Jalan itu sungguh sesak. Keramaian manusia berpusat di situ setiap hujung minggu tidak asing lagi buat warga kota. Kata orang, semakin larut malam semakin hangat kawasan itu dibanjiri rakyat-rakyat yang punya arah tuju tersendiri. Tiada sesiapa yang boleh menghitung setiap apa yang dirancang setiap individu, ternyata waktu yang tuhan anugerahkan 24 jam tidak pernah lari daripada sunnatullahnya yang menjadi ketetapan saban hari.
Dari jauh, kelihatan seorang gadis muda disebalik mentol kekuningan itu yang menjadi sumber cahaya dikala malam kian larut, dek anak bulan yang sipi-sipi sahaja memantulkan cahaya ke bumi. Awal bulan lagi rupanya, berkira-kira kerana Yasmin teringat akan bondanya dirumah yang menjamu hidangan berbuka puasa sempena 1 shaaban.
Terkesan dengan pendidikan ibu, Yasmin tidak pernah abaikan setiap pelanggan yang datang bertandang untuk menilik satu persatu helaian gantungan tudung ala-ala ariyani itu. Ayat ibu sentiasa bermain diminda Yasmin, bila terpandang pelanggan datang ke kedai kecil milik tuan mereka itu , ibu pasti berkira sebaik mungkin pada mereka yang kemungkinan untuk allah susuan ada rezeki dan mungkin juga belum tiba rezeki untuk kita. Dulu ibu yang selalu menjaga, tetapi sekarang semenjak keadaan tidak mengizinkan Yasminlah yang merelakan untuk menggantikan kerja itu.
Kelibat demi kelibat itu jugakah mengajar erti kesabaran dan kesungguhan untuk melayani kerenah manusia yang berbilang ini. Sudah menjadi kebiasaan, bila orang bertandang senyum dan beradablah yang mesti dipersembahkan supaya bibit pertemuan diakhiri dengan salah satu jual beli yang diredhoi antara kedua belah pihak.
ibu, terima kasih sudi jadi suri tauladan buat Yasmin. Yasmin titipkan doa buat ibu semoga diberi kekuatan selalu dan dipermudahkan setiap urusan. Malam itu Yasmin pulang dengan rezki yang diberi allah sambil menjinjing buah tembikai untuk dijamu bersamu bersama ibu untuk keesokan hari.
Benarlah, kemenangan hati itu pengikat untuk kemenangan seterusnya, kerana pengorbanan adalah faktor penting untuk kita terus kekal berjaya.
Benarlah, kemenangan hati itu pengikat untuk kemenangan seterusnya, kerana pengorbanan adalah faktor penting untuk kita terus kekal berjaya.
No comments:
Post a Comment