Sejuknya library Unisza ini pasti dirindui. Lajunya jaringan internet di sini juga pasti menjadi ingatan selamanya. Selama 10 bulan berhempas pulas menyiapkan thesis dissertation paper diri ini pasti membuahkan kenangan manis untuk diingati. Katanya orang boleh siapkan dalam masa 3 bulan sahaja. Namun, lain berbeza dengan ini yang terlajak masa persiapan hingga ke akhirnya. Dalam 10 bulan juga ini antara yang tidak dilupakan kerana waktu ini saya dapat mengembara ke Thailand, China, Singapore dan Sabah. Sudah tentu masa yang dibahagikan untuk membaca tidak konsisten sehingga terlebih masa penulisannya :p, kaki travel biasalah hehe.
Walaupun selama mana kita mengambil masa untuk menulis, jangan rasa kita terlambat. Masa ketentuan itu telah ditetapkan. Aturan itu telah ditakdirkan. Dengan usaha dan semangat yang kuat pasti realisasi untuk siapkan thesis itu berjaya. Kisah diriku ini mungkin berbeza dengan keadaan universiti masing-masing. Alhamdulillah walaupun kelewatan, Unisza still memberi peluang untuk siapkan atas sebab dalaman yang juga masih baru untuk pengurusan siswazah Master kewangan islam disini. Mungkin di Universiti lain, sekiranya sudah lebih daripada masa sudah tentu ditolak dan disuruh untuk tukar Tajuk thesis atau supervisor.
Waktu yang terhad menyebabkan penulisan aku sedikit tergendala satu persatu menjadikan proses penuh persiapan akhirnya menjadi lambat. Disini saya kongsikan beberapa tips bagaimana memulakan penulisan thesis walaupun sibuk dengan hal lain (seperti travel, kerja atau pengurusan rumah tangga) :
Walaupun selama mana kita mengambil masa untuk menulis, jangan rasa kita terlambat. Masa ketentuan itu telah ditetapkan. Aturan itu telah ditakdirkan. Dengan usaha dan semangat yang kuat pasti realisasi untuk siapkan thesis itu berjaya. Kisah diriku ini mungkin berbeza dengan keadaan universiti masing-masing. Alhamdulillah walaupun kelewatan, Unisza still memberi peluang untuk siapkan atas sebab dalaman yang juga masih baru untuk pengurusan siswazah Master kewangan islam disini. Mungkin di Universiti lain, sekiranya sudah lebih daripada masa sudah tentu ditolak dan disuruh untuk tukar Tajuk thesis atau supervisor.
Waktu yang terhad menyebabkan penulisan aku sedikit tergendala satu persatu menjadikan proses penuh persiapan akhirnya menjadi lambat. Disini saya kongsikan beberapa tips bagaimana memulakan penulisan thesis walaupun sibuk dengan hal lain (seperti travel, kerja atau pengurusan rumah tangga) :
- Fahami tajuk kajian dan skop yang ingin dikaji. Sebagai contoh, saya mengambil dua syarikat sebagai kajian kes. Walaupun tidak memahami secara menyeluruh lagi, info umum tentang kedua syarikat ini sentiasa menjadi permainan dalam senarai google pencarian sekiranya saya melayari internet. Umumnya, beberapa info santai dibaca dan diamati walaupun ianya hanyalah sekadar bahan berita di portal akhbar. Disini kita dapat mengetahui secara imbas lalu dan memupuk minat terhadap pengetahuan umum tentang kajian yang dikaji.
- Start satu masa untuk mencari bahan. Sebagai contoh, seminggu lebih saya hanya ke library melayari acces internet free di ruangan komputer dan informatif untuk mendapatkan bahan thesis, research paper dan kajian lepas. Untuk lebih produktif, kumpulkan dan download pdf sebanyak mungkin kajian lepas untuk 5 tahun yang dahulu. Walaupun tidak membacanya hari ini, tapi kita pasti kene kira macam akan bacalah nanti sebab nak dapatkan pemahaman yang mendalam. So, kiranya kalau dalam 50 tu kira okay, dapat lebih lagi okay. Ataupun limit satu hari kene dapatkan 15-20 article/thesis kajian lepas. cuma ingat: kajian jangan terlalu jauh daripada fokus tajuk yang dipilih. Biasanya boleh cari di laman sesawang portal universiti sendiri, Google Scholar, Emerald dan bermacam lagi. Kemudian, depands nak print out atau simpan dalam lattop/ipad. Saya lebih proaktif membaca dalam kertas, so saya print semua kertas (sebenarnya pilih-pilihlah yang pariority.)
- Baca-baca-baca. Yang ni biasa lah, kadang rajin, kadang malas. tapi once ade mood jangan lepaskan peluang. Waktu ni memang kena betul betul tekad untuk buang dulu segala rasa kesulitan dan kepayahan. Kerja sekarang cuma baca, fahami segala bahan bacaan yang kita dapat. Kalau ade pen colour2 tu boleh conteng, boleh keluarkan point penting, boleh highlightkan dulu. Kumpulkan ayat dan point penting untuk dimasukkan dalam subtopic thesis nanti.
- Mulakan menulis. Sebenarnya masa tempoh pembacaan dah boleh mula untuk menulis kerana kaitannya cukup dekat. Mulakan dengan bab1. Contoh Bab 1 adalah introduction. Antara yang penting adalah: background of study, problem statement, research question, objective of study dan significance of study. So, tulis dan konklusinya dalam 20 muka surat misalnya. Bagi saya untuk bab 1 adalah paling mudah kerana kita dapat merujuk kepada bahan thesis yang lain kerana ini adalah senarai wajib untuk permulaan. Boleh juga merujuk kepada format postgraduate cara penulisan yang dikeluarkan khas untuk pelajar postgraduate atau undergraduate universiti masing-masing.
- Dah settle bab 1 kemudian beralih dan Settlekan bab 2 sikit sikit. Bab 2 adalah literature review atau soratan kajian. Waktu ni dah boleh tengok balik kajian lepas yang disimpan pdf dan padankan dengan subtopic yang kita pilih. Sepadankan dan masukkan dalam thesis kita. Bab ni saya stuck, dan saya sambung bab setersunya iaitu methodology di bab3. Bab ni mudah lah sikit. sangat mudah sebab methodology ini adalah cara data itu dkumpulkan. Samada qualitative atau quantitative. Kajian saya Qualitative so, memang kena baca lah kan? jauh pula dari bab kira-kira ni. Walau bagaimanapun kedua-dua pendekatan ini sangat penting atas tajuk kajian yang kita pilih. Contoh bab3 saya banyak saya dapati daripada data collection data iaitu ke bahan kumpul daripada library, data analysis dan temu ramah. Sedar tak sedar bab 1, bab 2 dan bab 3 settle.
- Findings dan discussion. ini lah bab kita sendiri. yang kita gelumang pada mulanya itu, disinilah kita abadikan segala maklumat yang didapati. Saya mengambil masa agak lama disini. 3 bulan saya bergelumang disini, baca sikit ada idea sikit tulis. baca banyak, ada idea banyak tulis banyak. Waktu ini saya kerap jumpa dengan SV dan setiap kali berjumpa saya sangat bersyukur dengan cabang idea yang dikemukakan. Walaupun pada mula saya ada rasa tak puas hati sampai terdetik apa lagi yang dia mahu, tapi setelah itu saya menyedari apa yang diinginkan itu adalah pembaikian kearah lebih berkualiti. Thank you Dr Faruk for your endless support and motivation. Alhamdulillah, syukur dapat SV yang baik macam beliau. Alhamdulillah.
- Bab terakhir adalah: Kesimpulan. Maka bersimpullah untuk melakukan rumusan daripada segala penulisan dari awal hingga akhir. Dalam bab ni, perlu diisikan dengan rumusan akhir kajian, recommendation, dan limitation dalam kajian. Sebagai contoh limit saya dalam kajian hanya dapat mengkaji 2 syarikat sahaja bertepatan dengan waktu, masa dan daya yang ada. Mungkin masa akan datang pengkaji lain boleh mengembangkan idea dengan lebih banyak untuk kajian yang lebih terperinci.
Setakat ini dulu perkongsian, tahniah kepada diri sendiri yang berjaya mengharungi cabaran penulisan. More to come for next mission. Insyaallah. :) good luck all.
No comments:
Post a Comment