Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

Sunday, March 19, 2023

Jom ke Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu 2023

 Sudah lama Pusat Sains Terengganu dibuka di Terengganu. Mungkin sudah hampir 2 tahun keberadaannya di Wilayah Pantai Timur untuk tarikan umum rakyat ini dan promosi kearah kepentingan dan keseronokan pendidikan sains. Bangunan besar tersergam indah yang terletak di Kg Laut Terengganu sememangnya harus dikunjungi anak-anak setiap lapisan umur dan ibubapa. Tarikan utama disini semestinya tertumpu kepada anak-anak sekolah menengah dan rendah.

Kami berkesempatan untuk meneroka setiap tingkat disini yang penuh informasi dan seronok untuk dikunjungi. Bagi mereka yang ingin mencari tempat untuk dilawati saya cadangkan tempat ini dimasukkan dalam senarai list tujuan tempat untuk dilewati selain; Pasar payang, Muzium Terengganu, Masjid Kristal atau Masjid Terapung, Noor Arfa batik atau sekitar pantai Batu Buruk.

Alhamdulillah pada minggu lalu, kami sekeluarga berkesempatan ke Pusat Sains Terengganu pada hari Sabtu. Mungkin hari minggu agak ramai pengunjung tetapi keadaan masih terkawal dan tidak padat kerana keadaannya kawasan yang begitu luas mengisi kekosngan 3 tingkat ruang untuk diterokai. 

Pelbagai galeri tujuan untuk diterokoi anak malahan kita yang dewasa juga turut teruja untuk mengikuti setiap galeri. Antara galeri disana adalah:galeri I-Wonder, galeri spark your creativity, galeri nature disaster, galeri domeshow, galeri science stage, galeri funovation, galeri stemec, galeri sci kid discover, galeri reading thinking, galeri dunia galaksi dan terbaru adalah galeri dinosour encounter. 

Bagi anak sebesar usia Maher, galeri paling lama dan berpujukan untuk keluar adalah galeri scu kid discovery kerana galeri ini menyediakan ruang hiburan kanak-kanak dalaman yang menarik untuk bermain sepuasnya sambil belajar. Taman yang luas ini sangat sesuai untuk menghabiskan tenaga mereka kesana-kesini dan penting dapat kuatkan otot fizikal mereka panjat gelongsor serta melompat di ruangan besar. Disini diwajibkan untuk memakai stokin untuk kebersihan dan keselamatan ibu bapa haruslah memantau sebaiknya anak-anak. 

Seronok ke biasa? bagi saya sangat harus dilewati sekiranya anda kunjungi ke Terengganu. Jangan lepaskan masa luangkan masa bersama anak-anak untuk terokai dunia sains dan inovasi dalam dunia nyata. Disini juga disediakan pakej pilihan untuk ibubapa mengadakan party birthday untuk anak-anak dengan harga yang berpatutan. 

Kemudahan awam, kedai runcit, ruang solat, ruang duduk juga disediakan di setiap kawasan. Harga tiket kesini juga berpatutan antara Rm 30-50 mengikut pakej yang dipilih. Macam kami, Rm50 untuk pakej bayaran 2 dewasa dan 2 kanak-kanak. Anak bawah 3 tahun mendapat akses percuma untuk masuk ke kawasan ini. Saya juga perasan, kalau mereka yang mengikuti rombongan bersama sekolah mendapat harga yang istimewa mengikut pakej yang ada. 

Untuk maklumat lanjut boleh terus akses ke pautan ini untuk info lanjut: https://pskt.terengganu.gov.my/.

Satu gambar depan PSKT

Dengan replika Dinosour

Dinosor lagi

merasai pemanasan global

gegaran gemba bumi, semua block jatuh

jangan langgar, kena hati hati gerakkan ring tu

play area for kids

tekup tangan hehe

play area with kids

one photo before leaving

art area

space gallery





Love, Habibah



Friday, May 1, 2020

Pengalaman bersalin anak pertama, Alhamdulillah

Anak adalah anugerah, amanah serta tanggungjawab yang diberikan kepada kita. Pengalaman bersalin semestinya kenangan indah buat setiap ibu yang tidak dapat dilupakan. Kata orang setiap anak, berbeza suasana dan cara, pasti ada jalan tersendiri yang dialami dari awal proses kelahiran sehingga saat akhir melihat wajah anak yang keluar daripada rahim seorang ibu.

Pengalaman ini saya rakamkan buat ingatan peribadi dan kenangan bersama. Sesungguhnya buat semua ibu, berjuang melahirkan seorang insan anak yang mendiami  di alam rahim dalamtempoh 9 bulan itu merupakan suatu penghapus dosa. Maka tatkala lahirnya anak yang dikandung maka gugurlah dosa yang ada, begitu mulia nilai Ibu kerana beliaulah memikul sakit perit tempoh kandungan tersebut.

Proses bersalinku normal seperti ibu yang lain, sepatutnya due 5 Mac, tapi anakku masih seronok agaknya didalam perut itu, hihi maka Doktor KK memberi tarikh semingggu kemudian iaitu pada 12 Mac untuk serah diri sekiranya tiada lagi tanda untuk bersalin atau sakit. 

Apa tanda-tanda bersalin ibu?
  1. Keluar darah daripada faraj ibu. Darah termasuklah lendir.
  2. Perut mengeras dan menegang.
  3. Keluar air ketuban yang banyak. Namun sekiranya air ketuban keluar sedikit demi sedikit, harus berwaspada dan rujuk Doktor kerana kalau air ketuban sedikit boleh diawalkan bersalin.
  4. Sakit contraction. Bagaimana? mengikut pengalaman saya sakit di bahagian belakang dan depan teramat sampai tak leh tahan dalam tempoh yang lama. Sakit ini boleh datang sekejap-sekejap atau dipanggil braxton hicks contraction yang kadang-kadang menyerang. Dalam tempoh seminggu last, memang saya rasa sakit seperti itu. Sakit yang menyerang belakang, pelik sebab tak pernah rasa sakit macam tu. ingat nak beranak dah, lepas rehat dan tidur hilang. 
  5. Sakit perut tapi tak berak. hihi, itulah saya punya tanda. Siap pergi 2/3 kali bilik air tapi tak keluar pun najis. Sambil tu memang rasa memulas pelik perut. Terus siap-siap ke Hospital. Maka terjadilah alkisahnya.... 
1pagi, 11 Mac 2020

Malam itu memang tidak lena tidur, mula rasa sakit perut dari awal baring dalam 11 malam. Pukul 1 Pagi ke tandas untuk buang air tapi x keluar pun, 2/3 kali ulang alik sambil tahan sakit perut. Kejut suami dan bonda dan terus bersiap pergi ke hospital. Sempat ambil 5 ulas kurma dan sebotol air. Dalam perjalanan tak tahu kenapa makan je semua kurma tu. At least,kot sampai terus terbersalin ade tenaga pesan sesetengah orang.

2 pagi, 11 Mac 2020

Sampai di Bangunan Rawatan Ibu dan Anak di Hospital Sultanah Nur Zahirah HSNZ Terengganu. Bangunan baru, dan khusus untuk ibu bersalin sahaja. Memang ekslusif untuk ibu dan anak sahaja, ada 5 tingkat. Wad ada 3 kelas, memang selesa untuk first dan second class ward. 3rd class memang ramai, berkipas sahaja. 

Masuk ke kawasan kecemasan untuk pendaftaran,  tapi biasalah memang kene tunggu giliran. Bawa IC, buku merah plus kalau ada surat GL bawalah. Okay, Datang malam pula tu, Doktor yang bertugas hanyalah 2 orang. Kebetulan yang datang malam tu sekitar 5 org. Sorang ade atas katil nampak macam serius apa ntah dibuatnya siap kene pakai udara kat hidung tu. Sorang dah selamat disorong ke bilik LR, sempat borak air ketubannya pecah, sorang ade keluar darah baru je 34 minggu, dan keempat saya lah, kelima baru sampai. So tunggu giliran Doc settle yang pakai udara tu dia dihantar ke ICU,moga baik2 semuanya. 

Sementara tunggu Doktor iring pesakit tu ke ICu lah, sakitku datang sedikit demi sedikit. Mula sakit biasa, ni dah ulang alik ke kiri ke kanan, sebab duk ingat nak lagi mencepatkan bersalin kene banyak bergerak dan berjalan. Fuh, makin rasa sakit tersebut.


“ Doktor, tolong saya perut saya sakit sangat dah ni, saya memanggil doktor tanda tidak dapat menahan dah sakit. kata orang kalau sakit contraction kita boleh set dan lihat secara berkala. Aku buka timer dan notes di hp untuk tanda, tapi aduh ni bukan setiap lima minit ke sepuluh minit ke, ni memang sepanjangnya sakit. Takpe tahan dan sabar. Sesudah Doktor selesai patient ibu mengandung yang tadi dibertitahu untuk ke ICU, tiba masa giliran saya untuk diperiksa setelah hampir 40 minit menunggu di kawasan kecemasan mula2 sampai. 

“Rasa sakit?” tanya Doktor. Soalan skrip wajib ke ni doktor, tanyaku dalam hati. “Ye doktor sakit dari tadi semakin sakit ni, saya tak tahan.” Balasku. Kalau macam tu saya check bukaan dulu ye Puan, sakit sikit ni. Baik Dr muda ni dalam kerja seorang diri dia tetap ramah dan melayan sebaiknya meskipun shift malam. “Awak ni dalam 3/4 cm ni, kita tolak ke wad dulu ye, katanya ringkas. aku balas, “Betul ke Dr? sebab saya rasa sakit sangat ni rasa macam dah nak keluar baby sebab rasa sesuatu meneken dah ni. Macam mana Dr?” Dia balas, “Wad penuh so takpe puan tunggu di wad dulu ya. Tahan sakit bersabar sememangnya kunci utama walaupun dalam hati cakap ni sakit betul2 ke main yelah sebab ini first time memang tiada pengalaman.

4 pagi, 11 MAc 2020

Saya dibawa dan ditolak wheel chair ke wad atas tingkat 3. Baik nurse yang bawa menyorong saya ke tingkat atas. Saya sempat text wasap suami dan umi di ruang menunngu mengatakan saya kene ke admit wad dulu. Dalam lif, nurse pujuk saya suruh sabar dikatakan dalam Labour room penuh dan wad pun penuh. So sampai lah saya di wad khas permulaan ruang menunngu. Saya ucap terima kasih sebab tenangkan perasaan yang menahan contraction tu, sambil macam tak leh terima sebenarnya sebab kene masuk wad sebab saya perasaan dalam hati nak masuk LR dah >< HAHA.

Berbaring lah keseorangan, tak sempat tengok phone dah. memang sakit tu datang sangat dah time ni. Saya jerit panggil nurse, saya sakit sangat dah ni. maybe time ni dah pukul 4 lebih. Saya cakap kat nurse, saya ni rasa nak meneran je kenapa ye? Dia pun check CTG, then dia kata saya check bukaan ya. Okay.

Maka bermulalah episod lintang pukang yang rasa macam kejap je rasanya. Dengan cemas, nurse tu jerit sambil terkejut, "patient immediate transfer to LR cepat, almost 9cm. Air ketuban zero" dia jerit panggil nurse lain untuk segera bawa saya ke LR. Dia tanya, awak tahan sakit dari tadi? ya. Awak sedar bila air ketuban awak pecah? dalam perjalanan tadi ke? Tak tahu nurse, tapi memang saya perasan sepanjang perjalanan takdek pun bocor air ketuban ke apa. Secepat tu juga lah ditukar baju LR, dan terus diusung terus ke LR. Nurse siap pesan, sabar tahan jangan teran lagi.

Sampai LR pun tak sempat tengok jam, tapi masuk2 LR memang dah nak teran je. Nurse tanya ada suami datang ke? ya, suami saya nak masuk tadi dia pesan. Terus nurse pergi panggil suami sambil menahan untuk tidak teran. Time tu saya perasan Dr dah siap2 buat jalan.

Suami masuk disisi menjadi semangat untuk berjuang bersalin, cukup dengan Dr dan Nurse, Kami berempat dalam LR diiringi suasana hening pagi itu. Ya, sepanjang dalam LR, saya perasan ada bacaan Al-Quran dipasang kedengaran daripada corong speaker. Suami bacakan doa dan selawat di telinga, diselangi sempat dia ingatkan jangan angkat punggung tau (bab ni kelakar, hehe)...

5.15 am, 11 Mac 2020

Dengan 3 kali tekanan push, Alhamdulillah sayup kedengaran bunyi anakku. Doctor terus keluar dan angkat bawa ke arah dadaku. Umpama hilang segala sakit dan tekanan sebelum ini yang dialami selama 9 bulan sejurus melihat anak sendiri berbaring di atas dada tanpa seurat benang lagi. Darah dibadannya masih ada, tali pusat masih belum dipotong. Perasaannya tidak dapat digambarkan, cukuplah kesyukuran dipanjatkan hanya padamu Ya Allah. 

Kemudian setelah Dr selesai urusan potong tali pusat yang menghubungkan ibu dan anak, giliran ayah pula bonding bersama anak, inilah waktu hubby mengazankan serta iqomah ke telinga anakku. Kelihatan dari sisi 2 kesayangan saling erat dalam laungan keagunganmu Ya Allah. Syukur Alhamdulillah.

Ye proses belum habis lagi, Doctor selesaikan part ke3 iaitu membersihkan uri-uri dan segala darah kekotoran yang ada dalam perut dan diakhiri dengan jahitan di tempat bukaan faraj. Sakitnya jangan cakap, memang sakit. Jahitan faraj ada 3 peringkat, dan bersalin pertama kali ini di peringkat ke2. Kebiasaanya anak pertama Doctor akan lakukan epitosomy sebelum bersalin, tapi kes saya entah kenapa tak sempat mungkin, jadilah koyakan yang banyak sikit. Apa-apapun bersyukur, Allah maha menjaga setiap kejadian, moga setiap sakit yang dirasai menjadi penghapus dosa. Ameen ya Rob.

7pagi, 11 MAc 2020

Baru selesai proses jahitan yang ada konflik sedikit dengan Doctor, simpan jelah cerita dalam hati dengan kesakitan yang dirasai.  Selesai itu, selamat dibawa ke wad. Rehat dan Alhamdulillah, anakku dibawa ke katil ibu dalam 2 jam, sebelum dibawa ke wad kanak-kanak kerana ada kuning. 

Terima kasih Dr A***, Nurse J***** dan semua team Hospital Sultanah Zahirah Kuala Tereanggnu, HSNZ dengan khidmat yang baik dan selamat semuaya. Alhamdulillah kenangan 2020 :)

Ummu Maher, Habibahsramli


Fresh from oven, 11 Mac 2020, 2.89 kg 


May allah bless you my son ❤️💙💜



اللهم فقهه في الدين وعلمه التأويل 💜❤️💙





Thursday, August 8, 2019

Cinta dan perkahwinan

Detik yang dinanti tiba dengan selamat dan sempurna. Maka berakhirlah penantian selama ini yang menyempurnakan perjalanan seorang insan apabila perasaan cinta yang datang hadir, disambut baik dan diterima seadanya oleh pasangan yang diimpikan.

Perkahwinan adalah sunnah. Merupakan ibadah dan penyambung ikatan yang halal antara lelaki dan perempuan yang secara fitrahnya Allah telah tetapkan dan takdirkan untuk kesinambungan perasaan cinta dan kasih-sayang. Tiada cinta tanpa kasih sayang yang sememangnya menjadi tunjang asas dalam sesebuah hubungan.


Hikmah perkahwinan.


Dalam ayat suci Al-Quran didalam surah ar-rum- ayat 21 :

وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١﴾
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Hadirnya suami dan isteri dalam satu identiti kekeluargaan merupakan suatu bentuk tujuan yang baru. Ada misi dan tujuan yang merupakan ibadah penting untuk menyambung kehidupan yang lebih bermanfaat. Sebagai contoh tanggungjawab suami menjaga dan melindungi isteri merupakan suatu tabiat bagi seorang lelaki yang zahirnya dikurniakan kelebihan fizikal lebih dari perempuan. Isteri pula secara emosinya lebih bersifat penyayang akan menjaga makan minum serta kesempurnaan isi rumah yang serasi dengan sifat perempuan yang bersifat lebih teliti dan rajin seperti mengemas, memasak, membasuh, menyapu dan sebagainya.
Tiada insan yang sempurna didunia ini. Maka kedua-dua suami dan isteri memainkan perasan penting dalam melengkapi antara satu sama lain dengan keterbatasan yang ada. Sifat memaafkan dan saling bantu-membantu dalam rumah tangga merupakan satu kunci yang penting untuk mendapatkan kesefahaman dalam keharmonian rumah tangga. Pasangan seharusnya menitikberatkan kekuatan yang ada untuk menampung kekurangan yang terserlah dan tidak memandangnya ia sebagai isu yang besar malah saling baiki dan  bantu untuk menyelesaikan sebarang masalah atau kemungkinan yang akan dihadapi.

Teristimewa buat suamiku,
Menjadi milikmu adalah impianku yang selama detik ini ditunggu. Menjadi suri dihatimu juga peneman untuk mengemudi hari dikemudian hari. Mencintaimu perkara yang mudah namun untuk menjadi yang terbaik untukmu menjadi usaha yang tinggi untuk aku realisasikan dari hari ke hari. Kata orang isteri solehah adalah dambaan setiap seorang suami, dan kini dalam doaku agar dimatamu aku adalah yang solehah walaupun banyak kekurangan dan kelemahan yang ada. Terima kasih untuk hari yang lalu, dan semoga hari yang kemudian ini kita mampu menjadi pelengkap antara satu sama lain. 

Mewarnai kehidupan yang akan datang dengan zuriat yang baik adalah impian kita. Bersama harungi dan usaha adalah keringat yang harus bersama hingga akhirnya. Ingatlah,
tuhan yang genggam doa kita, rahsia ini anugerah Allah yang tersimpan rapi, terlalu tersirat bahkan cukup sulit lalu dilepaskan satu persatu pada saat yang tepat untuk kita miliki. Luasnya rahmat dan esanya dalam percaturan menautkan hati ini bersama lalu nyatukan rasa dengan ikhlas dan penuh kasih sayang yang kuncinya bernama Cinta. Maha agung Allah menghadirkan tautan dalam hati dan orang yang celik mata hatinya, akan memandang setiap perkara dengan pandangan cinta dan keikhlasan. And I see that in you, My Zawji Habibi ❤️

Alhamdulillah 2 Syawal 1430H bersamaan 6 Jun 2019 . All praise only for Allah for blessing me with a happy life, marriages and the wedding of my dreams. Terima kasih istimewa buat Ayahanda Walid, Bonda umi, mak dan abah, adik beradik, ahli keluarga, sanak saudara Nyangda, Nenda, Bonda dan Ayahanda, sepupu sepapat, aunty uncle sister (Jubailian Saudi Arabia) pakcik makcik, kawan karib, serta teman dan sahabat semua yang hadir memberkati majlis kami.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua atas doa dan nasihat yang murni, Semoga setiap itu menjadi keberkatan dan moga semua dalam rahmat Allah selalu 💞.
Sesungguhnya kalam Ayahanda dan Bonda menjadi pedoman tersirat, agar kita sama2 terus dapat mengharungi kehidupan ini dengan sampan bernama “Taqwa”, Insyaallah. Memori indah bersama ini menjadi kenangan bersama🌹🥰







Tuesday, January 22, 2019

Alisya, Saudara Baru

18 Jan - Jam 10 pagi kami tiba dan singgah dulu di Masjid Negara, sehelai hijab didandan, dipin bawah dagu dan dililit ringkas, lantas sekali kulihat berpandangan hadapan di cermin betapa manisnya wajahmu mengenakan shawl itu. Selesai persiapan, kemudian dalam perjalanan ke Jawi sempat I tanya you, "Sya, are you ready?" - so nervous 😅... (Dalam hati nak je I cakap, I lagi nervous sbb masyallah, niat murnimu, tapi I kena yakin). .

Dear Alisya,
Kami menjadi saksi kesucian keikhlasan niat murni lahir dalam Islam harini, Alhamdulillah 💖 saat you lafaz satu persatu kalimah syahadah, jari you ketar, dalam hati I sebak mata dah bertakung dan right after you selesai syahadah, tiada kata yang mampu dilafaz, selain Alhamdulillah ❣️😭❣️. Saat itu kesucian syahadah terasa tepat didada sebagaimana yang ustaz sarankan tika itu, letak tangan didada. Allahuakbar. Benarlah hidayah itu milik Allah, dan you antara terpilih.

Dear Alisya, 
Selesai dan dalam perjalanan ke carpark, "Alhamdulillah terima kasih korang teman I kesini untuk urusan harini" katanya ringkas. Alhamdulillah kiteorg pun first time ke sini, no experience pun tapi syukur Allah permudahkan procedure dan urusan dari awal hingga akhir. Thank you, percayakan kami untuk bawa you ke sini, satu permintaan akhirat kelak, kalau I masih jauh ke garisan syurga, sudikan jemput tanganku ke sana.

Dear Alisya, 
Sorry I tanya how was your feeling after settle urusan tu, walaupun you cakap you rasa berdebar untuk seterusnya, tapi bila you dapat hadiah khas muaallaf dan saudara baru daripada Jawi, I tahu you happy, tenang n eksaited dengan hadiah - buku panduan, telekung, sejadah dan hijab. Moga kita sama2 tak pernah berhenti utk belajar kearah kebaikan.

Dear Alisya,
Semoga Allah berkati perjalanan harini dan seterusnya. Sesungguhnya perjalanan hidup masih panjang, perjuangan tidak pernah terhenti dan doakan saudara baru kita diberkati dan dimudahkan segala urusan seterusnya :) TQVM @solehkan_adilah Allah beri pengalaman indah dan bermakna harini 😍 Masyallah Tabarakallah. #alhamdulillah #saudarabaru#kuatkankami #hidayahitumilikallah



Image may contain: 1 person, sitting and indoor
Alhamdulillah <3



Wednesday, November 14, 2018

Bagaimana memulakan penulisan thesis

Sejuknya library Unisza ini pasti dirindui. Lajunya jaringan internet di sini juga pasti menjadi ingatan selamanya. Selama 10 bulan berhempas pulas menyiapkan thesis dissertation paper diri ini pasti membuahkan kenangan manis untuk diingati. Katanya orang boleh siapkan dalam masa 3 bulan sahaja. Namun, lain berbeza dengan ini yang terlajak masa persiapan hingga ke akhirnya. Dalam 10 bulan juga ini antara yang tidak dilupakan kerana waktu ini saya dapat mengembara ke Thailand, China, Singapore dan Sabah. Sudah tentu masa yang dibahagikan untuk membaca tidak konsisten sehingga terlebih masa penulisannya :p, kaki travel biasalah hehe.

Walaupun selama mana kita mengambil masa untuk menulis, jangan rasa kita terlambat. Masa ketentuan itu telah ditetapkan. Aturan itu telah ditakdirkan. Dengan usaha dan semangat yang kuat pasti realisasi untuk siapkan thesis itu berjaya. Kisah diriku ini mungkin berbeza dengan keadaan universiti masing-masing. Alhamdulillah walaupun kelewatan, Unisza still memberi peluang untuk siapkan atas sebab dalaman yang juga masih baru untuk pengurusan siswazah Master kewangan islam disini. Mungkin di Universiti lain, sekiranya sudah lebih daripada masa sudah tentu ditolak dan disuruh untuk tukar Tajuk thesis atau supervisor. 

Waktu yang terhad menyebabkan penulisan aku sedikit tergendala satu persatu menjadikan proses penuh persiapan akhirnya menjadi lambat. Disini saya kongsikan beberapa tips bagaimana memulakan penulisan thesis walaupun sibuk dengan hal lain (seperti travel, kerja atau pengurusan rumah tangga) :


  1. Fahami tajuk kajian dan skop yang ingin dikaji. Sebagai contoh, saya mengambil dua syarikat sebagai kajian kes. Walaupun tidak memahami secara menyeluruh lagi, info umum tentang kedua syarikat ini sentiasa menjadi permainan dalam senarai google pencarian sekiranya saya melayari internet. Umumnya, beberapa info santai dibaca dan diamati walaupun ianya hanyalah sekadar bahan berita di portal akhbar. Disini kita dapat mengetahui secara imbas lalu dan memupuk minat terhadap pengetahuan umum tentang kajian yang dikaji.
  2. Start satu masa untuk mencari bahan. Sebagai contoh, seminggu lebih saya hanya ke library melayari acces internet free di ruangan komputer dan informatif untuk mendapatkan bahan thesis, research paper dan kajian lepas. Untuk lebih produktif, kumpulkan dan download pdf sebanyak mungkin kajian lepas untuk 5 tahun yang dahulu. Walaupun tidak membacanya hari ini, tapi kita pasti kene kira macam akan bacalah nanti sebab nak dapatkan pemahaman yang mendalam. So, kiranya kalau dalam 50 tu kira okay, dapat lebih lagi okay. Ataupun limit satu hari kene dapatkan 15-20 article/thesis kajian lepas. cuma ingat: kajian jangan terlalu jauh daripada fokus tajuk yang dipilih. Biasanya boleh cari di laman sesawang portal universiti sendiri, Google Scholar, Emerald dan bermacam lagi. Kemudian, depands nak print out atau simpan dalam lattop/ipad. Saya lebih proaktif membaca dalam kertas, so saya print semua kertas (sebenarnya pilih-pilihlah yang pariority.)
  3. Baca-baca-baca. Yang ni biasa lah, kadang rajin, kadang malas. tapi once ade mood jangan lepaskan peluang. Waktu ni memang kena betul betul tekad untuk buang dulu segala rasa kesulitan dan kepayahan. Kerja sekarang cuma baca, fahami segala bahan bacaan yang kita dapat. Kalau ade pen colour2 tu boleh conteng, boleh keluarkan point penting, boleh highlightkan dulu. Kumpulkan ayat dan point penting untuk dimasukkan dalam subtopic thesis nanti. 
  4. Mulakan menulis. Sebenarnya masa tempoh pembacaan dah boleh mula untuk menulis kerana kaitannya cukup dekat. Mulakan dengan bab1. Contoh Bab 1 adalah introduction. Antara yang penting adalah: background of study, problem statement, research question, objective of study dan significance of study. So, tulis dan konklusinya dalam 20 muka surat misalnya. Bagi saya untuk bab 1 adalah paling mudah kerana kita dapat merujuk kepada bahan thesis yang lain kerana ini adalah senarai wajib untuk permulaan. Boleh juga merujuk kepada format postgraduate cara penulisan yang dikeluarkan khas untuk pelajar postgraduate atau undergraduate universiti masing-masing. 
  5. Dah settle bab 1 kemudian beralih dan Settlekan bab 2 sikit sikit. Bab 2 adalah literature review atau soratan kajian.  Waktu ni dah boleh tengok balik kajian lepas yang disimpan pdf dan padankan dengan subtopic yang kita pilih. Sepadankan dan masukkan dalam thesis kita. Bab ni saya stuck, dan saya sambung bab setersunya iaitu methodology di bab3. Bab ni mudah lah sikit. sangat mudah sebab methodology ini adalah cara data itu dkumpulkan. Samada qualitative atau quantitative. Kajian saya Qualitative so, memang kena baca lah kan? jauh pula dari bab kira-kira ni. Walau bagaimanapun kedua-dua pendekatan ini sangat penting atas tajuk kajian yang kita pilih. Contoh bab3 saya banyak saya dapati daripada data collection data iaitu ke bahan kumpul daripada library, data analysis dan temu ramah. Sedar tak sedar bab 1, bab 2 dan bab 3 settle.
  6. Findings dan discussion. ini lah bab kita sendiri. yang kita gelumang pada mulanya itu, disinilah kita abadikan segala maklumat yang didapati. Saya mengambil masa agak lama disini. 3 bulan saya bergelumang disini, baca sikit ada idea sikit tulis. baca banyak, ada idea banyak tulis banyak. Waktu ini saya kerap jumpa dengan SV dan setiap kali berjumpa saya sangat bersyukur dengan cabang idea yang dikemukakan. Walaupun pada mula saya ada rasa tak puas hati sampai terdetik apa lagi yang dia mahu, tapi setelah itu saya menyedari apa yang diinginkan itu adalah pembaikian kearah lebih berkualiti. Thank you Dr Faruk for your endless support and motivation. Alhamdulillah, syukur dapat SV yang baik macam beliau. Alhamdulillah. 
  7. Bab terakhir adalah: Kesimpulan. Maka bersimpullah untuk melakukan rumusan daripada segala penulisan dari awal hingga akhir. Dalam bab ni, perlu diisikan dengan rumusan akhir kajian, recommendation, dan limitation dalam kajian. Sebagai contoh limit saya dalam kajian hanya dapat mengkaji 2 syarikat sahaja bertepatan dengan waktu, masa dan daya yang ada. Mungkin masa akan datang pengkaji lain boleh mengembangkan idea dengan lebih banyak untuk kajian yang lebih terperinci. 
Setakat ini dulu perkongsian, tahniah kepada diri sendiri yang berjaya mengharungi cabaran penulisan. More to come for next mission. Insyaallah. :) good luck all. 

Wednesday, September 20, 2017

PENGALAMAN UJIBAKAT PENYAMPAI BERITA ARAB

satu mesej masuk, kemudian dua mesej, dan seterusnya... 
"panggilan ujibakat terbuka untuk penyampai berita arab pada 9 hb Septembet 2017 di Pusat Penyiaran Digital TV Al-Hijrah, Kuala Lumpur".

Sememangnya menjadi impian untuk menjadi salah seorang daripada orang pertama untuk menyampaikan segala maklumat. Aku terfikir, terpanggil untuk mencuba. Tapi apabila berfikir kembali akan keterbatasan diri setelah hampir 5 tahun tidak berlatih seeloknya dan mengamalkan sistem percakapan dan perbualan seharian dalam bahasa arab, aku mula rasa ragu-ragu untuk meneruskan niat ini. 

Kalau tak cuba, tak tahu dan tiada pengalaman. Jadi aku gagahkan diri pergi ke KL untuk mencuba nasib dan ingin merasai sendiri pengalaman berhadapan dengan kamera. Gembira sangat sebab dapat cuba, tapi tidak terpilih utuk peringkat seterusnya tak bermakna kita kalah. 

Pagi ini dengan perasaan yang bersedia, saya cuba tanam untuk cuba yang terbaik walaupun agak kurang 'preparation' untuk berhadapan dengan semua cabaran. Ujibakat terbuka yang julungnya ini, sesungguhnya mendapat sambutan yang amat memberansangkan. sedikit terkejut kerana calon yang hadir hampir dalam 200 untuk diujibakat tanpa mengira level pendidikan yang sememangnya semua adalah calon yang bukan biasa-biasa sahaja, malah ada antaranya Dr PHD, pencetus Ummah, para pendidik, student dan kagumnya warga arab juga hadir untuk memeriahkan suasana.

Sedikit point yang berlaku sepanjang hari ujibakat tersebut, antaranya :


  1. Tanpa dijangka, calon yang hadir sungguh ramai. Alhamdulillah, saya sampai dalam pukul 10 pagi, hadir dan terus daftar , dan dapat number 121, masa yang dipanggil pada pukul 1.30 pm.
  2. Perjalanan ujibakat : kami diberikan 3 situasi. pertama : untuk perkenalkan diri. Kedua : menyampai berita dalam bahasa arab yang telah disediakan. masa itu, aku kena pilih 2 berita. (jangan risau, kerana teks semua lengkap dalam bahasa arab siap berbaris lagi tu, cuma siapkan teks pembukaan dan penutup) . Ketiga : diuji untuk menjadi wartawan secara siaran langsung. (totally im failed with this, sebab dah lupa term arab and so on. btw, here some tips: rasanya okey je kalau sampai berita secara siaran langsung dalam bahasa melayu sebab jauh dari sudut hati saya nampak mereka menilai lenggok dan intonasi kita dalam penyampaian yang ada gaya seorang wartawan).
  3. FOKUS dan JELAS. 2 point ini sangat penting. seingat saya dalam perbualan saya bersama Kak Amie Sofia, seorang pengacara Tv al-hijrah, Dia pesan : fokus dan jelas.Fokus untuk sampaikan berita, mata pandang kamera, eye-contact kalau secara langsung, fokus berita apa yang disampaikan. Jelas pula dari sudut penyampaian. Apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut kita biar jelas dan betul intonasinya. jangan cakap ade mutiara dalam mulut. awak kene keluarkan dengan sebutan yang satu-satu dan teratur . Tak gapoh dan tenang steady. i do what kak amie told me, and feel is it me? wowwww fell more confident bila kita cakapa jelas! seriously, boleh apply juga dimasa akan datang.
  4. Juri , mereka yang menjadi juri kami waktu itu dalam kalangan kakitangan kerja Tv Al-Hijrah juga. sejujurnya saya tak kenal semua, melainkan Wan Kamarudin penyampai berita jam 8 malam itu. Yang pasti semuanya hebat dan saya kagum dengan kebolehan yang tersendiri. Amazing!
Betul, memang betul perasaan yang mulanya kalau tak cuba tak tahu, bila dah cuba baru faham dan rasa apa yang dilalui. Sesungguhnya ia pengalaman yang sangat berharga buat diri ini. Tahniah kepada 2 kawan seperkenalan saya pada pagi sebelum masuk untuk diujibakat, Kak Fatin dan Sumayyah (pelestinian), moga kalian berjaya . Of course i am so proud to them sebab pagi tu kami sama2 berbual dan  revise cakap arab tanya khabar serta berkongsi maklumat. to you berdua, All The best, may Allah bless you all.

ujibakat seterusnya? semestinya YES! insyaallah. 

Wednesday, August 21, 2013

ukhuwah bonding



Hampir setahun aku dibumi Jordan ini, 
Hampir setahun juga aku berpisah dengan tanah melayu...

Rindu bertandang pada bumi wakafan SMASKL tercinta. Hadiah buat mereka. :)

Friday, August 16, 2013

hilangkan debu

"mummy, kenapa kat rumah kita banyak sangat habuk? debu ni kalau takdek sehari boleh tak? penat lah nak sapu selalu porch depan rumah ni."

"tak susah pun nak sapu, cuma kita yang kena rajinkan diri. Same goes like kita nak hapuskan dosa. seharian kita banyak lupa dan banyak buat dosa pada manusia khususnya, tanpa kita sedari. Then cuma kita yang kena RAJINkan diri nak sapu balik dosa tu"

jadi hilangkanlah debu itu, umpama kita hilangkan dosa-dosa kita yang tergalas atas bahu ini. InsyAallah mummy. miss ‪#‎saudiarabia‬

Thursday, August 15, 2013

mesir kini , syahid ramai nya

mendapat khabar berita yang sedih tentang mesir.
Mesir yang dulu aku kenal dulu, tenang.

moga darah yang mengalir itu diredhoi. 
mereka syahid, syurga itu milik mereka.


Monday, July 22, 2013

ibu dan anak

#1
Aku berjalan melintasi daripada bilik ke bilik, kedengaran tangisan bayi yang amat kuat. husshh, kesian baby tu kena cucuk dengan nurse rupenya. Aku sekadar berhenti sekejap sahaja depan pintu bilik 402 menilik dan terus berganjak ke bilik kakak housemateku yang berada didepan bilik itu...

Usai siap-siap kan kak wa untuk berehat aku membiarkannya diselimuti dan akhirnya dia lena dalam tidurnya. biar penat sakit itu dihabeskan dahulu baru aku boleh cerita borak-borak lepas ini esok lusa. "Cahaya kena kuat, untuk Bulan,Bintang, Matahari dan Pelangi terus tersenyum".

Kaki ini, senang untuk ke bilik hadapan. Bayi kecil itu sudah senyap hilang sudah tangisan dari matanya, tapi... ibunya pula yang menangis, tangisan itu mengalir laju. Sungguh sayu, Salamatik 3ala waladuki. cuma itu yang mampu ucapkan sambil mengusapkan kepala bayi itu. Namanya : ahmad. baby ahmad, lihatlah ibumu bersengkang mata untuk terus survival your life. meskipun adu ibunya bahawa bill mereka hampir 70JOD per days. ribut hujan ke ape ntah, memang mahal tahap gaban bagi aku. dan memang mahal sgt pun. tapi , demi ANAK, mungkin naluri ibu tidak kesah, asalkan anaknya selamat.

summary : Dan aku tahu, setiap ibu pasti begitu. Terima kasih ummi dan semua kaum ibu menjaga kebajikan anak2mu ini.

#2
Malam itu, Pulang dari sembahyang taraweh di masjid Jamiah (berimamkan Syeikh terkemuka uni yarmouk, Sheikh Ma'muun ) , jiran bawah rumah aku berpesan agar singgah dahulu kerumahnya. enak sungguh Qatayyif yang dihidangkan Narjas, ibu muda kepada 6 orang anak ini. 

kami berborak-borak , cuba memahami meskipun kadang-kadang ade je word yang pending nak faham orang arab cakap ni. tapi , tulah buat faham jelah, kadang pula suruh dia ulang lagi dan lagi dan lagi. ceritanya aku mahu berkongsi tentang Busyra. Si budak yang kurang upaya, tapi melayan kerenah dia cukup untuk rasakan ketenagan syurga yang aku rasa nakkkk sangat pinjam daripadanya di akhir hayat nanti.( because , orang kurang upaya mmg syurga lah tempat nya, tidak dipinta untuk dilahirkan begitu) . tiap petang kalau aku berjumpa dengannya aku cuba bertegur sapa dengan busyra, ahhh namun sia-siaje, sebenarnya sepatah pun aku tak pernah  faham dia cakap. but nice :) dia comel! montel mcm nazirah ><

sambung cerita malam itu ,Dia ambil quran kecil aku, mamanya halang. Jangan! tapi aku biarkan dan terus lihat reaksi busyra. Dia mencium Quran kecilku dan cuba membuka. Aku bantu untuk buka mukasurat Alfatihah. Dan dia bacakan surah itu. Subhanaallah, meskipun cacat busyra cerdik dan punyai kelebihan luar biasa, boleh membaca alquran. even sebenarnya tak berbutir pun bacaan yang dibacakan .aku tersenyum kagum melihat busyra.
moga nanti awak sudi pinjamkan kakak ketenangan disana nanti. oke, time up. naiktangga, balik rumah sendiri. hehe

summary : tetap berusaha, engatlah "dia" pasti ada kelebihan.

Monday, April 22, 2013

angkat jari telunjuk

banyak masa saya berada di belakang pentas semasa program kondaksi baru2 ini dek menguruskan mana-mana yang patut, prof azidan cakap : tulang belakang mmg kijenyer dok belakang tabir je . 

Tapi ada satu masa ketika slot dr zaharuddin saya curi-curi masa berada dalam dewan , duduk seat belakang berlagak as a seorang peserta . Ternyata waktu itu saya mendapat satu perkongsian menarik daripada beliau berkenaan bacaan waktu duduk tahiyyat.

Suka untuk berkongsi , ustaz bertanya: " Siapa disini yang bermazhab syafie? " ohhh saya la! memang confident 100% angkat tgn waktu tu. "So, bilekah waktu kita angkat tangan telunjuk waktu tahiyyat megikut imam syafie? waktu mula2 'attahiyat' kah? waktu 'أشهد' kah? waktu 'لا' kah? waktu ' إلا' kah? waktu الله kah?" soalnya lagi. seisi dewan ligat berfikir. dalam hati, dulu2 dari kecik mmg diajar time أشهد rasanya, betullah ni.

Tapi ilmu Allah itu luas, jawapannya : 
1) mula Tahiyat-Ahli Hadith ,
2) أشهد - mazhab sendiri ,
3) لا - mazhab hanafi,
4) إلا - mazhab syafie, 
5) الله - mazhab hambali , 
*******yang angkat pusing2 tu - mazhab maliki.
oraity, lepas ni boleh dah slow2 practiceeee . :)

Saturday, March 2, 2013

Pinjaman dan Pembiayaan

Manusia berhajat. Sifatnya meluas , diberi sesuatu pun masih inginkan sesuatu yang lain. Selagi tidak memnuhi hajat, selagi tulah permintaan akan bertambah dari semasa ke semasa. Azalinya begitulah . Peredaran dunia seiring dengan kekangan yang timbul, menuntut seseorang berhajat kepada kepuasan yang tinggi. Bukan sahaja golongan pekerja, malahan golongan mahasiswa dan pelajar turut merasakan keinginan yang mendalam kepada sesuatu perkara.

Hajat yang tinggi itu tadi menuntut semua orang untuk memiliki walaupun beberapa masalah yang timbul secara peribadi pada tahap kemampuan masing-masing. Walhal ini sebenarnya jelas berlaku apabila semakin hari statistik kadar orang yang berhutang semakin lama semakin meningkat dari semasa ke semasa. Nampak tak? Mungkin orang berhutang atas sebab tersendiri, ada yang terdesak dan ada yang memang mahu berhutang dahulu.

Maka, banklah menjadi 'rumah' untuk mendapatkan wang cukup. Bagi kita terbentang jalan untuk memilih ke Konvensional bank ataupun Islamic bank. Bagi sesiapa yang jelas mengetahui kenapa konvesional diharamkan, sudah pasti akan terus beralih ke Islamic bank untuk mendapatkan wang. Jadi pilihan ditangan kita.

Pinjaman istilah bagi konvesional bank dan pembiayaan pula bagi islamic bank. Suatu perkara yang sama maksudnya tetapi istilah yang digunakan sedikit lain yang mana secara operasinya adalah perbezaan antara keduanya. Namun ,tujuannya samalah iaitu proses untuk mendapatkan wang dari Bank.

mana satu yang perlu kita ambil?
Islam menuntut untuk kita telus dalam segala hal didunia ini. Saya teringat seseorang ustaz pernah berkata : Dalam dunia ini Allah tidak pernah mengadakan sesuatu yang haram secara Qatienya. Ini kerana jika kita lihat, jika Allah mengharamkan Zina maka Allah menyukai dan sunnah untuk kita bernikah. Jika Allah haramkan arak maka di syurga nanti terbentang luas sungai arak yang halal untuk dinikmati. Jika Allah haramkan riba maka Allah halalkan pembiyaan yang berasaskan syariah. Nampak tak luasnya sudut pandang islam :)

maka kalau kita menginginkan wang, mari kita beralih ke bank islami yang menawarkan pembiyaan yang patuh syariah. InsyaAllah hidup kita moga-moga diberkati Allah selalu.

#tepu unutk mengarang soal ekonomi.ohhh help me ^^.




Monday, February 25, 2013

namanya Bara'

Seperti biasa kami menunggu sehingga doktor masuk kelas untuk pengajaran seterusnya. Namun setelah 10 minit, kelibat doktor masih tidak kelihatan. ohh~ "agaknya kelas tak dek ni" bisik hati. Mundar mandir orang arab tu, tahu je mesti dia nak kate kelas tak dek latu. Si Arab itu terus hilang dari pintu kelas. 

Dengan lagaknya, kalau kat sekolah menengah kerja ketua kelas la ni kan, die pun datang balik: "Kelas tadek! (ma fi duktuurrrr) kelas sebelum  ni pun doktor tadek! " jerit ketua kelas itu. oke! saya faham, tadek kelas. berteriak kawan arab kat sebelah saya ni. biasalah tu, kalau cancel kelas memang semua gembirakan? . 

Saya bersahaja bersama teman, laypark-laypark la sekejap dalam kelas. Kelas hari ini pun dah habes, tak perlu nak bersegera sangat. Try2 tengok soalan Riadhiat Maliah (Mathematical of Finance) yang mmg dah mcm tepu, sebab lame tak maen nombor2 ni.  Sedang kami kecoh, datang seseorang yang tenang dari luar. 

hai, dan bersalaman. Namanya Bara'. Saya memang sudah lame memerhatinya dari jauh, tapi seganlah nak tegur sapa kalau tak duduk dekat dengan dia dalam kelas. takkan tiba-tiba nak terpa kat dia kan? then, kami pun borak2, tanye soalan kat Bara'. Dia berusaha untuk selesaikan equation mathematic tu. well, adelah hasilnya, jawapan tak sama dalam buku, tapi jalan kira yang dia buat dah macam betul. oke, thnx nanti kita rujuk doctor balik. 

Berkenalan tanya duduk mane, ambil bidang ape,tahun berapa, pasal family dan macam-macam lah. Sebenarnya agak terkejut dan respect kat dia, sebab berani tegur kami yang dalam grouping. nice^^ . Alkisah selepas dah tukar2 nombor talefon, then die dengan muke serius " sebenarnya, saya nak bagi tahu korang sesuatu ni ." katanya. "ape?" . . . . . 

Tolong doakan ayah saya, beliau sudah meninggal dunia 2 bulan lepas selepas balik umrah, sakit. ohhh, serta merta kami terkedu. then i got the point: Mungkin sebenarnya, point dia tegur kami adalah nak minta doakan buat ayahandanya. baiknya budi Bara'. :)

Moga Ayah awak termasuk golongan yang diberkati Allah . . . with : adilah asim, anis syakirin dan anis afi . . . 

Thursday, February 21, 2013

isu kalimah Allah

Ahah! lame sudah tidah menulis disini. Selepas seronok pergi jalan-jalan mesir and then cuti panjang sikit. Hari minggu penuh dengan aktiviti , konon la. Dah masuk sem2 di Jordan ni baru rase berat sedikit. Sem ini, sepenuhnya kelas bercampur dengan student arab. Satu cabaran untuk memahami setiap kelas yang dihadiri. Perlu faham cakap doktor yang ajar lagi la. and nak amek point penting pun macam agak susah. Inilah cabaran, tapi... Usaha! hehe.

Sedikit yang saya ingin kongsikan disini. Semalam saya mengahadiri satu simpasium perbincangan mengenai : Isu Kalimah Allah yang dianjurkan oleh Kelab Peguam Muda, sebuah kelab dibawah student usul fiqh yang menampilkan usaha jelas menuju kearah profesional seorang peguam.

Ceramah kali ini menjemput seorang peguam Tuan Haji Abdul Rahim Sinwan iaitu Timb Presiden Persauan Peguam Muslim Malaysia dan Tuan Haji Karim Omar iaitu wakil daripada Majlis Agama Islam Selangor (MAIS). Sebenarnya saya agak tertarik dengan perbentangan yang dibentang oleh kedue-due pencaramah ini. Kupasan yang diberikan amat jelas dan menarik serta padat dengan fakta yang menguatkan lagi hujah mereka.

Sebut tentang Isu Kalimah Allah ini sebenarnya sangat mendapat sambutan dalam kalangan warga malaysia khusunya buat bangsa Melayu. Hasil dari apa yang saya dapat simpulkan sebenarnya ini semua konpirasi org kristian dalam helah mereka untuk misi menyebarkan dakyah dan memurtadakan seramai yang boleh orang muslim.

Khusunya di Malaysia, isu ini telah menyebabkan kita bangsa melayu sampai bertelagah berdebat isu ini, sedangkan mereka yang cuba memanipulasikan isu ini bersenang lenang goyang kaki melihat pentomen ini yang cuba diputarbelitkan oleh pihak mereka. Semalan dalam ucapannya, Tuan Rahim ada menyebut bahawasanya : "Antara 4 negeri di Malaysia yang masih dibernarkan menggunakan kalimah Allah oleh bukan orang Islam. Dan negeri itu ialah : Sabah, Sarawak, Kuala Lumpur dan Penang. 

Ini bermakna, sekiranya penggunaan kalimah Allah di dalam 4 negeri ini tidak menjadi suatu masalah malahan ia termasuk didalam akta undang-undang ke'tidaksalahan' utnuk mereka menggunakan kalimah Allah sewenangnya. Tetapi, di negeri lain yang didapati menggunakan kalimah Allah boleh dikenankan tindakan undang-undang oleh pihak mahkamah.

Senario ini saya dapat simpulkan hanyalah suatu outar belit orang bukan islam. Ini kerana, akhir-akhir ini isu ini telah di'kecohkan' oleh pihak MCA , dalam dalang mereka untuk menimbulkan isu diambang pilihanraya sekarang. Makanya, pada hemah saya sesiapa yang TIDAK tahu akan antara 4 negeri yang dibenarkan menggunakan kalimah Allah ini sememangnya akan keliru dan tertipu. Malahan, kebanyakan bangsa melayu la yang sedang tertipu dan dimainkan oleh pihak mereka.

Sedihnya, kerana permohonan untuk orang bukan islam menggunakan Kalimah Allah secara sewenangnya-wenangnya sebenarnya banyak mendatangkan kontra dalam konteks suasana di negara Malaysia ini yang ternyata punyai banyak lapisan masyarajat Melayu yang masih tidak kuat pegangan agamanya. Kita tidak nafikan pendidikan islam yang ada di institut banyak memberi input asas mengenai agama, namu hal ini tidak boleh dimain sebelah mata kerana ia berkait rapat dengan soal akidah. Sekiranya seseorang goyah imannya, maka kecenderungan serangan kristianisasi lebih mudah tersebar luar dan terpengaruh di bumi malaysia ini.

Malaysia dan Indonesia adalan berbeza.
Satu video telah dipaparkan kepada kami malam itu. video yang disuruh oleh tuan penceramah untuk meneka 'suara' apa itu? Saya berkerut untuk memahami bait yang seakan-akan bacaan quran. Lunak dan gaya bacaan yang diperdendangkan iras-iras cara alunan quran. Tapi nyata itu adalah BIBLE. ya! bible yang diarabkan!

Video itu adalah antara himpunan video orang kristian dalam aktiviti mingguan mereka church yang berlaku di Indonesia. Dakyah mereka jelas semangat nya. Diingatkan kuliah dhuha yang seperti berlaku di Malaysia, namun itu adalah dakyah mereka disana.

Tidak syak lagi, betapa meluasnya penggunaan kalimah Allah disana. Saya pun tidak ingat apa ayat di papan tanda, tapi mungkin kita boleh tekan sahaj di google image! lihatlah kebebasan mereka disana yang mungkin disana "adi" . Namun, saya kira sekiranya perluasan ini berlaku di Malaysia, sememangnya ia mengundang huru hara dan kepeningan dalam kalangan rakyat sejagat. 

Oleh sebab itu, Indonesia menjadi target untuk proses kristianisasi rakyat yang ada disana. Ada kajian yang menganalisikan bahawasanya, pada tahun 2050 antara 5 negara yang akan menjadi majoriti kristian adalah : Indonesia, Bangladesh, Nigeria, India dan lagi satu sya kurang ingat. Gerun saya melihat statik ini . 

Lantas, kitalah perlu berusaha sekerasnya, memantapkan ilmu serta yang penting dalam nasihat penceramah adalah perlu pupukkan roh berani dalam diri kita. Berani melawan mungkar dalam melawan arus modenisasi yang ternyata lebih mencabar. 

Selamat berjuang kawan!

Monday, February 18, 2013

mesir - Fayyoum


"kalau awak dah sampai sana, pergilah! pergilah! pergilah mengembara sejauhnya. moga musafirmu itu membuka mata hati dan mendekatkan diri korang dengan Maha pencipta "
-ust Syahida Ishak, my sweet sis!- ^^

Wednesday, January 30, 2013

cuti winter - mesir versi 3

Menyelit waktu yang ada untuk menulis memory tatapan indah yang berbaki di bumi mesir , semoga hikmah bermusafir ke negara itu diberkati Allah hendaknya. Inshaallah.

22.1.2013 -selasa
Sedar atau tidak sudah seminggu lebih kami di bumi mesir. Masa yang dilalui terasa begitu cepat. Hari yang berbaki hanyalah tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum berkira-kira untuk meninggalakn bumi mesir yang suam dan panassssss, sebab balik Jordan sekarang suhu sejuk :P . tak tahan kot. Mesir bagiku hampir persammannya dengan Malaysia.

Entahlah, Perjalanan ke Mesir ini mengubat rindu hati di Malaysia. Rasa mahu roti canai,mahu keropok lekor, rasa mahu petai, rasa mahu tempoyak, rasa mahu mee hailam, rasa mahu mee hongkong , ape2 jela semua boleh. Seronok! Mungkin atas faktor komuniti rakyat Malaysia di mesir yang ramai kot menyebabkan macam-macam boleh dapat kat sini.

Ops! sory melalut sikit. okeyh, hari ini kami dijadualkan untuk bergerak ke Iskandariyah, bandar persisiran pantai yang sangat terancang. Seawal jam 8.30 am kami bergerak, tetapi oleh sebab dah pernah warning dengan guru disiplin yang 'macho' so 15 minit awal kiteorg dah siap turun bawah,nak tahu tak sape plg awal sekali waktu ni? kak hazirah laaa~ hehe... Memang rase teratur hidup biler sharp dengan masa. Thnx cg disiplin bagi kami kesedaran ttg masa. haha~*teringat time dye tugur,semua tundukkk,senyap,dan angguk* .

Diceritakan pula pada hari ni adalah hari ulang tahun kelahiran musyrif kami. So, kami dari awal sudah berpakat untuk buat prank kat dye dan akhirnya prank kami berakhir dengan tangisan gembira dan terharu. that means we all wins, berjaya! hehe. Kami memulakan perancangan kami dan ini semua mengikut kepala u farid dan k una. hoho. Lets we start the war! 

Pagi itu pagi yang indah.Sudah pasti pagi yang mekar buat sesiapa yang menyambut hari lahir kelahirannya sendiri. Tapi pagi yang indah itu bertukar menjadi suram. Semakin suram dan semakin kelat. Hari yang biasa dengan tawa riang soal jawab oleh budak-budak nakal tiada lagi sambutan. Tiada lagi respon dan masing-masing dengan hal sendiri. Harap faham ini semua lakonan ye. Lakanon. Dijadikan masalah pula, salah seorang sahabat kami, kak mira telah membuatkan perjalanan tolak ke iskandariyah terlambat sedikit. Maka kak mira ditegur dan dipersalahkan. Sesi tegur kali ini menjadi tegang antara kami dan ustaz azli. Sedingin kemarahan yang u azli rasa untuk marah kak mira, begitulah sedingin kemarahan kami tujukan pada uztAz azli kerana telah buatkan kak mira rase bersalah dan menangis. 

"ustaz, kak mira dah nagis ni. molek laaa" jerit qilah dari belakang coster. Sambutan demi sambutan yang terkeluar daripada kami nak menghangatkan lagi keadaan amarah antara 2 pihak. Sehinggakan kami rasakan u tertekan dan tension, then kami keluarkan kek!

**** BOOMMMMM**** Alllah selamatkan ustaz azli2, allah selamatkan ustaz azli....

Keriangan kami menyambut hari lahir ustaz dalam coaster. Ammu walid pun riang ria dengan suprise yang kami ciptakan. Sekadar lakonan dan gurauan. Thnx to semua yang banyak berkerjasama dalam menjayakan adegan babak serius dan tegang ketika itu. Ianya sangat bermakna kerana lakonan kita menghasilkan buah. 

Sungguh sesuatu yang dapat membahagiakan hati kita ketika itu, hargailah ia. Mungkin hari ini adalah hari kamu untuk menikmati segala keseronokan kerana aturan Allah amat cantik. Tiada sesiapa yang dapat menolok takdir yang akan mendatang kerana tanpa kita sedar semua itu hadiah yang bernilai saat kita layak untuk menerima kebahagiaan tersebut.

Kami menjamu kek Mesir yang dibeli oleh u farid. yummyyy! . . . 
saya doakan : moga-moga ustaz Azli cemerlang dunia akhirat. Gembira dan diredhoi setiap niat yang telah tertanam di hati. moga cita-cita kalian dimakbulkan ^^ .jgn lupa hantar kad kat bib ye. and now, tunggu cg disiplin pulak yang bg hint pasal ni.eh! tapi lupe, cg disiplin mmg selalu terkebelakang sket hal-hal ini, sebab mereka spesis yang busy dengan kerenah anak-anak muridnya .  LOL . kan mak teh? hehe

Sebelum sampai ke iskandariyah, kami singgah ke Qaryah Asad macam zoo gitu. haha, orang ajak kiter gi jelah. even dah besar panjang, dapat ulangkaji balik haiwan-haiwan yang ada di muka bumi ni. hehe. Ceit macam budak kecik plak ^^

Kami sampai di Alex menghampiri waktu senja. Meronda jalan-jalan utama di sekitar iskandariyah.Bandarnya sgt maju dan tersusun serta tidak terlalu sesak kalau nak dibandingkan dengan Cairo. Yang menakjubkannya, bila lalu jalan yang mana bawahnya ade Hotel dan depan hotel tu pulak ade pantai. Oiii kelasssss beb! memang top la kalau saya diberi peluang menginap di hotel tu. satu malam pun jadi la (thats why nak y kaye)  haha lol.

Kami  bergerak menuju ke Istana Farouk, Kota Lama tempat perhimpunan raja-raja. Menikmati istana yang dah tutup dan waktu tu gelap pulak. aihhh, lantaklah asalkan boleh berjalan-jalan. Malam ini, antara malam bertuah juga kerana diberi peluang untuk menikmati hidangan seefood kali ke2. Yeppi! seafood around the corner. Alhamdulillah, rase macam anak orang kaye pulak biler makan kat restoren yang biler nak basuh tangan kat toilet then ade org picitkan. Nampak tak loaded kat situ? hehe. Takpelah, sekali je dalam umur 21 ni, nak tunggu lepas-lepas ni plak macam mustahil plak nak pergi sini lagi sekali. Tapi kalau ade rezki, saya memang nak ke sini lagi insyaallah.

Dah, selesai! nak gerak naik bus double dacker plak. Waktu ini kami dapat view pemandangan laut mediteranean yang terbentang luar sepanjang pesisir pantai Alex ni. Indah romantika malam itu sambil merenung bintang-bintang. Ada tanda kebesaran yang allah sendkan kepada neuron akal untuk berfikir tentang alam ciptaan nya. Subhannallah! Malam itu pula, saya menginap di rumah kawan kiba dahulu, Diana Dian dan setengah di rumah sewa. Di, i'm so happy the night that you spent for our bed time story. Hope you guys can happy each other. As long as bib dapat tlg yang terbaik and become freind, we are almost close. and dont forget the present, hargai taw! i mengunsung berat-berat dari jauh tu. hehe ^^ .

23.1.2013 - rabu
Lena pagi itu sangat indah bile bagun dari tidur si dia sedang asyik di dapur menyiapkan makanan pagi untuk kami. Thnx for the breakfest! :) best. hehe. Pagi ini bergerak ke destinasi lawatan kami yang seterusnya iaitu bahagian utara sedikit alex. pagi itu kami gerak ke masjid dan menziarahi makam-makam di sekitar kawasan itu. Bertafakkur dan sedekahkan Al-fatihah. Manusia yang baik sentiasa di ingatan, moga kita juga tergolong seperti mereka . Ammen. Dibanggakan manusia sekitarnya dan seisi bumi.

Kemudian kami gerak ke Kubu Salahuddin Al-Alyubi. Kubu yang terletak di tepi perairan. Dikatakan kubu ini digunakan ketika mana kaum islam dalam jihad mereka menawan palestin. Wallahu allam kesohehannya. Akan tetapi, even saya tak pernah belajar ilmu pertahanan tapi, seni bina protect kubu ini memang terbaik. Amat strategik sekali. 

Petang itu kami bergerak menuju ke perpustakaan iskandariyah yang merupakan perpustakaan terbesar di dunia kot. tapi memang besar laaaaa. besar dan besar sebab bertingkat-tingkat. Waktu ini kami tidak sempat untuk mengexplore seluruhnya kerana waktu yang diperuntukkan terhad sahaja. Sekadar masuk, jalan2 sedikit tapi tak dan nak round satu perpustakaan tu. Buatnya lenguh kaki nak towaf seperpustakaan ni kot. huhu.

Jalan-jalan hari ditemankan oleh diana, thnx soo much sangat Di! even nak exam 3 hari lgi, boleh teman kami ni. syukran, moga Allah granted you and Athirah the best result. Time to back Cairo. pada awlanya kami diberitahu tiket kami jam 5pm. oke, 15 minit sebelum tu baru nak bertolak ke stesen. tapi sebelum tu, episod sedih berpisah dengan Di berlaku. Saya terharu dengan kesungguhan dan kesudian dia menemankan kami. thnx a lot sgt Di and thirah :)

Jom pulang Cairo! Kali ini seperti yang dirancangkan kami akan pulang dengan menaiki tren. macam KTM malaysia tu. waaaa, teruje sgt lah kan sebab dalam hati dah rase, 'at least dapat rase naik tren'. Pkol 4.55 pm kami berlari-lari mencari tren kami. Ayyoooo! time ni, Something happens! cane saya nak cerita ya? sebab saya tak terkena sangat time ni, whateva la! nak juga cerita.Jadi batu Api pun tak kesah la, sebab benda dah berlalu.

Terkisahkan dengan 2 group. Satu us azli dan dua us farid. Kisah pertama : "cepat-cepat , nanti lambat!." jerit ustaz. mereka satu kumpulan berlari mengikut ustaz dengan cemas kerana jam memang menunjukkan pukul 5pm.On time nak pergi kan. So, naik satu  tren, then TIBA-TIBA... "turun, turun,turun, " dalam hati mereka dah fikir tersilap tren ke? cemas dan berdebar makin kuat setelah mendengar bunyi kentut tren yang gaye menunjukkan tren nak bergerak. Ahhhhhhaaa turun-turun, ustaz gelak! gelak oiii!. ape kes? mengapakah?  

Kisah kedua : "dah la zunah, biarlah mengarut mak cik ni" ajak saya sejurus kalut dengan makcik kedai itu. "u Farid! tlg zunah ni, setlle kan" jerit qilah. dan-dan pulak duk nak bermunaqosyah pulak time ni ngan mak cik tu. Saya dah pening ni, kate tiket pukul 5 dan ustaz ni, cari pasal nak kena tinggal ke duk slumber berkire-kire ngan makcik ni. hailaaaaa. "Dah! dah! dah!  karang kena tinggallll " tapi tenang pulak nak maen-maen ngan makcik ni. memang pelik. Lantaklah! LAst sekali. cukup zunah. kiter lari. haha. saya,qilah,zunah melarikan diri menuju tren sambil dikejar makcik tu. tapi heran, pandang belakang u farid steady! "ahhh lantak la, diye kena tinggal padan muke dia" gerutus hati. lari pecut, sesampai kat kawasan tren yang nak dinaiki... ustaz gelak oiii! ape kes? mengapakah?

haha! tiket kiteorg tak beli lagi. whattttttttt ????????????

waktu ni terkena bang bang boom! tapi dah kena pulak ke perempuan memang terase la. Dari keadaan kalut-kalut sebab dan terlambat, pastu kena pulak tipu cani. haiiii ujiannnn ni. tersentap! Maka episod tegang berlaku secara tidak langsung. Penat maen macam ni, rupa-rupa terkena lagi. rupanya tiket ade je, tapi pkul 6pm. hoho . 2 kali terkena,2 kali rase mcm beremosi. tapi saya cool je~  hehe.

kemarahan kami bukanlah sebab marah mane pun, tapi lakonan mantap tetap dimenangi oleh syakilla othman :) tengku farhah pulak jadi back up nya. memang la roomate ni maen peranan waktu adegen kemarahan. baru dia rase kena marah ngan perempuan! padan muke. terkedu juga ea lelaki kalau kena marah ngan perempuan ni. entahlah, dapat kenal juga la perangai jenis lelaki ni, tak semua yang kita nampak luar itu zahirnya. Tapi kalau dah ego tu, machonya juga la dye nak bagi kite nilai. haha .betulkah ?

Malam itu, keceriaan kami tiada lagi. tiada lagi senda gurau dan nada serius antara dua belah pihak bertandang. mungkin masing-masing penat. Saya steady je, tido dan tren! nyanyakkk je. sampai-sampai cairo, semua buat muke seposen due. haha. sampai ustaz pun macam fedup kot, nak tukar musyrif la segala bagai. Penat, balik rupala rehat.

24.1.2013 - khamis
"kak una... sape musyrif kita hari ini?" tanya salah seorang dari kami. nadanya sedih tapi hari semalam tetap berlalu dengan seribu satu kenangan yang tidak dapat diulangkembali. Hari ini kak una khabarkan yang bahawasanya mungkin tiada lagi ustaz berdue sebagai teman kita dalam coaster bersama amu walid. katanya lagi, musyrif kali ini orang Perak. hmm, "cane kiter nak serasi ngan musyrif baru?" ," kalau kiter over sgt mestiii teruk nanti" , "kalau tak best cane? " . banyak la kalau-kalau nyer pagi itu. 

Hari ini, ammu walid datang seperti biasa tepat jam 8,30 am. Namun seterik bandar Cairo hari itu tidak seterik hari kami pagi itu. Mendung kecewa semalam masih berbaki. Langkah kaki untuk bergerak jalan-jalan hari ini berlainan seperti kebiasaan. sudah pukul 8.45 am, barulah coaster bergerak ke Asher untuk menjemput musyrif Perak baru kami. Bersabar dan bersabar. nak cool kan keadaan, farhah cakap : " korang, releks la, hari ini kita shopping-shopping je kan, dun worry la, kita buat hal kita je" . huhu. oke farhah.

Sesampai di Asher, ternanti-nanti siapakan musyrif baru kami? siapa yang lalu dikawasan itu, menjadi target kami, alaaaa dye ke orang nya? alaaah, bukan lagi. ini pun bukan. tunggu bagai menunggu anak raja bersiap! akhirnya mereka berdua juga yang sudi menjadi musyrif kami. haha^^ . nampak sgt tak berani. kan mak teh?kan KL gangster? hehe. btw, bersyukur, hari ini kami dapat berjalan-jalan seperti biasa. Yang pasti kenangan semalam masih tidak luput. setiap orang dapat ibrah masing-masing. yang kurang  dibaikpulihkan dan yang lebih kita sama-sama ambil tauladan dan pengajaran.

Pagi itu kami bergerak menuju ke Kubu Salehuddin yang terletak di Cairo (ade banyak je kubu-kubu ni). Berjalan di sekitarnya, ade muzium, replika bom-bom dan jet pejuang. Kemudian pula kami gerak ke suk Khon Kholili. Gedung membeli belah, kami membeli sedikit barang-barang untuk cenderahati. 

Sebelah malamnya pula, kami dijemput untuk kali kedue ke rumah ustaz anuwar untuk jamuan makan malam. Malam ini juga, malam sambutan hari jadi ustaz azli yang kedua bersama budak kecil si mayya yang commel!. Kami menikmati makanan lazat Malaysia yang dimasak khas air tangan kak nurul,ister ustaz anuwar. very delicious! syukran ustaz sekeluarga yang baik melayan kerenah kami 14 orang anak murid ini.

Dan destinasi terakhir kami iaitu ke Qonatir . aktiviti menaiki bot merentasi sungai nil. Malam itu, sungai nil menjadi saksi tanda sedehnya kami yang bakal berpisah dengan bumi mesir. ada apa dengan sungai nil? iaitu antara sungai terpanjang didunia. Tercatat sejarah Nabi Musa yang dihanyutkan arus sungai nil ketika Fir'aun mengarahakan agar semua bayi lelaki dibunuh setelah ditafsirkan mimpinya akan muncul suatu generasi yang akan menghancurkan kedudukannya itu. Dengan izin Allah, Nabi musa diselamatkan Asiah, Ratu Firaun. Dijaga dan dibesarkan.

Waktu ini juga kami berpeluang melalui sedikit kawasan medan Tahrir yang menjadi tempat berkumpul rakyat Mesir semasa revolusi kebangkitan rakyat. kebetulan esok 25.1.2013 ulang tahun pertama revolusi itu. Maka jalan-jalan yang dilalui kami sememangnya penuh dengan anak-anak muda dan di dataran itu, obor api sudah kelihatan disebalik kibaran bendera-bendera dengan teriakan yang  tak berapa jelas kedengaran. ohh, akhirnya, niat nak rasa berada di medan tahrir tercapai even sekejap je. Dan dapat lihat malam itu keadaan orang berkumpul. Soal bahaya memang bahaya. Tapi Alhamdulillah, Allah selamatkan. Seusai round sungai Nil, kami pulang . menanti hari esok dan esok keberadaan kami disini, bumi mesir dirindui =,=.

25.1.2013 - jumaat
HAri ini jadual bebas. ramai yang keluar berjumpa kawan-kawan, pergi sambung bershopping dan jalan-jalan. bukan ramai lah. tapi semua kecuali saya ^^ hehe. Saya buat ape? berangan. haha. tak la , seronok dapat jumpa jiran yang disayangi yang juga mesra saya gelarkan dia sahabat baikku. Bersama seawal umurku 5 tahun bersamanya. Jiran dan jiran. tapi Allah izin kami terpisah,mulanya familynya berpindah ke sabah , maka kosonglah rumah tepi saya. Dan sekarang bila ibunya kembali berkhidmat di kuantan, ayahku pula yang berhijrah satu family ke saudi. ohh, tapi nikmat dapat berjumpa di bumi syam ini sangat tidak diduga. "bib ade kat ea mesir sekarang?" ohh memang kena jumpa. dan berjumpa bercerita segala bagai. Apa-apapun, bib doakan yang terbaik untuk kak deeni, moga Allah mudahkan segala urusan nanti. ^^ 

Petang sikit, cop! bukan petang, malam kot baru budak-budak ni balik rupala. ohhh masing-masing dah macam jadi orang kaye bershopingholic! hehe.Malam tu, still keluar. Berjalan-jalan sekitar bandar tu, tengok pemandangan malam bandar Cairo yang hidup. pin sana pin sini. SUngguh berbeza dengan irbid yang tenang ini. =,=

26.1.2013 - sabtu
Pengakhiran disini pada episod kali ini. Pagi yang berbaki sebelum jam 1pm untuk bergerak ke airport dimanfaatkan sebaiknya. Kami choose the last session untuk menatap di kawasan berdekatan. Settle kan setiap urusan sebelum tiba waktu berangakat untuk pulang ke bumi jordan yang juga memang dirindui. hehe. Berat hati untuk meninggalkan bumi mesir yang sudah terpaut dihati-hati kami. kembara 12 hari ini membuah cinta mekar yang telah menyebabkan ada antara kami yang bertekad dan berharap untuk sampai ke bumi mesir lagi  pada waktu yang lain. InsyaAllah.

Masing-masing dengan beg dan kotak yang telah siap dipacking bersedia untuk bergerak ke airport. terima kasih Farah dan kawan-kawan yang sudi melawat kami. HAti ini berat, tertumpah juga air mata dalam perjalanan meninggalkan bumi kenangan ini, hoho. alah, semua tumpah juga akhirnya... paling beria sesiapa yang akt airport tu, hak3.

Sesampai kami di Airport , selesai sembahyang jama'  kami dilawat oleh kak nurul dan anak-anak nya, bersama kawan-kawan yang lain. Baiknya budi kalian sudi teman kami di airport waktu itu, terima kasih kak masyi, kinah, kak jannah, dayat, asyaraf,latif dan kawan -kawan yang lain tu. Alhamdulillah jam 2.30 pm kami masuk untuk check-in dan boarding pass.

Di aiport sebelum pulang tanah air Jordan

Terakhir bersama musyrif OSEM. terima kasih tidak terhingga sudi menemani kami sepanjang jaulah jelajah Mesir kali ini. Banyak bersabar di awalnya melayan kerenah kami, banyak menahan amarah dengan kelambatan kami, banyak bertenang ketika kami kecoh, mencari dan mencuba yang terbaik untuk diberikan kepada kami. Semuanya Allah yang mampu balas, InsyaAllah semuanya semoga diberkati Allah. 

Sungguh hari-hari kami ceria di Mesir dengan usaha kalian yang cuba untuk memberi yang terbaik dan mempersembahkan bumi Mesir ini dengan sebaiknya hatta kami semua terpaut padanya. kenangan semuanya tidak boleh dijual beli dan sehingga nak buat untuk berulangkali pun mesti tiada dayanya. Ketahuilah rasanya jaulah mesir kali ini terbaik buat kami dan syukur dipanjatkan sepanjang nikmat yang diberikan ini. 

Akhir sekali, bib dan wakil kawan-kawan semua mengucapkan ribuan terima kasih . InsyaAllah andai jodoh dan takdir ada, maka kita bisa ketemu lagi. sobs :( Wassalam .

TAMAT . . . 

we are ONE BIG FAMILY ^^