Saturday, April 23, 2011

remembering 5 itu

salam layk duhai sekalian. MOga sentiasa dicucuri rahmat hendaknya.

Dlam mengejar kesibukan seharian, seorang muslim haruslah sentiasa ingat akan tanggungjawabnya untuk menunaikan sOlat 5 waktu, bermula subuh,zohor,asar,maghrib,dan akhirnya asar. Perkara pertama asas ditanya nanti di yaumul akhirah. ummi selalu berpesan,5 waktu ni lah kene jaga. Tanggungjawab hamba yang tidak akan terlepas walau dimana sekalipun dia berada.

Solat tiang agama! Bagaiamana ingin binakan rumah yang kukuh tanpa tiang yang menjadi satu konstraktur untuk terus gagah binaannya? Insan seperti kita juga begitu, anologikan solat ini tiang, tiang pengukur dalam kita nak bina rumah, dalam erti kata lain merupakan tunjang untuk kita menyempurnakan hari2 kita. Maka sudah pasti hidup tenang kan menyapa mereka yang ikhlas melaksanakan ibadah pada tUhan.




Namun suasana berbeza! berbeza bila hari2 aku di kOlej. Dalam beratus-ratus student kat kolej, kondisi surau tetap begitu. kadang suram begitu sahaja. Tidaklah berniat untuk menuduh mana pihak yang  mungkin meninggalkan sembahyang. Namun inilah hakikat! tak tersangka juga. Semalam baru saya berbual dengan member asrama. rapat2,kadang berbual2 kosong, sambil itu, saya bertanya: sOlat cam ner? pernah tinggal?
mUlanya terdiam juga. jawabnya: "bib..... semalam pun tak penuh. busy!tak dan! subuh lagi tak terbangun".
Apa pandangan anda? Saya hanya tersenyum. nak marah pun, aisyyhhh taleh2! um,sedikit nasihat yang aku kongsikan padanya " awak, hari2 kita kadang amat busy, kita hamba. tiada tempat yang berhak mengadu melain padanya. Solat perlu dijaga, lepas ni try untuk solat walau sebusy mane.bib akan terus sokong awak ok? hidup kat kolej ni mesti pandai arange masa.". Sya berharap sedikit ini, meransang dirinya .

beginilah, saya petik dari blog orang lain, antara 8 tips menjaga solat kita:

1) Tingkatkan kesedaran tentang peri pentinya sOlat.
2) Berkawan dengan mereka rakan-rakan yang sentiasa menjaga solat.
3) Lets lawan nafsu sedaya mungkin. fighting!
4) Ingatlah ganjaran pahala orang yang menjaga solat.
5) jangan tido lewat taw! nanti senang la nak bangun subuh.
6) Ingatlah mati.
7) set kan minda, time nak masuk waktu sembahyang , kene sembahyang dulu ni.
8) Akhirnya, doa pada Allah mohon hidayah dan kekuatan.

ok.=)



No comments:

Post a Comment