Wednesday, November 14, 2018

Bagaimana memulakan penulisan thesis

Sejuknya library Unisza ini pasti dirindui. Lajunya jaringan internet di sini juga pasti menjadi ingatan selamanya. Selama 10 bulan berhempas pulas menyiapkan thesis dissertation paper diri ini pasti membuahkan kenangan manis untuk diingati. Katanya orang boleh siapkan dalam masa 3 bulan sahaja. Namun, lain berbeza dengan ini yang terlajak masa persiapan hingga ke akhirnya. Dalam 10 bulan juga ini antara yang tidak dilupakan kerana waktu ini saya dapat mengembara ke Thailand, China, Singapore dan Sabah. Sudah tentu masa yang dibahagikan untuk membaca tidak konsisten sehingga terlebih masa penulisannya :p, kaki travel biasalah hehe.

Walaupun selama mana kita mengambil masa untuk menulis, jangan rasa kita terlambat. Masa ketentuan itu telah ditetapkan. Aturan itu telah ditakdirkan. Dengan usaha dan semangat yang kuat pasti realisasi untuk siapkan thesis itu berjaya. Kisah diriku ini mungkin berbeza dengan keadaan universiti masing-masing. Alhamdulillah walaupun kelewatan, Unisza still memberi peluang untuk siapkan atas sebab dalaman yang juga masih baru untuk pengurusan siswazah Master kewangan islam disini. Mungkin di Universiti lain, sekiranya sudah lebih daripada masa sudah tentu ditolak dan disuruh untuk tukar Tajuk thesis atau supervisor. 

Waktu yang terhad menyebabkan penulisan aku sedikit tergendala satu persatu menjadikan proses penuh persiapan akhirnya menjadi lambat. Disini saya kongsikan beberapa tips bagaimana memulakan penulisan thesis walaupun sibuk dengan hal lain (seperti travel, kerja atau pengurusan rumah tangga) :


  1. Fahami tajuk kajian dan skop yang ingin dikaji. Sebagai contoh, saya mengambil dua syarikat sebagai kajian kes. Walaupun tidak memahami secara menyeluruh lagi, info umum tentang kedua syarikat ini sentiasa menjadi permainan dalam senarai google pencarian sekiranya saya melayari internet. Umumnya, beberapa info santai dibaca dan diamati walaupun ianya hanyalah sekadar bahan berita di portal akhbar. Disini kita dapat mengetahui secara imbas lalu dan memupuk minat terhadap pengetahuan umum tentang kajian yang dikaji.
  2. Start satu masa untuk mencari bahan. Sebagai contoh, seminggu lebih saya hanya ke library melayari acces internet free di ruangan komputer dan informatif untuk mendapatkan bahan thesis, research paper dan kajian lepas. Untuk lebih produktif, kumpulkan dan download pdf sebanyak mungkin kajian lepas untuk 5 tahun yang dahulu. Walaupun tidak membacanya hari ini, tapi kita pasti kene kira macam akan bacalah nanti sebab nak dapatkan pemahaman yang mendalam. So, kiranya kalau dalam 50 tu kira okay, dapat lebih lagi okay. Ataupun limit satu hari kene dapatkan 15-20 article/thesis kajian lepas. cuma ingat: kajian jangan terlalu jauh daripada fokus tajuk yang dipilih. Biasanya boleh cari di laman sesawang portal universiti sendiri, Google Scholar, Emerald dan bermacam lagi. Kemudian, depands nak print out atau simpan dalam lattop/ipad. Saya lebih proaktif membaca dalam kertas, so saya print semua kertas (sebenarnya pilih-pilihlah yang pariority.)
  3. Baca-baca-baca. Yang ni biasa lah, kadang rajin, kadang malas. tapi once ade mood jangan lepaskan peluang. Waktu ni memang kena betul betul tekad untuk buang dulu segala rasa kesulitan dan kepayahan. Kerja sekarang cuma baca, fahami segala bahan bacaan yang kita dapat. Kalau ade pen colour2 tu boleh conteng, boleh keluarkan point penting, boleh highlightkan dulu. Kumpulkan ayat dan point penting untuk dimasukkan dalam subtopic thesis nanti. 
  4. Mulakan menulis. Sebenarnya masa tempoh pembacaan dah boleh mula untuk menulis kerana kaitannya cukup dekat. Mulakan dengan bab1. Contoh Bab 1 adalah introduction. Antara yang penting adalah: background of study, problem statement, research question, objective of study dan significance of study. So, tulis dan konklusinya dalam 20 muka surat misalnya. Bagi saya untuk bab 1 adalah paling mudah kerana kita dapat merujuk kepada bahan thesis yang lain kerana ini adalah senarai wajib untuk permulaan. Boleh juga merujuk kepada format postgraduate cara penulisan yang dikeluarkan khas untuk pelajar postgraduate atau undergraduate universiti masing-masing. 
  5. Dah settle bab 1 kemudian beralih dan Settlekan bab 2 sikit sikit. Bab 2 adalah literature review atau soratan kajian.  Waktu ni dah boleh tengok balik kajian lepas yang disimpan pdf dan padankan dengan subtopic yang kita pilih. Sepadankan dan masukkan dalam thesis kita. Bab ni saya stuck, dan saya sambung bab setersunya iaitu methodology di bab3. Bab ni mudah lah sikit. sangat mudah sebab methodology ini adalah cara data itu dkumpulkan. Samada qualitative atau quantitative. Kajian saya Qualitative so, memang kena baca lah kan? jauh pula dari bab kira-kira ni. Walau bagaimanapun kedua-dua pendekatan ini sangat penting atas tajuk kajian yang kita pilih. Contoh bab3 saya banyak saya dapati daripada data collection data iaitu ke bahan kumpul daripada library, data analysis dan temu ramah. Sedar tak sedar bab 1, bab 2 dan bab 3 settle.
  6. Findings dan discussion. ini lah bab kita sendiri. yang kita gelumang pada mulanya itu, disinilah kita abadikan segala maklumat yang didapati. Saya mengambil masa agak lama disini. 3 bulan saya bergelumang disini, baca sikit ada idea sikit tulis. baca banyak, ada idea banyak tulis banyak. Waktu ini saya kerap jumpa dengan SV dan setiap kali berjumpa saya sangat bersyukur dengan cabang idea yang dikemukakan. Walaupun pada mula saya ada rasa tak puas hati sampai terdetik apa lagi yang dia mahu, tapi setelah itu saya menyedari apa yang diinginkan itu adalah pembaikian kearah lebih berkualiti. Thank you Dr Faruk for your endless support and motivation. Alhamdulillah, syukur dapat SV yang baik macam beliau. Alhamdulillah. 
  7. Bab terakhir adalah: Kesimpulan. Maka bersimpullah untuk melakukan rumusan daripada segala penulisan dari awal hingga akhir. Dalam bab ni, perlu diisikan dengan rumusan akhir kajian, recommendation, dan limitation dalam kajian. Sebagai contoh limit saya dalam kajian hanya dapat mengkaji 2 syarikat sahaja bertepatan dengan waktu, masa dan daya yang ada. Mungkin masa akan datang pengkaji lain boleh mengembangkan idea dengan lebih banyak untuk kajian yang lebih terperinci. 
Setakat ini dulu perkongsian, tahniah kepada diri sendiri yang berjaya mengharungi cabaran penulisan. More to come for next mission. Insyaallah. :) good luck all. 

Wednesday, November 7, 2018

Trip ke USS Singapura dan ada cerita disana

"Kak bib, plan percutian kita nak dekat, macam mana ni?" soalan yang sering diutarakan. Dari dalam sudut hati rasa berdebar dengan rancangan awal kami namun terus fokus dan cuba untuk siapkan paper yang berbaki. Namun sangkaanku meleret dan tersilap. Percaturan dan jadual terpaksa ditangguh untuk viva dan menjadikan percutian ini terpaksa dilalui terlebih dahulu. Benarlah kita merancang dan sebaik baik perancangan dan aturan yang telah ditetapkan Allah. Tiba lah minggu yang dinanti setelah berbulan lamanya plan kami kesini bukan esok nak pergi, harini baru beli tiket. 

Perjalanan kami bermula dari Terengganu. Oleh kerana Air Asia sudah membuka round trip flight daripada Terengganu - Johor dan Trengganu - Johor sekitar tahun 2017, jadi kami mengambil keputusan untuk menempah flight ketika offer dan jumlah harga penerbangan dua hala kami sekitar rm70 sahaja. Untuk penjimatan semestinya waktu Air Asia buat offer saya akan book setelah menyusun tarikh dan waktu yang sesuai. Ini tips penjimatan utama dari semua traveller dan pengembara yang saya fikir bukan saya seorang je yang buat macam ni, of course semua yang kaki jalan tu, mesti beli tiket flight bila promo je. kan? hehe.

Pada mulanya detik hati saya tetap berkata kita akan settle viva dan enjoy trip kita nanti yang berbeza sangkaan dengan Liza yang sudah jangka kami punya tarikh viva akan tangguh. Akhirnya, memang Liza punya instinct memang kuat dan tepat seterusnya  kami pun jalan teruskan sahaja rancangan ini. 

4 Ogos 2018

Jam 12 malam sampai di Terengganu dari Kuantan bertemankan Fatin yang juga punya destinasi sama ke sini untuk menghadiri majlis konvokesyen adiknya. Tiba di rumah agak lewat dan terus rehat.  

Flight Bib dan Liza dari Terengganu pada jam 2.50 petang mengambil masa selama 2 jam ke Johor. Diceritakan Ada kisah perjuangan cinta disebalik pembukaan perjalanan kapal terbang Air Asia dari Johor ke Terengganu ini. Ceritanya dikisahkan permintaan seorang suami yang menderita disebabkan isterinya terlantar sakit di Terengganu. Suaminya seorang cikgu terpaksa menaiki bas dan kereta yang perjalanannya memakan masa 5 jam lamanya perjalanan satu hala ke destinasi KT dan JB. Jadi Si suami telah menghantar surat rasmi kepada MB Terengganu pada ketika itu untuk permohonan perjalanan flight untuk memendekkan dan memudahkan urusan perjalanan. Setelah menilai dan beberapa urusan pengurusan selesai antara Kerajaan Terengganu dan Air Asia, akhirnya permohonan ini diluluskan. Detik masa berlalu dan setahun sahaja si suami dapat bertemu dan mendampingi isteri dan akhirnya tiba masa isterinya pergi menghadap ilahi. Alfatihah.

Alhamdulillah dan terima kasih cikgu kerana suara kecil anda mempertahan cinta kamu juga memudahkan kami di kemudian hari. Tamatlah kisah mereka, wallahualam kisah ini ada orang cerita kat bib. Kalau salah sory, tapi kalau benar bagi bib ini adalah suara kemudahan yang memudahkan kita juga sebab perjalanan johor ke pantai timur memang jauh. Jadual perjalanan pun berkala iaitu hari sabtu dan selasa sahaja. Rata-rata yang bib jumpa semua menyatakan kegembiraan dengan jadual perjalanan air asia ni. 

Okay teruskan penceritaan pengembaraan sebenar ye. hehe. tepat jam 5 petang kami sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai , Johor Bharu. Kami mengambil grab car untuk ke Tune Hotel di Danga Bay. Kos perjalanan rm 27 sehala yang jaraknya lebih kurang 25km dari airport. Kali pertama jejak negeri Johor agak jakun lah juga. Negerinya maju, jalannya besar, keretanya banyak, posisinya tanah yang luas membuatkanku kagum, padanlah ada suara mengatakan TMJ nak tubuh negeri sendiri. 

Malam itu kami bermalam di Tune Hotel yang kosnya cuma rm120 untuk keseluruhan 3 malam disana. Jimat dan berpatutan untuk kami tinggal bermalam disini. Kami sempat cuba kedai makan disini, kedai india dan kami mencuba roti nan yang sungguh sedap dan enak sekali. Rm4 sekeping roti nan dan sangat sedap.



5 Ogos 2018

Seawal 7 pagi kami sudah menanti kehadiran bus yang akan bergerak ke Singapore pada pukul 7.30 pagi mengikut jadual yang telah disediakan. Bersemangat bangun awal utnuk trip ke USS hari ini. Melalui checkpoint di Woodland dan seterusnya di checkpoint Singapura, semuanya berjalan dengan lancar dan naik ke bus semula untuk meneruskan perjalanan ke Pulau Sentosa Singapura. 

Di Pulau Sentosa inilah terletak point pertemuan semua tempat tarikan yang menarik di sini. Antaranya ialah : Universal Studios Singapore, Sea Aquarium, Cove Waterpark, Wings of Time dan The Merlion Towers. Jadinya apabila masuk kesini daya tarikan untuk pelancong sungguh banyak untuk dijadikan destinasi pilihan untuk dilawati. Juga perlu diingati sekiranya ke sana perlulah merancang sebaiknya jadual pilihan tempat lawatan. Contohnya kami pergi seharian ke USS dan itupun masih belum mencukupi untuk berada dalam USS sahaja. Peruntukan masa amat banyak untuk satu tempat ke tempat yang lain.


Far Far away Tema
Kami tiba di USS tepat jam 9 pagi dan terus masuk kedalam sementara orang masih belum ramai lagi tiba. Masuk ke taman tema sememangnya bagai masuk ke dunia baru kerana reka bentuk arkitek yang dibina khas untuk menunjukkan kita memasuki kawasan tertentu. Sekiranya di USS terdapat 6 tema yang direka iaitu : Hollywood, New York City, Sci-fi City, Ancient Egypt, The Lost World, Far Far Away dan Madagascar. 

Pengembaraan setiap taman tema berlainan dan mempunyai ciri-ciri yang tersendiri mengikut tema tempat. Semestinya kami mencuba melawat setiap satu taman tema namun ada yang kami cepatkan masa dan skip apabila barisan beratur menunggu untuk naik roller coaster tersebut terlalu panjang. Dan sebenarnya satu roller coaster yang kami skip itu ialah Battlestar_Galactica_Human_vs_Cylon. Terlalu ramai dan bila terfikir tahap ketakutan dan kepenatan kami cancel plan nak naik ride tersebut. 

Antara Favorite kesukaan taman tema di USS ialah Ancient Egypt. Memeasuki gerbang dua binaan tinggi berupa haiwan tersebut mengingatkan kenangan pengembaraan di bumi mesir sekitar 4 tahun yang lepas. Mesir satu negara yang seronok untuk dilawati dan diterokai. Pyramid yang dibina di USS ini gah sepertinya disana. Tema zaman purba lamanya mengembalikan sejarah lama dulu dulu manusia yang hidup serba boleh di dalam gua dengan sumber yang sangat limit. Itu sejarah yang dahulunya cukup berbeza ditelan zaman jika dibandingkan sekarang.

Perjalanan yang jauh menyebabkan kami kelaparan awal harini. Sudah masuk waktu tengahari kami ke salah satu restoran disana. Agak mahal lunch kami harini tapi untuk mengelak daripada sebarang risiko kami menikmati hidangan 30 USD itu bersama. okay lah sebab share 2 orang sebenarnya. Tips: Bawa makanan sendiri ke dalam USS sebenarnya mengikut waktu, ada yang jaga strict tak bagi langsung makanan luar. Waktu kami masuk pagi tadi tak berapa strict jaga disini, sebenarnya boleh je kot. so, sekiranya kalian nak bawa makanan luar , boleh lah bawa makanan ringan2 sebagai alas perut. Dan jangan lupa bawa senantiasa cokelat seperti snickers atau chocolate bar sebagai penyelamat dikala kelaparan melanda diri.

Waktu solat di Singapura lebih kurang waktunya di Malaysia sahaja. Oleh sebab kami mengembara jauh bermula dari Terengganu, jadi kami memilih untuk solat jama' akhir disini. Tempat solat juga disediakan di sebelah belakang taman tema Ancient Egypyt. Cabin kecil itu lengkap mempunyai ruang solat untuk lelaki dan perempuan secara berasingan. Juga disediakan ruang kecil untuk mengambil wudhuk serta disediakan mini telekung disana. Cukup lengkap dan bagus untuk kita orang islam. Alhamdulillah.


Last kami ke taman tema budak2 di New York City. Maunya enjoy lah tengok kartun zaman kecil2 dulu tak lain dan tak bukan iaitu Sesame Street. Kemain budak2 enjoy tengok persembahan khas karakter yang dipakai maskot seperti Elmo, Big Bird, Cookie Monster, Oscar dan kawan-kawan mereka yang lain. Kawasan ini sangat sesuai buat mereka yang mempunyai anak2 kecil dan buat mereka yang belum mempunyai anak, juga sesuai untuk kita dengan acah2 throwback memory menjadi kanak2 semula hehe. 

Jam sudah menunjukkan pukul 6 petang, dan kami terus ke melangkah keluar daripada gerbang USS dan tidak terlepas untuk menangkap beberapa keping gambar di globe USS yang menjadi tanda mercu disini sebagai kenang kenangan. Terjawab sudah mengapa semua gambar jadi cantik disini disebabkan ada effect asap yang akan sentiasa keluar menjadikan gambar kelihatan fresh dan cantik. Kami menaiki bus yang akan pulang ke tempat asal pick up point pagi tadi di tune hotel. 



di Globe Universal Studio Singapore USS bersama Haliza.

Namun ceritanya malam kami kali ini sungguh sadis kerana sudah sampai di Woodland checkpoint dalam jam 7.30 malam, namun bergerak ke JB dalam jam 10 malam. Ini kerana tersangkut di imigresen yang seorang dari pegawai kastam Singapore buat acuh tak acuh bekerja jadinya untuk tunggu semua ahli bus kami terpaksa menunggu sehingga jam 10 malam. Bersabar jelah, ada hikmahnya. Kami selamat tiba di Tune Hotel jam 11 malam dan berehat untuk kembara perjalanan esok hari pula.

Kos pakej di USS seharian suntuk bermula menaiki bus di Tune Hotel kemudian tiket USS dan perjalanan pulang adalah RM255. Pakej ini boleh didapati daripada Hajuwa Travel atau boleh terus direct hubungi saya untuk mendapatkan pakej berpatutan ini. Seronok dan mudah untutk perancangan percutian anda :) Hajuwa Travel, let's experience the journey together. 


6 Ogos 2018

Kami bergerak memasuki ke Singapore hari ini sedikit lewat setelah selesai waktu pack orang pergi kerja sekitar jam 9.30 pagi. Kali ini tour guide kami adalah Puan Jamilah, my bff merangkap my partner dalam Hajuwa Travel. Kami bermula melawat ke sekitar Masjid Sultan dan kemudian ke Arab Street , Bugis Street dan sekitarnya.

Sebelah petang pula kami berpeluang manaiki mrt train disini dan bergerak menuju ke Marina Bay. Disini lah antara kami dapat melihat kota metropolitan yang sungguh maju dan berprestij tinggi serta cukup untuk dibanggakan. Bangunan gah yang dibina disekitar teluk menjadikan kota ini sungguh cantik , malah ditengah-tengah bandar ini terdapat garden @ taman untuk dilawati sekitarnya. Cantik, Maju, dan Berpretij. Cukuplah tiga perkataan ini yang menjadi maksud mencerminkan kekayaan Singapura walaupun sejarahnya dahulu pernah menjadi cebisan Tanah Melayu sekitar zaman 1950 an yang lalu. Kisahnya yang panjang dan berpolitik perkauman itu menjadi tanda pengertian buatku mengapa Singapura kini lebih maju dan terkehadapan berbanding Malaysia. Sejarah yang tidak boleh diputar namun menjadi teladan dan peringatan buat kita.


Di sekitar Masjid Sultan
Art Street
Art Street - Bugis Street
Marina Bay - Marina Shopping Mall
Kota Metropolitan Singapore :) tu nampak tak LV? next mission kalau pergi sini, nak masuk situ :P hehe

Shopping time 

Sebelum matahari terbenam, kami pulang dan menginap di Tune Hotel sebelum esoknya pulang ke Terengganu meneruskan saki baki penulisan thesis master kami. Doakan perjalanan viva kami nanti berjalan dengan lancar Insyaallah. Walaupun berepisod drama yang terpaksa kami lalui dan harungi hingga ke perjuangan akhir pembelajaran Master kami. Just remember : don't give up, stay positive and round the world. 

Lastly, terima kasih Liza for accompany very well our "ViVA trip" together. looking forward for other wonderful trip next okay. maybe PHD trip :P hahahah #notreallysoon #dreamingfirst #laterwedecide #hehe <3

Tuesday, November 6, 2018

kisah biskut famous amos

Semalam kat airport KKIA teringin sangat nak makan biskut famous Amos yang dah lama tak Beli sbb konon diet kan. Hehe. Okay so Bib pun belilah, dah beli tu simpan dalam handbag, kejar flight then depart sampai tak ingat nak makan. Pagi harini dah sampai semenanjung pergi bank, buka pintu kereta ternampak makcik cina pegang helmet baju tak sememeh tunggu tepi , aku senyum dia mcm takut2 pula. Dah settle urusan bank, dia stay kat area tepi kereta lagi. Buka handbag yang atas sekali biskut semalam tu. Bib hulur je tanya makcik nak? Dia angguk sambil senyum.
Ya Allah, Kau hadirkan teringin over mengidam nak biskut semalam tu rupanya rezeki untuk makcik ni. Dia pun menyusul malu2 sambil terkuis -kuis tangannya membuka lipatan plastik kuning famous Amos itu. 😍 Sebab tu ade orang kata kalau memberi barang Yang lebih Kau cintai atau lebih Kau sukai kepada yang selayaknya itu lebih bermakna , ye terkesan walaupun tanpa ucapan terima kasih. Cubalah... Simple but meaningful, makcik you deserve it.

Thursday, August 9, 2018

Review : Pulang

Pulang yang dipromosikan sekitar Tv3 banyak memberi emosi penantian dan semangat keinginan untuk menonton filem ini. Menggunakan iklan dan promosi hebat sekitar di Tv3 dan banyak papan tanda menyebabkan filem Pulang ini mempunya aura dan roh yang tersendiri yang ingin disampaikan kepada penonton Malaysia khususnya. Seperti filem titanic namun Pulang hidup dalam kisah cinta yang halal dan sah.

Review : 8.7/10

Genre : Romantik dan sejarah

Sinopsis : Cinta pandang pertama adalah anugerah yang disatukan walaupun darjat berlainan. Uthman seorang nelayan pada mula perkenalan akhirnya berkahwin dengan Che Tom, gadis bandar yang datang ke kampung dengan niat untuk menziarahi mak saudaranya yang sakit.Penyatuan cinta disatukan dengan  perkahwinan dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki bernama Omar yang sangat sayang pada talian ibubapanya. Disilangi dengan adegan penjajahan Jepun sekitar tahun 1940an telah menyebabkan mereka terpisah, namun Uthman kembali pulang dengan harungan jalan yang perit. 

Demi untuk melihat keluarganya terus kaya dan maju, Uthman menjadi Kelasi Kapal dan terus berlayar dari tahun ke tahun, dari benua ke benua demi mencari sesuap nasi. Penantian kepulangan suami tercinta bertahun lamanya menyebabkan Che Tom berputus  asa dan tertekan kesedihannya menyebabkan satu episod cinta  berlaku. Akhirnya berkahwin lain namun cinta tersebut tidak bersatu. Waktu berlalu dan Uthman memutuskan terus tinggal di Liverpool dan akhirnya pengakhiran hidupnya disitu. 

Cinta yang ada menyebabkan Che Tom berjuang mencari kasih dan sayangnya buat Uthman. AKhirnya dengan bantuan anak dan cucunya, akhirnya ketemu jua jejak pengakhiran hidup Uthman walaupun jarak tanah yang berbeza. Sejarah cinta pandang pertama berakhir dengan episod ketenangan untuk pemergian akhir hidup Che Tom. 

Pengajaran dan menarik:

1. Kesetiaan cinta yang utuh berlandaskan kejujuran dan kasih sayang yang tidak mengira darjat kehidupan walaupun terseksa jauhnya menahan kerinduan. Cinta suami pada isteri yang dimainkan Remy Ishak dalam watak Utman sangat dalam dan setia sehingga dia memutuskan untuk terus bertahan dengan cinta isteri sambil memegang sekeping gambar isteri menjadi peneman kala rindu yang menggunung tinggi. Untungnya Che Tom, ade lagi ke laki camni? hehe :P

2. Cinta membuka pertemuan sejarah hidup mereka. Pertolongan cucu memenuhi permintaan akhir neneknya untuk mengetahui jejak akhir datuknya, Uthman telah menyebabkan usaha sejarah ini dicari. Usaha menyeberang negara dan akhirnya kubur datuknya diketahui dan langsungnya hiduplah sejarah cinta Uthman dan Che Tom setelah dikaji dan dilihat kembali sejarahnya menerusi catatan masa dan temu ramah warga Liverpol dan persatuan melayu disana.

3. Filem arahan Khabir Bathia ini secara peribadi sangat dikagumi. Sistem suara, kualiti gambar dan video, pilihan artis pelakon, jalan cerita semuanya mencapai satu tahap yang memberansang dan kekaguman bagi saya. Walaupun ada sedikit jalan cerita yang agak "melerek dan boleh diskip" namun hasil baik dan sempurna ini saya amat bangga. Tahniah team dan semua yang berjaya mengusahakannya dan tahniah hasil kutipan pecah panggung sehingga satu juta. Syabas!

4. Pulang - bertemu dan tidak semestinya takdirnya bersama. Saya percaya walaupun Uthman tidak Pulang pada saat Che Tom mahukannya, namun mereka pulang dan bertemu disana. Kerana kepulangan yang abadi itu pengakhiran cerita kehidupan yang sebenar. 

Akhir, sebab cerita sejarah walaupun melayu so memang lah tengok. Memang puitis dan rasa nak bersajak je lepas tu, apekaaaahhhh hahahaha. Untung Che Tom ada cinta sejati Uthman walaupun terpisah. aku? dimana cintaku pula ni ? :P

Bibs - 8/9/2018


Image result for sinopsis filem pulang




Friday, June 29, 2018

Review : Regalia Residence, Malaysia

Selepas 4 tahun berakhir zaman pembelajaran di university, tanggal 7 April 2018 kami  bersua kembali sekaligus berkumpul untuk bercerita, beraktivit bersama, bergambar, bermain games dan lain-lain. Masa belajar adalah detik paling indah yang ada dan tidak dapat ditandingi kebahagiaan. Namun masa berganti masa, dengan amanah dan kerja yang digalas bahu, masing masing mempunyai batasan waktu tersendiri. 

Terasa diri ini sungguh jauh, namun syukur we had a beautiful time to gather each other with a bundle story to share. Oleh kerana 3 orang ahli batch kami akan mengakhiri zaman bujangnya tahun ini, so kami mencari waktu sesuai untuk menyambut pre-wedding juga bride party sekadar ala kadar yang misinya untuk surprise mereka. 

We had planed a month before and decided to choose Regalia Residence since everyone lives near Kuala Lumpur and easy to travel here. Adilah yang pilih tempat ini. sejujurnya memang highly recommended untuk pergi kesini. 

Tentang Regalia Residence

Tempat strategik ditengah ibu kota, dengan susun atur bangunan yang teratur. Landskap lobby yang cantik dan menenangkan. Sebenarnya disitu ramai orang beli residence dan buat homestay juga bilik untuk disewa. Info daripada tuan rumah, apabila weekend ramai yang sewa bilik dan masuk check in untuk berkumpul. 

Pelbagai kemudahan, parking free, swimming pool yang cantik berhadapan dengan pemandangan ibu kota menjadikan tarikan utama disini, tingkat 32 kalau tak silap. Ada dua swimming pool disini, lagi satu ditingkat bawah yang lebih luas dan selesa untuk mandi dengan tenang, kerana di tingkat atas terlalu ramai dek cantiknya kawasan yang berhadapan dengan KLCC. 

Berapa rate? of coure 5 bintang. kami sewa bilik studio yang boleh memuatkan sehingga 10 -12 orang. Disediakan 1 katil King, kusyen, 1 single bed, bilik air, dining corner and very simple kitchen . Simple agak sempit untuk memuatkan kami tapi kami gunakan ruang ini sebaiknya. 

Tuan residence bilik kami sangat baik. Untuk rujukan bolek check FB : stayatregaliabyAH atau terus  Whatsapp for direct booking www.wasap.my/60195778507.

contoh ruang di residence.


Akhir sekali, terima kasih atas kenangan dan masa untuk bersama. i love you all my dear friends :) <3

Love, 
Bibs <3



Thursday, April 5, 2018

emcee wedding untuk Tg Fauzi dan Norina

Sudah lama tak beraksi di depan pentas. Kali terakhir 2 tahun lepas tak silap, mengacarakan satu majlis penutupan satu kem. Kisah bib bersama microfon ada banyak tapi dah lama tinggal semenjak bekerja ni. Zaman belajar aling aktif, dengan mengacarakan majlis pelajar kolej, gala dinner, majlis perpisahan dan lain-lain. 

Sewaktu mak sedara cakap emcee untuk wedding anak dia tak dapat hadir terus dia suruh Bib, dan tanpa kata setuju atau tidak terus dia letakkan nama Bib. Macam mana dia boleh letak nama saya sedangkan tidak ada ahli keluarga pun tahu bib memang berpengalaman dalam bidang pengacaraan. hhehe :p

Hari perkahwinan sudah hampir, malam jumaat malang sekali bib tak dapat hadir untuk majlis raptai kerana ada urusan visa peserta untuk diselesaikan sebelum bergerak balik kampung ke terengganu. Jam sudah menunjukkan pukul 4 tapi Bib masih di ofis dan sebenarnya pukul 6 baru bergerak balik ke Terengganu. Ops! raptai malam ini dibatalkan.

Majlis bermula jam 11 pagi, dan pukul 9pagi Bib dan terpacak di stage majlis. Mulalah berlatih dan darah gemuruh datang sikit, tetapi bib berjaya kawal dan tenangkan diri dan majlis bermula. Alhamdulillah semuanya berjalan dengan lancar dan lega sekali majlis berakhir dengan sempurna.

Tidak tersangka bahawa bakat yang ada masih melekat dan tidak hilang, jadinya untuk sesiapa yang mencari khidmat pengacaraan dan emcee untuk majlis perkahwinan atau majlis rasmi lain, boleh terus hubungi Bib di talian 013-2600202. Insyallah kalau berkelapangan Bib akan cuba luangkan. 

Monday, March 12, 2018

Review : KL Special Force 2018

Hari ke2 tayangan terus kami dapati ramai yang beri ranking sekita 9-10 yang menarik perhatian kami untuk pergi ke tengok filem ini dengan mata. Mula-mula tengok preview di Meletop Astro Ria. wow! saya amat tertarik dengan olahan Syafiq Yusof Haslam yang juga merupakan pengarah yang mempunyai darah seni yang sangat hebat dan kreatif.

Review : 9.8/10

Genre : Aksi.

Sinopsis : Kisah aksi polis di Tanah air dalam membanteras jenayah rompokan yang didalangi oleh satu kumpulan yang dikenali Anarkis yang mempunyai sejarah silam yang menyakitkan. Kisah sebenar emosi seorang polis dapat diselami dalam watak Lan yang dibawa oleh Dato Rosyam Nor. Sungguh baik lakonannya ditambah pula dengan kehadiran Polis muda yang dihadirkan pihak atasan polis untuk meneliti sesuatu yang aneh berlaku kerana kes demi kes rompokan masih tidak dapat diselesaikan.


Watak polis junior yang dibawa oleh Fattah Amin kali ini secara menyeluruhnya amat nampak peningkatan dan mutunya. Filem ini berakhir dengan adegen tragik yang setimpal dengan jenayah yang dilakukan itu ketua Anarkis, watak matang dan emosi tinggi yang dibawa oleh Syamsul Yusof. 

Pengajaran :
1. Emosi setiap orang berbeza. Dapat dilihat, kesan emosi Ketua Anarki penjenayah terkemuka dalam filem KL Special Force yang diingini polis kerana mengalami masalah kecelaruan keluarga bermula daripada kisah silamnya. Seharusnya kita mendidik emosi baik dalam setiap perkara bermula dari peranan ibu ayah agar tidak membebankan jalan hidup anak ke kancah permasalahan buruk.

2. Sudut pandang berbeza. Cerita ini menggambarkan pertukaran sudut pandang yang ketara apabila sesuatu yang azali salah itu dipandang betul oleh suatu pihak dek masalah yang hadir sejak kecil lagi. Asas buruk yang dipandang betul merupakan doktrin berbahaya kerana ia sebarnya telah menjerumuskan seseorang itu melakukan jenayah dan perkara buruk secara etikanya. Perkara dan doktrin sebegini harus dilupuskan agar generasi depan tidak teremosi dan agar kadar jenayah tidak meningkat .

3. Kesefahaman kekeluargaan. Cerita ini memaparkan ketidaksefahaman antara seorang ayah dan ibu dalam peranan mereka dalam membentuk keluarga yang sempurna. Si ayah yang sibuk dengan tugasan Polis sehingga telah memberikan tekanan buat si Isteri. Si isteri yang tertekan ditambah pula dengan perhatian kurang daripada suami telah menjejaskan petumbuhan didikan anak. Seharusnya persefahaman antara kedua belah pihak.

4. Sesungguhnya usaha dan pengorbanan pihak polis amat besar sekali dalam memelihara dan memberi keamanan kepada negara. Membanteras jenayah adalah tanggungjawab semua pihak. haruslah kita menilai sendiri tanggungjawab dan kesedaran mana yang harus diambilkira. Negara akan selamat dan aman damai andai rakyatnya bersatu pada dan bijak dalam mengawal emosi mengikut etika dan ajaran islam.

5. kreativiti pihak producer juga adalah terbaik. Filem aksi yang serious ini sebenarnya telah memberi tanda awal industri tanah air kini lebih matang dan kreatif dalam pembikinan filem yang menarik. Saya secara peribadi amat berbangga dengan idea pengarah dan mampu menghasilkan filem yang bertaraf antarabangsa ini. Syabas dan tahniah.

Akhir kata, korang kene tengok. movie ni best dan terbaik.

Wednesday, February 28, 2018

5 cara efektif untuk berhenti membazir masa dengan internet

5 cara efektif untuk berhenti membazir masa dengan internet

Internet antara cara membunuh waktu anda melebihi daripada segalanya.

Pada satu tekan click, kita boleh melihat episod TV kegemaran secara berterusan, stalk profile kawan di laman sosial Facebook atau Instagram, melihat gambar berselih ganti dan beterusan, asyik melihat video parody atau make up di Youtube dan bermacam lagi. Ianya seperti tiada noktah pengakhiran malah menjadi ketagihan yang menjadi-jadi seolah ada cas bateri yang menguatkan.

Apa yang manusia tidak sedar dan sangka terhadap berlebihan di dalam melayari laman internet adalah seperti ketagihan yang melampau. Ianya membantut pertumbuhan pemikiran otak dan menjadikan diri sendiri jauh dari termotivasi dengan aktiviti yang realistik seperti ramah mesra bercampur social, aktiviti bersenam, bekerja yang sebenarnya merupakan tenaga yang membangunkan personaliti diri.

Secara faktanya, ketagihan kepada internet mempunyai kuasa tarikan kuat memberi kesan kepada ketekanan diri, kemurungan dan kebimbangan.

5 tips dan kaedah untuk memberhentikan  diri daripada membazirkan masa dengan internet :


  1. Sediakan sempadan waktu yang kuat untuk online. Kata orang mahu menjadi seorang yang disiplin itu begitu sukar dan memerlukan konsep yang jelas untuk mengikuti masa tersebut. Begitu pula halnya untuk mengikuti sempadan waktu yang telah ditetapkan bukanlah suatu yang senang. Namun sekiranya kita dapat mengikutnya, ianya paling baik dan menguntungkan diri. Antara cara mudah menghadkannya adalah menetapkan limit dalam melayari sesuatu tidak lebih dari setengah jam, sebagai contoh.
  2. Tutup suis WIFI. Ini gayanya amat kejam dan terlalu strict bagi anak muda yang sememangnya hidup dalam zaman WIFI. Namun ia adalah usaha yang sangat praktikal kerana mematikan suis utama dapat menyekat segala aktiviti dengan menyeluruh. Sebagai contoh, tetapkan tepat jam 10 malam untuk menutup suis utama WIFI. Mudah, senang dan praktikal untuk semua.
  3. Kreatif untuk melakukan aktiviti luaran yang memberi peluang untuk seisi rumah berkomunikasi dan beraktiviti bersama. Perkara sebegini harus dicipta dan dipupuk agar kebersamaan dalam seisi ahli keluarga atau rakan lebih erat dan melahirkan emosi bahagia selain menghilangkan stress.
  4. Antara aktiviti yang kian diketengahkan adalah menyediakan masa untuk "detox". Sekiranya kita ingin merehat minda, mata dan emosi daripada keletihan mengahadap skring talifon atau alat sosial ini, anda disarankan untuk mengalami aktiviti detox ini. Caranya adalah dengan menyediakan waktu detox selama satu hari contohnya. Pada hari itu, anda bebas melakukan sebarang aktiviti yang tidak memerlukan sebarang alat media ini. Cuba rasai dengan pelbagai cara, ada yang seronok bertanam bungaan, yang khusyuk membaca buku tidak kurang yang semangat melakukan aktiviti lasak di luar kawasan.
  5. Pilihan di tangan kita. memilih untuk menjauhkan diri daripada internet bukanlah beerti mereka itu ketinggalan, tidak pandai atau tidak maju. Ianya antara jalan mudah untuk memilih mana yang bermanfaat kepada semua lapisan masyarakat.
Selamat mencuba, mioga dipermudahkan setiao urusan.

Love, 
Bib

Thursday, February 22, 2018

Trip ke Chiang Mai dan Chiang Rai Thailand - Feb 2018

Beritahu saya, siapa dalam fikiran untuk pergi ke Utara Thailand, lebih - lebih lagi tempat baru yang kurang iklan  dan daya tarikan menarik dalam senarai negara untuk dilawati. Tiada dan kurang untuk diperkatakan sama sekali. Justeru semasa keputusan awal kami bertiga pihak Hajuwa Travel memilih untuk kesana, orang sekeliling bertanya, kenapa Chiang Mai? Kenapa? 

Jujurnya, pada awalnya setelah sebulan kami bentang projek travel agnecy ini, banyak kekangan yang kami temui dalam usaha mengkomersialnya secara baik. Baru dan tiada pengalaman menjadi salah satu permasalahan utama dalam merangka setiap trip yang ada. Sememangnya blur dan tak tahu nak bermula dari mana, belajar dan siap google bagaimana nak start. Alhamdulillah nampak jalan sikit demi sedikit. Ya, kami masih belajar dan akan usaha yang terbaik.


Idea pertama untuk trip kali ini secara kebetulannya, salah seorang dari team Hajuwa baru pulang daripada percutian bersama keluarganya di Chiang Mai dan dia  menyokong penuh untuk buat trip ke sana. Akhirnya kami memilih dan meneruskan perancangan kesini. Tinggal sebulan sebelum berlepas, kami baru dapat selesaikan tiket penerbangan, tempahan hotel dan selesaikan jadual perjalanan.


5 Feb - KLIA, Tidur di dalam bus

Perjalanan pengembaraan kali ini terasa lain daripada yang sebelum ini. Ini kerana kalau sebelum ini saya secara personal banyak bergerak secara sendiri backpacker yang berlainan tema perjalanan dengan ini. Episod perjalanan bermula apabila saya dan Jamilah memulakan perjalanan daripada Kuantan - TBS malam itu pada jam 11 malam. Kami berdua mengambil bus untuk sampai lebih awal dari ahli rombongan. Apa yang tersemat dalam hati ialah biar kita susah dan sampai awal supaya esok ketikamana mereka ahli rombongan sampai, kita sudah bersedia menunggu. Adat sudah pergi jalan untuk kerja lain rasa anginnya berbanding sebelum ini kita boleh ikut masa kita sampai airport, makan apa sahaja, tiada fikir orang lain dan seterusnya. Sesampai di TBS pukul 4 pagi, kami pada mulanya bercadang untuk menaiki train iaitu KL Transit, tetapi kami ubah perancangan dan cuba check kalau bus ke KLIA ada, dan sememangnya ada. Jam 4.30 am kami bergerak ke KLIA2, dengan kos rm11.00 seorang. Jimat dan murah! Sesampai di KLIA2, so sambung tidur di surau :P untuk menanti flight pukul 12 tgh. 


6 Feb - Chiang Mai, udara utara Thailand.

Penantian perjalanan yang dinanti bermula. Seawal jam 9 pagi, sepasang demi sepasang keluarga datang dan kami bertemu untuk pertama kalinya di situ, seterusnya sekumpulan dari Kuantan tiba dengan selamat. Alhamdulillah, selasai urusan check in kesemua ahli rombongan seramai 22 orang. Penerbangan kami yang dijadualkan pada jam 12 tgh mengalami kelewatan sejam kerana ada masalah tayar. Air Asia sengaja buat kita tertunggu-tunggu untuk penerbangan dia lah tu, hehe dan pukul 1.40 ptg kami berangkat ke sana. Semestinya saya sempat update facebook : Hello Chiang Mai here i come, ehhh but not so holiday, coz i'm on duty :P

Hello Thai, Sawadikhap. Sesampai di Airport pada jam 3.30 ptg disambut oleh Ust Nasir, Tour Guide kami dan pemandu bernama Sulaiman dan Pat I. Tempat pertama kami pergi ialah ke Masjid untuk menunaikan solat jama' akhir. Kemudian ke kedai barangan Kulit, ada handbag, kasut, purse, tapi, tali pinggang untuk jualan. Keadaan senja ketika itu memberi peluang untuk kami menikmati suasana tenang di bandar Chiang Mai, yang tidak terlalu sibuk dengan kereta namun masih terkawal traffic di petang hari. Tak sabar rasanya untuk makan dan tibalah masa untuk mengisi makanan Thailand yang sememangnya terkenal dengan Tomyam. Kami singgah Kedai Makan Bismillah - menu utama yang ditempah semestinya tomyam bersama telur goreng, kailan ikan masin dan sedikit sayur lain. okey tak tipu Ya Allah tomyam dia lain daripada Malaysia (nak lagi). 


Malam itu sebelum ke Hotel, kami singgah di Night market / Bazar Chiang Mai untuk shopping dan mengisi waktu malam kerana keadaan di sini agak berbeza suasananya. Apabila malam, kebanyakan kedai akan tutup dan yang tertumpunya hanya di night market ini. Malam itu, kami setelah selesai dan terus ke hotel Daruttaqwa untuk rehat untuk perjalanan esok pula.
Di KLIA2 sebelum berlepas

Selesai Check in 

Licin pinggan semua tu, sedap sangat tomyamnya di Bismillah Restaurant

Sekitar kawasan hotel DarutTaqwa - Musli Friendly
7 Feb - Angin dingin Chiang Rai


Hari ini kita akan bergerak atas lagi ke utara Thailand, iaitu Chiang Rai yang merupakan kawasan tanah tinggi bersuhu 15-20 darjah celcius begitu. Selesai breakfast di restaurant pagi itu, kami terus memulakan perjalanan seawal jam 8 pagi. Kami dimaklumkan Chiang Mai dan Chiang Rai mempunyai pelbagai ladang buah yang menjadi sumber pendapatan utama bagi mereka disini. Mereka disini majoriti merupakan petani yang mengusahakan tanah terbentang luas berlainan sungguh dengan suasana di Bangkok Thailand. Sungguh, tiada bangunan pencakar langit disini. 

Kami sempat singgah ke kebun kurma yang besar tetapi bukan musim buahnya. Namun kami ada merasa kurma yang sudah dibekukan, rasanya sedang-sedang jelah. hihi. Sebenarnya sepanjang  kiri dan kanan perjalanan ternampak ladang -ladang buah ada : oren, anggur, ladang strawberry, logan dan lain2. Didalam plan asal,Kami plan untuk ke ladang straberry tetapi tidak bernasib baik kerana dah tutup.

Perjalanan diteruskan dan tibalah kami di Ladang Teh, Ang Khang. Dinikmati permandangan kehijauan daun yang terbentang luas di muka bumi serta di atasnya kebiruan langit yang menjadikan permandangan tghari itu sungguh mengasyikkan. Confirm lah kalau ambil gambar cantik dengan lighting yang mmg OK! hihi. Disini, yang mengusahakan ladang teh adalah mereka rakyat Thailand yang merupakan orang bukit yang berasal daripada China Yunan tulen sehingga ada daripada mereka tidak pandai berbahasa inggeris. Ternyata agak sukar ketika ahli rombongan ingin membeli belah di kawasan itu kerana seperti berinteraksi dua bahasa yang tiada persefahamannya. Namun menariknya mereka sungguh amanah, jujur dan baik hati.


Seterusnya kami bergerak ke kawasan Royal Agriculture Ang Khang. Kawasan tanah tinggi yang merupakan projek penuh oleh Raja Thailand dalam menjadikan kawasan pelancongan ini menjadi ingatan dan kenangan manis buat yang melancong ke sini. Masyaallah Tabarakallah bunga - bungaan disini sungguh mencairkan hati, menyedapkan mata dan menenangkan fikiran . Kelihatan dari jauh sepasang makcik dan pakcik di sebelah kanan sudah berlalu pergi ke kiri melalui lorong bungaan kedalam dan mereka hilang dari pandangan mataku.

"ohhhh Romantik betul kot! Selamat berdating pakcik makcik hihi", bisik hati kecilku. Sementelah aku berjalan ke depan bersama Jamilah teman datingku kali ini beromantika untuk menempah makanan tengahari (Kalau Tak tempah dulu nanti lapar pula semua orang LOL 😂) sementara memberi peluang mereka ahli rombongan menikmati ciptaan bunga-bungaan.

Kami selesai makan tengahari di satu restoran Muslim disini, serta disinilah saya dapat menikmati manisnya dan crunchy buah strawberry. (MAnisssssss gile dah lah murah, tolonglah percaya sbb mmg fav saya hihi). Alhamdulillah 50 Baht dapat 3 bekas. Kami juga sempat ke Masjid Aqsa untuk menunaikan solat yang dimaklumkan merupakan satunya masjid yang digunakan oleh satu family muslim disini. Mungkin Satu family - maksudnya satu family yang besar.

Kami meneruskan perjalanan dan sekitar 6 pm kami sampai di Masjid Pangsa yang merupakan kawasan asrama anak jagaan Madrasah sekolah Islam disini. Serba daif dan kekurangan didalam kesejukan, namun masih mampu menyambut kedatangan kami dengan riang. Meskipun tidak boleh bertutur dan berkenalan namun mereka sangat menghormati kami sebagai tetamu. Kami Dinner disini dan selamat bersama mereka untuk seketika.

Jam lapan malam kami bergerak untuk pulang hotel, singgah 5 minit di taman cahaya bunga Tulip. Kali ini kami terlambat dan sempat 5 minit je bersiar dan bergambar, tiba-tiba semua lampu terpadam. Kalut sekejap ingat apa, rupanya taman ni dah ditutup. hahhaaha spoil betul baru nak bergambar kot ><. Kemudian, Selamat pulang ke Hotel Thiplanna dan beristirehat untuk hari seterusnya. 
Sekitar kawasan Ladang kurma yang didesign cantik persis taman Jepun. 

Caught in action :) buat apa tu sis? 


Senyum - satu dua tiga :)
masjid yang dibina oleh sumbangan rakyat Malaysia juga ni 
kelas mengaji seusai maghrib 
8 Feb - hari ni dah tak sabar nak shopping 
Angin sejuk pagi harini menerpa pipi ku, oh sejuk dan dingin seketar menyentuh air untuk mandi pagi hari tu. Aku menggesel tangan selajunya mencari hangat haba yang dibuat untuk meredakan sejuk pipiku sambil hembusan terperasan pula asap kepul terkeluar dari mulut. Fefeeling ober the sea sangat hehe.

Hari ke-3 secara personal aku dah rasa chemistry erat yang ada antara kami. Masakan tidak trip kali ini merupakan kerja bukan sekadar lawatan pelancongan yang bersahaja. Soalan utama pagi sebelum bergerak : so, macam mana tidur malam tadi? okey? Tuhan sahaja yang tahu bila mendengar respon baik daripada mereka. Alhamdulillah. Masuk dalam van dan soalan popular pagi itu : Bib, kita shopping bila ya? Lama kan kita Shooping? hehe. " ya , lepas ni kita shopping. " dalam senyum aku menjawab keriangan sebab diri ini pun tak sabar nak shopping. hehe. 

Selesai breakfast di Masjid Pangsa tempat singgahan semalam, kemudian kami ziarah ke sekolah anak jagaan ini yang tidak jauh daripada situ. Civilize Phittaya School mempunyai pelajar yang berjumlah kira 800 orang dan lebih. Kelihatan anak seawal 5 tahun sehigga 18 tahun disitu. Sewaktu kami tiba disitu, sedang berlangsung perhimpunan harian yang mengumpulkan kesemua pelajar. Kami sempat berkenalan dengan cikgu-cikgu disana yang boleh berbahasa melayu-kelantan. Katanya : pelajar disini ada yang ibu bapanya yang menelefon dan meminta untuk menjaga anak mereka kerana faktor miskin. Lihat dia ni, dulu nya kurus sekarang alhamdulillah berisi sedikit. Sebelum pulang kami sempat memberi sedikit sumbangan yang dikutip on the spot pagi itu, aku ke belakang van mengira sendirian jumlah yang terkumpul dan Alhamdulillah ahli rombongan sungguh awesome dan pemurah,terkejutnya jumlah yang dikumpul lebih kurang sebanyak rm 2K. Sedikit atau banyak, aku berSyukur dan moga Allah murahkan rezeki semua. 



time to school - bersiap dan naik bas untuk ke sekolah.

sekitar kawasan sekolah - student sedang perhimpunan umum

Masuk je van, ada yang bertanya lagi, bila nak g shopping? amboi tak sabar betul gayanya. Tapi seterusnya kita singgah satu jam di Taman Bunga, Royal Agriculture Mae Sai dulu. Melawat sekitar kawasan yang dijaga baik dan teratur, menjadi tempat singgahan utama pelancong asing dalam jadual trip mereka. Katanya dahulu ini merupakan antara tanah subur tanaman yang kemudian menjadi taman peribadi raja thailand bersantai, dan sesudah kemangkatan, taman ini dijaga dan dibuka untuk orang ramai. Sungguh luas, cantik dan menenangkan. 

Seterusnya tibalah masanya "we time" untuk membeli belah. Apa yang boleh dikatakan semua barangan disini murah, cantik dan memang memukau mata. Salah satu yang menjadi tarikan buat diri sendiri sudah tentu batu permata. Disebabkan kawasan shoping ini terletak paling utara Thailand yang juga bersebelahan dengan Myanmar,Burma (ni nak langkah kaki sebelah pun boleh), jadi batu permata stone yang cantik semuanya jadi murah. okay seriously blink mata dan pinar-pinar lihat semua batu permata. Antaranya : batu swarovski, jade, sapphire, ruby dan cincin batu yang untuk lelaki(saya tak tahu apa nama) sebab waktu beli tu, saya tak sempat nak melilau dan mendengar perbualan pakcik menilai batu dikedai sebelah sementelah saya pun bersama kaum wanita iaitu makcik2 memilih batu permata kami. hehe :P

Sudah tentu bejinjingan plastik- plastik setiap orang dan dapat lihat mood hari ini semua happy. Alhamdulillah. Ada yang kata, tak cukup masa lah nak shopping. Tapi nak buat macam mana, jadual seterusnya kita ada satu lagi tempat untuk pergi sebelum senja berlabuh. Dan petang itu kami bergerak menyelusuri cruise yang memaparkan 3 buah negara di point tersebut yang dipanggil "Golden Triangle". Disini dapat diperhatikan 3 buah negara iaitu : Thailand, Myanmar dan Loas. Kami sempat melangkah kaki ke Loas selama sejam dan bersiar ditu. Sewaktu disinilah saya dan Jamilah tersentak kerana rupanya Loas merupakan negara miskin yang lagi memilukan hati.

Sewaktu kami tiba, kami berjalan beriringan dan kemudian kelihatan anak kecil bersama adiknya bayi di tepi tembok itu. Situasi tiba-tiba menjadi pilu dan aku pandang milah, milah pandang aku. Milah menghulurkan pisang, namun dia juga menginginkan air dalam dakapan Milah. Milah memberikan kepada dia langsung dia memberikan air tersebut kepada adiknya yang sedang menangis yang dalam masa yang sama diberikan nasi ber"bekas"kan plastik. Ya Allah, apa yang ada depan mata kali ini sangat menyedihkan, dan kami terdiam kaku. Perlahan kami beredar dan berdoa moga mereka baik2 sahaja, tak sanggup nak tengok lama (sumpah its really sad for me). Miskin sungguh rakyat Loas, dan rupanya benarlah miskin disini sangat miskin, negara mereka baru nak membangun.
10 minit menaiki cruise dan kami tiba kembali ke tanah Thailand. Malam itu kami makan malam akhir di sini di Relax Restaurant. Alhamdulillah selesai hari ke3 dengan secara peribadi pelbagai emosi yang tercetus. Ada nikmat yang harus kita syukuri, dan ada yang kita kena berkongsi bersama orang disekeliling. Berjalanlah dan melihatlah keadaan sekeliling yang pelbagai keadaan ada, kemudian nilai ia ke arah memotivasi kehidupan yang akan datang. Dalam kesenangan yang ada pada kita, kadang bukan milik kita namun ia milik mereka yang diperantarakan kita kepada mereka. :)



Antara yang sempat ditangkap gambar. Berejam nak pilih cincin idaman kalbu.

Di Golden Triangle

Menaiki cruise

masuk loas sekejap.


hujung tu keadaan kemiskinan mereka


9 Feb - Bye dulu nanti saya datang lagi.
Hari terakhir untuk menghirup udara segar sejuk Chiang Mai. Kami keluar awal untuk sampai ke Airport yang dijadualkan pada jam 3 petang. Perjalanan Chiang Rai ke Chiang Mai selama 4 jam lebih, jadi kami ada juga perasaan berdebar takut apa2 berlaku diluar jangkauan. 
Dalam perjalanan kami singgah sebentar ke Hot Spring Water, tak lama pun sekejap sahaja sempat lah saya rendam kaki 5 minit, kata makcik Nora: ada apa rendam 5 minit Bib? biasanya orang rendam 15-30 minit baru sedap. Bib jawab: rasa panas makcik, rasa nak melucur kaki ni :( hahahaha. Biasa lah orang muda, kalau orang tua itu nikmat, lagi panas lagi sedap. Katanya :) 

Tepat jam 1ptg kami tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Chiang Mai dan selamat tinggal untuk kamus "Sawadikap - Khap Kun Kha - Kun Sabai Di Mei - Baw Baw - Suay" yang menjadi perkataan wajib sepanjang 4 hari 3 malam trip kali ini. Selesai check in bag yang sudah beranak pinak dan kemudian kami solat jamak (tips : ada surau kecil di dalam kawasan airport sebelum imegresen).

Jam 6.50 pm sempat mendarat di Lapangan Terbang KLIA2 dengan selamat dan sempurna. Sesungguhnya pengalaman pertama mengendalikan trip ini sungguh bermakna. Bukan senang bila membawa kumpulan ini semua aspek perlu dititikberatkan bersama. Kadang bukan budak kecil yang perlu diperhati, namun yang "berumur" juga perlu dikawal yang tiba-tiba hilang dari pandangan mata melewang membeli - belah, ke tandas , dan tak kurang ada yang asyik untuk bergambar. Walaubagaimanapun kenangan ini menjadi seronok dan indah bila melihat setiap gambar yang dirakamkan. ALHAMDULLLAH :)


Nota ringkas :
Semua catatan peribadi seorang pengembara yang juga menjadi tourist guide untuk trip ke sini bersama syarikat Hajuwa Travel. Boleh hubungi saya untuk info atau maklumat perjalanan tambahan. 
Sila layari laman sesawang Facebook dan Instagram : Hajuwa Travel. Terima kasih.

Love, 

Bib :) 

random - bunga 1

Di Chiang Mai Airport - baru nak check in 

awanan berkepul kebiruan 

buat part time kutip daun ke kak?

Freelance photographer Jadian :P

My Jamilah - thank you for everything. 

Video trip, Selamat menonton :)