Biaselah bila tiba tarikh untuk service kereta, berdaya tahan kuat untuk melangkahkan kaki ke workshop untuk giliran service. Kalau boleh sekiranya ada ayah, abang, adik lelaki atau suami, memang mereka menjadi mangsa pertolongan saat itu. Betul kan? Haah memang macam tu pun. Kisah haritu saya kena settlekan service kereta. Dah hantar kedai, saya pesan kalau siap service dan baiki call je saya, saya datang. Tapi, tak sampai 10 minit, ada satu panggilan masuk, "dik, kereta dik ni ade problem, datang lah saya terang dulu then baru adek decide" . Waktu tu memang kalau boleh saya fikir malasnya nak pergi balik ke workshop, hmmm paksa je diri pergi sana.
Menariknya, tuan kedai itu ceritakan apa masalah kereta ayah saya yang memang sudah agak lama, diceritakan tentang enjin, draft shaft, alignment, bumper itu dan ini. Sejujurnya saya cuba untuk tumpukan perjatian sepenuhnya yang pada mula memang faham dan berakhir dengan buat2 faham jelahhh, hehe. Ilmu kereta yang sangat berguna buat saya, thank you boss workshop tu.
Kemudian cerita workshop tidak habis disitu, destinasi seterusnya adalah ke kedai accessories kereta. Break kereta yang semakin berkurang lampu, break reverse dan wiper ditukar. Saya walk in je waktu tu, memang berdebar dengan first time nya ke tempat sebegitu mengundang risiko buat saya yang blur tentang accessories kereta ini.
Apa yang terfikir waktu itu adalah, kalau dia tipu ke,dia salah pasang ke, memang sedikit gusar pada mulanya. Setelah lame disitu saya nampak keikhlasan warga Myanmar kerja di Mlaysia ini, mereka bersungguh untuk terangkan sesuatu dan segalanya. Aku hanya berdoa jangan mereka menganiayakan aku, haha dan jangan terkejut saya siap main tawar menawar lagitu...
Setelah hampir siap, dia boleh pancing lagi untuk accessories tambahan dia dalam kereta, tapi sorry to say, saya bukan peminta kereta 😂. Saya cuma tiada minat kearah itu, makanya apa yang diminati tetap handbag, shawl, dan buku. ❤️ Hati dah perempuan, tetap tiada yang mengubahnya.
Alhamdulillah sesuatu yang baru bagi diri saya ini, semoga menjadi kekuatan untuk wanita-wanita yang lain dalam usaha memperbaiki diri kita sendiri. Jadilah inilah cerita saya malam ni, harap semua bejaya dan kuat mengharungi sesuatu perkara. Wanita dan kereta sesuatu yang indah, jangan kita tewas. Malah setiap apa yang menjadi halangan itu adalah kekuatan untuk kita terus belajar. Apabila kita tekpuhinya, maka kita sedia menghadapi sesuatu yang lebih mencabar di masa akan datang. Tahniah dan good luck. Good night my car :)
Ruang menunnggu
No comments:
Post a Comment