Monday, November 26, 2012

berangan tapi itulah impian

Graduates emerging from the national education system are failing to meet the expectations of prospective employers due to a lack of critical thingking skills and poor communication.  - The Star, KL-
**************************************

Saraa mengaut kunci bilik di atas meja studynya lantas terus ke pintu depan untuk membuka bilik setelah berulang kali pintu diketuk oleh Jannah. "Laen kali janganlah lupe bawa kunci pergi jamiah, ni kan dah berketuk-ketuk. nasiblah kayu ni cap kuda tahan konkrit besi gamaknya" jerit Saraa dari dalam sambil berusaha membuka pintu.

"eh, sory Saraa. serius campur mius saya lupa la awak."jawab Jannah mengambil hati si kawannya Saraa. Gaya macam baru duduk sehari bersama. Cakaplah berulang berjuta kalipun Saraa tetap dan syik lupa untuk membawa kunci bersama. Bukan ada satu,tapi setiap seorang kot ada. Ada hari, sampai adakalanya, Saraa terpaksa menumpang bilik rakannya yang lain dahulu sementara menunggu Jannah pulang kerana dek kemalasannya untuk membawa kunci bilik bersamanya.

"Ye la tu. Lain kali saya letak doubletape kat pintu, then tepek kat pintu. "ini kunci khas buat Jannah yang rajin" . soroh Saraa menjerit sambil menggaul tumisan masakan asam pedas untuk makan tengahari mereka bersama sebentar nanti. Lagaknya seperti chef! tapi Saraa cuma mencuba. dek kerana hidup berjauhan dengan ibubapa, dia terpaksa belajar berdikari seiring umurnya yang meningkat dewasa. Dan Jannahlah yang merupakan pengkritik juga tenaga pengajar utama dalam siri 'mewarisi' ilmu masakan ini. Mereka banyak berkongsi.

Usai Jannah siap menyalin pakaian, Jannah bersama menolong Saraa apa yang patut. " hmmm, harum seindah wangi bau masakan awak harini. cayalaah beb awak ni. ade improvement kot Saraa!" tegur Jannah dengan gaya mukenya yang enak sekali. "tipu.tipu.tipu. eleh, sengaja nak bodek orang lah tu.Saya ni, masak pun terjerit-jerit and lari sana,lari sini.tak macam chef terkenak Jannah ni. power kot! " balas Saraa. mereka riang berjenaka antara mereka.

"eh, tahu tak??? kalau nak kawin kene pandai masak. tapi kalau nak masak kenalah ade duit. duit banyak baru sedap nak masak ape-ape pun." Saraa memulakan perbualan menukar topik sedangkan sendiri masak pun masih terkapai-kapai lagi nak cakap hal masakan kahwin and kerja segala bagai. 

"tahu la Jannah. tadikan, saya baca paper ni kat BH. then, berita tu tulis. sekarang ramai yang takot after graduate nanti. silap2 balik malaysia tak dapat kerja yang kita mahu. dok terperap je kat umah. macam takot kot Saraa." Jannah mengadu . timbul kerisauan dek memikirkan market job yang ada di tanah air. Sebenarnya bukan hal kerja, tapi hal diri. bagaimana untuk mereka potensikan diri mereka semaksimum mungkin sebelum memasuki alam pekerjaan yang lebih mencabar daripada alam pembelajaran sekarang.

" kan best..." ..." apa? awak berangan la tu saraa. kalau tak kawen dengan putera raja sambil duduk atas buaian laju-laju tu, apa yang awak masak tu yang hangus hitam sampai kerak. " ngusik Jannah. " Awak ni kan, saya tak habes cakap lagi awak dah potong. potong pulak cerita melalut tak best. ieee.. tak syok taw!" haha. mereka ketawa.

"tak. saya fikir, bestnya kalau kerja kita dah confirm dapat and ada. i mean, its the easy way to get the job. sistem susunan yang mudah untuk penyusunan pekerjaan ni. kan kita belajar, negara maju mana boleh ada unempolyment. so, Malaysia terang-terang tak maju lagi. haha" Saraa menyatakan pendapatnya. "Tapi masalahnyaaaa..... kita ni banyak kekurangan lagi. bukan senang lenang nak dapat job best kot Saraa" Jannah berkata lagi.

"btol, kita dah lah tinggal 3 bulan je lagi kan nak grad. Kalau tak cukup yakin, ilmu kurang, tak berani, komunikasi pun low,and terketar-ketar macam mana ea Jannah? risau jugak saya." jelas kerisauan terpancar diraut wajah mereka saat itu. Malah inilah masalah yang sering dihantui mereka, student pangajian umum. "mungkin kan.. satu jelah, kita kene terus usaha dan usaha untuk dapat sinergi kompitensi itu sebelum kita balik ke Malaysia sambil terusan berdoa agar rezeki kita tetap ada walau di mana sekalipun." Jannah balas ringkas.

Setelah masakan asam pedas siap, mereka terus makan bersama . Dan tanda tanya itu sering mengahntui mereka. Malah jauh dari itu lagi, sesiapapun yang sedang belajar adakalanya pasti merasakan dan memikirkan hal kerjaya di masa hadapan. Biarpun apa-apapun, bak kata Jannah : usaha-usaha-usaha- doa+tawakkal .


Graduan yang baru muncul dari sistem pendidikan kebangsaan gagal untuk memenuhi jangkaan bakal majikan kerana kekurangan kemahiran pemikiran kritikal dan komunikasi miskin.

No comments:

Post a Comment