Harini hari ke-5 maher demam.
Batuk pula dah masuk minggu ke 4.
Anak-anak ni memang fragile, kekuatan imun masih dalam proses, ada hari kuat ada hari tumpas juga.
Macam kita orang dewasa bila sakit semestinya kita ada expresi perasaan dan boleh berbicara toleransi bila berhadapan situasi macam ni.
Lain pula anak kecil,
yang masih tidak punya kekuatan dan fasih percakapan tapi masih cuba untuk kuatkan diri biarpun sakit.
Macam Maher malam tadi batuk kuat dan selepas 2 kali muntah baru boleh tidur dengan lena, demam pun dah mild tak panas sangat macam hari sebelumnya 39celcius.
Demam influenza,
covid 19,
jangkitan kuman paru-paru,
RISAU.
risau mak mak ni memang lain,
itu semua senarai search yang bergerak di hp, baca info sana sini untuk faham keadaan dan situasi.
Pergi ke klinik KK pagi ini, Dr refer untuk xray tengok keadaan paru-paru. Sabtu lepas Maher dah on antibiotics di Klinik Swasta jadi dalam process recovery, jadi Dr tak ambil darah sebab kalau ambil pun result tak akan tally. Choice kedua, Dr refer untuk buat xray dan Alhamdulillah, paru paru clear dan dalam keadaan baik. Bila on antibiotics selama 7 hari perlu dihabiskan untuk tengok tindak balas ubat kepada demam, batuk, kahak dan selesama yang ada. If berlanjutan, refer ke klinik balik.
Just beware moms:
1. If nampak anak nafas laju, segerakan ke klinik atau pusat rawatan hospital berhampiran.
2. Pantau anak demam sebaiknya, selalu jerlum dengan air atau mandikan supaya temperature turun, sebab kalau tinggi boleh risiko lain seperti sawan.
3. Maher sangat kuat batuk, jadi ikhtiar lain setakat ni selalu berikan air untuk legakan batuk, tambahan madu dan lemon untuk anak lebih 2 tahun.
4. On medication mengikut nasihat Dr.
5. Jika anak atau bayi ada kahak yang kerana tak mampu untuk keluarkannya, buatlah terapi tepuk precaution di dada. Caranya, dada depan belakang dibahagikan dua kiri dan kanan, kemudian setiap bahagian tepuk tangan melengkup sebanyak 10 kali setiap satu. ulang jika perlu untuk melongarkan kahak dan proses pemecahan kahak itu. Boleh refer Dr untuk keterangan lanjut.
Semoga anak-anak dan kita diberikan afiah, tingkat imun badan secara semulajadi, keep on vitamins untuk nutrisi tambahan peribadi.
No comments:
Post a Comment