Tahun 2023, bagi cuti sekolah jatuh pada bulan Februari dan Mac, biasanya kami akan plan untuk pergi bercuti dan berjalan bersama keluarga. Namun disebabkan jadual yang sangat pack dengan kerja dan tugasan kerjaya, tidak dapat pergi jauh sekadar berjalan didalam Terengganu sahaja.
Destinasi cuti kali ini, kami pergi staycation di dalam negeri Terengganu sahaja, perjalanan memakan masa dalam 2 jam lebih untuk sampai daripada Kuala Terengganu ke Kijal, Kemaman. Tempat tujuan kami iaitu Nipoh Beach Cottage.
Nipoh Cottage Beach adalah destinasi baru yang diusahakan anak muda Terengganu yang mengenengahkan konsep kediaman hotel ala-ala di bali dengan landskap yang indah serta cottage berkonsepkan keaslian di tepi sungai dan seberang jauh sedikit terdapat pantai untuk bersiar.
View tepi bilik
Kami check-in pada pukul 3 petang pada hari khamis sedang ada jamuan di tengah kawasan lobby, gayanya mungkin jamuan ringkas para ibu pesara. Terus kami check-in di bilik dan rehat sebentar.
Jam 5 petang, Maher dah tak sabar dan bersiap untuk terjun ke kolam yang dari awal menjadi tarikan utaman tujuan ke sini. Bersiap bersama baju renang dan pelampung maka terus terjun ke dalam kolam. Disini terdapat dua kolam iaitu kolam kanak-kanak dan kolam dewasa. Ayahnya semestinya melayan anak terus terjun ke dalam kolam, Maher lagi lah enjoy.
Bermandi di kolam
Bib terasa ingin mencari sesuatu untuk santapan di petang hari. Bib dan mak mertua serta adik ipar bergerak ke hujung pantai dengan kereta di Pantai Kijal. Kira-kira dalam 7 minit memandu ke hujung kawasan Pantai Kijal ini sememangnya kawasan kunjungan orang ramai, serta terdapat corner kiosk makanan dan kedai makan. Kami singgah membeli mee goreng, pisang goreng untuk makan petang bersama dan pulang. Aktiviti petang haruslah semua terjun ke dalam kolam, bermandi manda serta buat aktivit bermain bola dalam air.
Oleh kerana tempat ini sedikit privasi dan jauh dari kedai makan, maka kami keluar kawasan mencari kedai tepi jalan utama untuk makan malam. Kami singgah di salah satu kedai makan orang kampung kira -kira 10 minit dari Nipoh Beach Cottage.
Pulang malam dan bersiar sebentar di kawasan lobby cottage yang terbuka untuk menikmati keindahan cahaya di malam hari dengan cahaya purnama bulan purnama. Subhannallah cantik sungguh malam itu. Kami pulang ke bilik dan berehat.
Suasana di malam hari
Keadaan bilik sangat convenient dengan disediakan kipas dan aircond pengahawa dingin, katil double, bilik air beserta pemanas air, set kerusi dan penyangkut tuala. Di beranda pula ada dua kerusi kayu untuk santai. Untuk mereka yang nak tilam extra boleh tambah dengan bayaran rm30. Pakej bilik ini hadir dengan pakej makan pagi yang disediakan oleh pihak cottage.
Pagi keesokannya kami menikmati makan pagi ala-ala kampung kijal disediakan makanan bungkus antaranya; nasi lemak, mee, roti canai dan kueh mueh. Jadi kita boleh pilih sendiri untuk nikmati makanan yang disediakan dan semuanya enak, alhamdulillah.
Selesai makan pagi, kami menyewa basikal dengan harga rm10 untuk 1 jam. Aktiviti sebegini jarang berlaku, jadi pagi itu kami penuhkan masa dengan pusing kampung Kijal di persisiran pantai sambil menikmati pemandangan indah kampung. Kebetulan hujan sebentar dan kami park di pondok sambil menunngu hujan reda dan teruskan perjalanan ke hujung kampung. Hari ini hari jumaat, jadi mungkin orang kampung berehat kalau tidak mesti penuh pakcik kampung jual ikan.
Bersiar di kawasan kampung, sungguh indah :)
Sambung mandi sebelum check-out pulang
Balik ke cottage semula, dan kami habiskan masa bermandi di kolam. Percutian kali ini sangat tenang dan seronok walaupun semalaman sahaja. Cukup untuk berehat dan bercuti daripada kerja yang tiada kesudahan. Apa yang penting masa yang ada kita penuhkan dengan sesuatu yang menggamit memori untuk seisi keluarga. Alhamdulillah. <3
Untuk mereka yang bercadang ke Nipoh Beach Cottage Bib sangat rekemen dan cadangkan. Suasana yang cantik, indah dan tenang. Kolam renang pun sangat bersih kerana saya sendiri tanya salah seorang pekerja mereka yang kolam mereka sememangnya dibersihkan setiap hari. Disini juga disediakan khidmat kayak disewa mengelilingi sungai yang ada. Terdapat juga pakej BBQ, pakej untuk hari keluarga dan pakej sewaan tempat untuk perkahwinan.
Untuk keterangan lanjut boleh terus hubungi dan book melalui nombor contact ini:0142924547. Save no ini dan boleh lihat catalog di ruangan aplikasi wasap bisnes mereka. Kadar harga yang ditawarkan adalah sekitar Rm200-250 untuk setiap bilik beserta pakej makan pagi untuk 2 orang mengikut pilihan hari weekend atau weekdays.
Alhamdulillah<3, pengalaman indah 2 hari 1 malam disini. Semoga Allah merahmati dan memberkati Insyaallah.
Trip ke Hatyai akhir tahun 2022 ini adalah trip last minit kami, untuk mengembara ke utara Malaysia. Setelah dua tahun tidak menggunakan passport, inilah masanya setelah pergerakan dibernarkan, Alhamdulillah.
Hari Pertama,
Perjalanan jauh kami sekitar 6 jam bergerak dari Kuala Terengganu menuju ke Kedah, tempat tujuan untuk memasuki negara jiran Thailand melalui border Bukit Kayu Hitam Imigresen, juga dikenali Dannok Thailand.
Sesampai sudah 9 malam namun sempat sebelum border tutup pukul 10 malam. Line clear untuk cop passport di kastam Malaysia dan Thailand, kemudian daftarkan kereta dengan sediakan dokumen geran yang lengkap. Mungkin sudah agak lewat atau kereta berkurangan malam itu, keadaan smooth dan mudah sahaja.
Tempat pertama persinggahan adalah kedai handphone untuk beli simkad. Nak merasalah teknologi advance 5G mereka, dengan harga 150bhat unlimited internet. Sedar2 tengok jam di phone dan tolak satu jam, bermakna malam masih muda satu jam bila tiba disini. Dari pukul 11 jadi pukul 10 malam.
Terasa penat tapi confuse bila jam lewat mata tak leh tidur lagi, teruskan perjlanan dalam satu jam lagi, dan kami tiba di Hatyai untuk overnight satu malam. Alhamdulillah, what a long journey, rest dulu esok kita jalan-jalan.
Hari kedua,
tujuan kita ke Krabi, kita mulakan perjalanan selepas selesai breakfast. Perjalanan jauh ya 4 jam, boleh rehat dalam perjalanan dalam van ala ala vvip ni sementara untuk tiba di tempat tujuan.
Di pertengahan perjalanan driver van minta izin untuk solat jumaat katanya dah hampir 2 kali terlepas jumaat membawa pelancong dari Malaysia, jadi kami singgah di Masjid Ban Huailuk untuk kelangsungan kaum lelaki untuk selesaikan solat Jumaat biarpun ada rukhsoh ketika musafir.
Sampai di Krabi, menuju ke Aonang Elephant Santuary Krabi. Kali ni kami pilih jungle tracking with elephant 🐘 dalam 30 minit dengan harga 700 bhat seorang. Makhluk Allah yang besar ini sesuai dengan sifatnya yang gagah dan kuat, patutlah zaman dulu digunakan sebagai alat pengangkutan mengangkat hasil hutan seperti balak dan batu. Teruja merasai pengalaman mengikut tracking dalam hutan yang berbukit ternyata haiwan sebesar ini sungguh bijak dalam langkahnya di hutan tebal. Subhannallah, maher pun happy 😃.
Sebelum hari berkahir, tujuan pengembaraan hari kedua adalah ke Khao Thong Hill dengan harga tiket 70bhat seorang. Disini kami dapat melihat pemandangan senja yang indah dan panorama cantik sambil sempat menikmati croissant dan air coklat yang best dengan harga 40bhat, murah sangat air dia kalau convert dengan Malaysia. Semua nak banding takboleh lah kan, jadi kita nikmati je apa yang ada.
Last, dah sampai hotel check in di Avasea Hotel, haruslah jalan malam sempat merasa pancake coklat dan pulut mangga yang viral ternyata sedap dan enak. Alhamdulillah 😘
Hari ketiga,
kita berada di Krabi antara tempat popular menjadi tumpuan pelancong dari pelbagai negara. Hari ini jadual penuh dan padat untuk melakukan aktiviti outdoor iaitu menjelajah pulau-pulau Krabi atau island hopping.
Perjalanan Speed boat bawa ke Phi Phi Island lebih kurang 1 jam, dan dapat ke beberapa tempat menarik antaranya Maya Bay, Phileh Lagoon dan pantai. Tengok pada gambar dan video pun saya rasa cukup cantik dan memukau pemandangan setiap tempat yang mereka pergi. Namun, hajat dihati untuk turut serta menjelajah tidak kesampaian kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan walaupun dah semangat pagi tu nak join trip ke pulau ni.
Balik hotel, of course nikmati dulu latte thai yang panas dan sempat join online meeting kerja sebelum kita tour bandar Krabi.
I would say, Krabi is safe untuk travel secara sendiri atau solo. Bandar yang bersih, serta selamat kerana sekali sekala polis round ada untuk keselamatan lagi lagi tempat tumpuan pelancong sebegini. Cuci mata dulu tengok baju, cenderahati, mug, dll sebab driver kami dah bagi tahu esok sebelum pulang kita akan singgah kedai muslim yang jual cenderahati, jadi ke mana lagi kita patut berbelanja melainkan untuk kemaslahatan ekonomi orang islam kita, tak dapat tolong banyak sikit pun takpa.
Leisure sangat masa pun lama sementara tunggu trip family balik dari pulau tu, so sempat juga singgah manicure dan foot massage alang-alang celup perkasam biar sampai ke pangkal lengan dapat ber “me time”kata orang tanpa anak dan suami. hihi ✌️
Tak sedar rupanya jauh juga perjalanan dari hotel pusing bandar ni, dapat walking distance dalam 4.5km lebih, jadi sempat kita singgah di Kiosk Rohani, tour guide yang arrange speed boat tu dan terus lagi sampai ke Masjid Krabi. Kat depan masjid ni lah spot banyak makanan halal yang sedap dan enak sekali. Ada pancake yang viral tu, ayam goreng krispy sedap, kerabu maggi, kebab dan lain lain.
Hari dah petang, sementara tunggu mereka pulang, saya bungkus pancake banana coklat untuk dirasa berdekatan ruangan meja depan hotel. Hari yang jarang leisure seperti itu, nikmat apa yang kamu dustakan. Alhamdulillah ❤️
Hari keempat,
we are back to Hatyai for food hunting and shopping. Tempat yang dituju: 1. Restaurant Khok Sak, lunch tomyam+ikan siakap 3rasa+ telur dadar with 650bhat. Murah sangat and semestinya sedap! 2. Masjid Besar Songkhla, design ala ala taj mahal. Sangat cantik dan indah pemandangan tapi kami dapat info, masjid inilah paling popular kaum lelaki untuk tujuan orang Malaysia berkahwin 2,3 or 4. opsssss, awas! terus sis sambarkan jelingan maut kepada si dia 👀. hehe lepastu si dia boleh sengih2, ada nak kena ni… 3. Klonghae Floating Market. Tak lengkaplah kalau tak jejak kaki kesini, tapi tak sangka penuh sungguh orang ramai memenuhi ruang untuk food hunting. Terlalu padat, kira ambil suasana je, dan sempat beli air kelapa dalam buluh tu je. Sedap dan murah, lepas tu tak sanggup nak sesak, kami pulang lepas cukup syarat. Dalam ramai dan jauh-jauh nilah boleh jumpe my junior @wanfatinnajwa dan suaminya iman, kat Malaysia tak terserempak pula hihi. 5. Last kami ke Asian Night Bazar. Shopping apa? Layan borong jersey lah bila sampai sini. Kebetulankan world cup, my hubby haruslah borong untuk koleksi peribadi dia. Semuanya berquality dan murah. Kemudian kami pulang ke hotel, dan esoknya pulang ke Malaysia melalui border rantau panjang di Kelantan. Perjalanan lebih jimat dan dekat ke Terengganu.
Alhamdulillah:) Trip ke Thailand 🇹🇭 yang indah bersama keluarga mertua. Semoga Allah beri kesempatan untuk bermusafir lagi nanti. Insyallah ❤️
"Kak bib, plan percutian kita nak dekat, macam mana ni?" soalan yang sering diutarakan. Dari dalam sudut hati rasa berdebar dengan rancangan awal kami namun terus fokus dan cuba untuk siapkan paper yang berbaki. Namun sangkaanku meleret dan tersilap. Percaturan dan jadual terpaksa ditangguh untuk viva dan menjadikan percutian ini terpaksa dilalui terlebih dahulu. Benarlah kita merancang dan sebaik baik perancangan dan aturan yang telah ditetapkan Allah. Tiba lah minggu yang dinanti setelah berbulan lamanya plan kami kesini bukan esok nak pergi, harini baru beli tiket.
Perjalanan kami bermula dari Terengganu. Oleh kerana Air Asia sudah membuka round trip flight daripada Terengganu - Johor dan Trengganu - Johor sekitar tahun 2017, jadi kami mengambil keputusan untuk menempah flight ketika offer dan jumlah harga penerbangan dua hala kami sekitar rm70 sahaja. Untuk penjimatan semestinya waktu Air Asia buat offer saya akan book setelah menyusun tarikh dan waktu yang sesuai. Ini tips penjimatan utama dari semua traveller dan pengembara yang saya fikir bukan saya seorang je yang buat macam ni, of course semua yang kaki jalan tu, mesti beli tiket flight bila promo je. kan? hehe.
Pada mulanya detik hati saya tetap berkata kita akan settle viva dan enjoy trip kita nanti yang berbeza sangkaan dengan Liza yang sudah jangka kami punya tarikh viva akan tangguh. Akhirnya, memang Liza punya instinct memang kuat dan tepat seterusnya kami pun jalan teruskan sahaja rancangan ini.
4 Ogos 2018
Jam 12 malam sampai di Terengganu dari Kuantan bertemankan Fatin yang juga punya destinasi sama ke sini untuk menghadiri majlis konvokesyen adiknya. Tiba di rumah agak lewat dan terus rehat.
Flight Bib dan Liza dari Terengganu pada jam 2.50 petang mengambil masa selama 2 jam ke Johor. Diceritakan Ada kisah perjuangan cinta disebalik pembukaan perjalanan kapal terbang Air Asia dari Johor ke Terengganu ini. Ceritanya dikisahkan permintaan seorang suami yang menderita disebabkan isterinya terlantar sakit di Terengganu. Suaminya seorang cikgu terpaksa menaiki bas dan kereta yang perjalanannya memakan masa 5 jam lamanya perjalanan satu hala ke destinasi KT dan JB. Jadi Si suami telah menghantar surat rasmi kepada MB Terengganu pada ketika itu untuk permohonan perjalanan flight untuk memendekkan dan memudahkan urusan perjalanan. Setelah menilai dan beberapa urusan pengurusan selesai antara Kerajaan Terengganu dan Air Asia, akhirnya permohonan ini diluluskan. Detik masa berlalu dan setahun sahaja si suami dapat bertemu dan mendampingi isteri dan akhirnya tiba masa isterinya pergi menghadap ilahi. Alfatihah.
Alhamdulillah dan terima kasih cikgu kerana suara kecil anda mempertahan cinta kamu juga memudahkan kami di kemudian hari. Tamatlah kisah mereka, wallahualam kisah ini ada orang cerita kat bib. Kalau salah sory, tapi kalau benar bagi bib ini adalah suara kemudahan yang memudahkan kita juga sebab perjalanan johor ke pantai timur memang jauh. Jadual perjalanan pun berkala iaitu hari sabtu dan selasa sahaja. Rata-rata yang bib jumpa semua menyatakan kegembiraan dengan jadual perjalanan air asia ni.
Okay teruskan penceritaan pengembaraan sebenar ye. hehe. tepat jam 5 petang kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai , Johor Bharu. Kami mengambil grab car untuk ke Tune Hotel di Danga Bay. Kos perjalanan rm 27 sehala yang jaraknya lebih kurang 25km dari airport. Kali pertama jejak negeri Johor agak jakun lah juga. Negerinya maju, jalannya besar, keretanya banyak, posisinya tanah yang luas membuatkanku kagum, padanlah ada suara mengatakan TMJ nak tubuh negeri sendiri. Malam itu kami bermalam di Tune Hotel yang kosnya cuma rm120 untuk keseluruhan 3 malam disana. Jimat dan berpatutan untuk kami tinggal bermalam disini. Kami sempat cuba kedai makan disini, kedai india dan kami mencuba roti nan yang sungguh sedap dan enak sekali. Rm4 sekeping roti nan dan sangat sedap.
5 Ogos 2018
Seawal 7 pagi kami sudah menanti kehadiran bus yang akan bergerak ke Singapore pada pukul 7.30 pagi mengikut jadual yang telah disediakan. Bersemangat bangun awal utnuk trip ke USS hari ini. Melalui checkpoint di Woodland dan seterusnya di checkpoint Singapura, semuanya berjalan dengan lancar dan naik ke bus semula untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Sentosa Singapura. Di Pulau Sentosa inilah terletak point pertemuan semua tempat tarikan yang menarik di sini. Antaranya ialah : Universal Studios Singapore, Sea Aquarium, Cove Waterpark, Wings of Time dan The Merlion Towers. Jadinya apabila masuk kesini daya tarikan untuk pelancong sungguh banyak untuk dijadikan destinasi pilihan untuk dilawati. Juga perlu diingati sekiranya ke sana perlulah merancang sebaiknya jadual pilihan tempat lawatan. Contohnya kami pergi seharian ke USS dan itupun masih belum mencukupi untuk berada dalam USS sahaja. Peruntukan masa amat banyak untuk satu tempat ke tempat yang lain.
Far Far away Tema
Kami tiba di USS tepat jam 9 pagi dan terus masuk kedalam sementara orang masih belum ramai lagi tiba. Masuk ke taman tema sememangnya bagai masuk ke dunia baru kerana reka bentuk arkitek yang dibina khas untuk menunjukkan kita memasuki kawasan tertentu. Sekiranya di USS terdapat 6 tema yang direka iaitu : Hollywood, New York City, Sci-fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar. Pengembaraan setiap taman tema berlainan dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri mengikut tema tempat. Semestinya kami mencuba melawat setiap satu taman tema namun ada yang kami cepatkan masa dan skip apabila barisan beratur menunggu untuk naik roller coaster tersebut terlalu panjang. Dan sebenarnya satu roller coaster yang kami skip itu ialah Battlestar_Galactica_Human_vs_Cylon. Terlalu ramai dan bila terfikir tahap ketakutan dan kepenatan kami cancel plan nak naik ride tersebut. Antara Favorite kesukaan taman tema di USS ialah Ancient Egypt. Memeasuki gerbang dua binaan tinggi berupa haiwan tersebut mengingatkan kenangan pengembaraan di bumi mesir sekitar 4 tahun yang lepas. Mesir satu negara yang seronok untuk dilawati dan diterokai. Pyramid yang dibina di USS ini gah sepertinya disana. Tema zaman purba lamanya mengembalikan sejarah lama dulu dulu manusia yang hidup serba boleh di dalam gua dengan sumber yang sangat limit. Itu sejarah yang dahulunya cukup berbeza ditelan zaman jika dibandingkan sekarang. Perjalanan yang jauh menyebabkan kami kelaparan awal harini. Sudah masuk waktu tengahari kami ke salah satu restoran disana. Agak mahal lunch kami harini tapi untuk mengelak daripada sebarang risiko kami menikmati hidangan 30 USD itu bersama. okay lah sebab share 2 orang sebenarnya. Tips: Bawa makanan sendiri ke dalam USS sebenarnya mengikut waktu, ada yang jaga strict tak bagi langsung makanan luar. Waktu kami masuk pagi tadi tak berapa strict jaga disini, sebenarnya boleh je kot. so, sekiranya kalian nak bawa makanan luar , boleh lah bawa makanan ringan2 sebagai alas perut. Dan jangan lupa bawa senantiasa cokelat seperti snickers atau chocolate bar sebagai penyelamat dikala kelaparan melanda diri. Waktu solat di Singapura lebih kurang waktunya di Malaysia sahaja. Oleh sebab kami mengembara jauh bermula dari Terengganu, jadi kami memilih untuk solat jama' akhir disini. Tempat solat juga disediakan di sebelah belakang taman tema Ancient Egypyt. Cabin kecil itu lengkap mempunyai ruang solat untuk lelaki dan perempuan secara berasingan. Juga disediakan ruang kecil untuk mengambil wudhuk serta disediakan mini telekung disana. Cukup lengkap dan bagus untuk kita orang islam. Alhamdulillah.
Last kami ke taman tema budak2 di New York City. Maunya enjoy lah tengok kartun zaman kecil2 dulu tak lain dan tak bukan iaitu Sesame Street. Kemain budak2 enjoy tengok persembahan khas karakter yang dipakai maskot seperti Elmo, Big Bird, Cookie Monster, Oscar dan kawan-kawan mereka yang lain. Kawasan ini sangat sesuai buat mereka yang mempunyai anak2 kecil dan buat mereka yang belum mempunyai anak, juga sesuai untuk kita dengan acah2 throwback memory menjadi kanak2 semula hehe. Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, dan kami terus ke melangkah keluar daripada gerbang USS dan tidak terlepas untuk menangkap beberapa keping gambar di globe USS yang menjadi tanda mercu disini sebagai kenang kenangan. Terjawab sudah mengapa semua gambar jadi cantik disini disebabkan ada effect asap yang akan sentiasa keluar menjadikan gambar kelihatan fresh dan cantik. Kami menaiki bus yang akan pulang ke tempat asal pick up point pagi tadi di tune hotel.
di Globe Universal Studio Singapore USS bersama Haliza.
Namun ceritanya malam kami kali ini sungguh sadis kerana sudah sampai di Woodland checkpoint dalam jam 7.30 malam, namun bergerak ke JB dalam jam 10 malam. Ini kerana tersangkut di imigresen yang seorang dari pegawai kastam Singapore buat acuh tak acuh bekerja jadinya untuk tunggu semua ahli bus kami terpaksa menunggu sehingga jam 10 malam. Bersabar jelah, ada hikmahnya. Kami selamat tiba di Tune Hotel jam 11 malam dan berehat untuk kembara perjalanan esok hari pula. Kos pakej di USS seharian suntuk bermula menaiki bus di Tune Hotel kemudian tiket USS dan perjalanan pulang adalah RM255. Pakej ini boleh didapati daripada Hajuwa Travel atau boleh terus direct hubungi saya untuk mendapatkan pakej berpatutan ini. Seronok dan mudah untutk perancangan percutian anda :) Hajuwa Travel, let's experience the journey together.
6 Ogos 2018
Kami bergerak memasuki ke Singapore hari ini sedikit lewat setelah selesai waktu pack orang pergi kerja sekitar jam 9.30 pagi. Kali ini tour guide kami adalah Puan Jamilah, my bff merangkap my partner dalam Hajuwa Travel. Kami bermula melawat ke sekitar Masjid Sultan dan kemudian ke Arab Street , Bugis Street dan sekitarnya. Sebelah petang pula kami berpeluang manaiki mrt train disini dan bergerak menuju ke Marina Bay. Disini lah antara kami dapat melihat kota metropolitan yang sungguh maju dan berprestij tinggi serta cukup untuk dibanggakan. Bangunan gah yang dibina disekitar teluk menjadikan kota ini sungguh cantik , malah ditengah-tengah bandar ini terdapat garden @ taman untuk dilawati sekitarnya. Cantik, Maju, dan Berpretij. Cukuplah tiga perkataan ini yang menjadi maksud mencerminkan kekayaan Singapura walaupun sejarahnya dahulu pernah menjadi cebisan Tanah Melayu sekitar zaman 1950 an yang lalu. Kisahnya yang panjang dan berpolitik perkauman itu menjadi tanda pengertian buatku mengapa Singapura kini lebih maju dan terkehadapan berbanding Malaysia. Sejarah yang tidak boleh diputar namun menjadi teladan dan peringatan buat kita.
Di sekitar Masjid Sultan
Art Street
Art Street - Bugis Street
Marina Bay - Marina Shopping Mall
Kota Metropolitan Singapore :) tu nampak tak LV? next mission kalau pergi sini, nak masuk situ :P hehe
Shopping time
Sebelum matahari terbenam, kami pulang dan menginap di Tune Hotel sebelum esoknya pulang ke Terengganu meneruskan saki baki penulisan thesis master kami. Doakan perjalanan viva kami nanti berjalan dengan lancar Insyaallah. Walaupun berepisod drama yang terpaksa kami lalui dan harungi hingga ke perjuangan akhir pembelajaran Master kami. Just remember : don't give up, stay positive and round the world. Lastly, terima kasih Liza for accompany very well our "ViVA trip" together. looking forward for other wonderful trip next okay. maybe PHD trip :P hahahah #notreallysoon #dreamingfirst #laterwedecide #hehe <3
Beritahu saya, siapa dalam fikiran untuk pergi ke Utara Thailand, lebih - lebih lagi tempat baru yang kurang iklan dan daya tarikan menarik dalam senarai negara untuk dilawati. Tiada dan kurang untuk diperkatakan sama sekali. Justeru semasa keputusan awal kami bertiga pihak Hajuwa Travel memilih untuk kesana, orang sekeliling bertanya, kenapa Chiang Mai? Kenapa?
Jujurnya, pada awalnya setelah sebulan kami bentang projek travel agnecy ini, banyak kekangan yang kami temui dalam usaha mengkomersialnya secara baik. Baru dan tiada pengalaman menjadi salah satu permasalahan utama dalam merangka setiap trip yang ada. Sememangnya blur dan tak tahu nak bermula dari mana, belajar dan siap google bagaimana nak start. Alhamdulillah nampak jalan sikit demi sedikit. Ya, kami masih belajar dan akan usaha yang terbaik.
Idea pertama untuk trip kali ini secara kebetulannya, salah seorang dari team Hajuwa baru pulang daripada percutian bersama keluarganya di Chiang Mai dan dia menyokong penuh untuk buat trip ke sana. Akhirnya kami memilih dan meneruskan perancangan kesini. Tinggal sebulan sebelum berlepas, kami baru dapat selesaikan tiket penerbangan, tempahan hotel dan selesaikan jadual perjalanan.
5 Feb - KLIA, Tidur di dalam bus
Perjalanan pengembaraan kali ini terasa lain daripada yang sebelum ini. Ini kerana kalau sebelum ini saya secara personal banyak bergerak secara sendiri backpacker yang berlainan tema perjalanan dengan ini. Episod perjalanan bermula apabila saya dan Jamilah memulakan perjalanan daripada Kuantan - TBS malam itu pada jam 11 malam. Kami berdua mengambil bus untuk sampai lebih awal dari ahli rombongan. Apa yang tersemat dalam hati ialah biar kita susah dan sampai awal supaya esok ketikamana mereka ahli rombongan sampai, kita sudah bersedia menunggu. Adat sudah pergi jalan untuk kerja lain rasa anginnya berbanding sebelum ini kita boleh ikut masa kita sampai airport, makan apa sahaja, tiada fikir orang lain dan seterusnya. Sesampai di TBS pukul 4 pagi, kami pada mulanya bercadang untuk menaiki train iaitu KL Transit, tetapi kami ubah perancangan dan cuba check kalau bus ke KLIA ada, dan sememangnya ada. Jam 4.30 am kami bergerak ke KLIA2, dengan kos rm11.00 seorang. Jimat dan murah! Sesampai di KLIA2, so sambung tidur di surau :P untuk menanti flight pukul 12 tgh.
6 Feb - Chiang Mai, udara utara Thailand.
Penantian perjalanan yang dinanti bermula. Seawal jam 9 pagi, sepasang demi sepasang keluarga datang dan kami bertemu untuk pertama kalinya di situ, seterusnya sekumpulan dari Kuantan tiba dengan selamat. Alhamdulillah, selasai urusan check in kesemua ahli rombongan seramai 22 orang. Penerbangan kami yang dijadualkan pada jam 12 tgh mengalami kelewatan sejam kerana ada masalah tayar. Air Asia sengaja buat kita tertunggu-tunggu untuk penerbangan dia lah tu, hehe dan pukul 1.40 ptg kami berangkat ke sana. Semestinya saya sempat update facebook : Hello Chiang Mai here i come, ehhh but not so holiday, coz i'm on duty :P
Hello Thai, Sawadikhap. Sesampai di Airport pada jam 3.30 ptg disambut oleh Ust Nasir, Tour Guide kami dan pemandu bernama Sulaiman dan Pat I. Tempat pertama kami pergi ialah ke Masjid untuk menunaikan solat jama' akhir. Kemudian ke kedai barangan Kulit, ada handbag, kasut, purse, tapi, tali pinggang untuk jualan. Keadaan senja ketika itu memberi peluang untuk kami menikmati suasana tenang di bandar Chiang Mai, yang tidak terlalu sibuk dengan kereta namun masih terkawal traffic di petang hari. Tak sabar rasanya untuk makan dan tibalah masa untuk mengisi makanan Thailand yang sememangnya terkenal dengan Tomyam. Kami singgah Kedai Makan Bismillah - menu utama yang ditempah semestinya tomyam bersama telur goreng, kailan ikan masin dan sedikit sayur lain. okey tak tipu Ya Allah tomyam dia lain daripada Malaysia (nak lagi).
Malam itu sebelum ke Hotel, kami singgah di Night market / Bazar Chiang Mai untuk shopping dan mengisi waktu malam kerana keadaan di sini agak berbeza suasananya. Apabila malam, kebanyakan kedai akan tutup dan yang tertumpunya hanya di night market ini. Malam itu, kami setelah selesai dan terus ke hotel Daruttaqwa untuk rehat untuk perjalanan esok pula.
Di KLIA2 sebelum berlepas
Selesai Check in
Licin pinggan semua tu, sedap sangat tomyamnya di Bismillah Restaurant
Sekitar kawasan hotel DarutTaqwa - Musli Friendly
7 Feb - Angin dingin Chiang Rai
Hari ini kita akan bergerak atas lagi ke utara Thailand, iaitu Chiang Rai yang merupakan kawasan tanah tinggi bersuhu 15-20 darjah celcius begitu. Selesai breakfast di restaurant pagi itu, kami terus memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi. Kami dimaklumkan Chiang Mai dan Chiang Rai mempunyai pelbagai ladang buah yang menjadi sumber pendapatan utama bagi mereka disini. Mereka disini majoriti merupakan petani yang mengusahakan tanah terbentang luas berlainan sungguh dengan suasana di Bangkok Thailand. Sungguh, tiada bangunan pencakar langit disini.
Kami sempat singgah ke kebun kurma yang besar tetapi bukan musim buahnya. Namun kami ada merasa kurma yang sudah dibekukan, rasanya sedang-sedang jelah. hihi. Sebenarnya sepanjang kiri dan kanan perjalanan ternampak ladang -ladang buah ada : oren, anggur, ladang strawberry, logan dan lain2. Didalam plan asal,Kami plan untuk ke ladang straberry tetapi tidak bernasib baik kerana dah tutup.
Perjalanan diteruskan dan tibalah kami di Ladang Teh, Ang Khang. Dinikmati permandangan kehijauan daun yang terbentang luas di muka bumi serta di atasnya kebiruan langit yang menjadikan permandangan tghari itu sungguh mengasyikkan. Confirm lah kalau ambil gambar cantik dengan lighting yang mmg OK! hihi. Disini, yang mengusahakan ladang teh adalah mereka rakyat Thailand yang merupakan orang bukit yang berasal daripada China Yunan tulen sehingga ada daripada mereka tidak pandai berbahasa inggeris. Ternyata agak sukar ketika ahli rombongan ingin membeli belah di kawasan itu kerana seperti berinteraksi dua bahasa yang tiada persefahamannya. Namun menariknya mereka sungguh amanah, jujur dan baik hati.
Seterusnya kami bergerak ke kawasan Royal Agriculture Ang Khang. Kawasan tanah tinggi yang merupakan projek penuh oleh Raja Thailand dalam menjadikan kawasan pelancongan ini menjadi ingatan dan kenangan manis buat yang melancong ke sini. Masyaallah Tabarakallah bunga - bungaan disini sungguh mencairkan hati, menyedapkan mata dan menenangkan fikiran . Kelihatan dari jauh sepasang makcik dan pakcik di sebelah kanan sudah berlalu pergi ke kiri melalui lorong bungaan kedalam dan mereka hilang dari pandangan mataku.
"ohhhh Romantik betul kot! Selamat berdating pakcik makcik hihi", bisik hati kecilku. Sementelah aku berjalan ke depan bersama Jamilah teman datingku kali ini beromantika untuk menempah makanan tengahari (Kalau Tak tempah dulu nanti lapar pula semua orang LOL 😂) sementara memberi peluang mereka ahli rombongan menikmati ciptaan bunga-bungaan.
Kami selesai makan tengahari di satu restoran Muslim disini, serta disinilah saya dapat menikmati manisnya dan crunchy buah strawberry. (MAnisssssss gile dah lah murah, tolonglah percaya sbb mmg fav saya hihi). Alhamdulillah 50 Baht dapat 3 bekas. Kami juga sempat ke Masjid Aqsa untuk menunaikan solat yang dimaklumkan merupakan satunya masjid yang digunakan oleh satu family muslim disini. Mungkin Satu family - maksudnya satu family yang besar. Kami meneruskan perjalanan dan sekitar 6 pm kami sampai di Masjid Pangsa yang merupakan kawasan asrama anak jagaan Madrasah sekolah Islam disini. Serba daif dan kekurangan didalam kesejukan, namun masih mampu menyambut kedatangan kami dengan riang. Meskipun tidak boleh bertutur dan berkenalan namun mereka sangat menghormati kami sebagai tetamu. Kami Dinner disini dan selamat bersama mereka untuk seketika. Jam lapan malam kami bergerak untuk pulang hotel, singgah 5 minit di taman cahaya bunga Tulip. Kali ini kami terlambat dan sempat 5 minit je bersiar dan bergambar, tiba-tiba semua lampu terpadam. Kalut sekejap ingat apa, rupanya taman ni dah ditutup. hahhaaha spoil betul baru nak bergambar kot ><. Kemudian, Selamat pulang ke Hotel Thiplanna dan beristirehat untuk hari seterusnya.
Sekitar kawasan Ladang kurma yang didesign cantik persis taman Jepun.
Caught in action :) buat apa tu sis?
Senyum - satu dua tiga :)
masjid yang dibina oleh sumbangan rakyat Malaysia juga ni
kelas mengaji seusai maghrib
8 Feb - hari ni dah tak sabar nak shopping Angin sejuk pagi harini menerpa pipi ku, oh sejuk dan dingin seketar menyentuh air untuk mandi pagi hari tu. Aku menggesel tangan selajunya mencari hangat haba yang dibuat untuk meredakan sejuk pipiku sambil hembusan terperasan pula asap kepul terkeluar dari mulut. Fefeeling ober the sea sangat hehe. Hari ke-3 secara personal aku dah rasa chemistry erat yang ada antara kami. Masakan tidak trip kali ini merupakan kerja bukan sekadar lawatan pelancongan yang bersahaja. Soalan utama pagi sebelum bergerak : so, macam mana tidur malam tadi? okey? Tuhan sahaja yang tahu bila mendengar respon baik daripada mereka. Alhamdulillah. Masuk dalam van dan soalan popular pagi itu : Bib, kita shopping bila ya? Lama kan kita Shooping? hehe. " ya , lepas ni kita shopping. " dalam senyum aku menjawab keriangan sebab diri ini pun tak sabar nak shopping. hehe. Selesai breakfast di Masjid Pangsa tempat singgahan semalam, kemudian kami ziarah ke sekolah anak jagaan ini yang tidak jauh daripada situ. Civilize Phittaya School mempunyai pelajar yang berjumlah kira 800 orang dan lebih. Kelihatan anak seawal 5 tahun sehigga 18 tahun disitu. Sewaktu kami tiba disitu, sedang berlangsung perhimpunan harian yang mengumpulkan kesemua pelajar. Kami sempat berkenalan dengan cikgu-cikgu disana yang boleh berbahasa melayu-kelantan. Katanya : pelajar disini ada yang ibu bapanya yang menelefon dan meminta untuk menjaga anak mereka kerana faktor miskin. Lihat dia ni, dulu nya kurus sekarang alhamdulillah berisi sedikit. Sebelum pulang kami sempat memberi sedikit sumbangan yang dikutip on the spot pagi itu, aku ke belakang van mengira sendirian jumlah yang terkumpul dan Alhamdulillah ahli rombongan sungguh awesome dan pemurah,terkejutnya jumlah yang dikumpul lebih kurang sebanyak rm 2K. Sedikit atau banyak, aku berSyukur dan moga Allah murahkan rezeki semua.
time to school - bersiap dan naik bas untuk ke sekolah.
sekitar kawasan sekolah - student sedang perhimpunan umum
Masuk je van, ada yang bertanya lagi, bila nak g shopping? amboi tak sabar betul gayanya. Tapi seterusnya kita singgah satu jam di Taman Bunga, Royal Agriculture Mae Sai dulu. Melawat sekitar kawasan yang dijaga baik dan teratur, menjadi tempat singgahan utama pelancong asing dalam jadual trip mereka. Katanya dahulu ini merupakan antara tanah subur tanaman yang kemudian menjadi taman peribadi raja thailand bersantai, dan sesudah kemangkatan, taman ini dijaga dan dibuka untuk orang ramai. Sungguh luas, cantik dan menenangkan.
Seterusnya tibalah masanya "we time" untuk membeli belah. Apa yang boleh dikatakan semua barangan disini murah, cantik dan memang memukau mata. Salah satu yang menjadi tarikan buat diri sendiri sudah tentu batu permata. Disebabkan kawasan shoping ini terletak paling utara Thailand yang juga bersebelahan dengan Myanmar,Burma (ni nak langkah kaki sebelah pun boleh), jadi batu permata stone yang cantik semuanya jadi murah. okay seriously blink mata dan pinar-pinar lihat semua batu permata. Antaranya : batu swarovski, jade, sapphire, ruby dan cincin batu yang untuk lelaki(saya tak tahu apa nama) sebab waktu beli tu, saya tak sempat nak melilau dan mendengar perbualan pakcik menilai batu dikedai sebelah sementelah saya pun bersama kaum wanita iaitu makcik2 memilih batu permata kami. hehe :P Sudah tentu bejinjingan plastik- plastik setiap orang dan dapat lihat mood hari ini semua happy. Alhamdulillah. Ada yang kata, tak cukup masa lah nak shopping. Tapi nak buat macam mana, jadual seterusnya kita ada satu lagi tempat untuk pergi sebelum senja berlabuh. Dan petang itu kami bergerak menyelusuri cruise yang memaparkan 3 buah negara di point tersebut yang dipanggil "Golden Triangle". Disini dapat diperhatikan 3 buah negara iaitu : Thailand, Myanmar dan Loas. Kami sempat melangkah kaki ke Loas selama sejam dan bersiar ditu. Sewaktu disinilah saya dan Jamilah tersentak kerana rupanya Loas merupakan negara miskin yang lagi memilukan hati.
Sewaktu kami tiba, kami berjalan beriringan dan kemudian kelihatan anak kecil bersama adiknya bayi di tepi tembok itu. Situasi tiba-tiba menjadi pilu dan aku pandang milah, milah pandang aku. Milah menghulurkan pisang, namun dia juga menginginkan air dalam dakapan Milah. Milah memberikan kepada dia langsung dia memberikan air tersebut kepada adiknya yang sedang menangis yang dalam masa yang sama diberikan nasi ber"bekas"kan plastik. Ya Allah, apa yang ada depan mata kali ini sangat menyedihkan, dan kami terdiam kaku. Perlahan kami beredar dan berdoa moga mereka baik2 sahaja, tak sanggup nak tengok lama (sumpah its really sad for me). Miskin sungguh rakyat Loas, dan rupanya benarlah miskin disini sangat miskin, negara mereka baru nak membangun. 10 minit menaiki cruise dan kami tiba kembali ke tanah Thailand. Malam itu kami makan malam akhir di sini di Relax Restaurant. Alhamdulillah selesai hari ke3 dengan secara peribadi pelbagai emosi yang tercetus. Ada nikmat yang harus kita syukuri, dan ada yang kita kena berkongsi bersama orang disekeliling. Berjalanlah dan melihatlah keadaan sekeliling yang pelbagai keadaan ada, kemudian nilai ia ke arah memotivasi kehidupan yang akan datang. Dalam kesenangan yang ada pada kita, kadang bukan milik kita namun ia milik mereka yang diperantarakan kita kepada mereka. :)
Antara yang sempat ditangkap gambar. Berejam nak pilih cincin idaman kalbu.
Di Golden Triangle
Menaiki cruise
masuk loas sekejap.
hujung tu keadaan kemiskinan mereka
9 Feb - Bye dulu nanti saya datang lagi.
Hari terakhir untuk menghirup udara segar sejuk Chiang Mai. Kami keluar awal untuk sampai ke Airport yang dijadualkan pada jam 3 petang. Perjalanan Chiang Rai ke Chiang Mai selama 4 jam lebih, jadi kami ada juga perasaan berdebar takut apa2 berlaku diluar jangkauan. Dalam perjalanan kami singgah sebentar ke Hot Spring Water, tak lama pun sekejap sahaja sempat lah saya rendam kaki 5 minit, kata makcik Nora: ada apa rendam 5 minit Bib? biasanya orang rendam 15-30 minit baru sedap. Bib jawab: rasa panas makcik, rasa nak melucur kaki ni :( hahahaha. Biasa lah orang muda, kalau orang tua itu nikmat, lagi panas lagi sedap. Katanya :) Tepat jam 1ptg kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai dan selamat tinggal untuk kamus "Sawadikap - Khap Kun Kha - Kun Sabai Di Mei - Baw Baw - Suay" yang menjadi perkataan wajib sepanjang 4 hari 3 malam trip kali ini. Selesai check in bag yang sudah beranak pinak dan kemudian kami solat jamak (tips : ada surau kecil di dalam kawasan airport sebelum imegresen).
Jam 6.50 pm sempat mendarat di Lapangan Terbang KLIA2 dengan selamat dan sempurna. Sesungguhnya pengalaman pertama mengendalikan trip ini sungguh bermakna. Bukan senang bila membawa kumpulan ini semua aspek perlu dititikberatkan bersama. Kadang bukan budak kecil yang perlu diperhati, namun yang "berumur" juga perlu dikawal yang tiba-tiba hilang dari pandangan mata melewang membeli - belah, ke tandas , dan tak kurang ada yang asyik untuk bergambar. Walaubagaimanapun kenangan ini menjadi seronok dan indah bila melihat setiap gambar yang dirakamkan. ALHAMDULLLAH :)
Nota ringkas :
Semua catatan peribadi seorang pengembara yang juga menjadi tourist guide untuk trip ke sini bersama syarikat Hajuwa Travel. Boleh hubungi saya untuk info atau maklumat perjalanan tambahan.
Sila layari laman sesawang Facebook dan Instagram : Hajuwa Travel. Terima kasih.
Sebenarnya pergi Korea tak masuk pun list nak pergi travel secepat ini melainkan sebab terpengaruh dengan drama dan konsep Kpop yang diketengahkan dalam dunia hiburan sekarang. Rata rata remaja menginginkan ke sini untuk merasai dan bertemu dengan suasana istimewa yang lain daripada etnik melayu sendiri, tidak terkurang aku juga termasuk dalam golongan itu, tapi tak lah over sangat pun. Haha.
Akhirnya plan nak ke sini on setelah setahun awal booking reserve rm500 untuk slot tarikh yang random kami pilih. Baki lagi rm1300 kiteorg bayar kemudian lebih kurang 4 bulan sebelum pergi. Namun, perjanjian yuran agent ala2 backpacker rm1800 tu terlerai seminggu sebelum keberangkatan kami ke sana atas sebab-sebab yang tak dapat nak cakap (biar kiteorg simpan sendiri karang memburukkan agent pula) . Alhamdulillah dapat refund Tu pun bersyukur sangat walaupun tak penuh dan cukup plus seorang dari ahli group kami kene tanggung tiket sendiri yang seminggu nak pergi baru nak book.
Kira macam geram juga lah mood mula2, tetapi cool down and positifkan keadaan dan seminggu tu juga berhuru-hara dengan proses booking accommodation, tiket , dan semua. Mencabar juga bila last minit punya preparation, kalut dia kene study tempat, buka website itu ini semua kalah study final. (Ehhh takpun, hahahaha). Semuanya dipermudahkan dan yang sebenarnya sedikit demi sedikit ia mengajar erti kesabaran dalam menerima sesuatu perkara dengan ikhlasnya.
Perjalanan ke Korea bersama Air Asia Airline mengambil masa 6 jam dan 10 minit dari Malaysia. Secara personalnya, tagline air Asia : now everyone can fly memang tepat sekali dan sememangnya dipersetuji. Terima kasih Air Asia boleh menerbangkan kami ke sana dengan tambang murah yang jimat dan selamat, Alhamdulillah. So, ini antara kisah dan perjalanan kami sepupu sepapat di kota metropolitan South Korea selama 6 hari 5 malam.
Hari pertama, 16/10/2017
Kami bergerak keluar dari rumah sepupuku Kak Na, awal pagi jam 4pagi untuk kejar train pertama KLIA Transit di Putrajaya. Train pertama jam 5.50 am , Alhamdulillah, sampai stesen jam 5.40am tapi bikin zombie juga berlari di awal pagi, hihi. Di Airport KLIA2, selesai check-in bag, persiapan solat subuh dan terus kami berlalu ke Gate penerbangan untuk berlepas pada jam 8 pagi. ✈
Macam biasalah semasa menunggu boarding ke dalam, menjadi kebiasaan untuk menjadi golongan akhir ke dalam Pesawat. Tiba-Tiba ada satu group mendatangi ke arah kami dengan lengkap di escort beberapa orang polis (10 orang kot ehhh lebih juga lah). Sudah tentu semua mata tertumpu ke arah mereka. Unbelivable! Rupanya seorang artis KPOP dan yang anehnya aku langsung tak kenal dengan susuk tubuh dia yang Berambut putih dengan memakai topeng hitam di muka sehinggalah ade orang yang bukan main fanatic dan excitednya jerit "Taehyung" dari jauh mengejar untuk bergambar barangkali. Jadinya antara hasrat nak pergi Korea terserempak ngan artis dah tercapai sebelum pergi Korea lagi, hebat gak rase, makin semangat perjalanan pagi itu. Hehe. 😜
Kami tiba di Incheon International Airport lebih kurang jam 3 petang setelah delay satu jam pada awal nya. Selesai urusan di Imigresen , kami melulu mencari prayer room untuk menyelasaikan solat dahulu sebelum meneruskan perjalanan yang akan memakan masa 1 jam lagi untuk sampai ke tempat penginapan. Cari punya cari prayer room mengikut panduan buku dan google tak jumpe. Ye lah, tempat baru memang agak Sukar untuk menentukan arah itu, sehinggalah hampir kami berpakat untuk menunaikan di guesthouse Sahaja, rupanya selangkah kehadapan ada signboard "prayer room". Alhamdulillah, namun kami akhirnya sembahyang di luar prayer room dek kunci bilik Buddha dan dalam bilik Christian pula ade orang menyanyi. Info surau / prayer room ada di : 1. Bahagian departure, berhampiran gate 24 (proper punya prayer room). atau 2. selepas keluar selesai imegresen perlu pergi ke bahagian subway, hujung sikit akan jumpe prayer room untuk christian dan budha (muslim dibenarkan sembahyang disitu mengikut keadaan).
Jam 5.30 pm kami bergerak ke Area Myeondong menaiki subway. Jangannnnnn risau korea memang Kota metropolitan yang hebat dalam teknologi, terkejut melihat 10 line subway lagi terkejut kerana ia didesign dengan 5 tingkat ke bawah untuk line tersebut. Jadinya memang lalu bawah tanah tu banyak tangga dan jauh 3 minit untuk berjalan ke atas(lebih kurang lah). Sistem kad T-money (macam touch n go) lebih me mudahkan perjalanan, dan takjubnya ade laluan sentuh kad t money tu langsung tak berpenghalang. Ahhhh memang jujur betul rakyat mereka melalui laluan yang tak berpenghadang tersebut, kalah kita. Desus kekaguman hati kecilku.
Musim luruh, siang sudah berlalu dengan cepat sekali. Kami keluar dari subway dan malam itu kesejukan terasa, ahhh indah betul suhu nya, langsung penat yang dirasai hilang... cewahhh layan betul. Hahahaha. Kami check-in Welcome Guesthouse, Myeondong . Kawasan atas bukit sikit, tapi high recommend sebab : 1. Wifi laju (paling penting, hihi) 2. Bilik sesuai dan berpatutan harga. 3. Owner baik, caring dan friendly. 4. Breakfast provided (tapi hari2 malam roti n Telur,okey laaaa) 5. Strategic dan berdekatan dengan subway, kawasan bandar dan Namsan Tower.
Check - in Welcome guesthouse.
Malam itu malam enjoy, malam pertama dan semestinya apa yang dirasai personally rasa macam berada dalam drama korea, berapa kali ntah Tanya imah kita dah sampai korea eh? Hahahhaa jakun betul perasaan malam tu. Apa yang dalam drama semua reality. Tapi satu je tak reality, lelaki korea susah nak jumpa yang handsome macam dalam tv tu sobs! Haha. Kami berjalan cari makanan di Myeondong street malam itu, booth buka jam 6 petang sehingga 11 malam. Kedai kedai tepi bangunan masih buka meriah mempromosi barangan kosmetik mereka.
Untuk bab makanan, Semestinya kene cari yang ada sign Halal atau Muslim friendly. Itulah Perkara paling penting disini sebab kalau ikutkan makanan yang tak halal (Babi) bersepah tepi jalan. Antara makanan yang kami rasa malam tu :
2. Scallop, memang sedap dengan cheese lagi. Harga : 10,000 won
3. Croissant : 3000 won
4. Banana Chocolate, Nutella : 2000 won
5. Egg muffin kueh gitu sedap gak : 1500 won
6. Sotong kering : 3000 won kottt (tak ingat)
7. Manisan Putih berisi almond: 7000 won sekotak
Antara kedai halal
Sekitar laluan kawasan Myeondong
Hari kedua ,17/10/2017
Perjalanan hari kedua diteruskan dengan jadual yang simple iaitu seharian di Taman Tema Everland. Yes! my favourite place. hari first dah pergi enjoy :P hahaha nampak tak permainan dia apa sebenarnya? haha. Pagi yang indah pagi pertama menghirup udara segar korea! Excited bangun awal, buka tingkap ternampak seorang ahjumma (mak cik) meminpin tangan si kecil kegirangan mungkin dalam perjalanan ke sekolah. Dari jendela bilik kami di simpang jalan, ternampak sesuatu bergerak-gerak diatas tiang disebalik wayar-wayar eletrik. teka apa? hehe. kamera cctv weyh. serius terus teringat cerita Healer, alamak yang hero dia handsome Ji Chang Wok tu!
Selesai sarapan pagi di guesthouse kami bersiap-siap mahu gerak ke Everland. Jumpa tuan guesthouse untuk confirmation laluan subway ke sana, dia terkejut kami hendak kesana pada jam 10 pagi itu. "you know, you have to go longggggggg wayyy" senyum dia sambil keraguan kami hendak ke sana sekarang. siap pesan Good luck! hehe
Betullah perjalanan memang longgggggg wayyyy sangat. nak dekat sejam lebih perjalanan subway sahaja. tapi kira takpe lah asalkan sampai ke tempat paling utama ni :P. Kami sampai lebih kurang jam 11 lebih pagi, dan masa terbaik untuk explore the Everland Theme Park World. Kebetulan musim ini adalah Halloween theme, so lagi meriah dengan budak-budak sekolah, family dan segerombolan kawan-kawan.
Paling utama semestinya selesaikan solat dahulu, dan kebetulan semasa disana, kami terserempak dengan satu group Malaysia diaorang tengah solat dan kami dipelawa join mereka. Alhamdulillah selesai yang wajib, makanya terus bersemangat menyelesaikan yang harus di sini.
Nak diceritakan taman tema ini sungguh besar, dan track yang ada semua mencabar tahap adrenaline kami. Paling yang rasa tak terkata, takut, mungkin last sekali adalah track kayu checkpoint T Express roller coaster . Sedikit info mengenai T Express : Berkedudukan darjah 77 degree, T express adalah roller coaster daripada kayu yang paling curam di dunia dan boleh pergi dengan kelajuan selaju 64.6 miles per jam dan berbatu panjangnya tracknya. Seriously kalau korang jenis tak berani baik jangan, sumpah! Kalau jenis sukakan cabaran atau geli-geli rasa nak try, silakan. Confirm dah tak nak ulang lagi nanti. Track tu naemah dah survey awal, dia kata: "Kak, rugilah kalau kita sampai, tapi tak naik." okey Dik, kita naik dik. Sekali naik :((((((( nightmare betul, kat atas tak sempat nak tengok permandangan pun, cuma berharap cepatlah habes track ni. Yes we made it, Alhamdulillah percubaan kecergasan dan keberanian lepas. so, not bad lah.
Selesai itu, banyak lagi track yang kami pergi, safari, 4 season, wildlife,fantastic fairylife, magic land, american adventure, ghost house (tak masuk sebab queue panjang) dan lain-lain lagi. Malam itu pula kami menunggu persembahan halloween dan semestinya masa kemuncak iaitu pertunjukan bunga api. Cantik sangat, tapi kisah yang diceritakan tak faham sebab dalam bahasa Korea.
Info surau / prayer room ada di : bersebelahan bangunan "mystery Mansion", berdekatan dengan kerusi label.
Bab makanan pula, kiteorang tak beli apa2 disana. Katanya ada makanan halal iaitu burger udang, tapi kami tak yakin dan tak membelinya. Ade lah bawa sedikit bekalan biskut dan coklat snickers yang boleh mengenyangkan sedikit. Kami pulang dalam jam 10 dan samapi lebih kurang tengah malam, dan rehat untuk hari seterusnya.
Fav person :P TQ bagi idea bawa pergi Korea :P
The fantasy view
Sebelum pulang
Hari Ketiga, 18/10/2017
Hari ketiga adalah hari kami menerokai bandar dan kawasan di sekitar Myeondong dan Namdaemun dengan berjalan kaki. Antara tempat yang kami lawati adalah :
Istana Gyeongbukgung - Sebuah istana yang menjadi tempat bersejarah yang mempunyai kisah silam di zaman Jepun dahulu. Sungguh istimewa kerana seni bina yang dibina berunsurkan peradaban lampau yang kekal dan tersergam indah. Kawasan ini besar, selesai tawaf dan bergambar kami bergerak ke tempat lain pula.
Tugu Raja Sejong - Tugu seorang raja yang paling berpengaruh di Korea suatu ketika dahulu dan merupakan tokoh yang memperkenalkan tulisan hangul sebagai tulisan rasmi.
Kawasan khemah Kapal Sewol -Kawasan yang menumpukan orang ramai untuk memperingati kisah tragis Kapal Sewol yang ditenggelami sesama perjalanan ke Pulau Jeju yang telah melibatkan ratusan pelajar terkorban. Kami diberi penghormatan untuk menandatangani kertas sokongan sebagai tanda berharap agar kerajaan meneruskan pencarian kanak-kanak yang terkorban.
Korea Tourism Organisation Organism - Hampir tersersat perjalanan kami dek bangunannya yang sedang dalam process pembaikpulihan. Ada seorang gadis Korea menolong kami dan membawa kami ke arah pintu masuk yang sedikit tersorok kebelakang. Disini cukup lengkap, ada prayer room (asing khas untuk lelaki dan perempuan), buku guideline, buku coupun makanan, dan kawasan bilik 3D bersama artis Korea. Of course lah si dia adikku yang paling teruja waktu ni :P
Vegetarian Restaurant - setelah mendapat buku coupun, kami bergerak mencari kedai makan vegetarian restaurant ini yang dibuka pada jam 4 petang. Setelah menahan satu hari lebih tidak memakan dengan proper. Akhirnya disini kami ditemukan dengan makanan yang enak dan alhamdulillah kenyang. Dengan coupun kami mendapat diskaun sebanyak 10% setiap seorang. Alhamdulillah. Meal satu set/person : 10,000 Won.
Dal Komm Cafe , Hello Kitty Cafe - tak pergi pun, lalu sahaja. hihi.
Malam itu kami bersiar di Myeondong Market. Kedai kosmetik yang bersepah di Korea saya kunjungi satu persatu. Bermacam, berjenis, offer kiri kanan, ada murah ada mahal dan paling best syurga bagi kaum wanita. hihi :)
Kami tiba di guesthouse awal daripada malam pertama, dan rehat secukupnya untuk hari esok. Sesungguhnya sejarah mereka aku dapat rasakan sungguh menarik. Masakan tidak sewaktu disitu, aku lihat banyak group budak kecil sekolah rendah yang antara mereka ade seorang pakcik atau makcik tua cuba menerangkan satu persatu bangunan disana. Aku cuba mendekati dan nak mendengar tapi ternyata aku tidak faham walau sedikitpun. Arghhh rugi betul rasa dalam hati tidak dapat memahami sebab saya peminat sejarah! hoho.bersabar sahajalah.
cak! bersama student Korea.
pintu pertama - sebelum masuk istana Gyengbokgung
Bersama gegadis Hanbok
cucu-cucu Ngah dan Ramelah
Hari keempat, 19/10/2017
Hari ini kami bergerak ke satu tempat yang sungguh mendamaikan, menenangkan, mengasyikkan iaitu : Pulau Nami.
" Bagaikan siang tiada purnama, Bagai malam tiada cahaya purnama,
Tanpamu tiada erti hidup berdua, Ke akhir masa kau ku cinta.
Bagaikan syurga tanpa bidadari, Kau ibarat hembusan teakhir,
pulanglah sayang usah kau berpaling, Disini ku pasrah menanti. "
Siapa masih ingat bait-bait lagu diatas? Lagu OST winter sonata yang dinyanyi oleh Hazami versi melayu. Cerita legend zaman permulaan cerita korea memasuki industri tanah air. WOW! romantika! hihi. Ada peminat tegar cerita ini? lama dah, 10 tahun lepas tak silap ke lebih lagi.... (okey, kita geng :P)
Seperti biasa usai sarapan pagi, kami bergerak ke Pulau ini yang memakan masa kurang satu jam untuk sampai ke sana. Untuk sampai kesini kami harus menaiki feri yang memakan masa 5 minit je pun. hihi. Pulau Nami sebenarnya kecil je, pulau yang dijaga dan dibina kembali oleh seorang rakyat korea dan di jadikan tempat rekreasi juga tempat kunjungan bagi sesiapa yang ingin beristerihat dan bersantai bersama keluarga.
Jika anda kesini, jangan lepaskan peluang sewa basikal dan round sepuas-puasnya Pulau Nami. Sewa basikal lebih kurang 8000 won/sejam kalau tak silap. Hari itu bagaikan Nami Island aku yang punya. satu pulau aku round dengan daun kekuningan emas-emasan, tasik menghijau, langit membiru, pokok sekeliling menghijau. Ohhh Perfect! Cantik sangat.
Tapi, hahaha pulau biase je. Cantik lah nak stay lama2, pusing2, pergi jalan2, tapi pulau tu biase kecik je , saiznya sedang untuk kita berjalan dan bersiar. Disini lengkap, ada restaurant halal, tempat bersembahyang, mini library, hotel pun ada. Kira macam muslim-friendly. 5pm kami bergerak ke pulang dan bergerak ke destinasi seterusnya iaitu ke area Gangnam. Gangnam kota metropolitan yang tersergam indah, kira macam kawasan orang kaya gitu. meriah macam pavilion gitu. Kami singgah ke SM Entertainment Tower, yang mennyediakan dan menempatkan kawasan menarik bagi sesiapa yang meminati Kpop. Disinilah syurga yang memaparkan gambar dan potret artis kesayangan Kpop. Sesuatu yang menarik minat tumpuan saya ialah sejarah Kpop yang membuka mata dunia serta menjadi tarikan utama untuk Korea mendapat nama di mata dunia. Tanyakan kepada semua remaja diluar sana, tidak kira bangsa apa pun, pasti ada yang menjadi pilihan dan kegilaan mereka. Sungguh hebat marketing mereka dengan menyediakan barisan artis yang cantik, handsome, tinggi, smart, semua perfect dimata manusia. Namun hakikatnya rakyatnya sebenar realitinya jauh berbeza dengan mereka yang dikomersialkan dalam tv. Last untuk harini, kami bergerak mencari satu kedai yang terkenal di kawasan Gangnam ini. Hampir berputus asa kami dalam pencarian, namun hari ini buat kesekian kalinya, Naemah menjadi heroin menyelamatkan keadaan dengan menjadi map untuk kami dan akhirnya kami sampai ke Restoren BBQ - Halal. Ya allah, ini first time bib makan daging yang superb sedap dan lembut ni. Pada mulanya kami order hanya 2 set besar, konon nak berjimat cermat dan waiter yang ambil order siap pelik tengok kami order sikit sangat, sampai dia pesan, "korang pasti akan tambah lagi nanti". Dan makan dihidangkan, dannnnn... ya allah betul! sedap sangat sampai kami buat keputusan menambah satu set lagi setelah berjaya memancing kak na untuk belanja . Yeay!!! TQ kak na :) Malam itu kami kenyang makan daging lembut yang diimport khas dari Australia. Alhamdulillah settle untuk hari ini dan bersambung untuk episod seterusnya pula...
Subhanallah >3
Satu Pulau sis round :)
My fav team!
Santai dulu di bangku, sebelum meneruskan perjalanan mengelilingi pulau
Singgah SM entertaiment Tower
di Yang Good Halal Korean BBQ Restaurant
Hari Kelima, 20/10/2017 Good morning Korea! Jom pergi Namsan Tower! tapi sebelum tu, nak beritahu hari ini hari yang mencabar. ya dari awal memang kami susun jadual untuk buat aktiviti yang penat, kira macam extra outdoor di penghujung trip. Yes! here we go. Selesai breakfast di lobby guesthouse kami bergerak ke Namsan tower melalui rumah jiran2 sebelah guesthouse. Kebetulan guesthouse yang kami duduk ini adalah laluan utama ke namsan tower. Masa mula-mula sampai, pagi-pagi mesti nampak makcik n pakcik melalui jalan ini. Sungguh teruja ada yang tua rambut putih , tapi gagahnya melebihi kita orang muda. So, harini giliran kami 5 beranak pula melalui dan menyelusuri jalan yang berbukit dan curam sehingga ke atas tempat cable car. (okey yang ni pun dah mula penat,warm up lah kirenya). Nak tahu kenapa tempat ini best? Namsan Tower ni terletak atas bukit yang dianggap sebagai "centre of Seoul". Ia menjadi lokasi pengambaraan drama-drama Korea termasuklah drama "Boys over flower" yang heroooonyaaa adalah, Lee Min Ho. sapa kenal? cewahhh baik jujur, jangan buat2 tak kenal pula, hero pujaan ramai gadis melayu kot. hehe. Yang best, kita boleh tengok Seoul daripada permandangan sudut atas - bird eye view. Dan Subhanallah memang cantik, bangunan pencakar langit penuh. Bib ambil satu gambar dan ternyata dari kanan hingga kiri, penuh bangunan yang menjadi mercu kemajuan negara Korea. Cerita hari ini tak bermula lagi, jom kita mulakan. Setelah jalan ala2 warm up dari guesthouse ke kaki tower, jadi kita harus meneruskan perjalanan hingga ke akhirnya. Pagi itu kami hiking sedikit demi sedikit diselangi beberapa gerombolan pelajar sekolah, pakcik tua, makcik tua, orang muda dengan anjing puppy comel, dan ada yang berbaju kemeja melalui track jalan kaki dan menaiki tangga bersama kami. Oh memang aktiviti fizikal sebegini harus dicontohi warga Malaysia umumnya. Setelah 1 jam 30 minit berjalan dan menaiki anak tangga dengan permandangan musim luruh yang mengasyikkan akhirnya kami sampai juga ke Namsam Tower. Melalui kawasan padlock kunci cinta yang berapa ribu orang yang pergi pasti akan mengunci cinta tanda kesetiaan dan kasih sayang yang termateri bersama. Ops! i single so nak padlock pun berfikir panjang dengan 3000 won pula harga mangga kat gerai pakcik tu. Next time lah kot :P Dear "you", if you read this please know that in Namsan Tower there's a lot of people love to lock their names and wishes for eternal life and love. I think to do it so but i left it, because I always love lock you and our hope for eternal love in my Dua, yes wherenever I go. Trust me, it forever n ever in my Dua. #ciaciacia oke dah :P Kebetulan juga waktu kami pergi ada slot orang tengah shooting record lagu dan kebetulan juga kami pergi ke sana dan ada slot untuk try baju rasmi tradisonal Korea iaitu baju hanbok secara percuma. Kami try dan bergambar, tapi obviously bila bib pakai nampak macam cendawan dengan kembang sekembangnya. hihi. Tengahari kami bergerak turun tower menuju ke destinasi seterusnya. Penat tapi berbaloi. Sebenarnya disini ada disediakan bus dan cable car untuk sampai kesini. Sudah pasti kepada mereka yang berkeluarga diberi pilihan untuk menaiki cable car atau bus. Kami memilih jalan yang lebih mencabar sedikit daripada biasa. Permandangan cable car sudah pasti lagi menarik dan cantik, bib tak tahu tapi ade seorang ahli group kami yang tahu. Iaitu : Naemah! Dia decide nak naik cable car katanya nak tengok pemandangan, padahal dia penat nak turun sekali dengan kiteorang :P hahahhahahaha. Destinasi seterusnya kami bergerak ke Namdaemun market. Pasar murah yang menyediakan pelbagai jenis barangan souvenior berkualiti tinggi dan sesuai untuk mereka yang ingin bershopping mencari sesuatu sebagai buah tangan untuk dibawa pulang. Kami cuma melalui sahaja sebab almaklumlah kena window shopping sahajalah. Kemudian sebelah petang kami meneruslan perjalanan bergerak ke Itaewon. Bandar yang harus pergi sekiranya ke Korea kerana disinilah tersinar islam dan merupakan tempat berkumpulnya mereka yang mengangkat kalimah syahadah tanpa mengira warna kulit dan bangsa. Subhannallah waktu kami sampai ke Masjid Itaewon waktunya sekitar senja setelah maghrib. Aku lihat ramai sekali orang islam dan disitulah rasanya kebesaran Allah kemanapun kita pergi, bila berjumpa rumah Allah pasti merasai ada cas positif yang datang. Kawasan ini sungguh popular dengan restaurant makanan halal dan supermarkat halal. Seronok betul malam tu, kami tak sabar nak makan sampai tak tahu nak pilih mana satu kedai. (nampak tak gaya sudah lame tak jumpa restaurant yang halal). Masuk kedai ini, keluar balik, masuk kedai arab lepas tu fikir balik takkan nak makan kebab pulak gi korea. So, akhirnya kami ke Restoren Makan 2. Kami order mee kacang hitam, ayam goreng pedas dan ayam goreng halia. Malam tu kita makan gaya orang Korea yang mee tu macam dalam drama tu, sedapppp weyh, portion banyak, ayam banyak apa lagi memang sodapp! Alhamdulillah. Kakak yang amek order tu, bukan main manis lagi, seorang muslimah Korea dan ayahnya sedang memasak di dapur. Waktu kami nak pulang, ayahnya keluar dan berborak sedikit dengan kami siap tunjuk gambar kat handphone dia seorang artis Malaysia buat pengambaraan kat kedai Makan 1 dia. Rupanya Abang Naz, Jalan-jalan cari makan! so cute ahjussshii :) Alhamdulillah kami pulang dengan 2 perasaan . satu : Kenyang, gembira, seronok untuk hari ini. dan kedua : esok hari kepulangan kami, sobs. Kami pulang ke guesthouse dengan langkahan yang pilu dan perasaan yang "alaaahhhhh esok dah balik....." haha tapi memang nak balik pun, duduk sini takleh lame2, MAHAL. kene spent duit betul2... hihi.
JOm mulakan pendakian.
Kota Metropolitan Seoul, permandangan dari atas.
Mee kacang hitam - sedap!
Masjid Itaewon
Hari keenam 21/11/2017 Kami santai-santai amek angin dulu pagi tu di sekitar guesthouse. Bye Korea. Pukul 10 kami bergerak ke airport untuk flight kami pada jam 4 petang. Alhamdulillah selamat sampai di malaysia pada jam 10 Malam. Sejujurnya Korea pasti dirindui, sebulan berlalu dan kenangan disana masih terasa indahnya. Untuk mereka yang ingin dan bercadang bercuti kesana jangan lepaskan peluang anda. Seronok untuk pergi ke negara orang, lagi banyak kita pergi, lagi banyak kita belajar sesuatu. Belajar tentang menyusun waktu, belajar menerima keadaan sekeliling, belajar dan melihat peradaban mereka, belajar memberi peluang kepada diri dalam menentukan perjalanan. Kali ini destinasi yang dituju ke Korea, negara yang majorotinya bukan Islam. Sudah tentu susah sekali untuk mencari makanan halal, nak adapt dengan orang sekeliling dan sebagainya. Yang penting yang baik kita ambil, yang buruk dijadikan tauladan. Sekian, Terima kasih . Anneyoung ^-^