Malam itu sayup takbir kemenangan yang menarik hati untuk terus berada disamping tingkap itu. Kali itu hampir tertitis air mata ini kerana takbir raya versi melayu diperdengarkan dari corong mikrofon masjid jamiah universiti yang kira-kira 2km jauhnya dari rumah ku. Sayup-sayup kedengaran dek mungkin rumahku yang tinggi ini, mujur masih berpeluang kedengaran takbir itu, semua memori "kekampungan" menjengah fikiran ini.
Salam Lebaran buat semua ~ maaf zahir dan batin salah silap terlanjur bahasa, terkasar perlakuan, terkurang mana yang patut. Raikanlah ramadhan 29 hari itu, dengan kemenangan sebenarnya di syawal ini. moga2, ramadhan tahun depan masih ada buat kita semua. Ammen.
Tahun ini, Allah takdirkan bumi jordan ini tempat berpuasa juga tempat beraya. Kesedihan itu juga tetap terasa tanpa family disisi. Namun, as we know, sekali ini sekali itulah peluang yang tidak ternilai, merasai suasana eidul fitri di perantauan yang hakikatnya lain betul suasananya berbanding di Malaysia =.= .
Irbid sunyi, buka fb instag , ramai org update gambar disamping ibunda ayahanda semua. Tapi, disini... merekalah keluarga saya. :)))
No comments:
Post a Comment