Tuesday, January 29, 2013

cuti winter - mesir versi 2

Catatan peribadi jaulahku bersama teman-teman IKIP ke bumi mesir bersambung disini.

18.1.2013 - Jumaat
Hari ini kami gerak menuju ke utara mesir .fuh, jaraknya jauh jugak sebenarnya lebih kurang dalam 6-7 jam macam tu. Jalan kat mesir tak sama macam jalan kat jordan. Kalau di Jordan jalannya banyak bukit bukau . Di Mesir pula Jalannya straight forward je, mendatar je. Nak tidur pun memang nyenyak je, tapi kalau dah lame sgt pun lenguh jugak badan ni sebenarnya. Puncaknya misi kami kali ini untuk menawan Gunung Sinai.

Dalam perjalanan , banyak tempat yang kami singgahi sebelum sampai ke destinasi itu. Antaranya, kami melawat uyun musa iaitu telaga nabi musa yang diceritakan antara mukjizat nabi musa setelah ketukan tongkatnnya pada tanah dengan batu menyebabkan terkeluar air ketika bani israel dalam kehausan. cerita lebih saya kurang arif, tapi mmg ade banyak telaga di kawasan tersebut.

Kemudiannya pula kami menuju ke kubu israel. bekas kubu israel zaman dahulu ketika peperangan antara tiga negara nak merebut salah satu tempat kat area mesir kawasan situ. mistaken forget all the fact. sory! tapi, yang ingat nye sejarah bagaimana dijumpai kubu itu ialah begini alkisahnya. Pada mulanya, kubu itu tidak dapat dicam dan diketaahui umum keberadaaannnya disitu, tapi at same time, bnyak bom2 yang keluar. So, semua tercari-cari mane puncannya bom tu la. Then, seorang ulama mesir dapat mimpi untuk menyimbah air kawasan kubu tersebut. Maka diketahui umumlah kubu yang tersorok itu.

Lawatan ke kubu israel itu bukanlah tanda saya sokong pada israel, tetapi sebagai ibrah, mungkin dapat ketahui yang canggihnya peralatan yang digunakan pada zaman itu untuk melawan musuh . dan sekarang?  who knows,lagi canggih bukan? 

Perjalanan kali ini kami merentasi terusan suez yang mana menjadi laluan pedagang untuk berdagang. Sejarah saya tak A+ pun, tapi setakat yang ingat penah belajar sej form1 dan bile rase yang kita lalu antara laluan terusan suez tu mulalah rase tak caye, macam mane terowong tu yang kami lalui atasnya adalah terusan tu. how cant i imagine that condition. Wallahuallam. 

Dah petang kami sampai di Taba. yang mana kat sini la kiterog dapat lihat 3 negara dari hujung mesir tu. mula-mula negara haram Israel, sebelah sikit Aqoba, Jordan dan tepi sekali Arab Saudi (  nak balik rumah! :[ ) . Sebenarnya, baru saya perasan yang tempat peranginan kat Mesir banyak je sebenarnya. Tapi mungkin faktor kawasanya jauh dan sangat luas, sO tak dek org nak bangunkan kawasan tu.kami singgah sebentar disini sembahyang.

Nak cerita jugak, sebenarnya waktu ni musyrif kiteorg denda kiteorg tak bagi makan. hoooo lapar lapar lapar. tapi sengaja buat-buat jadi budak 'baik + sopan' sikit. tahan sabar dan tetap sabar. Kalau diorang tanye, kiteorg jawab je boleh tahan lagi, tapi masing-masing kat belakang ni macam dah gestrik kot. Memang la, kiterog just makan pagi tu, tengahari tak makan kot. waktu tu dah nak pukul 7 mlm, dan2 pulak travel dalam coaster je, memang lapar la.After siap sembahyang, bile mula perjalanan je, dah tak tahan. Lapa! haha. so, akhirnya, Alhamdulillah kami dapat menikmati nasi berlaukkan ayam yang memanggggg sampai menjilat jari. Best sgt! gurlp-kenyang bising dan tido.

Malam itu kami sampai di hotel untuk rehat sebelum pagi itu untuk menaiki gunung sinai. kelas la hotel tu. ala kadar tapi oke la. eh, tak tahu nak comment ape. selesa la. Berehat sampai terlelap dan terjaga pada jam 12 mlm.


Berada di uyun Musa, telaga besar
19.1.2013 - Sabtu
Aktiviti pagi ini dikenali sebagai slot pengurusan diri.Tak paham kenapa lah dinamakan slot pengurusan diri sedangkan naik gunung sinai je kot. Oke, kebiasaannya gunung Sinai didaki pada waktu malam. Kami memulakan pendakian kami pada jam 1.50 am . Mulanya bersama-bersama dan bersama , tidak terpisah group kami. Tapi akhirnya, bila pengurusan diri tak stabil kot kami terpaksa berpecah. dan terciptalah 3 group.

ikot stamina masing-masing kami mendaki. mencabar jugak naik GUnung ni.7km pergi dan 7 km balik equal= 3kg turun. ahhh, lantaklah. tapi nilah motivasi yang ust azli selalu ketengahkan untuk menaikkan semangat kami, saya  je kot. Tapi jujur memang penat. GUnung sinai kali ini ade salji. Maka terserlah keterujaan musyrif kami untuk bermaen snow dan terciptalah snowman kecil... naik-naik semakin sejuk dan sejuk.

Lastly syukur, kiteorg sampai ke puncaknya.yes! we all win~ dalam kesejukan kami gagahkan diri menuggu sang matahari munculkan diri nya. Subhannallah begitu indah nan saujana pemandangan yang dihadiakan Allah melihat matahari terbit menyeluruhnya. ohh cantik keoren jinggaan. Subhannallah.Subhannallah.Subhanallah.


Akhirnya, berjaya semuanya!
Rata-rata yang menaiki gunung ini, bukanlah org islam je. tapi pelbagai agama dan manusia. Seingat saya , trip saya bertembung dengan pelajar malaysia Cairo, org Korea, mat salleh, india pun ada mari. Dan sebenarnya, terkilan juga sebab kat situ juga ade church,tapi surau pun ade je. Dan guess what? Badly,church lagi besar dari surau. tape la, nak wat cane. yang pasti nikmat kekuatan stamina untuk menawan misi pendakian gunung Sinai berjaya. Ade la kait jugak dengan pengurusan diri, sebab dapat urus diri dan kawal emosi berjaya naik dan turun gunung yang curam itu dengan selamat. Done! "go zunah go!" says us farid pada anak murid kesayangan.  hehe^^


Berlatar belakangkan matahari yang baru terbit. Subhanallah.
Sang matahari munculkan diri,
Kami turun dengan selamatnya dan ais-ais salji mencair dek mentari teriknya seawal jam 8am. Then kami balik hotel, tapi haha. lawak memang tak lawak tunggu ammu walid berejam rupenya kalau jalan kaki nak ke hotel , pui tak sampai 5-6 minit je kot. aduiii amuu walid buat spoil btol waktu ni. 

Jam 11am kami bergerak menuju ke Pantai Dahab, kawasan peranginan yang best! saya suke. tapi on the way tu kiteorg singgah kejap ke tempat lembu samiri, makam nabi HArun dan makam nabi Soleh. mula-mula tempat lembu samiri? ape itu? , ini adelah ukiran batu lembu samiri yang ade kisahnya salah seorang  kaum nabi musa yang menjadikan batu lembu samiri tu sbgai tuhan. Sebab time tu, nabi Musa bermunajat di gunug Sinai selama 40 hari 40 malam. 

Hikmah pendakian gunung Sinai itu menunjukkan kuatnya Nabi Musa ketika itu untuk beribadah kepada Allah, nabi Allah musa boleh, kita pasti boleh. Dan ketika inilah, Nabi Musa mahu melihat wajah Allah, Tapi kuasa Allah lebih esa. Hatta bila nabi Musa diberikan masa untuk bercakap dengan Allah pun nabi musa dah pengsan. Itu baru dengar suara tanpa melihat wajah dah pengsan. Kuasanya Allah mengatur setiap urusan manusia seharian. 

Then kami sharing sedikit dalam coaster Kisah Nabi Musa, Firaun dan sekitarnya dengan Mesir. Mesir bumi barakah. Tokoh demi Tokoh yang mewarnainya. Sejarahnya pun banyak yang dapat diteladani. oke.time to sleeppp~ penat. tido dan tido dan tido. Tinggallah amu walid berseorangan manjadi pemandu yang berhemah. Tapi tak keseorangan pun, asyik bergayut je! hampehhh~ huhu.

Bangun-bangun tido dah sampai Pantai Dahab. terjaga pun sebab klon maher zain punya pasal yang kecoh sgt. Check in hotel Penguin. Petang itu kami jalan-jalan naik glass bot. melihat ciptaan lautan yang kebiruan.cantik! seriously cantik! ikan berenang dan rumpai laut menari keriangan. ohhh so beauty. kami dibawa oleh kawan ammu walid a.k.a klon maher zain berjalan-jalan di kawasan dahab. 


ade gaye maher zain tak?
sebab tu dye ni klon maher zain =_=
bersama amu walid yang Smart! ~
balik dari naik glass bot, kami menikmati makan malam seafood! yummy, sgt delicious. Alhamdulillah dapat makan makanan laut yang banayak dan sedap-sedap semuanya. Malam pula, time for shhoping. tak shooping pun, saya window shopping je. hehe.jalan-jalan menghirup udara segar. Tapi nak cakap, kat Dahab ni kan, Actually best sgt kalau nak dijadikan destinasi honeymoon. nanti saya kawen, saya nak ajak suami saya kesini lagi. lol! ade sape-sape nak ikot? hehe.^^ cc : senior saya yang "berdue" take noted k. 


Pilih la  yang mane nak . hehe ^^


20.1.2013 - Ahad
Jumaat pagi yang indah nan romantik bersama dik mai. Kami berdue berjalan berdue sekitar gigi pantai menikmati permandangan pagi di pantai Dahab sebelum alkisah dikejar anjing-anjing yang berlambak kat situ. ohhh so scary! biler time kiteorg nak snap gambar, tetibe anjing datang nak pose picture juga, agak la kan! kiteorg menjerit sekuat hati, dan zunah tegur, "oii korang jerit dengar satu hotel, semua boleh terkejut pagi - pagi ni kot" . hehe.

Breakfest ala-ala barat, then gerak pulang menuju ke Cairo, rumah penginapan kami di Rupala. on the way tu, kami singgah satu masjid (tak ingat nama) tapi dekat SharmEl-Sheikh. best sgt masjid tu, cantik dan bersih! tahniah~ hehe. Then kami gerak ke Souk Sharm El-Sheikh. Ahakkssss~ rambang mate. Cadangan kpd sesiapa yang meminati barangan leather, mesti singgah kat sini. ahaaa memang berbaloi, tak rugi pon. malahan, mmg seronok. 3 jam bershopping pun still tak sempat, sebab kena warning dengan cg Disiplin je selalu. huh.

Petang tu, kami gerak ke cairo dan malam kami sampai . Yang best malam ni, sebab kiteorg dapat makanan special masakan org indonesia. nasi dengan ayam bakar berempah. Alhamdulillah! kenyang. 


21.1.2013 - Isnin
Kalau diikotkan jadual, hari ini kami berehat (cuti) seharian. Tapi, tak boleh duduk senang, kiteorg request nak pergi jalan2. Sebelah petang nya, kami dapat merasa untuk menaiki tren bawah tanah buat kali pertamanya menuju ke Hadiqah Yabaniyyah(Taman Jepun) . Perjalanan kami kali ini, tanpa coaster ammu walid , tetapi berdikari merasai naik tren yang padat dgn orang arab. Bertolok-tolak untuk lepas naik tren tu. Ade orang cakap, kalau melawat mesir tapi tak merasai naik tren ni tak seronok langsung. dan mmg truly dapat merasai  keadaan orang mesir merebut-rebut sebelum pintu tren tertutup kemas.

Kami sampai di hadiqah, bergambar, jumpa budak-budak kecil bermain dan pulang. Pengalaman yang seronok dapat berjuang untuk naik tren! group saya berlawan,dapat pulak kawan saya kurus kering duduk depan sakali. Ops sory! saya memang kena tolak korang sekuatnya sebab saya duduk belakang sekali. Sehabis tenaga saya tolok sampai mama arab tu dye marah, sabar laaaa! bagi aku turun dulu. Lantaklah~kalau tinggal saye sorang-sorang kat stesen tu lagi baik kena marah... berapa saat, tup tertutup! padat-padat bercampur-baur dengan org arab waktu ni. Tapi, alhamdulillah semuanya selamat dengan pantauan 2 ustz Osem yang bajet macho tu. Kenangan. . . 


Di hadiqoh Yabaniyyah . . .


kenangan yang tidak bisa dijualbeli


to be continue versi 3 . . .


1 comment:

  1. memang da best la ur story.. like it.. cepat2 continue..(xcited lebih plak..hoho)
    n u know wat..it looks like i tunggu smbungan novel online plak..hoho

    p/s:tolong jgn bangga diri..^__^V

    ReplyDelete