Friday, November 30, 2012

pohon zaitun menjadi saksi

Ya Allah berkatilah ukhwah indah ini.

Kisah Diyana dan Farihah. Dan semoga Allah memberkati saat-sata bersama mereka berdua.

****************************************
Usrah mereka berakhir pada jam 4.30 petang dangan tawa riang. Hari tanpa disangka oleh Aryani(kawan usrah Diyana dan Farihah), mereka bersama menyambut hari jadi Aryani yang ke19. cepatlah wish yani, ni kan bufday awak," kata kak Nur. 

sedikit wish perkongsian yang diceritakan oleh Aryani ;"Selalu masa kecil kalau sambut bufday mesti rasa nak hadiah and sambut dengan kek segala bagai. Tapi bila dah besar, semua tu rasa dah tak penting mana. Dan yang utama adalah untuk mendoakan saya agar baki hidup yang ada ini senantiasa di jalannya sebab mati itu semangkin hampir.Bayangkan umur yang kita sampai 40 dan batang yang kita ada 40. dan sekarang umur saya sudah 19. jadi baki kayu yang saya ada hanya tinggal 21 sahaja. itu contoh saya kasi kalau kita tahu umur pengakhiran. contoh sahaja. tapi hakikatnya, kita tidak tahu umur pengakhiran itu. Jadi doakan aryani :) "

Masing-masing bahagia meraikan hari jadi Aryani. Dengan nescafe panas yang dihidangkan waktu syita' begini sememangnya sangat mengahangatkan jiwa dan hati.ahaaa, yang penting kuranglah rasa kesejukan hari ini. 

Mereka berdua pulang ke asrama. Tidaklah jauh sangat. kalau jalan kaki mungkin mengambil masa hanyalah 15 minit. dan itulah rutin mereka,berjalan. kalau malas, pakcik teksi akan kaya dapat sikit duit 75 kursh untuk beli barangan Doruriyat. ceh kalau tak pun beli rokok je.(sebab pakcik arab sini memang suke isap rokok.oke its fact).

Melalui jalan pintas melalui pintu syimali mereka melintas berjalan. berhadapan dengan sekumpulan pemuda arab sedang berteriak. ohh dan itu perkara biasa bermuzaharat, berdemostrasi semenjak akhir-akhir ini.

"uhhmm.. awak, umar sayang awak lagi?" Farihah bertanya ringkas. haha. oke soal hati dan hati dan hati. 'ntahlah... tapi umar cakap,dia memang sayang kat saya. entahlah hati lelaki kita tak tahu.malas nak layan.kenapa?"balas diyana. 

"macam susahkan. awak janganlah suka kat siapa2. susah. nak melawan perasaan dan hati. kita faham, tapi kita buat. memang sakit sangat. awak fahamkan maksud saya farihah?" soal diyana lagi.

"tahu. cukuplah Allah menguji saya. Awak pun tahukan. kadang-kadang saya rasa tak adil, kenapa Allah selalu uji saya dengan perkara macam itu? cukuplah. dan saya selalu bersangka baik.Allah uji saya dan inilah titik kekuatan saya. sebenarnya saya tak kuat, tapi ujian inilah menguatkan saya awak." farihah meluahkan isi hati.

"macam mana susahpun, kita kene berjuangkan.bila saya fikir balik cerita dulu pasal awak dan dia, pasti saya akan gelak. tahu kenapa ?" 

" apa...?? "

"sebab... saya fikir senangnya cinta lelaki berubah. dulu dengan awak dan sekarang berubah hati dengan orang lain. saya hairan dan hairan. mungkin tak serius kot.sekadar permainan dan kelakarlah. hehe " cerita diyana.

"aihh,pepandai je cakap orang macam tu. dah lah. dia dengan jalannya. dengan sesiapapun dia saya tak kesah. sekarang hati kita yang kena jaga. sesusah kita menjaga barang yang kita sayang,begitulah kita jaga hati dan iman kita Diyana. "

"Farihah...tlg bantu saya. bantu saya untuk jaga hati saya. "

"oke. sama-sama tolongla. saya bukan malaikat k ^^"

ujian yang Allah hantar itu tanda kita sayang padanya. soal cinta sentiasa berlegar dijiwa remaja dan ia tidak lari. moga allah pelihara hati Farihah dan Diyana selalu.

mereka berdue berjalan dan melalui laluan taman zaitun yang ada di laluan jamiah mereka. Pada hari itu, sesungguhnya pohon-pohon zaitun menjadi saksi Farihah dan Diyana. Moga cinta Farihah dan Diyana saling diredhoi dan dikurniakan teman hidup yang soleh . teeett =.=

No comments:

Post a Comment