Sunday, February 3, 2013

sem 1,tahun 3

Sem 1, tahun 3 dalam kenangan. Result yang allah ganjarkan pun dalam kenangan. Syukur padamu atas peningkatan setelah penurunan sem demi sem yang lalu. Tiadalah kuasa yang mengubah segalanya melainkan kurniaan rahmatmu segalanya.

Aku ceritakan dulu sewaktu sem1 tahun 1 , aku punya result gempak. unexpected that is my result. Allah izin, kurniaannnya. Aku ingat saat itu, saat pengumuman result pertama aku sewaktu di kolej lama, kami berkumpul dalam kelas panjang bersama-sama senior. 5 orang secara bergiliran di panggil ke hadapan untuk diberitahu result sem itu. Oleh kerana slip exam tidak siap lagi, maka yang kami dapat lihat hanyala angka nombor yang boleh diamanati sekelip mata selama 2 minit seorang.

Ahh, dah tiba masa aku ke hadapan. Bismmillah, langkah gagah ke hadapan bersama lima kawanku yang lain, iaitu: anis afi, amira balqis, anis shakiran, afifi dan aku. Aku cume perhatikan mecatit di kertas putih sekadar pointerku dan pangkat yang diperoleh. Lihatku kali ini sambil berkira-kira lagi. "result saya ke tu? " ohh! tak percaya. tak percaya!

Siap! and then terus keluar kelas itu, berlari turun bawah menuju ke surau kecil di aras pertama. Masyaallah! itulah result kau bib! sujud syukur ku panjatkan atas nikmat yang diberikan. terima kasih semua pensyarah yang banyak mendidik diriku yang nakal ini.

Sem demi sem dialalui. sem 2, sem 3 dan sem 4 di Ikip. Aku diuji dan diuji. Sem demi sem jugalah result aku menurun. sedikit dan sedikit menurun. ohh aku tidak mampu lagi untuk menerima semua ini. Apa ujian ini selepas nikmat yang diberikan? 

Suatu hari, aku menangis sambil mengkhabarkan berita duka bagiku itu kepada bondaku. Aku masih ingat. dengan tenang bonda berkata : "Tahniah! bersyukurlah. Ummi tak kesah anak ummi dapat berapa result, yang penting result akhlak kena tinggi." Di sebalik duka ini, sebenarnya ada yang lebih duka andai aku tidak baik result akhlak. Subhanallah! hari itu aku rasakan tamparan hebat. Syukur apa-apa yang diganjarkan Allah. Ada hikmah yang terselit.

Hari ini, saat kita diberi kekuatan, mari kita mensyukuri setiap ujian yang dihadiahkan. :) 
moga Allah redho segalanya. Berkatilah segala ilmu yang diberikan ini, moga iakan menjadi bekalan di akhirat kelak. 

Selamat datang sem2,tahun 3!
how big you are now! ~~

No comments:

Post a Comment