satu mesej masuk, kemudian dua mesej, dan seterusnya...
"panggilan ujibakat terbuka untuk penyampai berita arab pada 9 hb Septembet 2017 di Pusat Penyiaran Digital TV Al-Hijrah, Kuala Lumpur".
Sememangnya menjadi impian untuk menjadi salah seorang daripada orang pertama untuk menyampaikan segala maklumat. Aku terfikir, terpanggil untuk mencuba. Tapi apabila berfikir kembali akan keterbatasan diri setelah hampir 5 tahun tidak berlatih seeloknya dan mengamalkan sistem percakapan dan perbualan seharian dalam bahasa arab, aku mula rasa ragu-ragu untuk meneruskan niat ini.
Kalau tak cuba, tak tahu dan tiada pengalaman. Jadi aku gagahkan diri pergi ke KL untuk mencuba nasib dan ingin merasai sendiri pengalaman berhadapan dengan kamera. Gembira sangat sebab dapat cuba, tapi tidak terpilih utuk peringkat seterusnya tak bermakna kita kalah.
Pagi ini dengan perasaan yang bersedia, saya cuba tanam untuk cuba yang terbaik walaupun agak kurang 'preparation' untuk berhadapan dengan semua cabaran. Ujibakat terbuka yang julungnya ini, sesungguhnya mendapat sambutan yang amat memberansangkan. sedikit terkejut kerana calon yang hadir hampir dalam 200 untuk diujibakat tanpa mengira level pendidikan yang sememangnya semua adalah calon yang bukan biasa-biasa sahaja, malah ada antaranya Dr PHD, pencetus Ummah, para pendidik, student dan kagumnya warga arab juga hadir untuk memeriahkan suasana.
Sedikit point yang berlaku sepanjang hari ujibakat tersebut, antaranya :
- Tanpa dijangka, calon yang hadir sungguh ramai. Alhamdulillah, saya sampai dalam pukul 10 pagi, hadir dan terus daftar , dan dapat number 121, masa yang dipanggil pada pukul 1.30 pm.
- Perjalanan ujibakat : kami diberikan 3 situasi. pertama : untuk perkenalkan diri. Kedua : menyampai berita dalam bahasa arab yang telah disediakan. masa itu, aku kena pilih 2 berita. (jangan risau, kerana teks semua lengkap dalam bahasa arab siap berbaris lagi tu, cuma siapkan teks pembukaan dan penutup) . Ketiga : diuji untuk menjadi wartawan secara siaran langsung. (totally im failed with this, sebab dah lupa term arab and so on. btw, here some tips: rasanya okey je kalau sampai berita secara siaran langsung dalam bahasa melayu sebab jauh dari sudut hati saya nampak mereka menilai lenggok dan intonasi kita dalam penyampaian yang ada gaya seorang wartawan).
- FOKUS dan JELAS. 2 point ini sangat penting. seingat saya dalam perbualan saya bersama Kak Amie Sofia, seorang pengacara Tv al-hijrah, Dia pesan : fokus dan jelas.Fokus untuk sampaikan berita, mata pandang kamera, eye-contact kalau secara langsung, fokus berita apa yang disampaikan. Jelas pula dari sudut penyampaian. Apa sahaja perkataan yang keluar dari mulut kita biar jelas dan betul intonasinya. jangan cakap ade mutiara dalam mulut. awak kene keluarkan dengan sebutan yang satu-satu dan teratur . Tak gapoh dan tenang steady. i do what kak amie told me, and feel is it me? wowwww fell more confident bila kita cakapa jelas! seriously, boleh apply juga dimasa akan datang.
- Juri , mereka yang menjadi juri kami waktu itu dalam kalangan kakitangan kerja Tv Al-Hijrah juga. sejujurnya saya tak kenal semua, melainkan Wan Kamarudin penyampai berita jam 8 malam itu. Yang pasti semuanya hebat dan saya kagum dengan kebolehan yang tersendiri. Amazing!
Betul, memang betul perasaan yang mulanya kalau tak cuba tak tahu, bila dah cuba baru faham dan rasa apa yang dilalui. Sesungguhnya ia pengalaman yang sangat berharga buat diri ini. Tahniah kepada 2 kawan seperkenalan saya pada pagi sebelum masuk untuk diujibakat, Kak Fatin dan Sumayyah (pelestinian), moga kalian berjaya . Of course i am so proud to them sebab pagi tu kami sama2 berbual dan revise cakap arab tanya khabar serta berkongsi maklumat. to you berdua, All The best, may Allah bless you all.
ujibakat seterusnya? semestinya YES! insyaallah.
Sama la kita..hihi
ReplyDelete