Sunday, April 3, 2011

kOmpang di chini!

salam alayk li jami' sOdiqi.sObahunnur,wa insYa3llah tushbehna ala khOir kulli ahadin...
Alhamdulillah,kalimah yang tidak terhingga dipanjatkan setiap hari,dikurniakn bertubi2 nikmat sehingga kini. Dari saat ke saat,minit ke minit,jam ke jam,hari,ke hari,minggu ke minggu,bulan ke bulan dan seterusnya. Pencipta yang masih menghidupkan kita dalam rOh islami yang cukup istimewa dijadikan sebagai wadah seharian dalam hidup kita.

Semalam,saya berkesempatan menghadirikan diri ke sebuah majlis di Chini. Majlis Perjumpaan PIBG SMK Chni 2.terkejut tak?? tetibe jer saye pergi majlis ni,nak kate cikgu bukan,nak kate saya pernah jadi murid di sekolah itu,lagi lah tidak jugak. Nak dijadikan cerita, Kami membuat rOmbongan,rOmbongan untuk memprOmosikan kOlej kebanggaan hati naluri saya KTD! sentiasa tersergam indah di mata hatti saya.

Saya bersama rombongan Pc BAshir, pC razali MaarOf,ustaz zul KTD,k mun,n farhah. Pergi dengan tujuan untuk mempromosikan kTd lah memandangkan rata anak2 felda chini di sini agak ketidaktahuan akan pentingnya ilmu di masa hadapan.dengan niat memberikan pendedehan serba sedikit akan jalan masa depan kepada mereka.

Namun segalanya bertukar, 360 darjah. pusing!..tahu kenapa? sampai2 rombongan kami disana, kami disambut meriah! aiseymannnn...meriah sangat kOt.dengan kOmpang nyer.saya yang duduk kat berisan belakang pak cik2 tu...cehhhh buat2 la macm orang besar jugak (padahal malu nak mati). Takpelah,farhah kate,pengalaman bib! At least pernahlah jugak orang sambut mcm ni kat kiter.Padahal tumpng sekaki je pun.

Seusai pihak sekOlah menjemput kami menikmati hidangan jamuan ringan pagi itu, kami diiring untuk ke masuk ke dewan ibnu khaldun SMK Chini 2 itu, untuk majlis peramian hari mesy agung pIBG n hari kecemerlangan mereka. Pc Razali yang jadi perasminya, waaaaaa..dier punye talk,sungguh mantap! setaraf lah ngan pM kOt.iNsyAllah. Bak kate k mun, Pemimpin beginilah islam mahu lahirkan. yang prOfesional seiring mampu terjun dalam kOmuniti masyrakat agar roh islami turut dirasai sedalamnya.

Dalam bicara pC razali, Point yang ditekankan sOal kekeluargaan. Dikhabarkan berkenaan stastik jumlah anak luar nikah yang dikeluarkan oleh JPN pada 2000-2008 iaitu berjumlah 257,093 orang! MasyaAllah. Ramai2,memang ramai! Apa sudah terjadi dengan anak muda sekarang? Apa puncanya?Apa silap ibu ayah yang mendidik? Apa silap guru yang yang mengajar?dimana silapnya? ini masalah UMMAH katanya.

saya tersentap! memikirkan cOrotnya remaja kini.hIdup berfoya2,tiada matlamat,diri begitu mudah dijaja. sOal nya? apa puncanya ini? jawabnya: CINTA. kuasa cinta sungguh hebat!lebih hebat dari kuasa eletrik! menerkam perasaan pasangan nan indahnya cinta itu. Namun pabila saat sudah terlanjur, semua lepas tangan. sang lelaki dengan egO nya tidak mengaku,akibatnya,sang perempuan itulah terkapai. tersempit antara pemikiran mahu digugurkan atau diteruskan.

Inilah hakikat.hakikat kehidupan sekarang mendepani kekangan2 yang tidak tahu akhirnya dimana. Sedih juga takut hati ini, marilah kita sama2 sentiasa memohon agar Allah sentiasa memelihara jiwa2 remaja kita,agar terus thabit dibawah pelindungan nya,jAuh dari maksiat.segala maksiat !

Jadi apa perlu buat? sedikit pandangan hati ini ingin dicoretkan disini. jOm2! Lets kita refresh balik zaman RAsulullah. Rumah dijadikan institusi pendidikan. Segalanya dipelajari di situ, bagaimana peranan baginda sebagai ayah,sentiasa menjadi suri tauladan hebat yang secara tidak langsung telah menjadi rOle mOdel di mata anak2 baginda. Sedankan isteri2 baginda juga, pasti hikmah dalam setiap perkara. iSh best nye! aku impikan begitu ! wOooaaa..ok2! nak jadi gitu gak laaa...(berangan biler aku didik anak2 nanti, Moga allah mmberi keberkatan kpd mujahid2 itu nnti) ameennn=)

Akhirnya. teringat firman Allah dalam quranul karim: "Peliharalah dirimu dan keluargamu ari api neraka" .
Cukup kah kita bersiap untuk menyelamatkan mereka? atau sekadar membiarkan insan sedarah daging dengan kita dimamah api neraka Allah(nauzubillah). jOm la... mari lah kita sama2 tingkatkan usaha agar dari hari ke hari kita dikurniakan Allah segala macam kekuatan jasad dan rOhani. mOga Allah redha kalian.

No comments:

Post a Comment