Thursday, August 8, 2019

Cinta dan perkahwinan

Detik yang dinanti tiba dengan selamat dan sempurna. Maka berakhirlah penantian selama ini yang menyempurnakan perjalanan seorang insan apabila perasaan cinta yang datang hadir, disambut baik dan diterima seadanya oleh pasangan yang diimpikan.

Perkahwinan adalah sunnah. Merupakan ibadah dan penyambung ikatan yang halal antara lelaki dan perempuan yang secara fitrahnya Allah telah tetapkan dan takdirkan untuk kesinambungan perasaan cinta dan kasih-sayang. Tiada cinta tanpa kasih sayang yang sememangnya menjadi tunjang asas dalam sesebuah hubungan.


Hikmah perkahwinan.


Dalam ayat suci Al-Quran didalam surah ar-rum- ayat 21 :

وَمِنْ ءَايَٰتِهِۦٓ أَنْ خَلَقَ لَكُم مِّنْ أَنفُسِكُمْ أَزْوَٰجًۭا لِّتَسْكُنُوٓا۟ إِلَيْهَا وَجَعَلَ بَيْنَكُم مَّوَدَّةًۭ وَرَحْمَةً ۚ إِنَّ فِى ذَٰلِكَ لَءَايَٰتٍۢ لِّقَوْمٍۢ يَتَفَكَّرُونَ ﴿٢١﴾
“Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaannya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikanNya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.”

Hadirnya suami dan isteri dalam satu identiti kekeluargaan merupakan suatu bentuk tujuan yang baru. Ada misi dan tujuan yang merupakan ibadah penting untuk menyambung kehidupan yang lebih bermanfaat. Sebagai contoh tanggungjawab suami menjaga dan melindungi isteri merupakan suatu tabiat bagi seorang lelaki yang zahirnya dikurniakan kelebihan fizikal lebih dari perempuan. Isteri pula secara emosinya lebih bersifat penyayang akan menjaga makan minum serta kesempurnaan isi rumah yang serasi dengan sifat perempuan yang bersifat lebih teliti dan rajin seperti mengemas, memasak, membasuh, menyapu dan sebagainya.
Tiada insan yang sempurna didunia ini. Maka kedua-dua suami dan isteri memainkan perasan penting dalam melengkapi antara satu sama lain dengan keterbatasan yang ada. Sifat memaafkan dan saling bantu-membantu dalam rumah tangga merupakan satu kunci yang penting untuk mendapatkan kesefahaman dalam keharmonian rumah tangga. Pasangan seharusnya menitikberatkan kekuatan yang ada untuk menampung kekurangan yang terserlah dan tidak memandangnya ia sebagai isu yang besar malah saling baiki dan  bantu untuk menyelesaikan sebarang masalah atau kemungkinan yang akan dihadapi.

Teristimewa buat suamiku,
Menjadi milikmu adalah impianku yang selama detik ini ditunggu. Menjadi suri dihatimu juga peneman untuk mengemudi hari dikemudian hari. Mencintaimu perkara yang mudah namun untuk menjadi yang terbaik untukmu menjadi usaha yang tinggi untuk aku realisasikan dari hari ke hari. Kata orang isteri solehah adalah dambaan setiap seorang suami, dan kini dalam doaku agar dimatamu aku adalah yang solehah walaupun banyak kekurangan dan kelemahan yang ada. Terima kasih untuk hari yang lalu, dan semoga hari yang kemudian ini kita mampu menjadi pelengkap antara satu sama lain. 

Mewarnai kehidupan yang akan datang dengan zuriat yang baik adalah impian kita. Bersama harungi dan usaha adalah keringat yang harus bersama hingga akhirnya. Ingatlah,
tuhan yang genggam doa kita, rahsia ini anugerah Allah yang tersimpan rapi, terlalu tersirat bahkan cukup sulit lalu dilepaskan satu persatu pada saat yang tepat untuk kita miliki. Luasnya rahmat dan esanya dalam percaturan menautkan hati ini bersama lalu nyatukan rasa dengan ikhlas dan penuh kasih sayang yang kuncinya bernama Cinta. Maha agung Allah menghadirkan tautan dalam hati dan orang yang celik mata hatinya, akan memandang setiap perkara dengan pandangan cinta dan keikhlasan. And I see that in you, My Zawji Habibi ❤️

Alhamdulillah 2 Syawal 1430H bersamaan 6 Jun 2019 . All praise only for Allah for blessing me with a happy life, marriages and the wedding of my dreams. Terima kasih istimewa buat Ayahanda Walid, Bonda umi, mak dan abah, adik beradik, ahli keluarga, sanak saudara Nyangda, Nenda, Bonda dan Ayahanda, sepupu sepapat, aunty uncle sister (Jubailian Saudi Arabia) pakcik makcik, kawan karib, serta teman dan sahabat semua yang hadir memberkati majlis kami.
Tidak dilupakan, ucapan terima kasih tidak terhingga kepada semua atas doa dan nasihat yang murni, Semoga setiap itu menjadi keberkatan dan moga semua dalam rahmat Allah selalu 💞.
Sesungguhnya kalam Ayahanda dan Bonda menjadi pedoman tersirat, agar kita sama2 terus dapat mengharungi kehidupan ini dengan sampan bernama “Taqwa”, Insyaallah. Memori indah bersama ini menjadi kenangan bersama🌹🥰







No comments:

Post a Comment