Tuesday, January 29, 2019

The viva voce day

Hari yang ditunggu sudah tiba dan berlalu dengan sempurna dan jayanya. Setelah hampir kira-kira setahun tempoh menyiapkan penulisan research untuk topic master saya akhirnya selesai dalam tempoh 1 jam 20minit. Ini antara satu pengalaman bermakna dan saya kira  ia telah menguatkan lagi semangat untuk terus berusaha meneruskan pengajian ilmu yang tiada noktah dalam perjalanannya.

Apa itu Viva voce?
Viva voce adalah pembentangan ringkas tentang segala penulisan akademik yang dilakukan sepanjang tempoh pembelajaran dan sesi soal jawab.


23 Januari 2019

Pagi itu saya tiba awal di Fakulti Ekonomi dan Sains Pengurusan FESP, Unisza. Memasuki pejabat dan terus dipelawa untuk ke bilik mesyuarat Ummu Atiyyah. Persiapan awal melihat dan memastikan segala dokumen slide selari dengan perbentangan. Saya tertunggu Dr SV saya ketika itu, namun tidak berkunjung tiba. Kemudian masuk Prof Madya Dr Mazuri serta 2 internal examiner Dr Shahrul Ifwat dan Dr Habiburrahman. 


Mungkin dek persediaan saya yang menggunung tinggi, entahlah pagi itu yang kurasa cuma tenang dan semangat untuk sesi viva. Prof Madya sebagai chairman pagi itu memulakan sesi viva dan kemudian menyerahkan kepada saya untuk sesi perbentangan dissertation saya yang bertajuk : An Overview of crowdfunding platform in Malaysia : ATA Plus and Nusa Kapital. 

Saya memulakan dengan introduction kemudian content of my thesis, maksud crowdfunding, cara methodology, summary of important findings both platform, discussion for conclusion dan akhir sekali sesi question and answer. I performed well untuk perbentangan selama 15 minit untuk perkongsian segala input dan info tentang kajian yang telah saya lakukan dalam semester 4 ini. alhamduillah.

Tiba masa untuk sesi question and answer bagi thesis ini mengambil masa agak lama sedikit. Saya jawab satu persatu, dan ada teguran, correction, dan penambahbaikan. Disini sebenarnya examiner amat teliti satu persatu muka surat penulisan kita dalam thesis. Satu bab ditelek dan dimahukan penerangan. Mujur saya dapat mengawal emosi serba salah dan bercampur baur yang kebingungan seketika kerana failed untuk menjawab persoalan yang diberikan. Tapi i would say, this part QnA is the best session kerana kita dapat mengetahui dimana tahap kita sebenarnya. Dimana kelemahan, kelebihan, dan pembaikan yang perlu dilakukan dalam memasuki dunia akademik dan penulisan ini. 

Selesai sesi QnA, saya diminta untuk keluar sebentar bagi perbincangan kecil sesi viva untuk menentukan keputusan viva pada hari ini. Gulp, saya sempat grab my phone dan keluar sebentar. "Alhamdulillah Done viva and waiting the result..." satu status dimuatnaik sesimplenya. Sempat saya membaca text wasap, rupanya Dr Faruk mengirim wasap : 
"Salam. Good luck Habibah,I havent finished with Lawal yet and sorry I couldnt attend your session but i was confident that you will have no problem". Selesai bacaan text, Prof memanggil dan menjemput masuk.

"Kami telah berbincang berkenaan keputusan viva untuk Habibah, dengan semua komen daripada examiner dan menilai, kami bersetuju untuk meluluskan perbentangan viva dengan pembetulan kecil (minor correction) dah Tahniah." Ayat Prof Madya ini sebenarnya sungguh saya syukuri. Alhamdulillah tepukan juga diberikan oleh examiner kepada saya dan selesailah tugasan hari ini.

Terima kasih kepada SV, Dr Md Faruk yang banyak membantu, walid dan ummi serta adik2, family, sahabat handai serta semua kenalan yang terus menerus mendoakan serta berkongsi semangat dalam tempoh 2 tahun dan lebih pembelajaran Master di Unisza. Sesungguhnya perjalanan hidup ini masih panjang dan masih berliku. Jom harungi dengan jayanya. :)

p/s: Correction still on going, dan target selesai dalam masa terdekat. dan submit. kemudian the convo day and i cant wait... heeee. seterusnya, untuk misi seterusnya baru bermula. Teruskan doa utk saya terus kuat dan berjaya untuk menyumbang something utk ummah. TQ.

Surat untuk Viva . Puan Habibah? heeee {ameeennn soon, Insyaallah}
Settle, i chose blue theme with the hope that it will provide positive vibe to everyone i met today.
And Yes! I passed the viva session for my master journey with minor correction. Syukur Alhamdulillah.

Tahniah Ayuni dan Syahira, We made it :)
Love,
Habibah

No comments:

Post a Comment