Jambatan ukhwah itu cinta,
dulu aku terkira-kira berapa meter jambatan itu,
sekali lalu rasa macam pendek,
adakala panjang pula,
dan tanpa penah jemu itulah aku kehulur-kehilir,
menghempas tenaga untuk kita bersama,
dan nyata...
memori indah itu masih terukir indah dilangit kebiruan itu,
kemeriahan sang burung itu memberi kicauan hakiki,
merangka kemanisan indah bersama.
duhai teman,
saksikanlah titian jambatan itu,
yang dulu menjadi hangatan tatkala tangan kita bersemi,
untuk selangkah kehadapan,
dan tika itu jugalah tangan kita berpaut bersama dibahu,
mengiringi barisan hingga ke penghujungnya,
kerana kita bersama,
iaitu ke syurga ilahi.
No comments:
Post a Comment