Thursday, April 14, 2011

tabir Allah atas kaum muslimin

salam alayk semua...
sekadar sedikit perkongsian di malam hari ini. sungguh melalui detik2 kehidupan yang penuh cubaan...
namun sifat tuhan yang pengasih sentiasa tidak terlepas pandang pada hamba-hambanya.

"Daripada Shafwam bin Muhriz al-Mazini berkata,:
"Ketika aku berjalan bersama Ibn Umar r.a. bergandingan tangan, 
tiba-tiba seseorang menghalang seraya bertanya:
'Bagaimana anada mendengar Rasulullah s.a.w. berkata tentang al-najwa  (bisikan).'
Dia menjawab: ' Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
" Allah mendekati hambanya lalu meletakkan tabir-Nya atasnya dan menuturinya lalu berfirman,
'Apakah kamu mengetahui dosa yang demikian,
apakah kamu mengetahui dosa yang demikian?"
'Dia menjawab: ' Ya,wahai tuhanku .'
Hingga ketika dia mengakui dosa-dosanya dan menyangka bahawa dirinya binasa,
Allah berfirman: 'Aku menutupi kesalahan-kesalahan didunia dan mengampuninya
untukmu pada hari ini.'Lalu diberikan buku kebajikannya."
"Adapun terhadap kaum kafir dan munafik, 
para saksi berkata, 'merekalah orang yang mendustakan Tuhan mereka.'
Ketahuilah bahawa laknat Allah tertimpa atas kaum yang zalim."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

*dipetik daripada majalah sOlusi*

No comments:

Post a Comment