Hari ini dua hari berturut-turut saya kesejukan kerana dikelilingi makhluk halus yang kecil kelihatan comel itu. Tak tersangka tahun ni, Allah bagi nikmat merasa turunnya salji depan mata. dan keriangan bermain bersamanya.
Tahun ini adalah tahun pertama saya di Jordan, dan hadiah ini cukup memberi saya kebahagiaan merasai indahnya ciptaannya yang tersirat punya hikmahnya. Pada kebiasaanya salji tidak turun membasahi bumi irbid. Bertahun-tahun lamanya. Dan akhirnya tahun ini, Allah izinkan untuk turun di bumi Irbid dan seluruh Jordan.
Menurut org Jordan, salji sudah lama tidak turun di bumi irbid ini, mungkin hampir 5-6 tahun. ade juga yang katekan 7 tahun. Kalau ade pun, mungkin sedikit sahaja katanya dan suasana salji keputihan langsung tidak dapat dirasainya saban tahun disini. Cuma kesejukan yang menemani senantiasa.
Saat ini, suhu 5 darjah celcius :) .
9/1/2013 - rabu
Mahu juga untuk ceritakan disini saat indah pertama saya dengan hujan itu. Pagi itu, sakan kesunyian sesunyi di malam hari, sedangkan jam sudah menunjukkan pukul 8 pagi. pagi itu juga tiada derapan tapak kasut warga penghuni sakan kuning yang kedengaran seperti hari-hari biasa. Masing-masing dengan hal sendiri kerana universiti ditutup hari tu. Exam pula ditangguh. Aku dengan hal sendiri melayan diri untuk terus rehat berselimutkan hirom tebal yang sungguh enak di musim sejuk ini. sejukkkk~~~
Kemudian dalam sedang ralit saya berjuang untuk keluar dari hirom saya terdengar bunyi derapan bertalu-talu kuatnya dari arah luar tingkap. saya terus menerpa ke tingkap, dan menyelak sliding tingkap! masyaAllah salji! SALJI. saat itu, kecoh satu sakan. jeritan budak melayu tahun satu yang sungguh excited dan terkejut. Juga terserlah excited org arab jiran belakang sakan yang jerit keriangan. Semua sungguh gembira.
Saya tanpa membuang masa, pergi berlari ke bilik sebalah rakan saya untuk khbarkan berita gembira ni. Korang... bangunn!! salji turun! salji turun! salji turun! rase macam mak bedah je dok kecoh di pagi hari ketuk pintu satu aras ni nak suruh bangun tgk salji. Jakun kot ^^.
Kami bergembira. mula2 frozen, lepas tu salji betul. tapi besar sikit salji tu. senyappp bumi irbid tiada lagi salji yang turun. Mula-mula firasat je yang rase salji akan turun lagi lepas ni di malam hari. Allah izin, betul-betul turun. Usai solat maghrib, terus keluar sakan untuk bermain salji di tgh padang. Sambutan yang meriah dari seluruh warga irbid! Saya dan rakan2 bermai di tepi sakan bersama anak-anak arab, jiran tetangga.
Benarlah kata-kata : "Sesungguhnya salji ini, mengikat tali persaudaraan manusia tanpa mengira bangsa dan fikrah" . Saya lihat aplikasi yang jelas lagi nyata malam itu. semua bergembira tawa riang untuk bermain salji , membaling sana sini, berlali bersama anak- anak arab yang comel.
Dan malam itu, salji menutup tanah-tanah gersang di irbid ini.
Siang itu, salji turun~ view tingkap dr bilik asrama saya~ |
semakin putih dan putih - kebesaranNYA |
Malam itu, kawan arab tetiba panggil bergambar :) hehe |
10/1/2013 - khamis
Pagi yang penuh rasa gembiranya. Begitu cerah cuaca diluar, begitulah cerahnya di dalam hati. Cerah dengan keputihan pemandangan salji yang mempersonakan. Nikmat pandangan mata yang Allah susun, indahnya!
Pagi itu juga saya berdating bersama roomate sayang berjalan di sekitar Syari' Jamiah dan dalam jamiah sendiri. Menatap pandangan indah disekitarnya amat menenagkan perasaan. SUBHANNALLAhh~ Ya Allah kerdilnya hambamu ini. Halus nya salji pagi itu sepersis halusnya kapas. Permandangan yang cukup indah. Alhamdulillah.
Petang itu pula, berjaulah ke Ajloun bersama keluaraga kawan arab saya, Shaymaa' , semoga Allah merahmati keluarnya selalu. cukup bersederahana dan baik sekali. Kami seperti keluarga bermain bersama-sama adeknya yang sungguh nakal tapi commel.
Bermain dan bermain, exam hari itu ditangguhkan lagi. pada hari ahad! - maka saya bergembira dahulu. huhu. sebenarnya, penat je maen salji ni. berlari-lari dan bermain baling-baling gumpalan ais itu tersangat la penat. Tapi kegembiraan disitu adalah kurniaan Allah. Terima Kasih Allah.
#picture di pagi hari bersama roomate#
ini dekat student centre~ |
mine and aisya |
i love this picture . Marwa and aisya |
Saje- Aisya jadi model saya :) |
Sarapan di restoren jamiah. tapi tutup, so kiteorg beli makanan dekat restoren abu mahmud je. |
Tak pasai2, kenal kawan arab dari Yaman |
Aisya play with the snow |
i'm Yarmouk Student . . . # Petang hari bersama Shayma' dan keluarga# |
gambar bersama adek2 shayma ' |
11/1/2/013 - jumaat
Kali ini, saya masih tidak jemu untuk bermain salji. join pulak JeJOIY 2 bersama teman-teman IKIP batch 6 yang disayangi. Kami berjaulah di ajloun lagi. Salji tidak turun dah lagi, tapi permandangan salji puteh maseh seronok dinikmati.
Bile salji turun lagi, pasti saya ke Ajloun lagi untuk menikmati saat - saat indah disini :)
Syukur ya Allah~ HsabiyaaAllahu wa neemall wakeell~
IKIP-ians batch 6 ^^ |
Sampai sini dahulu entry saya! . hari ahad ade exam final Asalaib bahas . fuhhhh, tak sabar nak habes exam! tu je kijernye. hehe
Oke! published. ^^
No comments:
Post a Comment