Tuesday, August 13, 2013

perang sis

Hari ini antara hari yang paling bersejarah dalam hidup. Sedikit nota dan kalam pada diari catatan kehidupan ini , moga suatu hari nanti , tika aku bacanya semula, aku dapat beringat dan jaga-jaga dengan kehidupan yang seterusnya.

Hari ini, yang dijadualkan untuk mengtasjil madah (daftar subjek ) untuk semester hadapan. Tapi , dari pagi server internet down dan down. Dari pagi, senior 4th year masih tidak dapat untuk memilih subject yang diingini. Samapi giliran aku waktu tengahari 12.45 pm terus sistem page website http://sis.yu.edu.jo tak dapat dibuka, asyik loading and ade pulak unavailable. Semua gelabah, tak tahu nak cakap pikir ape dah ni, muka mengahadap komputer je. dari pagi samapai petang dan sekarang alhamdulillah.


baca : x dapat reload balik, reload balik.. macam dosa kita,,
 da buat dosa istighfar balik, istighfar balik,...

Ada benarnya kalam itu, kita manusia dah buat dosa, kena always istighfar biar bibir ni basah dengan kalam istighfar, pengharapan keampunan dalam diri kita. setinggi-tinggi keampunan selamanya. 

Allahu, dalam menghadapi perang tasjil madah ini, allah sebenarnya ingin menguji kesabaran kita. Aku kelam waktu itu, kelam kabut dibuatnya. adilah menjerit,,, "bib, aku dah dapat tasjil satu subj" ... errrr, dari luar dia menjertit. tapi aku tak dapat apa2 ni, reload nak log in pun tak dapat. macam mane? seorang update dah siap tasjil tapi mereka semua tasjil di makmal komputer university. Aku tekad untuk keluar rumah , ke university, bangunan khowarizmi dan tasjil disana. Aku berharap.

Aku bergegas keluar rumah dengan komputer di dalam beg, aku mohon dan berharap dapat tasjil disana. namun, sesampainya aku di pintu pagar universiti, aku call kawanku, katanya : ohh, makmal dah tutup, pekerja tu suruh tasjil sendiri. Oke, aku bergerak ke cyber pula, mengcuba disana pula,tapi server tetap down tak dapat connect. ummm~ hati gundah,

Aku dan munirah, tekad untuk pulang. takpelah ade la rezki kita lepas ni. 
allah maha mengetahui , aku dengan cool, cuba buka komputer. dan try, kick in masak ,nom masak , dan syukbah. mengcuba! dan tupp~you got tasjil. hah? dapat??? alhamdulillah.

Cool, dalam hati menjerit yeayyyyy! dan sikit-sikit saya cuba untuk tasjil madah. dan dapat semuanya, kecuali satu subj ijbari tak dapat.~ takpe laa. kita cuba esok luse untuk rebut subj itu.

kenangan sekali dalam hidup.

No comments:

Post a Comment