Tarikh : 14.1.2013-26.1.2013
Destinasi : Mesir
Kos :pakej 250 JD
Belanja shopping : 80 JD
Hari itu, berkira-kira dan berkobar-kobar untuk ke Mesir. Antara bumi Barakah yang aku ingin habiskan masa di usia muda, biarpun cataan hidupku disana buat kali ini di sana sesinggakat 12 hari sahaja. Tetapi ianya cukup OSEM dan terbaik. Alhamdulillah.
Ketibaan kami satu batch 6th gen Ikip-Yarmouk bersama 3 org senior disambut baik oleh travel agen kami, Ust Azli dan Ust Farid. Oleh sebab kuantiti kami yang ramai seramai 14 orang, So dari awal mula lagi kami sudah membuat pilihan untuk pergi bersama travel agen. Ade je, bunyi-bunyi, "mahal kot gune travel agen". "tak payah la, baik gamble sendiri je, lagi best"." nanti tak bebas kot kalau ikot travel agen" . ahaaa, adat la tu, bermacam-macam spekulasi manusia. Ikot hati orang, ade jenis suke gamble sendiri cari pengalaman and ade juga yang suke ikot travel agen je.
Aku? mulanya cuak juga. ehem, nak jimat kan. Tapi piker, sebab suke dgn travel agen. Senang.mudah.simple ikot je gi sana-sini. tapi actually cuak jugak lah kalau tak puas hati^^, ade la sedikit keraguan sebelum tu.Tapi serasenye kali ini, Allah mudahkan setiap urusan dengan utusan due orang super duper 'musyrif' yang osem. (kembang latu kalau bace ni).
14/1/2013 , isnin
Flight kami jam 12.50 pm , tetapi kami sampai di Airport King Alia Jordan jam 10.50-11.00 am camtu. Nampak tak dari awal terserlah keserabutan kami. Settle angkut keluar barang-barang dari coaster, terus berlari cari tempat check in departure. ohhh, berlari macam anak kuda masuk kandang, haha. selesai check in, dapat boarding pass terus ke imegresen, beratur pulak ramai nyeeee manusia nak keluar negara waktu ni. lantak laaaaa, dapat barisan potong je arab, lantaklah. selesai. Tapi masalah jordan la tak siap lagi airport, mudah cakap tak sistematik la. tunggu je la giliran. dan-dan tiba flight ke mesir gate buka, kami orang baru sampai. uhukkk 14 orang wanita ayu berlari lelah-lelah akhirnya terbang juga menuju ke bumi mesir dan kamilah penutup pintu kapal terbang ke mesir kali itu.
Tiba di mesir dengan airport barunya yang cantik. iras-iras KLIA gitu. memang kelas lagi la. hehe. Then dijemput travel agen kami, jejaka osem. haha. okeyla sebab sorang tu kawan lame kiba dulu. naik coaster y ditempah khas buat kami, melihat sekitar pemandangan bandar cairo, sememangnya lebih maju dari Jordan. sistem jalan pun dah nampak maju nya. mungkin atas faktor penduduknya yang padat dan ramai, seramai 90juta sahaja di cairo, tu tak termasuk di kawasan laen alexx, tanto, dahab dan segala bagai yang laen lagi tu.
Hari ni, kami rehat dahulu, esok baru mulakan perjalanan pengembaraan kami di bumi mesir.
15/1/2013 ,selasa
Memulakan pengembaraan seawal pagi jam 8.30 am. Hari ni kami berjalan disekitar cairo. menuju 6 buah tempat, antaranya: masjid Al-azhar, Masjid Hussein (makam saidina husein), Masjid Amru, Masjid Sultan Hassan, Makam Imam Shafie, dan Masjid Ibnu Tolun.Menziarahi setiap masjid yang punya lakaran sejarah dan memori tersendiri. Antara yang saya ingat untuk dikongsi bersama, semua masjid-masjid ini penah menjadi kebanggaan suatu masa dahulu ketika kebangkitan islam di timur tengah. Saya teruja dengan seni bina masjid Sultan Hassan dan majid Rifaie yang betul bertentangan itu. Laluan yang kecil itu jugalah laluan angin yang menyebabkan ketika kami berkumpul di tengah-tengah bangunan masjid itu terasa sejuknya yang sejuklah. huhu.
masjid Sultan Hassan juga dikenali sebagai masjid 4 imam yang didalamnya punyai empat sudut besar untuk setiap pemegang mazhab imam berbincang berkaitan mazhab masing-masing.Budaya ilmu yang ada waktu itu, membuktikan semangat orang islam dalam mencari sinar kehidupan ,insyaAllah. Dikatakan juga, setiap kali solat pula,giliran demi giliran untuk pemilihan imam. And lagi teruje bile masuk bilik kecik, bilik yang direka dan dibina tersendiri yang hebat dimana boleh menggemakan suara manusia tanpa menggunakan microfan sekuatnya. Teruja! Subhanallah, hebat dan uniknya Allah kurniakan idea buat penciptanya itu.
inilah rakaman suara bergema tersebut
Petang itu pula kami dibawa ke City Star. Antara mall yang terkenal dan harganya pun boleh tahan kat area cairo ni.cuci-cuci mate sikit and windowww chopping je. hehe ^^. Malamnya pula menuju ke rumah pegawai pahang , Ustaz Khairul Anuwar di asher. Sedikit jamuan ringkas yang disediakan sempena menyambut kedatangan rombongan daripada pihak kami . Terima kasih ustaz anuwar, isteri beliau kak nurul, dan anak-anak mereka yang selalu sedondon. commel >< .
Seharian berjalan di bumi mesir bnyak kesimpulannya. Jujur hari pertama saya dah jatuh hati dengan negara mesir ini. dengan bandarnya yang hidup nampak pesat dan membangun. Cuma adatlah, berhabuk dan sedikit kotor sahaja. Penduduknya pula terlalu ramai yang menyebakan banyak lapisan susunan masyarakat disini. Pandang ke tepi tingkat rumah penginapan kami, nampak satu keluarga merempat di dalam rumah ala pekerja buruh indon yang kat malaysia tu dengan ampaian kain yang simple. ohh sedangkan sebelahnya itu, kedai baju kahwin and kedai gambar kodak yang sering dikunjungi pemilik kereta-kereta mewah. itulah mesir .
kami di masjid Al-azhar |
16/1/2013 ,rabu
Pagi yang indah dengan masakan mee campak versi MAI's siblings! hehe. Then kami gerak ke Anuar sadat. Dataran yang dikatakan berlakunya pembunuhan Mantan pres anuar Sadat sebelum Hosni Mubarak yang mana mitosnya mencerikan bahawa pembunuh Anuar Sadat itu sebenarnya adalah konco dan idea kepala Hosni juga. Wallahuallam. Bila manusia gilakan kuasa tanpa sebarang rasional, maka segala sesuatu bisa terjadi.
Kemudian kami gerak ke Piramid ciptaan Firaun laknatullah. Raja yang mengaku dirinya tuhan tiada yang hebat selainnya. Konon je la sumer tu^^ . Waktu ni, sharing about kisahnya dalam surah Al-Qosas. banyak isi tersurat yang diceritakan dalam surah tersebut. Ringkasnya, ketika dalam dakwahan nabi musa kepada firaun tetang Allah yang esa, yang layak disembah. Namun, dakwahnya tidak diterima dan terciptanya piramid atas dasar untuk dia melihat tuhan nabi musa sendiri. Namun, setinggi piramid itu juga, niat buruk firaun tidak kesampaian.
di panorama pyramid |
17/1/2013 ,khamis
Pagi ini kami mula bergerak ke luar dari kawasan cairo menuju faiyoum, keluar daerah yang jaraknya mengambil masa lebih kurang 1-2 jam. Seperti kebiasaanya,ammu walid memandu coasternya dengan macho sekali menuju ke fayoum. Daerah kecil tasik qorun, istana qorun dan air terjun mini.
Al-kisah qorun dizaman nabi musa yang Allah berikan nikmat kekayaan yang begitu banyak kepadanya. Tetapi atas kebongkokan dengan harta yang tidak dizakatkan, maka Allah terbalikkan hartanya di tasik qorun. Sebenarnyalahkan, tasik tu sangat besar. sangat besar, dan logiknya kalau dipikir balik, banyak nye harta benda si qorun ni, orang kaya dunia kot. Semua kuasa Allah, hartanya diterbalikkan maka tiada lagi yang tinggal kerana setiap itu azali bukanlah kepunyaan individu tetapi hak milik Allah.
waktu kami bergambar sebentar di tasik Qorun, ade dua orang adek beradek menuju ke arah kami segerombolon sambil menunjukkan rantai kerang yang berwarna-warni dengan hasrat agar kami dapat membeli seutas rantai tersebut dengan harga satu genih. Cantik dan simple sahaja. Aku simpati dengan mereka. truly! waktu itu ketika kami mahu bergerak ke destinasi seterusnya, tanpa sengaja budak itu merayu dan TErnaik ke dalam coaster agar kami membeli rantai itu. Dan sekelip mata, ammu walid menolok dan menolok budak itu yang umurnya lebih kurang 8 tahun itu. Dengan kasarnya, ammu walid menengking budak itu dan memarahinya kerana telah naik coaster nya. Kami terlalu simpati, tapi apakan daya, itu urusan arab. Bagi amu walid,keselematan dan keselesaan pihak kami lebih diutamakan sebab itu dia marah budak penjual rantai kerang itu tadi.
Maka coster berlalu pergian meninggalakan budak itu menagis teresak-esak kerana ditampar ammu walid. so pity! maafkan akak budak si penjual rantai kerang. moga Allah memberi rahmat buatmu, si budak yang gagah mencari rezki.
berhadapan istana Qorun bersama kak nurul, sakinah, dan summayah 'commel' . |
to be continue versi 2...
No comments:
Post a Comment