Monday, December 17, 2012

kapas yang bersih

cinta itu bersih...
umpama kapas seputih warnanya...
aku cuba menjaga dan menjaganya...
hingga akhirnya ia pernah dikotori, dicalit oleh cat jalanan...
tersimpang jauh sehaluan...

zuupp ia hadir dan terus hadir...
mewarnai hidup lakonan sandiwara semata...
yang asyik nan mamai...

Tika sang cinta hadir masih dirungkaikan...
sertai terus tanpa pilih kasih sayang...
cukup bahagia dan disyukuri...
mengatur putaran kembali...
menyuci kapas sebersihnya...
agar bersama dapat digunakan dan dibawa ke akhirat...
menjadi saksi sang bidadari disana yang hakiki...
dan aku meredhoi... 

*************************************************************************************

Banyak sangat berita orang kahwin sekarang. ohhh cepatnya masa berlalu dan pantasnya peredaran umurku berlalu. Dulu masih bermain tali getah zirofain kat taman bersama dia. Kadang pula bermain kerja-kerja, lakonan semata di dunia itu, "oke saya jadi doktor dan awak jadi pesakit ".

sambung lagi : " ubat ni makan 2 kali sehari selepas makan. lepas tu, kalau awak rasa ade pape masalah terus datang jumpa saya ya ." ahhhh. kisah lame, dahulu kala umur angka sa lagi waktu tu. Sekarang semua dah besar panjang, remaja dan kearah remaja lain.

dedicated to :
kak munirah mohammad  nasri dan suami,
semoga ikatan terbina diberkati Allah selalu :)



No comments:

Post a Comment