Trip ke Hatyai akhir tahun 2022 ini adalah trip last minit kami, untuk mengembara ke utara Malaysia. Setelah dua tahun tidak menggunakan passport, inilah masanya setelah pergerakan dibernarkan, Alhamdulillah.
Hari Pertama,
Perjalanan jauh kami sekitar 6 jam bergerak dari Kuala Terengganu menuju ke Kedah, tempat tujuan untuk memasuki negara jiran Thailand melalui border Bukit Kayu Hitam Imigresen, juga dikenali Dannok Thailand.
Sesampai sudah 9 malam namun sempat sebelum border tutup pukul 10 malam. Line clear untuk cop passport di kastam Malaysia dan Thailand, kemudian daftarkan kereta dengan sediakan dokumen geran yang lengkap. Mungkin sudah agak lewat atau kereta berkurangan malam itu, keadaan smooth dan mudah sahaja.
Tempat pertama persinggahan adalah kedai handphone untuk beli simkad. Nak merasalah teknologi advance 5G mereka, dengan harga 150bhat unlimited internet.
Sedar2 tengok jam di phone dan tolak satu jam, bermakna malam masih muda satu jam bila tiba disini. Dari pukul 11 jadi pukul 10 malam.
Terasa penat tapi confuse bila jam lewat mata tak leh tidur lagi, teruskan perjlanan dalam satu jam lagi, dan kami tiba di Hatyai untuk overnight satu malam. Alhamdulillah, what a long journey, rest dulu esok kita jalan-jalan.
Hari kedua,
tujuan kita ke Krabi, kita mulakan perjalanan selepas selesai breakfast. Perjalanan jauh ya 4 jam, boleh rehat dalam perjalanan dalam van ala ala vvip ni sementara untuk tiba di tempat tujuan.
Di pertengahan perjalanan driver van minta izin untuk solat jumaat katanya dah hampir 2 kali terlepas jumaat membawa pelancong dari Malaysia, jadi kami singgah di Masjid Ban Huailuk untuk kelangsungan kaum lelaki untuk selesaikan solat Jumaat biarpun ada rukhsoh ketika musafir.
Sampai di Krabi, menuju ke Aonang Elephant Santuary Krabi. Kali ni kami pilih jungle tracking with elephant π dalam 30 minit dengan harga 700 bhat seorang. Makhluk Allah yang besar ini sesuai dengan sifatnya yang gagah dan kuat, patutlah zaman dulu digunakan sebagai alat pengangkutan mengangkat hasil hutan seperti balak dan batu. Teruja merasai pengalaman mengikut tracking dalam hutan yang berbukit ternyata haiwan sebesar ini sungguh bijak dalam langkahnya di hutan tebal. Subhannallah, maher pun happy π.
Sebelum hari berkahir, tujuan pengembaraan hari kedua adalah ke Khao Thong Hill dengan harga tiket 70bhat seorang. Disini kami dapat melihat pemandangan senja yang indah dan panorama cantik sambil sempat menikmati croissant dan air coklat yang best dengan harga 40bhat, murah sangat air dia kalau convert dengan Malaysia. Semua nak banding takboleh lah kan, jadi kita nikmati je apa yang ada.
Last, dah sampai hotel check in di Avasea Hotel, haruslah jalan malam sempat merasa pancake coklat dan pulut mangga yang viral ternyata sedap dan enak. Alhamdulillah π
Hari ketiga,
kita berada di Krabi antara tempat popular menjadi tumpuan pelancong dari pelbagai negara. Hari ini jadual penuh dan padat untuk melakukan aktiviti outdoor iaitu menjelajah pulau-pulau Krabi atau island hopping.
Perjalanan Speed boat bawa ke Phi Phi Island lebih kurang 1 jam, dan dapat ke beberapa tempat menarik antaranya Maya Bay, Phileh Lagoon dan pantai. Tengok pada gambar dan video pun saya rasa cukup cantik dan memukau pemandangan setiap tempat yang mereka pergi. Namun, hajat dihati untuk turut serta menjelajah tidak kesampaian kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan walaupun dah semangat pagi tu nak join trip ke pulau ni.
Balik hotel, of course nikmati dulu latte thai yang panas dan sempat join online meeting kerja sebelum kita tour bandar Krabi.
I would say, Krabi is safe untuk travel secara sendiri atau solo. Bandar yang bersih, serta selamat kerana sekali sekala polis round ada untuk keselamatan lagi lagi tempat tumpuan pelancong sebegini. Cuci mata dulu tengok baju, cenderahati, mug, dll sebab driver kami dah bagi tahu esok sebelum pulang kita akan singgah kedai muslim yang jual cenderahati, jadi ke mana lagi kita patut berbelanja melainkan untuk kemaslahatan ekonomi orang islam kita, tak dapat tolong banyak sikit pun takpa.
Leisure sangat masa pun lama sementara tunggu trip family balik dari pulau tu, so sempat juga singgah manicure dan foot massage alang-alang celup perkasam biar sampai ke pangkal lengan dapat ber “me time”kata orang tanpa anak dan suami. hihi ✌️
Tak sedar rupanya jauh juga perjalanan dari hotel pusing bandar ni, dapat walking distance dalam 4.5km lebih, jadi sempat kita singgah di Kiosk Rohani, tour guide yang arrange speed boat tu dan terus lagi sampai ke Masjid Krabi. Kat depan masjid ni lah spot banyak makanan halal yang sedap dan enak sekali. Ada pancake yang viral tu, ayam goreng krispy sedap, kerabu maggi, kebab dan lain lain.
Hari dah petang, sementara tunggu mereka pulang, saya bungkus pancake banana coklat untuk dirasa berdekatan ruangan meja depan hotel. Hari yang jarang leisure seperti itu, nikmat apa yang kamu dustakan. Alhamdulillah ❤️
Hari keempat,
we are back to Hatyai for food hunting and shopping.
Tempat yang dituju:
1. Restaurant Khok Sak, lunch tomyam+ikan siakap 3rasa+ telur dadar with 650bhat. Murah sangat and semestinya sedap!
2. Masjid Besar Songkhla, design ala ala taj mahal. Sangat cantik dan indah pemandangan tapi kami dapat info, masjid inilah paling popular kaum lelaki untuk tujuan orang Malaysia berkahwin 2,3 or 4. opsssss, awas! terus sis sambarkan jelingan maut kepada si dia π. hehe lepastu si dia boleh sengih2, ada nak kena ni…
3. Klonghae Floating Market. Tak lengkaplah kalau tak jejak kaki kesini, tapi tak sangka penuh sungguh orang ramai memenuhi ruang untuk food hunting. Terlalu padat, kira ambil suasana je, dan sempat beli air kelapa dalam buluh tu je. Sedap dan murah, lepas tu tak sanggup nak sesak, kami pulang lepas cukup syarat. Dalam ramai dan jauh-jauh nilah boleh jumpe my junior @wanfatinnajwa dan suaminya iman, kat Malaysia tak terserempak pula hihi.
5. Last kami ke Asian Night Bazar. Shopping apa? Layan borong jersey lah bila sampai sini. Kebetulankan world cup, my hubby haruslah borong untuk koleksi peribadi dia. Semuanya berquality dan murah. Kemudian kami pulang ke hotel, dan esoknya pulang ke Malaysia melalui border rantau panjang di Kelantan. Perjalanan lebih jimat dan dekat ke Terengganu.
Alhamdulillah:) Trip ke Thailand πΉπ yang indah bersama keluarga mertua. Semoga Allah beri kesempatan untuk bermusafir lagi nanti. Insyallah ❤️
No comments:
Post a Comment