Bismillah,
Saya memohon maaf atas kesalahan yang telah saya lakukan kepada semua.Begitu juga di pihak diri ini memaafkan segala kesalahan sahabat.
Taqabbalallahuminna waminkum
Berkata Amirul Mukminin Sayyidina Umar Bin Abdul Aziz ra:
ليس من العيد من لبس الجديد
ولكن العيد من تقواه يزيد
Bukanlah Aidilfitri itu bermaksud orang yang memakai pakaian baru,
Akan tetapi Aidilfitri itu bermaksud "bertambahnya Taqwa seseorang kepada ALLAH swt"
Bersabda Rasulullah SAW:
“Barangsiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan kemudian diikuti pula dengan berpuasa selama enam hari di bulan Syawwal maka ia adalah seumpama berpuasa sepanjang tahun” Hadis riwayat Imam Bukhari rhm dll
Tulis pesanan ini di dalam catatan hidup kita:
"Aku hanya mengucapkan selamat tinggal kepada Ramadhan,tetapi aku tidak mengucapkan selamat tinggal kepada amal ibadah di bulan Ramadhan, bahkan aku perbaharui dan memperkuat lagi ikatan janjiku dengan Allah SWT"
Kita ada 5 perkara yang paling besar yang hanya diberi kepada orang yang berada di atas jalan dakwah ini:
1. Kita mempunyai sebesar-besar matlamat:
ALLAH SWT.
2. Kita mempunyai sebesar-besar kewajipan,tugas dan tanggungjawab:
1. MENYEBARKAN RISALAH ISLAM,
2. MEMIMPIN DUNIA DAN MEMBIMBING MANUSIA DENGAN AJARAN ISLAM.
3. Kita mempunyai sebesar-besar kekuatan,kemampuan dan tenaga:
IMAN DAN UKHUWWAH
4. Kita mempunyai sebesar-besar ujian dan cabaran:
UJIAN SEPERTI PARA ANBIA’ DAN ORANG-ORANG YANG MENGIKUTI MEREKA
5. Kita mempunyai sebesar-besar ganjaran dan pahala:
1. SYURGA SELUAS LANGIT DAN BUMI,
2. MENDAMPINGI SEBAIK-BAIK TEMAN IAITU PARA ANBIA,PARA SIDDIIQIN,PARA SYUHADA’ DAN PARA SOLEHIN,
3. SELAMAT DARIPADA AZAB API NERAKA
4. GANJARAN YANG PALING BESAR IAITU MENDAPAT KEREDHAAN ALLAH SWT
Mari kita memperbaharui kembali iman kita ini.Semoga kita sentiasa dikurniakan hidayah dan taufiq daripada Allah swt.amin.
Tazkirah di malam hari.
Sharing by AMIN, ;) terimakasihh...
No comments:
Post a Comment