Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Monday, July 22, 2013

ibu dan anak

#1
Aku berjalan melintasi daripada bilik ke bilik, kedengaran tangisan bayi yang amat kuat. husshh, kesian baby tu kena cucuk dengan nurse rupenya. Aku sekadar berhenti sekejap sahaja depan pintu bilik 402 menilik dan terus berganjak ke bilik kakak housemateku yang berada didepan bilik itu...

Usai siap-siap kan kak wa untuk berehat aku membiarkannya diselimuti dan akhirnya dia lena dalam tidurnya. biar penat sakit itu dihabeskan dahulu baru aku boleh cerita borak-borak lepas ini esok lusa. "Cahaya kena kuat, untuk Bulan,Bintang, Matahari dan Pelangi terus tersenyum".

Kaki ini, senang untuk ke bilik hadapan. Bayi kecil itu sudah senyap hilang sudah tangisan dari matanya, tapi... ibunya pula yang menangis, tangisan itu mengalir laju. Sungguh sayu, Salamatik 3ala waladuki. cuma itu yang mampu ucapkan sambil mengusapkan kepala bayi itu. Namanya : ahmad. baby ahmad, lihatlah ibumu bersengkang mata untuk terus survival your life. meskipun adu ibunya bahawa bill mereka hampir 70JOD per days. ribut hujan ke ape ntah, memang mahal tahap gaban bagi aku. dan memang mahal sgt pun. tapi , demi ANAK, mungkin naluri ibu tidak kesah, asalkan anaknya selamat.

summary : Dan aku tahu, setiap ibu pasti begitu. Terima kasih ummi dan semua kaum ibu menjaga kebajikan anak2mu ini.

#2
Malam itu, Pulang dari sembahyang taraweh di masjid Jamiah (berimamkan Syeikh terkemuka uni yarmouk, Sheikh Ma'muun ) , jiran bawah rumah aku berpesan agar singgah dahulu kerumahnya. enak sungguh Qatayyif yang dihidangkan Narjas, ibu muda kepada 6 orang anak ini. 

kami berborak-borak , cuba memahami meskipun kadang-kadang ade je word yang pending nak faham orang arab cakap ni. tapi , tulah buat faham jelah, kadang pula suruh dia ulang lagi dan lagi dan lagi. ceritanya aku mahu berkongsi tentang Busyra. Si budak yang kurang upaya, tapi melayan kerenah dia cukup untuk rasakan ketenagan syurga yang aku rasa nakkkk sangat pinjam daripadanya di akhir hayat nanti.( because , orang kurang upaya mmg syurga lah tempat nya, tidak dipinta untuk dilahirkan begitu) . tiap petang kalau aku berjumpa dengannya aku cuba bertegur sapa dengan busyra, ahhh namun sia-siaje, sebenarnya sepatah pun aku tak pernah  faham dia cakap. but nice :) dia comel! montel mcm nazirah ><

sambung cerita malam itu ,Dia ambil quran kecil aku, mamanya halang. Jangan! tapi aku biarkan dan terus lihat reaksi busyra. Dia mencium Quran kecilku dan cuba membuka. Aku bantu untuk buka mukasurat Alfatihah. Dan dia bacakan surah itu. Subhanaallah, meskipun cacat busyra cerdik dan punyai kelebihan luar biasa, boleh membaca alquran. even sebenarnya tak berbutir pun bacaan yang dibacakan .aku tersenyum kagum melihat busyra.
moga nanti awak sudi pinjamkan kakak ketenangan disana nanti. oke, time up. naiktangga, balik rumah sendiri. hehe

summary : tetap berusaha, engatlah "dia" pasti ada kelebihan.

Wednesday, June 12, 2013

yasmin dan ibu

Jalan itu sungguh sesak. Keramaian manusia berpusat di situ setiap hujung minggu tidak asing lagi buat warga kota. Kata orang, semakin larut malam semakin hangat kawasan itu dibanjiri rakyat-rakyat yang punya arah tuju tersendiri. Tiada sesiapa yang boleh menghitung setiap apa yang dirancang setiap individu, ternyata waktu yang tuhan anugerahkan 24 jam tidak pernah lari daripada sunnatullahnya yang menjadi ketetapan saban hari.

Dari jauh, kelihatan seorang gadis muda disebalik mentol kekuningan itu yang menjadi sumber cahaya dikala malam kian larut, dek anak bulan yang sipi-sipi sahaja memantulkan cahaya ke bumi. Awal bulan lagi rupanya, berkira-kira kerana  Yasmin teringat akan bondanya dirumah yang menjamu hidangan berbuka puasa sempena 1 shaaban.

Terkesan dengan pendidikan ibu, Yasmin tidak pernah abaikan setiap pelanggan yang datang bertandang untuk menilik satu persatu helaian gantungan tudung ala-ala ariyani itu. Ayat ibu sentiasa bermain diminda Yasmin, bila terpandang pelanggan datang ke kedai kecil  milik tuan mereka itu , ibu pasti berkira sebaik mungkin pada mereka yang kemungkinan untuk allah susuan ada rezeki dan mungkin juga belum tiba rezeki untuk kita. Dulu ibu yang selalu menjaga, tetapi sekarang semenjak keadaan tidak mengizinkan Yasminlah yang merelakan untuk menggantikan kerja itu.

Kelibat demi kelibat itu jugakah mengajar erti kesabaran dan kesungguhan untuk melayani kerenah manusia yang berbilang ini. Sudah menjadi kebiasaan, bila orang bertandang senyum dan beradablah yang mesti dipersembahkan supaya bibit pertemuan diakhiri dengan salah satu jual beli yang diredhoi antara kedua belah pihak.

ibu, terima kasih sudi jadi suri tauladan buat Yasmin. Yasmin titipkan doa buat ibu semoga diberi kekuatan selalu dan dipermudahkan setiap urusan. Malam itu Yasmin pulang dengan rezki yang diberi allah sambil menjinjing buah tembikai untuk dijamu bersamu bersama ibu untuk keesokan hari.

Benarlah, kemenangan hati itu pengikat untuk kemenangan seterusnya, kerana pengorbanan adalah faktor penting untuk kita terus kekal berjaya.

Wednesday, April 3, 2013

Dania .

Seketul hati.

Semalam Dania mendapat panggilan dari kawan yang sudah lame hilang daripada bayangan mata. Terpisah jauh angkara dendam kesumat yang masih tidak mampu dipadamkan amarahnya. Dania pernah berbisik pada dirinya, kenapa hingga hari ini dendamnya pada si dia masih belum mampu dibuang? sedangkan dendam lamanya 7 tahun terpisah itu sebenarnya boleh sahaja untuk dijernihkan kembali. Lantas Syaheera dalam diam berkata dari corong-corong line yang agak terbatas jauhnya :
 "Dania, its all about your heart. Hati kita yang merasai dan mendalami semua itu. I dont know, how I can manage and how can i face all the truth if someone sengaja nak khianati kita. But, Allah suka bila hambanya membiarkan hatinya sentiasa dalam keadaan bersih. Bersih dalam erti kata : memaafkan. Allah itu maha ghafur. Pemaaf. Kita juga kena relakan diri kita untuk memafkan. Dania,Im trust that you will be let go your kesumat dendam itu. Just mohon pada Allah moga-moga hati kita hilang dari dendam itu k :) . And, remember, kalau dosa kita dengan Allah, kita boleh mohon ampun. tapi kalau dosa kita dengan makhluk, kita kena mohon dengan kepada si makhluk itu.nak tahu sebab ape? sebab, hidup kita tidak lama. esok lusa Allah boleh tarik nyawa kita dah biarpun kat mana-mana pun. Jadi, janganlah biarkan amalan baik kita tergantung dek dosa-dosa kita itu. Trust me Dania, you can do that . . ."
Thanks Syaheera. Dania lantas menuju ke meja setudy membuka macbook milik peribadi yang dihadiahkan oleh abangnya sewaktu mula-mula mendapat berita permohonan sambung belajar ke Ireland diluluskan. oh! okey wi-fi is connected! senang sahaja jari jemari mengarah mouse untuk tekan google dan side google email.

"Hello. Assalamualaikum. I just come here to say : Im sorry for what yang terjadi antara kita 7 tahun lalu . "

loading for sending email. Done!

Fuh! dania menghembus kelegaan. Syaheera, thnx sebab tolong ingatkan dan always beri panduan.Ini ayat terkahir yang Dania quote sebelum pemergian Syaheera 3 bulan yang lalu.  "Saya merindui awak! moga Awak tenang disana dan allah memberkati awak selalu. aku sayang ko!" jerit hati Dania. 

Friday, November 30, 2012

pohon zaitun menjadi saksi

Ya Allah berkatilah ukhwah indah ini.

Kisah Diyana dan Farihah. Dan semoga Allah memberkati saat-sata bersama mereka berdua.

****************************************
Usrah mereka berakhir pada jam 4.30 petang dangan tawa riang. Hari tanpa disangka oleh Aryani(kawan usrah Diyana dan Farihah), mereka bersama menyambut hari jadi Aryani yang ke19. cepatlah wish yani, ni kan bufday awak," kata kak Nur. 

sedikit wish perkongsian yang diceritakan oleh Aryani ;"Selalu masa kecil kalau sambut bufday mesti rasa nak hadiah and sambut dengan kek segala bagai. Tapi bila dah besar, semua tu rasa dah tak penting mana. Dan yang utama adalah untuk mendoakan saya agar baki hidup yang ada ini senantiasa di jalannya sebab mati itu semangkin hampir.Bayangkan umur yang kita sampai 40 dan batang yang kita ada 40. dan sekarang umur saya sudah 19. jadi baki kayu yang saya ada hanya tinggal 21 sahaja. itu contoh saya kasi kalau kita tahu umur pengakhiran. contoh sahaja. tapi hakikatnya, kita tidak tahu umur pengakhiran itu. Jadi doakan aryani :) "

Masing-masing bahagia meraikan hari jadi Aryani. Dengan nescafe panas yang dihidangkan waktu syita' begini sememangnya sangat mengahangatkan jiwa dan hati.ahaaa, yang penting kuranglah rasa kesejukan hari ini. 

Mereka berdua pulang ke asrama. Tidaklah jauh sangat. kalau jalan kaki mungkin mengambil masa hanyalah 15 minit. dan itulah rutin mereka,berjalan. kalau malas, pakcik teksi akan kaya dapat sikit duit 75 kursh untuk beli barangan Doruriyat. ceh kalau tak pun beli rokok je.(sebab pakcik arab sini memang suke isap rokok.oke its fact).

Melalui jalan pintas melalui pintu syimali mereka melintas berjalan. berhadapan dengan sekumpulan pemuda arab sedang berteriak. ohh dan itu perkara biasa bermuzaharat, berdemostrasi semenjak akhir-akhir ini.

"uhhmm.. awak, umar sayang awak lagi?" Farihah bertanya ringkas. haha. oke soal hati dan hati dan hati. 'ntahlah... tapi umar cakap,dia memang sayang kat saya. entahlah hati lelaki kita tak tahu.malas nak layan.kenapa?"balas diyana. 

"macam susahkan. awak janganlah suka kat siapa2. susah. nak melawan perasaan dan hati. kita faham, tapi kita buat. memang sakit sangat. awak fahamkan maksud saya farihah?" soal diyana lagi.

"tahu. cukuplah Allah menguji saya. Awak pun tahukan. kadang-kadang saya rasa tak adil, kenapa Allah selalu uji saya dengan perkara macam itu? cukuplah. dan saya selalu bersangka baik.Allah uji saya dan inilah titik kekuatan saya. sebenarnya saya tak kuat, tapi ujian inilah menguatkan saya awak." farihah meluahkan isi hati.

"macam mana susahpun, kita kene berjuangkan.bila saya fikir balik cerita dulu pasal awak dan dia, pasti saya akan gelak. tahu kenapa ?" 

" apa...?? "

"sebab... saya fikir senangnya cinta lelaki berubah. dulu dengan awak dan sekarang berubah hati dengan orang lain. saya hairan dan hairan. mungkin tak serius kot.sekadar permainan dan kelakarlah. hehe " cerita diyana.

"aihh,pepandai je cakap orang macam tu. dah lah. dia dengan jalannya. dengan sesiapapun dia saya tak kesah. sekarang hati kita yang kena jaga. sesusah kita menjaga barang yang kita sayang,begitulah kita jaga hati dan iman kita Diyana. "

"Farihah...tlg bantu saya. bantu saya untuk jaga hati saya. "

"oke. sama-sama tolongla. saya bukan malaikat k ^^"

ujian yang Allah hantar itu tanda kita sayang padanya. soal cinta sentiasa berlegar dijiwa remaja dan ia tidak lari. moga allah pelihara hati Farihah dan Diyana selalu.

mereka berdue berjalan dan melalui laluan taman zaitun yang ada di laluan jamiah mereka. Pada hari itu, sesungguhnya pohon-pohon zaitun menjadi saksi Farihah dan Diyana. Moga cinta Farihah dan Diyana saling diredhoi dan dikurniakan teman hidup yang soleh . teeett =.=

Monday, November 26, 2012

berangan tapi itulah impian

Graduates emerging from the national education system are failing to meet the expectations of prospective employers due to a lack of critical thingking skills and poor communication.  - The Star, KL-
**************************************

Saraa mengaut kunci bilik di atas meja studynya lantas terus ke pintu depan untuk membuka bilik setelah berulang kali pintu diketuk oleh Jannah. "Laen kali janganlah lupe bawa kunci pergi jamiah, ni kan dah berketuk-ketuk. nasiblah kayu ni cap kuda tahan konkrit besi gamaknya" jerit Saraa dari dalam sambil berusaha membuka pintu.

"eh, sory Saraa. serius campur mius saya lupa la awak."jawab Jannah mengambil hati si kawannya Saraa. Gaya macam baru duduk sehari bersama. Cakaplah berulang berjuta kalipun Saraa tetap dan syik lupa untuk membawa kunci bersama. Bukan ada satu,tapi setiap seorang kot ada. Ada hari, sampai adakalanya, Saraa terpaksa menumpang bilik rakannya yang lain dahulu sementara menunggu Jannah pulang kerana dek kemalasannya untuk membawa kunci bilik bersamanya.

"Ye la tu. Lain kali saya letak doubletape kat pintu, then tepek kat pintu. "ini kunci khas buat Jannah yang rajin" . soroh Saraa menjerit sambil menggaul tumisan masakan asam pedas untuk makan tengahari mereka bersama sebentar nanti. Lagaknya seperti chef! tapi Saraa cuma mencuba. dek kerana hidup berjauhan dengan ibubapa, dia terpaksa belajar berdikari seiring umurnya yang meningkat dewasa. Dan Jannahlah yang merupakan pengkritik juga tenaga pengajar utama dalam siri 'mewarisi' ilmu masakan ini. Mereka banyak berkongsi.

Usai Jannah siap menyalin pakaian, Jannah bersama menolong Saraa apa yang patut. " hmmm, harum seindah wangi bau masakan awak harini. cayalaah beb awak ni. ade improvement kot Saraa!" tegur Jannah dengan gaya mukenya yang enak sekali. "tipu.tipu.tipu. eleh, sengaja nak bodek orang lah tu.Saya ni, masak pun terjerit-jerit and lari sana,lari sini.tak macam chef terkenak Jannah ni. power kot! " balas Saraa. mereka riang berjenaka antara mereka.

"eh, tahu tak??? kalau nak kawin kene pandai masak. tapi kalau nak masak kenalah ade duit. duit banyak baru sedap nak masak ape-ape pun." Saraa memulakan perbualan menukar topik sedangkan sendiri masak pun masih terkapai-kapai lagi nak cakap hal masakan kahwin and kerja segala bagai. 

"tahu la Jannah. tadikan, saya baca paper ni kat BH. then, berita tu tulis. sekarang ramai yang takot after graduate nanti. silap2 balik malaysia tak dapat kerja yang kita mahu. dok terperap je kat umah. macam takot kot Saraa." Jannah mengadu . timbul kerisauan dek memikirkan market job yang ada di tanah air. Sebenarnya bukan hal kerja, tapi hal diri. bagaimana untuk mereka potensikan diri mereka semaksimum mungkin sebelum memasuki alam pekerjaan yang lebih mencabar daripada alam pembelajaran sekarang.

" kan best..." ..." apa? awak berangan la tu saraa. kalau tak kawen dengan putera raja sambil duduk atas buaian laju-laju tu, apa yang awak masak tu yang hangus hitam sampai kerak. " ngusik Jannah. " Awak ni kan, saya tak habes cakap lagi awak dah potong. potong pulak cerita melalut tak best. ieee.. tak syok taw!" haha. mereka ketawa.

"tak. saya fikir, bestnya kalau kerja kita dah confirm dapat and ada. i mean, its the easy way to get the job. sistem susunan yang mudah untuk penyusunan pekerjaan ni. kan kita belajar, negara maju mana boleh ada unempolyment. so, Malaysia terang-terang tak maju lagi. haha" Saraa menyatakan pendapatnya. "Tapi masalahnyaaaa..... kita ni banyak kekurangan lagi. bukan senang lenang nak dapat job best kot Saraa" Jannah berkata lagi.

"btol, kita dah lah tinggal 3 bulan je lagi kan nak grad. Kalau tak cukup yakin, ilmu kurang, tak berani, komunikasi pun low,and terketar-ketar macam mana ea Jannah? risau jugak saya." jelas kerisauan terpancar diraut wajah mereka saat itu. Malah inilah masalah yang sering dihantui mereka, student pangajian umum. "mungkin kan.. satu jelah, kita kene terus usaha dan usaha untuk dapat sinergi kompitensi itu sebelum kita balik ke Malaysia sambil terusan berdoa agar rezeki kita tetap ada walau di mana sekalipun." Jannah balas ringkas.

Setelah masakan asam pedas siap, mereka terus makan bersama . Dan tanda tanya itu sering mengahntui mereka. Malah jauh dari itu lagi, sesiapapun yang sedang belajar adakalanya pasti merasakan dan memikirkan hal kerjaya di masa hadapan. Biarpun apa-apapun, bak kata Jannah : usaha-usaha-usaha- doa+tawakkal .


Graduan yang baru muncul dari sistem pendidikan kebangsaan gagal untuk memenuhi jangkaan bakal majikan kerana kekurangan kemahiran pemikiran kritikal dan komunikasi miskin.

Saturday, November 24, 2012

sentap dengan tugasan.

Sentap setelah membuka dan membaca. 
"Dan barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa Dia sesatkan, maka engkau tidak akan mendapatkan penolong-penolong bagi mereka selain Dia. Dan kami akan mengumpulkan mereka pada hari Kiamat dengan wajah tersungkur, dalam keadaan buta, bisu, dan tuli. tempat kediaman mereka adalah neraka Jahannam. Setiap kali nyala api Jahannam itu akan padam, kami tambah lagi nyalanya bagi mereka. "       (Al- Isra' :97 )
*************************************

Hari itu Fatimah Busyra balik dengan mencuka masam seriibu bahasa. Lantas pulang sambil menghentakkan sekuatnya-kuatnya kakinya ketika naik tangga rumah sewanya yang 3 tingkat itu. Keluhan letih, geram, menyampah, sakit hati, dendam kesumat semuanya bercampur baur ketika itu. Tiada lagi ketenangan di raut malah di hatinya jauh sekali. 

"Busyra!, aku keluar jap. aku nak pergi photosestet tiket pulang aku balik rumah minggu depan. turn kaw masak jangan lupe ea." riang ria wajah Maria menegur housematenya . Ternyata kontra emosi antara mereka berdua jelas sekali. "ohh. ea? oke!" balas busyra seadanya sepatah kata lantas tiada rasa keinginan untuk jawab berlebihan.

hmm.aku dah kata. diorang pick nama suka hati mak bapak dia je. baik aku tayah pergi meeting tadi. kalau aku tahu, awal-awal lagi aku out je tadi. huh! amarah busyra masih berapi. Kusut jiwa dan hati dia. Masuk bilik sambil melemparkan bag handbag Coach yang dihadiahkan mamanya ketika trip melancong mereka sekeluarga di London setahun yang lalu. Lalu bersandar di sudut katilnya. "mati lah kaw, lepas ni mesti banyak gile kije kaw. kaw kene fokus. lepas ni tade dah la massa nak outing, hang out, jejalan lagi. " satu suara halus menembusi telinga nya.

Pedulikan. tetttt... mcg masuk!
"salam kakak. kakak sehat? mama harap kakak sehat. so far macam mana study? oke ke? ade pape masalah kalau tak faham terus tanya dr ya. moga anak mama cemerlang. haaa.. lupe, mama nak kasi tahu, sebenarnya uncle Long kamu sudah tiada. pergi buat selamanya. seteruk mana pun dia, jangan kita pertikaikan. cuma doakan yang terbaik.sedekahkan Al-fatihah buat uncle long ya nak. Kadang manusia luarannya nampak teruk, tapi  mungkin hatinya lebih baik dari kita. doakan sama2 pak long ditempat di tempat org mukminun. kakak stay up je kat sana k. doa dari jauh mungkin ada keberkatannya lagi"

Lantas air mata deras mengalir. tiada yang baik melainkan hadiah alfatihah buat uncle long. perasaan bercampur baur. Sedeh.sedeh.sedeh. Kisah uncle long tergugat imannya masih aku ingat. bukan mahu menentukan iman sesiapa tetapi, pengajaran buat semua. Tersimpang jauh, namun dititipkan agar Allah terus memberi rahmat nya.

Aku membaca berulang kali ayat itu. tersentap dan termenung seketika. inilah roda kahidupan yang tiada penghujungnya hingga ke akhirat. Benarlah kataNya, barangsiapa yang diberi petunjuk maka dialah yang mendapat petunjuk tersebut. dan vice versa dengan siapa yang tiada diberinya petunjuk dan dia sesatkan. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan dan amanah lah dengan nikmat tersebut.

Hari ini hari awak untuk memegang amanah tuham itu. sekali sekala untuk menilai prstasi kemampuan diri. jadilah sepeti bayi, di dalam 3 karung. disaluti karung embryo, karung ovum dan terakhir karung perut ibu. pertarungan hidup bayi yang penuh tawakkal. bayangkan baby yang tiada punya harapan melainkan kebergantungan dan tawakkal yang ada pada Allah. bertarung dengan nyawa untuk hidup hingga saat dilahirkan.

Busyra mendakap mashaf al-quran kecilnya. didakap ke dada. saat ketenangan menjelma. bahagialah insan yang tiada lari dan sentiasa tarik menarik dengan quran :) its wonderful. 
Bingkas Busyra ke dapur, meneruskan rutin di dapur. niat hati ingin memasak spegheti buat ahli rommate tersayang. Spegethi makanan kegemaran busyra dan mamanya. setiap kali memasak spegheti, pasti mengingatkan kenangan bersama bonda di dapur. kenangan yang memberi pahala kerana disitu mengingatkan bait-bait hikmah mutiara ayat bonda tersayang.