pada israel, tetapi sebagai ibrah, mungkin dapat ketahui yang canggihnya peralatan yang digunakan pada zaman itu untuk melawan musuh . dan sekarang? who knows,lagi canggih bukan?
Perjalanan kali ini kami merentasi terusan suez yang mana menjadi laluan pedagang untuk berdagang. Sejarah saya tak A+ pun, tapi setakat yang ingat penah belajar sej form1 dan bile rase yang kita lalu antara laluan terusan suez tu mulalah rase tak caye, macam mane terowong tu yang kami lalui atasnya adalah terusan tu. how cant i imagine that condition. Wallahuallam.
Dah petang kami sampai di Taba. yang mana kat sini la kiterog dapat lihat 3 negara dari hujung mesir tu. mula-mula negara haram Israel, sebelah sikit Aqoba, Jordan dan tepi sekali Arab Saudi ( nak balik rumah! :[ ) . Sebenarnya, baru saya perasan yang tempat peranginan kat Mesir banyak je sebenarnya. Tapi mungkin faktor kawasanya jauh dan sangat luas, sO tak dek org nak bangunkan kawasan tu.kami singgah sebentar disini sembahyang. Nak cerita jugak, sebenarnya waktu ni musyrif kiteorg denda kiteorg tak bagi makan. hoooo lapar lapar lapar. tapi sengaja buat-buat jadi budak 'baik + sopan' sikit. tahan sabar dan tetap sabar. Kalau diorang tanye, kiteorg jawab je boleh tahan lagi, tapi masing-masing kat belakang ni macam dah gestrik kot. Memang la, kiterog just makan pagi tu, tengahari tak makan kot. waktu tu dah nak pukul 7 mlm, dan2 pulak travel dalam coaster je, memang lapar la.After siap sembahyang, bile mula perjalanan je, dah tak tahan. Lapa! haha. so, akhirnya, Alhamdulillah kami dapat menikmati nasi berlaukkan ayam yang memanggggg sampai menjilat jari. Best sgt! gurlp-kenyang bising dan tido. Malam itu kami sampai di hotel untuk rehat sebelum pagi itu untuk menaiki gunung sinai. kelas la hotel tu. ala kadar tapi oke la. eh, tak tahu nak comment ape. selesa la. Berehat sampai terlelap dan terjaga pada jam 12 mlm.
Berada di uyun Musa, telaga besar
19.1.2013 - Sabtu Aktiviti pagi ini dikenali sebagai slot pengurusan diri.Tak paham kenapa lah dinamakan slot pengurusan diri sedangkan naik gunung sinai je kot. Oke, kebiasaannya gunung Sinai didaki pada waktu malam. Kami memulakan pendakian kami pada jam 1.50 am . Mulanya bersama-bersama dan bersama , tidak terpisah group kami. Tapi akhirnya, bila pengurusan diri tak stabil kot kami terpaksa berpecah. dan terciptalah 3 group. ikot stamina masing-masing kami mendaki. mencabar jugak naik GUnung ni.7km pergi dan 7 km balik equal= 3kg turun. ahhh, lantaklah. tapi nilah motivasi yang ust azli selalu ketengahkan untuk menaikkan semangat kami, saya je kot. Tapi jujur memang penat. GUnung sinai kali ini ade salji. Maka terserlah keterujaan musyrif kami untuk bermaen snow dan terciptalah snowman kecil... naik-naik semakin sejuk dan sejuk. Lastly syukur, kiteorg sampai ke puncaknya.yes! we all win~ dalam kesejukan kami gagahkan diri menuggu sang matahari munculkan diri nya. Subhannallah begitu indah nan saujana pemandangan yang dihadiakan Allah melihat matahari terbit menyeluruhnya. ohh cantik keoren jinggaan. Subhannallah.Subhannallah.Subhanallah.
Akhirnya, berjaya semuanya!
Rata-rata yang menaiki gunung ini, bukanlah org islam je. tapi pelbagai agama dan manusia. Seingat saya , trip saya bertembung dengan pelajar malaysia Cairo, org Korea, mat salleh, india pun ada mari. Dan sebenarnya, terkilan juga sebab kat situ juga ade church,tapi surau pun ade je. Dan guess what? Badly,church lagi besar dari surau. tape la, nak wat cane. yang pasti nikmat kekuatan stamina untuk menawan misi pendakian gunung Sinai berjaya. Ade la kait jugak dengan pengurusan diri, sebab dapat urus diri dan kawal emosi berjaya naik dan turun gunung yang curam itu dengan selamat. Done! "go zunah go!" says us farid pada anak murid kesayangan. hehe^^
Berlatar belakangkan matahari yang baru terbit. Subhanallah.
Sang matahari munculkan diri,
Kami turun dengan selamatnya dan ais-ais salji mencair dek mentari teriknya seawal jam 8am. Then kami balik hotel, tapi haha. lawak memang tak lawak tunggu ammu walid berejam rupenya kalau jalan kaki nak ke hotel , pui tak sampai 5-6 minit je kot. aduiii amuu walid buat spoil btol waktu ni. Jam 11am kami bergerak menuju ke Pantai Dahab, kawasan peranginan yang best! saya suke. tapi on the way tu kiteorg singgah kejap ke tempat lembu samiri, makam nabi HArun dan makam nabi Soleh. mula-mula tempat lembu samiri? ape itu? , ini adelah ukiran batu lembu samiri yang ade kisahnya salah seorang kaum nabi musa yang menjadikan batu lembu samiri tu sbgai tuhan. Sebab time tu, nabi Musa bermunajat di gunug Sinai selama 40 hari 40 malam. Hikmah pendakian gunung Sinai itu menunjukkan kuatnya Nabi Musa ketika itu untuk beribadah kepada Allah, nabi Allah musa boleh, kita pasti boleh. Dan ketika inilah, Nabi Musa mahu melihat wajah Allah, Tapi kuasa Allah lebih esa. Hatta bila nabi Musa diberikan masa untuk bercakap dengan Allah pun nabi musa dah pengsan. Itu baru dengar suara tanpa melihat wajah dah pengsan. Kuasanya Allah mengatur setiap urusan manusia seharian. Then kami sharing sedikit dalam coaster Kisah Nabi Musa, Firaun dan sekitarnya dengan Mesir. Mesir bumi barakah. Tokoh demi Tokoh yang mewarnainya. Sejarahnya pun banyak yang dapat diteladani. oke.time to sleeppp~ penat. tido dan tido dan tido. Tinggallah amu walid berseorangan manjadi pemandu yang berhemah. Tapi tak keseorangan pun, asyik bergayut je! hampehhh~ huhu. Bangun-bangun tido dah sampai Pantai Dahab. terjaga pun sebab klon maher zain punya pasal yang kecoh sgt. Check in hotel Penguin. Petang itu kami jalan-jalan naik glass bot. melihat ciptaan lautan yang kebiruan.cantik! seriously cantik! ikan berenang dan rumpai laut menari keriangan. ohhh so beauty. kami dibawa oleh kawan ammu walid a.k.a klon maher zain berjalan-jalan di kawasan dahab.
ade gaye maher zain tak? sebab tu dye ni klon maher zain =_=
bersama amu walid yang Smart! ~
balik dari naik glass bot, kami menikmati makan malam seafood! yummy, sgt delicious. Alhamdulillah dapat makan makanan laut yang banayak dan sedap-sedap semuanya. Malam pula, time for shhoping. tak shooping pun, saya window shopping je. hehe.jalan-jalan menghirup udara segar. Tapi nak cakap, kat Dahab ni kan, Actually best sgt kalau nak dijadikan destinasi honeymoon. nanti saya kawen, saya nak ajak suami saya kesini lagi. lol! ade sape-sape nak ikot? hehe.^^ cc : senior saya yang "berdue" take noted k.
Pilih la yang mane nak . hehe ^^
20.1.2013 - Ahad Jumaat pagi yang indah nan romantik bersama dik mai. Kami berdue berjalan berdue sekitar gigi pantai menikmati permandangan pagi di pantai Dahab sebelum alkisah dikejar anjing-anjing yang berlambak kat situ. ohhh so scary! biler time kiteorg nak snap gambar, tetibe anjing datang nak pose picture juga, agak la kan! kiteorg menjerit sekuat hati, dan zunah tegur, "oii korang jerit dengar satu hotel, semua boleh terkejut pagi - pagi ni kot" . hehe. Breakfest ala-ala barat, then gerak pulang menuju ke Cairo, rumah penginapan kami di Rupala. on the way tu, kami singgah satu masjid (tak ingat nama) tapi dekat SharmEl-Sheikh. best sgt masjid tu, cantik dan bersih! tahniah~ hehe. Then kami gerak ke Souk Sharm El-Sheikh. Ahakkssss~ rambang mate. Cadangan kpd sesiapa yang meminati barangan leather, mesti singgah kat sini. ahaaa memang berbaloi, tak rugi pon. malahan, mmg seronok. 3 jam bershopping pun still tak sempat, sebab kena warning dengan cg Disiplin je selalu. huh. Petang tu, kami gerak ke cairo dan malam kami sampai . Yang best malam ni, sebab kiteorg dapat makanan special masakan org indonesia. nasi dengan ayam bakar berempah. Alhamdulillah! kenyang. 21.1.2013 - Isnin Kalau diikotkan jadual, hari ini kami berehat (cuti) seharian. Tapi, tak boleh duduk senang, kiteorg request nak pergi jalan2. Sebelah petang nya, kami dapat merasa untuk menaiki tren bawah tanah buat kali pertamanya menuju ke Hadiqah Yabaniyyah(Taman Jepun) . Perjalanan kami kali ini, tanpa coaster ammu walid , tetapi berdikari merasai naik tren yang padat dgn orang arab. Bertolok-tolak untuk lepas naik tren tu. Ade orang cakap, kalau melawat mesir tapi tak merasai naik tren ni tak seronok langsung. dan mmg truly dapat merasai keadaan orang mesir merebut-rebut sebelum pintu tren tertutup kemas. Kami sampai di hadiqah, bergambar, jumpa budak-budak kecil bermain dan pulang. Pengalaman yang seronok dapat berjuang untuk naik tren! group saya berlawan,dapat pulak kawan saya kurus kering duduk depan sakali. Ops sory! saya memang kena tolak korang sekuatnya sebab saya duduk belakang sekali. Sehabis tenaga saya tolok sampai mama arab tu dye marah, sabar laaaa! bagi aku turun dulu. Lantaklah~kalau tinggal saye sorang-sorang kat stesen tu lagi baik kena marah... berapa saat, tup tertutup! padat-padat bercampur-baur dengan org arab waktu ni. Tapi, alhamdulillah semuanya selamat dengan pantauan 2 ustz Osem yang bajet macho tu. Kenangan. . .
Hari itu, berkira-kira dan berkobar-kobar untuk ke Mesir. Antara bumi Barakah yang aku ingin habiskan masa di usia muda, biarpun cataan hidupku disana buat kali ini di sana sesinggakat 12 hari sahaja. Tetapi ianya cukup OSEM dan terbaik. Alhamdulillah.
Ketibaan kami satu batch 6th gen Ikip-Yarmouk bersama 3 org senior disambut baik oleh travel agen kami, Ust Azli dan Ust Farid. Oleh sebab kuantiti kami yang ramai seramai 14 orang, So dari awal mula lagi kami sudah membuat pilihan untuk pergi bersama travel agen. Ade je, bunyi-bunyi, "mahal kot gune travel agen". "tak payah la, baik gamble sendiri je, lagi best"." nanti tak bebas kot kalau ikot travel agen" . ahaaa, adat la tu, bermacam-macam spekulasi manusia. Ikot hati orang, ade jenis suke gamble sendiri cari pengalaman and ade juga yang suke ikot travel agen je.
Aku? mulanya cuak juga. ehem, nak jimat kan. Tapi piker, sebab suke dgn travel agen. Senang.mudah.simple ikot je gi sana-sini. tapi actually cuak jugak lah kalau tak puas hati^^, ade la sedikit keraguan sebelum tu.Tapi serasenye kali ini, Allah mudahkan setiap urusan dengan utusan due orang super duper 'musyrif' yang osem. (kembang latu kalau bace ni).
14/1/2013 , isnin
Flight kami jam 12.50 pm , tetapi kami sampai di Airport King Alia Jordan jam 10.50-11.00 am camtu. Nampak tak dari awal terserlah keserabutan kami. Settle angkut keluar barang-barang dari coaster, terus berlari cari tempat check in departure. ohhh, berlari macam anak kuda masuk kandang, haha. selesai check in, dapat boarding pass terus ke imegresen, beratur pulak ramai nyeeee manusia nak keluar negara waktu ni. lantak laaaaa, dapat barisan potong je arab, lantaklah. selesai. Tapi masalah jordan la tak siap lagi airport, mudah cakap tak sistematik la. tunggu je la giliran. dan-dan tiba flight ke mesir gate buka, kami orang baru sampai. uhukkk 14 orang wanita ayu berlari lelah-lelah akhirnya terbang juga menuju ke bumi mesir dan kamilah penutup pintu kapal terbang ke mesir kali itu.
Tiba di mesir dengan airport barunya yang cantik. iras-iras KLIA gitu. memang kelas lagi la. hehe. Then dijemput travel agen kami, jejaka osem. haha. okeyla sebab sorang tu kawan lame kiba dulu. naik coaster y ditempah khas buat kami, melihat sekitar pemandangan bandar cairo, sememangnya lebih maju dari Jordan. sistem jalan pun dah nampak maju nya. mungkin atas faktor penduduknya yang padat dan ramai, seramai 90juta sahaja di cairo, tu tak termasuk di kawasan laen alexx, tanto, dahab dan segala bagai yang laen lagi tu.
Hari ni, kami rehat dahulu, esok baru mulakan perjalanan pengembaraan kami di bumi mesir.
15/1/2013 ,selasa
Memulakan pengembaraan seawal pagi jam 8.30 am. Hari ni kami berjalan disekitar cairo. menuju 6 buah tempat, antaranya: masjid Al-azhar, Masjid Hussein (makam saidina husein), Masjid Amru, Masjid Sultan Hassan, Makam Imam Shafie, dan Masjid Ibnu Tolun.Menziarahi setiap masjid yang punya lakaran sejarah dan memori tersendiri. Antara yang saya ingat untuk dikongsi bersama, semua masjid-masjid ini penah menjadi kebanggaan suatu masa dahulu ketika kebangkitan islam di timur tengah. Saya teruja dengan seni bina masjid Sultan Hassan dan majid Rifaie yang betul bertentangan itu. Laluan yang kecil itu jugalah laluan angin yang menyebabkan ketika kami berkumpul di tengah-tengah bangunan masjid itu terasa sejuknya yang sejuklah. huhu.
masjid Sultan Hassan juga dikenali sebagai masjid 4 imam yang didalamnya punyai empat sudut besar untuk setiap pemegang mazhab imam berbincang berkaitan mazhab masing-masing.Budaya ilmu yang ada waktu itu, membuktikan semangat orang islam dalam mencari sinar kehidupan ,insyaAllah. Dikatakan juga, setiap kali solat pula,giliran demi giliran untuk pemilihan imam. And lagi teruje bile masuk bilik kecik, bilik yang direka dan dibina tersendiri yang hebat dimana boleh menggemakan suara manusia tanpa menggunakan microfan sekuatnya. Teruja! Subhanallah, hebat dan uniknya Allah kurniakan idea buat penciptanya itu.
inilah rakaman suara bergema tersebut
Petang itu pula kami dibawa ke City Star. Antara mall yang terkenal dan harganya pun boleh tahan kat area cairo ni.cuci-cuci mate sikit and windowww chopping je. hehe ^^. Malamnya pula menuju ke rumah pegawai pahang , Ustaz Khairul Anuwar di asher. Sedikit jamuan ringkas yang disediakan sempena menyambut kedatangan rombongan daripada pihak kami . Terima kasih ustaz anuwar, isteri beliau kak nurul, dan anak-anak mereka yang selalu sedondon. commel >< .
Seharian berjalan di bumi mesir bnyak kesimpulannya. Jujur hari pertama saya dah jatuh hati dengan negara mesir ini. dengan bandarnya yang hidup nampak pesat dan membangun. Cuma adatlah, berhabuk dan sedikit kotor sahaja. Penduduknya pula terlalu ramai yang menyebakan banyak lapisan susunan masyarakat disini. Pandang ke tepi tingkat rumah penginapan kami, nampak satu keluarga merempat di dalam rumah ala pekerja buruh indon yang kat malaysia tu dengan ampaian kain yang simple. ohh sedangkan sebelahnya itu, kedai baju kahwin and kedai gambar kodak yang sering dikunjungi pemilik kereta-kereta mewah. itulah mesir .
kami di masjid Al-azhar
16/1/2013 ,rabu
Pagi yang indah dengan masakan mee campak versi MAI's siblings! hehe. Then kami gerak ke Anuar sadat. Dataran yang dikatakan berlakunya pembunuhan Mantan pres anuar Sadat sebelum Hosni Mubarak yang mana mitosnya mencerikan bahawa pembunuh Anuar Sadat itu sebenarnya adalah konco dan idea kepala Hosni juga. Wallahuallam. Bila manusia gilakan kuasa tanpa sebarang rasional, maka segala sesuatu bisa terjadi.
Kemudian kami gerak ke Piramid ciptaan Firaun laknatullah. Raja yang mengaku dirinya tuhan tiada yang hebat selainnya. Konon je la sumer tu^^ . Waktu ni, sharing about kisahnya dalam surah Al-Qosas. banyak isi tersurat yang diceritakan dalam surah tersebut. Ringkasnya, ketika dalam dakwahan nabi musa kepada firaun tetang Allah yang esa, yang layak disembah. Namun, dakwahnya tidak diterima dan terciptanya piramid atas dasar untuk dia melihat tuhan nabi musa sendiri. Namun, setinggi piramid itu juga, niat buruk firaun tidak kesampaian.
di panorama pyramid
Seterunya kami gerak ke Asfour. Gedung kristal yang unik dan cantik. Berpinar-pinar mate nak pilih rantai, gelang tangan and subang. omg! ketahuilah,inilah antara syurga wanita. tak semua tapi kebanyakan. tapi, badly i cant found the ring what my focus want. =,=
Gedung Asfour :)
17/1/2013 ,khamis
Pagi ini kami mula bergerak ke luar dari kawasan cairo menuju faiyoum, keluar daerah yang jaraknya mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Seperti kebiasaanya,ammu walid memandu coasternya dengan macho sekali menuju ke fayoum. Daerah kecil tasik qorun, istana qorun dan air terjun mini.
Al-kisah qorun dizaman nabi musa yang Allah berikan nikmat kekayaan yang begitu banyak kepadanya. Tetapi atas kebongkokan dengan harta yang tidak dizakatkan, maka Allah terbalikkan hartanya di tasik qorun. Sebenarnyalahkan, tasik tu sangat besar. sangat besar, dan logiknya kalau dipikir balik, banyak nye harta benda si qorun ni, orang kaya dunia kot. Semua kuasa Allah, hartanya diterbalikkan maka tiada lagi yang tinggal kerana setiap itu azali bukanlah kepunyaan individu tetapi hak milik Allah.
waktu kami bergambar sebentar di tasik Qorun, ade dua orang adek beradek menuju ke arah kami segerombolon sambil menunjukkan rantai kerang yang berwarna-warni dengan hasrat agar kami dapat membeli seutas rantai tersebut dengan harga satu genih. Cantik dan simple sahaja. Aku simpati dengan mereka. truly! waktu itu ketika kami mahu bergerak ke destinasi seterusnya, tanpa sengaja budak itu merayu dan TErnaik ke dalam coaster agar kami membeli rantai itu. Dan sekelip mata, ammu walid menolok dan menolok budak itu yang umurnya lebih kurang 8 tahun itu. Dengan kasarnya, ammu walid menengking budak itu dan memarahinya kerana telah naik coaster nya. Kami terlalu simpati, tapi apakan daya, itu urusan arab. Bagi amu walid,keselematan dan keselesaan pihak kami lebih diutamakan sebab itu dia marah budak penjual rantai kerang itu tadi.
Maka coster berlalu pergian meninggalakan budak itu menagis teresak-esak kerana ditampar ammu walid. so pity! maafkan akak budak si penjual rantai kerang. moga Allah memberi rahmat buatmu, si budak yang gagah mencari rezki.
berhadapan istana Qorun bersama kak nurul, sakinah, dan summayah 'commel' .
cinta itu bersih... umpama kapas seputih warnanya... aku cuba menjaga dan menjaganya... hingga akhirnya ia pernah dikotori, dicalit oleh cat jalanan... tersimpang jauh sehaluan... zuupp ia hadir dan terus hadir... mewarnai hidup lakonan sandiwara semata... yang asyik nan mamai... Tika sang cinta hadir masih dirungkaikan... sertai terus tanpa pilih kasih sayang... cukup bahagia dan disyukuri... mengatur putaran kembali... menyuci kapas sebersihnya... agar bersama dapat digunakan dan dibawa ke akhirat... menjadi saksi sang bidadari disana yang hakiki... dan aku meredhoi... ************************************************************************************* Banyak sangat berita orang kahwin sekarang. ohhh cepatnya masa berlalu dan pantasnya peredaran umurku berlalu. Dulu masih bermain tali getah zirofain kat taman bersama dia. Kadang pula bermain kerja-kerja, lakonan semata di dunia itu, "oke saya jadi doktor dan awak jadi pesakit ". sambung lagi : " ubat ni makan 2 kali sehari selepas makan. lepas tu, kalau awak rasa ade pape masalah terus datang jumpa saya ya ." ahhhh. kisah lame, dahulu kala umur angka sa lagi waktu tu. Sekarang semua dah besar panjang, remaja dan kearah remaja lain.
dedicated to : kak munirah mohammad nasri dan suami, semoga ikatan terbina diberkati Allah selalu :)
mula -mula sampai. berdebar dan kagum. Alhamdulillah.
megikuti jejal langkah bonda. moga Allah pelihara bonda tercinta.
meneguk meminum air zam-zam
disnap seusai towaf wida'. sungguh sedih saat perpisahan ini.
ka'bah yang tersergam indah.Subhanallah.
abbas salimi dan said ramadhan yang hensem! my boy. picture after solat jummat.
bukit safa to bukit marwah.. .
Gambar yang sempat diambil. ni pun cepat ambil. Kalau tak nanti ade makcik arab marah,
with clock tower
anak arab sedang menadah cawan untuk minum airzam-zam.
pekerja pakai baju warna biru. . macam kijer nurse pun ade gaya uniform tu.
Perjalanan pulang ke hotel . jumpa dengan burung ni.
my sis, Habibah Sakinah bt Ramli. Gud luck SPM next year :)
ade gaya mak datin tak? hehe.. ditengah lautan kicauan burung2. yang sebelah remaja tu dia jual makanan burung. huhu.
Lalu mereka bertebaran... tanpa rasa resah dan gelisah. sedang manusia, penuh kecelaruan. Ya Allah, kuatkan hati-hati kami.
otw balik. see you again kaabah. see you again tanah suci.... Papan tanda ke arah jabak nuurr . Kisah wahyu pertama nabi muhammad SAW disana.. masihkah ingat?
Tamat dahulu catatan umrah 2012 . perjalanan selama 4 hari 3 malam. CINTA SUKA TAWA CERIA family pengubat hati yang sedih. * bujang-bujang senanglah nak travel sorang2 . ^^ heheee
... Sebanyak 82 anak tannga didaki untuk sampai ke hotel kami. dekat je, tak jauh mane pun. setiap azan 5 waktu solat boleh didengar. Petang itu kami rehat dan bersiap-siap untuk maghrib pula setelah kepenatan semalaman dalam kereta , mungkin hampir 12-14 jam juga la. lagi sian walid derbar setia di sini. Dulu kalau kat Malaysia, kalau walid ngantuk umi boleh change turn drebar. Tapi keadaan sekarang lain. disini lain. Wanitanya tidak dibernarkan untuk memandu. cukup jadi permaisuri duduk tepi drebar menemani si suami^^. kan ummi?
Pandangan dari atas . kami menuju untuk solat maghrib.
Jam menunjukkan pukul 5.20 ptg dan azan maghrib area pukul 6 macam tu. Kami sangka sewaktu kami turun itu masih awal lagi.eh mungkin kita dapat solat dalam dewan betul2 depan ka'abah dalam masjidilharam. Tapi, ohh tidak, sangkaan kami tak kena. Terlupa hari tu hari khamis dan ramailah org berpuasa sunat. Di kawasan luar masjid pun berderet org duduk bersila beratur untuk iftar dengan kurma dan air zam-zam. tapelah, dengan keadaan yang sesak sikit(biasalah tu) kami masuk menuju ke dalam masjid. ohh memang ramai. sudah ramai orang. nak pergi masuk ke kawasan ka'abah dah tak boleh. tok syeikh jage, halang this way cannot entry, memang ramai pun org dalam tu, confirm la tak boleh masuk. relax, anak kene ikot ummi dan umii jalan kat area kanan, kot2 boleh masuk kat bahagian dalam. memang sesak2 tu la kiteorg cari tempat duduk. azan. solat sunat rawatub dan solat maghrib. Subhanallah! azan yang sungguh merdu by muazzin. nice! really nice. (nanti ade masa sy upload). Oleh kerana tiket flight Naemah ke Malaysia malam ni pukul 11 malam, so Naemah kena buat towaf wida' tanda pemergian dari tanah haram. Saya dan Sakinah menemaninya. Kami tiga orang pegang tangan erat melangkah kaki untuk buat towaf . Selesai satu pusingan.Dua.Tiga.Empat.Lima.Enam.dan Tujuh. Tanpa kami sangka bulatan towaf ka'abah jadi semakin membasar. Mengelilingi ka'bah atas dasar ibadah kepada Allah. Disitulah saya dapat perhatikan pelbagai jenis manusia yang berada disini. tidak kira bangsa, jenis kulit tapi kiraannya atas dasar aqidah Islam. Sesuatu yang menakjubkan saya. sedang bertowaf, lalu seorang wanita berkulit gelap,nigeria mungkin. Gagah sekali melakukan towaf berpimpinan tangan dengan 3 orang anaknya. mungkin 3 dan 4 tahun budak itu dan seorang lagi anak kecil. Subhanallah baby baru lahir! ahh kecil sangat baby tu digendong di belakangnya dan baby itu sedang tidur. gagah kan org arab? fuhh... kami bertiga amat terkejut dan takjub melihat ibu gagah itu. Moga Allah merahmati ummi dan ibu-ibu sekalian, usaha daya kasih sayang mereka tiada tandingan. kami selesai towaf 10 minit sebelum isya' dan mencari ummi di area lampu hijau bertentangan hajarulaswad. Malangnya,bayangan ummi dan nazirah tidak kelihatan. Terlalu sesak dan ramai manusia. nak call, enset saya dan naemah tak dapat lain arab saudi, kinah tak bawak henset pula,dan kami lost. akhirnya kami pulang ke hotel bertiga kerana kami agak mesti ummi and irah dah balik hotel , yang lucunya tanpa selipar means kaki ayam laa sebab selipar semua ummi yang pegang. Sampai hotel, ummi and irah takdek lagi. ohh, sesuahnyaa . cane ni? tapi maybe ummi sembahyang isya' dulu sbb dah azan waktu tu. Last, dengan bantuan sorang makcik arab kami dapat call walid. Beranikan diri jelah pinjam enset aunty arab, thnnnxx ^^ . Tak susah bermuamalah dengan orang arab kalau ade basicnya. Arab jordan dan arab Saudi tak jauh mana lahjahnya, lebih kurang je. Dapat call walid dan tuggguu je la kat lobby sambil maen sorok-sorok kaki bawah kerusi. haha ^_>. Walid sampai umi sampai. ohh dah lambat sgt untuk bertolak ke airpot! dah pukul 7.30pm . flight pukul 11, tapi kena datang awal 2 jam, means pukul 9pm. ayyyoo memang pecutlah walid bawa kereta. kena pulak dalam masa yang sama jalan jem.walid dan ummi kecoh cari jalan alternatif lain nak elak dari jem. Dua kali pusing termasuk jalan sama dan keluar balik sebelum terkepong di jem. Hari jumaat adalah hari cuti, jadi kebanyakan org local saudi focus datang ke mekah. Sesak dan sesak dan sesak. Tapi alhamdulilllah ade encik GPS yang baik hati tlg tunjukkan arah. GPS walid meang dah macam pening dengan kerenah walid yang suruh search jalan lain, "we are calculating", ayat tu je la yang sokmo diulang encik GPS tu. GPS ummii pula boleh tahan jugak, senyap dalam tab tapi dah mamai2 kot. sekejap suh jalan ni, jalan ni. Ciptaan manusiakan? begitulah, Akhirnya walid berjaya keluar menuju ke highway Jeddah dengan bantuan encik GPS juga. haha. Yang paling tak daya, jalan raya kat sini ni macam KL juga tapi cuma takdek peraturan je. haha. ^^ Dalam perdebaran yang sangat-sangat tu, tak terkata rase, membisu belake waktu tu, akhirnya sampai. Walid drop, saya dan naemah terus berlari ke kaunter check-in. huh! alhamdulillah selamat dan check-in. Time to say "ma3 salamaaah ya habibtiy"! insyAllah panjang umur kita berjumpa lagi. Belajar elok-elok ye di KTD! jangan nakal2. ingat pesan ummi walid ye! uhuuukkk sedih. dan aku nangis! :( sob sob sob. berpisah dengan yang tercinta lagi #_#. Selesai hantar naemah. singgah makan kejap. balik ke hotel semula dan rehat. 7 Disember 2012, Jumaat. Jumaat barakah. kami sembahyang subuh berjammaah di masjid. Pagi ini aktiviti bebas. Berjalan berkongsi cerita bersama bonda tersayang. berjalan di sekitar dalam masjid, naik tingkat satu ke kanan dan ke kiri pada sudut masjidil haram ini. Syiling yang terukir sangat cantik dan kreatif. Kami tidak sempat pusing habis kerana sebelah sana kawasan undr constraction. kawasan saie ditambah satu tingkat. sungguh besar dan amat besar. Bersyukur dengan izinnya, akhirnya impian untuk berada di hijir ismail tercapai. Seketika disana cuma sekadar 7-10 minit. bersesak dan berganti silih setiap orang ke kawasan itu. Kawasan yang dijanjikan makbul doa. Allahu ammenn :) berdoa dan memohon keampuanan kerana hambamu ini cukup lemah.Saya dan sakinah berkesempatan untuk berada si situ beberapa detik cuma, sementara ummi menunggu di kawasan luar hijir. Selesai, kami medan selera. bersarapan bersama teman sekolah menengah umi. aunty ape ea?.. tak ingat!- dah ingat : auntie radziah tapi dia tinggal 15 minit je dari mekah. sangat dekat. Alahai, sweet je tgk org tue jumpe kawan lame. berborak sakan and kite dengar je lah. ikatan ukhwah yang terjalin sampai anak besar pun tetap kuat sesama sahabat-sahabat mereka.
Geng MRSMKT ummi dan kawan baru walid- terimakasih pakcik, sebab belanje kami breakfast ^^
Selesai makan , kami pulang ke bilik. bersiap-siap. Dalam bilik pun boleh tgk live siaran tv ka'bah. Seronok ade live! tapi kat jordan sekarang ni tadek pun siaran live dari mekkah. Bersiap untuk seolat jummat. Sama seperti biasa , bila lambat sedikit orang mula sudah membanjiri kawasan masjid. ohh kali ini, memang org terlalu ramai. dan saya terpaksa ke bahagian tingkat atas kawasan perempuan. Selesai solat satu kejadian kecoh berlaku. Ade sorang makcik arab jerit2, saya mulanya tak faham mane tapi memng kecoh la. entahlah hal dia. agaknya ternampak sesuatu kot. Selesai solat,kami plan awal untuk terus menunaikan towaf wida'. tapi apabila nampak keadaan sesak dari atas, kami tangguhkan dulu selama 10 minit. Kali ini pula, saya dan sakinah perlu towaf berduaan. Saya akan pulang ke jordan dan sakinah akan pulang ke Malaysia tidak lama lagi. Walid ummi tidak perlu buat towaf wida' kerana mereka tidak keluar dari tanah arab saudi dan insyaallah akan ke sana lagi. :) Saya dan sakinah bertowaf tujuh pusingan di bawah mentari. Biarpun terasa bahang hangat, tapi perasaan sedih itu lebih mendominasi diri . Bila lagilah dapat jejak ke bumi barakaah, menghadap ka'bah yang penuh ketenangan, meminum air zam-zam setiap masa. ohhh saya cukup rindu =.= Selesai towaf jam 2 ptg. Kami pulang ke hotel dan checkout. Bermula perjalanan pulang ke new hometown jubail. Petang---> malam---> tgh malam---> pagi . pukul 7.30 baru sampai rumah. ohh lama sangat berada dalam kereta. 16 jam lamanya. Namun, alhamdulillah semua selamat sampai. 8 Disember 2012,Sabtu Semua rehat dibilik. penat. tapi saya dan said sibuk didapur. Said kali ini, banyak spend time bersama-sama. banyak yang dikonsi dan ada je benda yang nak diceritakan. Sangat rindu kat said ramadhan! di Jubail, sempat ziarah rumah mc sarimah, berkenalan dengan makcik-makcik semua. bershopping kurma dan coklat. Dan pukul 7.30 petang tiket flight balik ke jordan semula. Jaulah sekejap bersama family. Penat. Takot. gementar. Tapi sangat gembira :) terimakasih Allah menyusun waktu yang hikmah ini, bersama insan tersayang dalam proses dnt yang berterusan. terimakasih walid ummi. Kenangan ditahan di imegresen cukup terkesan dihati. ohh kita hanya hambamu yang lemah. Dalam flight semua memory bersama family terbayaang satu persatu. bersama Walid,Ummi,Imah, Kinah, Abbas ,Nazirah dan baby said. ohh rindu teramat pada merekaaa.., sgt rinduuuu =.= Moga Allah pelihara ikatan mahabbah jarak jauh ini. Malaysia-Arab Saudi-Jordan Sekian :)