Saturday, June 8, 2013

Bahu jalan

Aku mamai baru celik mate petang itu, saki baki mengantuk pun ade lagi . Nak sambung tak dah kot,sebab waktu senja hampir ke maghrib ni almaklumlah memang tak elok nak tido .

10 minit kemudian ,Tiba-tiba...

Pedal kereta terpakse ditekan dan menyebabkan kelajuan kereta pacuan empat roda itu semakin slow . "Kenapa pulak ni? " desus hati . Aku mencari-cari ape kehalnya yang telah mencuri kefokusan pemandu . Rupanya, ditengah highway ,kiri kanan padang pasir,ketika mana waktu matahari terbenam itu,terdapat sebuah bus .yang menarik bukanlah bus itu,tapi penumpangnya yang beramai-ramai sedang menunaikan solat berjamaah maghrib di tepi bahu jalan itu .

Ini bukanlah kali pertama aku melihat scene begini berlaku,acap kali travel waktu maghrib aku akan lihat inilah yang terjadi. Frontier ,gmc, ford, hyundai dll akan berhenti tepi jalan kemudian menunaikan kewajian rukun islam ke2 itu . Bahkan bukan sahaja yang berjubah putih malah turut ada yang berjubah hitam.

Ini yang buat aku rindu saudi. The end .

No comments:

Post a Comment