Hari ini, hari ke 37 memasuki minggu terakhir tempoh berpantang yang lazimnya diamalkan orang melayu kita, dań saya tidak ketinggalan cuba mengamalkannya walaupun sudah banyak berbeza dan lari dari kebiasaan adat penuh yang sepatutnya. Alhamdulillah yang penting sebenarnya tempoh ini dipanggil tempoh rehat kekuatan dalaman dan fizikal setelah bertarung nyawa mengeluarkan seorang insan daripada rahim ibu yang sungguh dekat dijiwa ibu iaitu anak.
Pengalaman indah kelahiran kedua ini saya nukilkan agar kenangan ini dapat dingati kembali serta menjadi panduan untuk mereka yang terbaca post ini dan mencari kekuatan untuk perjuangan kelahiran. Ya betul kata orang, lain anak lain cara dan pengalaman yang terjadi apabila saat kelahiran tersebut berlaku. Setiap kelahiran ini dinantikan ibu-ibu dengen peraşaan yang berdebar dan seharusnya kita cuba cari ketenangan agar perjalanan untuk menempuhi detik tersebut dalam keadaan yang tidak kalut dan sebaiknya dengan emosi yang elok.
Begitupun, tak tipu kalau saya kata bila saat kelahiran itu habis semua tips dan pesanan hampir kita ingat-ingat lupa dek menahan kontraksi yang menjadi makanan wajib sebelum kelahiran anak. Biarpun begitu ini antara keadaan yang ibu mungkin akan hadapi sebelum kelahiran antaranya:
- Keluar tanda darah atau lendir darah yang menandakan bukaan di vagina kita mungkin sudah terbuka dan sedia untuk proses kelahiran sedikit demi sedikit. Ini tanda yang saya hadapi untuk kelahiran anakku kali ke-2, berserta menahan kontraksi.
Kontraksi yang sangat kuat berskala masa yang dari lama kepada semakin pendek. Skala masa kesakitan itu akan datang sekejap sekajap namun pada mulanya lama dan kemudian akan berkurangan sehingga sakit tu kita tak dapat tahan lagi. If dah sakit sangat-sangat sila ke hospital terus. Mak bidan urut saya sering berpesan, kesakitan bersalin ini tanda penghapus dosa, jadi sakit sikit-sikit yang mampu bertahan lagi, selagi boleh tahan jangan ke hospital lagi. Itu cara natural untuk kita elak daripada kena tahan daripada wad walaupun sakit yang datang hanyalah sedikit sahaja. But again, trust your instint and body. Kalau reaksi instinct badan kita memberikan tanda kearah bersalin sila teruskan perjalanan anda ke hospital secepatnya untuk dapatkan rawatan. Lagi satu, daripada pengalaman sakit contraction ini dia begini, formula 30-10-5 iaitu pada mulanya sakit kemudian hilang, selang 30 minit datang pula rasa sakit contraction dan hilang, kemudian selang 10 minit dan hilang sehinggalah masa selangan kesakitan itu hanya tingal 5 minit sahaja itu tandanya kelahiran semakin jelas dan boleh terus panggil misi dan pertolongan secepatnya. Boleh download apps contraction counter & timer untuk mengira detik setiap kali contraction itu berlaku. Semoga ia membantu untuk ibu :)
- Rasa sakit perut yang mengeras, saya juga mengalaminya sekitar minggu-minggu akhir sebelum kelahiran. Asyik mengeras yang dirasakan sesak juga untuk kita bernafas bercampur dengan penat membawa perut lagi. Ya itulah pengorbanan ibu hamil yang setiap detiknya bila kita bersabar akan menjadi pahala buat para ibu.
- Perut memulas seakan ingin membuang air besar. Ini adilah tanda kelahiran yang saya alami ketika kelahiran anak sulung saya, Syeikh Maher Hasani anak soleh aktif mama. Tengah malam saya ke tandas 3 kali tapi bila mèneran tidak ada pula keluar sisa untuk dibuang, perut keep memulas dan saya terus kejut suami dibawa ke hospital. Kelahiran ini sangat laju dengan izinnya. Jadi mommies if ada tanda seperti ini boleh terus gerak ke hospital. Throwback cerita dan klik link uituk baca kelahiran anak sulungku.
- Mungkin ada banyak lagi tanda lain seperti keluar air ketuban, anak kurang aktif atau naluri ibu sendiri yang merasakan kelainan, maka sila rujuk ke pakar serta merta untuk kebaikan ibu dan anak. Insyaallah.
Kembali kepada cerita dan pengalaman kali ini, Alhamdulillah diberi peluang untuk merasai proses saat kelahiran ini jatuh pada bulan Ramadan yang mulia. It was very though dan sangat memberi kesan kepada perjalanan kerohonian kita kerana bukan saya sahaja berpuasa, malah anak mama dalam kandungan rahim ini juga turut merasai ibadah puasa.
Sebelum itu, harus diketahui setiap ibu yang Rukhsah untuk membuka puasa adalah dibenarkan buat para ibu yang mengandung dan menyusukan anak. Agama islam tidak membebankan hambanya, dan rukhsah ini ibu boleh ambil untuk kebaikan samaada buat ibu untuk terus kekal bertenaga atau anak didalam kandungan agar cukup zat dan keperluannya dalam rahim. Penting untuk turuti nasihat Doktor atau misi yang assist ibu sekalian. Alhamdulillah, kali ini Allah beri keizinan tenaga yang berpanjangan dan kekuatan untuk terus berpuasa sepanjang tempoh sebelum kelahiran berlaku. Banyak resipi dan tips untuk terus kekal bertenanga namun kesihatan ibu dan anak adalah yang utama.
8 April 2023, 5am
Sahur pagi itu seperti biasa tetapi terasa sangat ketidakselesaan. Sudah bermula episod contraction sakit perut seperti mengeras. Sakit macam senggugut pun ya. Selesai bersahur bersama keluarga mertua pagi itu, kugagahkan untuk mandi seperti biasa sebelum menunaikan solat subuh. Suami pagi itu kebetulan bertugas untuk kuliah subuh di Masjid Padang Nanas.
Jam 8am, kucuba untuk lelapkan mata namun setiap nak lena pasti terasa sakit itu datang. Terus saya ambil masa untuk catatkan masa contraction kedalam apps tersebut. Setiap kali sakit datang, setiap kali juga dicatat. Bagus sebenarnya, bila catat pada apps ni kemudian tentera catatan notes. Pada waktu itu, notes pertama dia tulis untuk bersedia dengan persiapan barang untuk ke hospital. Selang beberapa detik keluar notes untuk terus ke hospital dengan sagera. I was like confused sebenarnya ini sakit nak beranak atau sakit brixton contraction. But kesakitan itu menggigil sakitnya. Call my husband yang kebetulan ada urusan sekolah untuk terus balik sebab dah betul sakit dah ni. My mom in law cakap ye betul dah tu contraction but tanda lendir atau apa tanda lain waktu tak tu tiada lagi.
Jam 11am, dalam kesakitan yang dirasai sambil menahan contraction yang datang tu, i doa banyak sekiranya ini tanda benarnya untuk bersalin kau berilah petunjuk yang boleh untuk aku ke hospital, time tu bib minta sangat keluar tanda lendir ke apa ke. Husband sampai rumah, dia tanya nak pergi hospital tak? i cakap i boleh tahan lagi, padahal gigil dah kot. Kalau ingat balik kuatnya kau tahan kat rumah tu, haha. I cakap, kita tunggu sikit lagi biarpun notes dałam apps tu memang dah suggest ke hospital kot. Pukul 11 lebih, i tak tahan dengan panas nya sakitnya, saja nak mandi basahkan ambil mood balik kot2 boleh hilangkan kesakitan sekali keluar lendir berdarah. Selesaikan mana patut dan bersihkan diri sebab alhamdulillah keluar tanda lendir darah tu memang bétul nak dekat dah proses bersalin. Kelaur bilik air terus cakap kat husband, ehhhh dia pula gelabah siap-siap ajak pergi hospital dengan laju sekali. haha terhibur sis dalam kesakitan contraction ini.
Jam 12.30 noon, on the way dalam kereta ni lah sempat buka puasa, minum air, makan roti dan husband bacakan doa selusuh dalam air yang siap-siap ready untuk ke hospital untuk kemudahan bersalin, Tq dear. Sesampai di Priba, HSNZ dan sebelum turun kereta i siap-siap mohon maaf kat husband minta halal segalanya dan doakan dipermudahkan. See you at labour room, cewah sambil usik dia sebab dia dah berdebar haha. i dalam sakit contraction tu boleh lah relaks tenang lagi. Sempat juga text kat umi, "Salam umi, k long otw ke hosp dah ni doakan". Harini, hari sabtu so hospital memang sangat lengang.
Selesai pendaftaran dengan misi yang jaga di kaunter, kita dibawa untuk ke emergency dibawah tu. Kebetulan Dr yang check ialah Dr Fatihah, tqvm assist kak bib dibawah tu sebelum dibawa ke atas. Check bukaan waktu tu dah 4-5 cm, jadi sementara tunggu nak masuk labour room (LR), kita menunggu dibawah tu. Nak selesaikan satu-satu urusan pun mengambil masa, so memang berdoa banyak untuk menenangkan saat contraction datang. Ya kalau ke hospital kerajaan beginilah, apa yang saya dapat rumuskan adalah kesabaran untuk menunggu itulah mempercepatkan kita ke LR. haha. apa tu? sebab proses nak masuk wad tu ambil masa, jadi sambil kuatkan diri dengan kesakitan contraction, sambil kawal contraction itu dengan teknik pernafasan sekaligus dengan doa. Sempat suami text kiriman doa untuk mengurangkan kesakitan dan dipermudahkan, doanya begini:
"خفف عني الامها المخاض- Ringankan bagiku kesakitan bersalin ini. "
Ku ulangi doa kiriman masej suami berserta doa dan zikir lain seperti Doa nabi yunus itu. Saya rasa paling penting untuk kawal kesakitan semasa kita sakit contraction ini adalah dengan teknik pernafasan. Teknik pernafasan yang betul seriously dapat memberikan kelegaan sekaligus mengawal emosi kita untuk kekal tak merana sangat dengan kesakitan kontraksi itu. Sebenarnya kali ini baru saya tahu teknik tu selepas betul-betul baca, kaji dan cuba amalkan. Kalau ikutkan ramai orang pesan, teknik pernafasan ini dapat memudahkan kita daripada awal sampai saat kita nak push anak tu, hatta sebenarnya teknik ni sendiri dapat tenangkan kita sekiranya panic attack menyerang.
Jam2.00pm, kebetulan saya berdua bersama seorang adik, sempat kami berborak sikit dan time kami untuk dibawa naik ke ward. Oleh kerana adik tersebut tiada rasa sakit hanya bukaan je buka dalam 2 cm, saya dipelawa oleh nurse untuk naik wheelchair dan memang pun i time tu dah berkobar-kobar sakit contraction. Kakak misi pesan nanti masuk atas ward tu suruh misi check bukaan ya. Sesampai je dekat tingkat atas sebelum diberikan katil kita akan dipark di satu bilik dulu biasanya untuk check bukaan. Lembut je misi tu sambut saya check bukaan dulu ya Puan, haaa dia selup time tu dah 6cm, pup pap terus dia suruh tukar baju untuk ke LR. Makan kurma habis semua bekalan tu sekali minum air yang berbaki terus ditolak ke LR. Nak call husband line pula tiada, misi yang bertugas handle inform husband untuk maklumkan kita sudah ke LR.
Secepatnya kita ditolak ke LR, memang menjadi peringatan buat misi untuk cepatkan proses tolak pesakit ke LR kerana kalau boleh ibu bersalin dalam bilik LR bukan selainnya. Sambil menahan kesakitan contraction, sambil itu kawal emosi dan berdoa sebanyaknya. Episod kelakar pun ada waktu ni, dalam cepatnya misi tolak saya ke LR, boleh pula mereka tertinggal saya punya buku pink. Sesampainya di bilik LR, maka menunggulah kita sambil berborak bersama midwife dalam tu untuk menenangkan kesakitan contraction. Yelah, pesakit sampai LR tapi umpamanya kad pengenalan sejarah semua dalam buku pink tiada. Lawak tak lawak rasa i kene tunggu buku pink sampai baru boleh nak bersalin tapi ni dah start rasa nak meneran.
Sampai je buku pink ke LR, procedurenya dia akan check kita dan saya cakap kat misi dah nak rasa nak berak ni. Midwife pun check memang betul dan 10cm. secepatnya i rasa midwife tak pasal2 dia handle dari A sampai Z. Tak sempat Dr sambut, sememangnya semua dihandle oleh 3 orang midwife itu, mereka sangat handal sempat saya tanya salah seorang daripada mereka sudah berpengalaman selama 5 tahun. Misi sempat ajar cara untuk bukaan kaki jangan kapit biar terkangkang sepenuhnya sempatlah kene mcm marah gitu awak ni nak bersalin tak sebab kaki tak buka besar2, haha. oiiii sakit ni kontraksi pastu kene macam marah gitu pastu saya sabar, tarik nafas sabar kawal keadaan balik kemudian dengan sekuatnya kekuatan cuba balik untuk teruskan, ambil nafas dan hembus sambil meneran. I request lah husband untuk masuk, dia slow talk minta maaf tak sempat nak panggil ya you dah 10cm ni boleh teran dah ni. Alhamdulillah dengan teknik pernafasan yang dingati sambil berkuat dengan tahan sakit nak bersalin, dengan 3 kali push alhamdulillah selamat anakku Thoreq dilahirkan pada jam 2.54pm dengan berat 2.65 kg.
Subhanallah Alhamdulillah, lepaslah semua kesakitan tatkala mendengar tangisan bayi anak kecil ini dan sejurus itu misi bawakannya dalam dakapan didada mama, "Assalamualaikum warrahmatullah anakku, You did it well handsome boy Thoreq". Mama and baby bonding time. Sambil itu misi terus selesaikan apa yang patut seperti proses keluarkan uri dan jahitan dengan koyakan sedikit dibahagian vagina. Misi maklumkan yang saya susah sikit meneran kerana bayi lahir bersama dalam kepungan air ketumban yang saat akhir tu baru misi pecahkan untuk memudahkan dan pop sungguh cantik bayi ini. "Anak awok ni ade lesung pipit" misi berseloreh, Alhamdulillah ikut mama lah tu jawabku ringkas. hihi
Bayi diambil untuk proses check dan diazankan oleh my lovely husband. Selesai proses di LR, kita akan dibawa ke katil wad. Kali ini rezeki stay di wad kelas ke 3 lagi, nak request ke kelas 1 dan 2 tak kesampaian kerana sistem HerMIs kerajaan kebetulan down. Makanya kalau nak upgrade kena bawa manual surat yang pada hari sabtu sedang bercuti tu. Saya pasrah dan redho je dan syukur wad kelas ke3 pun cukup baik dan selesa sebab tidak ramai pesakit waktu itu. Jadi layanan misi dan keadaan wad tidak sesak, Alhamdulillah. Semalaman tidur, dan esoknya dapat discharge. Anakku Thoreq demam kuning tinggi kena tahan wad sehari dahulu.
Sempurna dan selesai satu bab kehidupan menjadi seorang wanita dalam berjuang untuk melahirkan satu nyawa yang kedua. Alhamdulillah, setinggi kesyukuran ku panjatkan dengan pinjaman kekuatan untuk menyelesaikan proses bersalin sehingga akhir di Hospital HSNZ Terengganu. Thanks team midwife Sn Rina bertiga sambut anakku dan layan saya sebaiknya ketika dalam LR. It was a very memorable experience dan syukur dipermudahkan semudahnya untuk kelahiran kedua ini.
Terima kasih semua yang mendoakan,
Habibahsramli
No comments:
Post a Comment