Wednesday, November 7, 2018

Trip ke USS Singapura dan ada cerita disana

"Kak bib, plan percutian kita nak dekat, macam mana ni?" soalan yang sering diutarakan. Dari dalam sudut hati rasa berdebar dengan rancangan awal kami namun terus fokus dan cuba untuk siapkan paper yang berbaki. Namun sangkaanku meleret dan tersilap. Percaturan dan jadual terpaksa ditangguh untuk viva dan menjadikan percutian ini terpaksa dilalui terlebih dahulu. Benarlah kita merancang dan sebaik baik perancangan dan aturan yang telah ditetapkan Allah. Tiba lah minggu yang dinanti setelah berbulan lamanya plan kami kesini bukan esok nak pergi, harini baru beli tiket. 

Perjalanan kami bermula dari Terengganu. Oleh kerana Air Asia sudah membuka round trip flight daripada Terengganu - Johor dan Trengganu - Johor sekitar tahun 2017, jadi kami mengambil keputusan untuk menempah flight ketika offer dan jumlah harga penerbangan dua hala kami sekitar rm70 sahaja. Untuk penjimatan semestinya waktu Air Asia buat offer saya akan book setelah menyusun tarikh dan waktu yang sesuai. Ini tips penjimatan utama dari semua traveller dan pengembara yang saya fikir bukan saya seorang je yang buat macam ni, of course semua yang kaki jalan tu, mesti beli tiket flight bila promo je. kan? hehe.

Pada mulanya detik hati saya tetap berkata kita akan settle viva dan enjoy trip kita nanti yang berbeza sangkaan dengan Liza yang sudah jangka kami punya tarikh viva akan tangguh. Akhirnya, memang Liza punya instinct memang kuat dan tepat seterusnya  kami pun jalan teruskan sahaja rancangan ini. 

4 Ogos 2018

Jam 12 malam sampai di Terengganu dari Kuantan bertemankan Fatin yang juga punya destinasi sama ke sini untuk menghadiri majlis konvokesyen adiknya. Tiba di rumah agak lewat dan terus rehat.  

Flight Bib dan Liza dari Terengganu pada jam 2.50 petang mengambil masa selama 2 jam ke Johor. Diceritakan Ada kisah perjuangan cinta disebalik pembukaan perjalanan kapal terbang Air Asia dari Johor ke Terengganu ini. Ceritanya dikisahkan permintaan seorang suami yang menderita disebabkan isterinya terlantar sakit di Terengganu. Suaminya seorang cikgu terpaksa menaiki bas dan kereta yang perjalanannya memakan masa 5 jam lamanya perjalanan satu hala ke destinasi KT dan JB. Jadi Si suami telah menghantar surat rasmi kepada MB Terengganu pada ketika itu untuk permohonan perjalanan flight untuk memendekkan dan memudahkan urusan perjalanan. Setelah menilai dan beberapa urusan pengurusan selesai antara Kerajaan Terengganu dan Air Asia, akhirnya permohonan ini diluluskan. Detik masa berlalu dan setahun sahaja si suami dapat bertemu dan mendampingi isteri dan akhirnya tiba masa isterinya pergi menghadap ilahi. Alfatihah.

Alhamdulillah dan terima kasih cikgu kerana suara kecil anda mempertahan cinta kamu juga memudahkan kami di kemudian hari. Tamatlah kisah mereka, wallahualam kisah ini ada orang cerita kat bib. Kalau salah sory, tapi kalau benar bagi bib ini adalah suara kemudahan yang memudahkan kita juga sebab perjalanan johor ke pantai timur memang jauh. Jadual perjalanan pun berkala iaitu hari sabtu dan selasa sahaja. Rata-rata yang bib jumpa semua menyatakan kegembiraan dengan jadual perjalanan air asia ni. 

Okay teruskan penceritaan pengembaraan sebenar ye. hehe. tepat jam 5 petang kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai , Johor Bharu. Kami mengambil grab car untuk ke Tune Hotel di Danga Bay. Kos perjalanan rm 27 sehala yang jaraknya lebih kurang 25km dari airport. Kali pertama jejak negeri Johor agak jakun lah juga. Negerinya maju, jalannya besar, keretanya banyak, posisinya tanah yang luas membuatkanku kagum, padanlah ada suara mengatakan TMJ nak tubuh negeri sendiri. 

Malam itu kami bermalam di Tune Hotel yang kosnya cuma rm120 untuk keseluruhan 3 malam disana. Jimat dan berpatutan untuk kami tinggal bermalam disini. Kami sempat cuba kedai makan disini, kedai india dan kami mencuba roti nan yang sungguh sedap dan enak sekali. Rm4 sekeping roti nan dan sangat sedap.



5 Ogos 2018

Seawal 7 pagi kami sudah menanti kehadiran bus yang akan bergerak ke Singapore pada pukul 7.30 pagi mengikut jadual yang telah disediakan. Bersemangat bangun awal utnuk trip ke USS hari ini. Melalui checkpoint di Woodland dan seterusnya di checkpoint Singapura, semuanya berjalan dengan lancar dan naik ke bus semula untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Sentosa Singapura. 

Di Pulau Sentosa inilah terletak point pertemuan semua tempat tarikan yang menarik di sini. Antaranya ialah : Universal Studios Singapore, Sea Aquarium, Cove Waterpark, Wings of Time dan The Merlion Towers. Jadinya apabila masuk kesini daya tarikan untuk pelancong sungguh banyak untuk dijadikan destinasi pilihan untuk dilawati. Juga perlu diingati sekiranya ke sana perlulah merancang sebaiknya jadual pilihan tempat lawatan. Contohnya kami pergi seharian ke USS dan itupun masih belum mencukupi untuk berada dalam USS sahaja. Peruntukan masa amat banyak untuk satu tempat ke tempat yang lain.


Far Far away Tema
Kami tiba di USS tepat jam 9 pagi dan terus masuk kedalam sementara orang masih belum ramai lagi tiba. Masuk ke taman tema sememangnya bagai masuk ke dunia baru kerana reka bentuk arkitek yang dibina khas untuk menunjukkan kita memasuki kawasan tertentu. Sekiranya di USS terdapat 6 tema yang direka iaitu : Hollywood, New York City, Sci-fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar. 

Pengembaraan setiap taman tema berlainan dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri mengikut tema tempat. Semestinya kami mencuba melawat setiap satu taman tema namun ada yang kami cepatkan masa dan skip apabila barisan beratur menunggu untuk naik roller coaster tersebut terlalu panjang. Dan sebenarnya satu roller coaster yang kami skip itu ialah Battlestar_Galactica_Human_vs_Cylon. Terlalu ramai dan bila terfikir tahap ketakutan dan kepenatan kami cancel plan nak naik ride tersebut. 

Antara Favorite kesukaan taman tema di USS ialah Ancient Egypt. Memeasuki gerbang dua binaan tinggi berupa haiwan tersebut mengingatkan kenangan pengembaraan di bumi mesir sekitar 4 tahun yang lepas. Mesir satu negara yang seronok untuk dilawati dan diterokai. Pyramid yang dibina di USS ini gah sepertinya disana. Tema zaman purba lamanya mengembalikan sejarah lama dulu dulu manusia yang hidup serba boleh di dalam gua dengan sumber yang sangat limit. Itu sejarah yang dahulunya cukup berbeza ditelan zaman jika dibandingkan sekarang.

Perjalanan yang jauh menyebabkan kami kelaparan awal harini. Sudah masuk waktu tengahari kami ke salah satu restoran disana. Agak mahal lunch kami harini tapi untuk mengelak daripada sebarang risiko kami menikmati hidangan 30 USD itu bersama. okay lah sebab share 2 orang sebenarnya. Tips: Bawa makanan sendiri ke dalam USS sebenarnya mengikut waktu, ada yang jaga strict tak bagi langsung makanan luar. Waktu kami masuk pagi tadi tak berapa strict jaga disini, sebenarnya boleh je kot. so, sekiranya kalian nak bawa makanan luar , boleh lah bawa makanan ringan2 sebagai alas perut. Dan jangan lupa bawa senantiasa cokelat seperti snickers atau chocolate bar sebagai penyelamat dikala kelaparan melanda diri.

Waktu solat di Singapura lebih kurang waktunya di Malaysia sahaja. Oleh sebab kami mengembara jauh bermula dari Terengganu, jadi kami memilih untuk solat jama' akhir disini. Tempat solat juga disediakan di sebelah belakang taman tema Ancient Egypyt. Cabin kecil itu lengkap mempunyai ruang solat untuk lelaki dan perempuan secara berasingan. Juga disediakan ruang kecil untuk mengambil wudhuk serta disediakan mini telekung disana. Cukup lengkap dan bagus untuk kita orang islam. Alhamdulillah.


Last kami ke taman tema budak2 di New York City. Maunya enjoy lah tengok kartun zaman kecil2 dulu tak lain dan tak bukan iaitu Sesame Street. Kemain budak2 enjoy tengok persembahan khas karakter yang dipakai maskot seperti Elmo, Big Bird, Cookie Monster, Oscar dan kawan-kawan mereka yang lain. Kawasan ini sangat sesuai buat mereka yang mempunyai anak2 kecil dan buat mereka yang belum mempunyai anak, juga sesuai untuk kita dengan acah2 throwback memory menjadi kanak2 semula hehe. 

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, dan kami terus ke melangkah keluar daripada gerbang USS dan tidak terlepas untuk menangkap beberapa keping gambar di globe USS yang menjadi tanda mercu disini sebagai kenang kenangan. Terjawab sudah mengapa semua gambar jadi cantik disini disebabkan ada effect asap yang akan sentiasa keluar menjadikan gambar kelihatan fresh dan cantik. Kami menaiki bus yang akan pulang ke tempat asal pick up point pagi tadi di tune hotel. 



di Globe Universal Studio Singapore USS bersama Haliza.

Namun ceritanya malam kami kali ini sungguh sadis kerana sudah sampai di Woodland checkpoint dalam jam 7.30 malam, namun bergerak ke JB dalam jam 10 malam. Ini kerana tersangkut di imigresen yang seorang dari pegawai kastam Singapore buat acuh tak acuh bekerja jadinya untuk tunggu semua ahli bus kami terpaksa menunggu sehingga jam 10 malam. Bersabar jelah, ada hikmahnya. Kami selamat tiba di Tune Hotel jam 11 malam dan berehat untuk kembara perjalanan esok hari pula.

Kos pakej di USS seharian suntuk bermula menaiki bus di Tune Hotel kemudian tiket USS dan perjalanan pulang adalah RM255. Pakej ini boleh didapati daripada Hajuwa Travel atau boleh terus direct hubungi saya untuk mendapatkan pakej berpatutan ini. Seronok dan mudah untutk perancangan percutian anda :) Hajuwa Travel, let's experience the journey together. 


6 Ogos 2018

Kami bergerak memasuki ke Singapore hari ini sedikit lewat setelah selesai waktu pack orang pergi kerja sekitar jam 9.30 pagi. Kali ini tour guide kami adalah Puan Jamilah, my bff merangkap my partner dalam Hajuwa Travel. Kami bermula melawat ke sekitar Masjid Sultan dan kemudian ke Arab Street , Bugis Street dan sekitarnya.

Sebelah petang pula kami berpeluang manaiki mrt train disini dan bergerak menuju ke Marina Bay. Disini lah antara kami dapat melihat kota metropolitan yang sungguh maju dan berprestij tinggi serta cukup untuk dibanggakan. Bangunan gah yang dibina disekitar teluk menjadikan kota ini sungguh cantik , malah ditengah-tengah bandar ini terdapat garden @ taman untuk dilawati sekitarnya. Cantik, Maju, dan Berpretij. Cukuplah tiga perkataan ini yang menjadi maksud mencerminkan kekayaan Singapura walaupun sejarahnya dahulu pernah menjadi cebisan Tanah Melayu sekitar zaman 1950 an yang lalu. Kisahnya yang panjang dan berpolitik perkauman itu menjadi tanda pengertian buatku mengapa Singapura kini lebih maju dan terkehadapan berbanding Malaysia. Sejarah yang tidak boleh diputar namun menjadi teladan dan peringatan buat kita.


Di sekitar Masjid Sultan
Art Street
Art Street - Bugis Street
Marina Bay - Marina Shopping Mall
Kota Metropolitan Singapore :) tu nampak tak LV? next mission kalau pergi sini, nak masuk situ :P hehe

Shopping time 

Sebelum matahari terbenam, kami pulang dan menginap di Tune Hotel sebelum esoknya pulang ke Terengganu meneruskan saki baki penulisan thesis master kami. Doakan perjalanan viva kami nanti berjalan dengan lancar Insyaallah. Walaupun berepisod drama yang terpaksa kami lalui dan harungi hingga ke perjuangan akhir pembelajaran Master kami. Just remember : don't give up, stay positive and round the world. 

Lastly, terima kasih Liza for accompany very well our "ViVA trip" together. looking forward for other wonderful trip next okay. maybe PHD trip :P hahahah #notreallysoon #dreamingfirst #laterwedecide #hehe <3

No comments:

Post a Comment