Friday, August 16, 2013

ada baiknya itu, tapi

Sudah lewat malam ini baru aku sampai ke rumahku. Kali pertama dalam hidupku mencuba memasuki persatuan di Irbid ini. Ahh, tidak besar manapun, cumanya menjadi AJK kecil dalam satu program  yang sudah bermula rangka gerak kerjanya sekarang dan fatrah 2 bulan akan datang  nanti barulah rasminya kami akan berkerja keras.

Aku bahagia, tapi dalam kebahagiaan aku, cuma terselit tanda tanya. Atitude yang bagaimana yang sering menyenangi setiap ahli pelaksana sesuatu team. Kali ini, aku punyai satu team yang cukup tegas. Aku jadi turut sama untuk tegas, sedangkan aku masih pening dan samar2 untuk menjadi sedemikian. 


Aku salah mungkin. Aku penat berfikir. kenapa tiada tolereansi? Atau aku yang tak leh terima semua kenyataan. Atau sengaja ingin mencetuskan susasana hangat. Atau kenapa susah sangat untuk open minded. Sungguh, manusia ini bnyak tabiatnya. 

Tapi, serius, ketahuilah jangan terover @ mengover dalam pegang dengan sesuatu prinsip atau sesuatu hal sehingga susah untuk toleransi atau buka sedikit peluang , kerana disitu nampak lemahnya kehebatan dalam mengawal emosi disebalik ketegasan yang dipamerkan. Aku terkesima kala itu. Tutup hati, malas mahu berdebat. Baik terus senyum. :)

BAYU PANTAI ITU LEBIH MENDAMAIKAN , bahagia berkenyit mata , tersenyum indah bersama org yang satu kepala dengan kita. tandanyaaaaaaaaa .... dia sudah berpuas hati! hehe.

No comments:

Post a Comment