Wednesday, August 21, 2013

pening

aku memang pening kepala,
tapi aku sengaja tidak endah penyakit itu menyerang aku,
salahnya aku membiarkannya,
maaf diri... maaf tuhan... maaf kan hamba.

Moga masih ada hari esok untuk aku hilangkan pening itu.

ukhuwah bonding



Hampir setahun aku dibumi Jordan ini, 
Hampir setahun juga aku berpisah dengan tanah melayu...

Rindu bertandang pada bumi wakafan SMASKL tercinta. Hadiah buat mereka. :)

Friday, August 16, 2013

hilangkan debu

"mummy, kenapa kat rumah kita banyak sangat habuk? debu ni kalau takdek sehari boleh tak? penat lah nak sapu selalu porch depan rumah ni."

"tak susah pun nak sapu, cuma kita yang kena rajinkan diri. Same goes like kita nak hapuskan dosa. seharian kita banyak lupa dan banyak buat dosa pada manusia khususnya, tanpa kita sedari. Then cuma kita yang kena RAJINkan diri nak sapu balik dosa tu"

jadi hilangkanlah debu itu, umpama kita hilangkan dosa-dosa kita yang tergalas atas bahu ini. InsyAallah mummy. miss ‪#‎saudiarabia‬

ada baiknya itu, tapi

Sudah lewat malam ini baru aku sampai ke rumahku. Kali pertama dalam hidupku mencuba memasuki persatuan di Irbid ini. Ahh, tidak besar manapun, cumanya menjadi AJK kecil dalam satu program  yang sudah bermula rangka gerak kerjanya sekarang dan fatrah 2 bulan akan datang  nanti barulah rasminya kami akan berkerja keras.

Aku bahagia, tapi dalam kebahagiaan aku, cuma terselit tanda tanya. Atitude yang bagaimana yang sering menyenangi setiap ahli pelaksana sesuatu team. Kali ini, aku punyai satu team yang cukup tegas. Aku jadi turut sama untuk tegas, sedangkan aku masih pening dan samar2 untuk menjadi sedemikian. 


Aku salah mungkin. Aku penat berfikir. kenapa tiada tolereansi? Atau aku yang tak leh terima semua kenyataan. Atau sengaja ingin mencetuskan susasana hangat. Atau kenapa susah sangat untuk open minded. Sungguh, manusia ini bnyak tabiatnya. 

Tapi, serius, ketahuilah jangan terover @ mengover dalam pegang dengan sesuatu prinsip atau sesuatu hal sehingga susah untuk toleransi atau buka sedikit peluang , kerana disitu nampak lemahnya kehebatan dalam mengawal emosi disebalik ketegasan yang dipamerkan. Aku terkesima kala itu. Tutup hati, malas mahu berdebat. Baik terus senyum. :)

BAYU PANTAI ITU LEBIH MENDAMAIKAN , bahagia berkenyit mata , tersenyum indah bersama org yang satu kepala dengan kita. tandanyaaaaaaaaa .... dia sudah berpuas hati! hehe.

Thursday, August 15, 2013

mesir kini , syahid ramai nya

mendapat khabar berita yang sedih tentang mesir.
Mesir yang dulu aku kenal dulu, tenang.

moga darah yang mengalir itu diredhoi. 
mereka syahid, syurga itu milik mereka.


Tuesday, August 13, 2013

perang sis

Hari ini antara hari yang paling bersejarah dalam hidup. Sedikit nota dan kalam pada diari catatan kehidupan ini , moga suatu hari nanti , tika aku bacanya semula, aku dapat beringat dan jaga-jaga dengan kehidupan yang seterusnya.

Hari ini, yang dijadualkan untuk mengtasjil madah (daftar subjek ) untuk semester hadapan. Tapi , dari pagi server internet down dan down. Dari pagi, senior 4th year masih tidak dapat untuk memilih subject yang diingini. Samapi giliran aku waktu tengahari 12.45 pm terus sistem page website http://sis.yu.edu.jo tak dapat dibuka, asyik loading and ade pulak unavailable. Semua gelabah, tak tahu nak cakap pikir ape dah ni, muka mengahadap komputer je. dari pagi samapai petang dan sekarang alhamdulillah.


baca : x dapat reload balik, reload balik.. macam dosa kita,,
 da buat dosa istighfar balik, istighfar balik,...

Ada benarnya kalam itu, kita manusia dah buat dosa, kena always istighfar biar bibir ni basah dengan kalam istighfar, pengharapan keampunan dalam diri kita. setinggi-tinggi keampunan selamanya. 

Allahu, dalam menghadapi perang tasjil madah ini, allah sebenarnya ingin menguji kesabaran kita. Aku kelam waktu itu, kelam kabut dibuatnya. adilah menjerit,,, "bib, aku dah dapat tasjil satu subj" ... errrr, dari luar dia menjertit. tapi aku tak dapat apa2 ni, reload nak log in pun tak dapat. macam mane? seorang update dah siap tasjil tapi mereka semua tasjil di makmal komputer university. Aku tekad untuk keluar rumah , ke university, bangunan khowarizmi dan tasjil disana. Aku berharap.

Aku bergegas keluar rumah dengan komputer di dalam beg, aku mohon dan berharap dapat tasjil disana. namun, sesampainya aku di pintu pagar universiti, aku call kawanku, katanya : ohh, makmal dah tutup, pekerja tu suruh tasjil sendiri. Oke, aku bergerak ke cyber pula, mengcuba disana pula,tapi server tetap down tak dapat connect. ummm~ hati gundah,

Aku dan munirah, tekad untuk pulang. takpelah ade la rezki kita lepas ni. 
allah maha mengetahui , aku dengan cool, cuba buka komputer. dan try, kick in masak ,nom masak , dan syukbah. mengcuba! dan tupp~you got tasjil. hah? dapat??? alhamdulillah.

Cool, dalam hati menjerit yeayyyyy! dan sikit-sikit saya cuba untuk tasjil madah. dan dapat semuanya, kecuali satu subj ijbari tak dapat.~ takpe laa. kita cuba esok luse untuk rebut subj itu.

kenangan sekali dalam hidup.

Sunday, August 11, 2013

dunia


Dunia.
kenapa kau sering menghantui diri ini.
apa silapnya aku pada kau.
nyatakan kurangku ini.
sengaja atau tidak sedar kau coretkan itu.
hmm.hmm.hmm.

raya 2013


Malam itu sayup takbir kemenangan yang menarik hati untuk terus berada disamping tingkap itu. Kali itu hampir tertitis air mata ini kerana takbir raya versi melayu diperdengarkan dari corong mikrofon masjid jamiah universiti yang kira-kira 2km jauhnya dari rumah ku. Sayup-sayup kedengaran dek mungkin rumahku yang tinggi ini, mujur masih berpeluang kedengaran takbir itu, semua memori "kekampungan" menjengah fikiran ini.

Salam Lebaran buat semua ~ maaf zahir dan batin salah silap terlanjur bahasa, terkasar perlakuan, terkurang mana yang patut. Raikanlah ramadhan 29 hari itu, dengan kemenangan sebenarnya di syawal ini. moga2, ramadhan tahun depan masih ada buat kita semua. Ammen.

Tahun ini, Allah takdirkan bumi jordan ini tempat berpuasa juga tempat beraya. Kesedihan itu juga tetap terasa tanpa family disisi. Namun, as we know, sekali ini sekali itulah peluang yang tidak ternilai, merasai suasana eidul fitri di perantauan yang hakikatnya lain betul suasananya berbanding di Malaysia =.= .

Irbid sunyi, buka fb instag , ramai org update gambar disamping ibunda ayahanda semua. Tapi, disini... merekalah keluarga saya. :)))

Sunday, August 4, 2013

for my child #1


" anak mummy kena cuba, orang puasa ni Allah memang janjikan dye reward. susah sekejap, then Allah give bnyk nikmat after iftor .Malamnya dihiasi ibadah, and mummy tahu, anak mummy mesti boleh. kita puasa, sahur, tarawikh sama2, dengan daddy and mummy semuanya" ...

mereka berdua ^^


Mereka pengubat luka, duka, dan lara.
Setiap kali berjumpa & call pasti ada doa yang diajarkan -tok-
setiap kali berjumpa & call pasti ada nasihat yang disampaikan -tokki-

MOGA ALLAH RAHMATI DAN PANJANG UMUR MEREKA DALAM IMAN.

malam 27

Sesuatu yang terkilan, adat dan rutin kitaran yang biasa buat seorang perempuan, opss! terpak lepaskan saat malam-malam terakhir Ramadhan ini dengan hati yang sedih, Sedih Pilu kerana tidak berpeluang untuk melakukan ibadah lebih dari orang-orang lain.

Gulp, "one thing you have to know",,, what?

janganlah beribadah 
hanya sekedar untuk menyelesaikannya saja
tetapi lakukanlah sesuatu keataan 
untuk mendekatkan diri kepada Allah...


Cancel it, Allah telah tetapkan seseorang itu terbaik. Kita berhak untuk mengambil kelebihan dari sesuatu biarpun Allah sekat kita dengan sedikit Ujian. Pasti Ada Yang Terbaik Menanti. 
Senyum :)

Saturday, August 3, 2013

hero kehidupan



My Only Hero kehidupan.

Kalau diberi peluang untuk aku khabarkan satu dunia, 
Bahawasanya tiadalah insan yang pernah lukai hati ini,
Juga bahawasanya tiadalah insan yang pernah mengecewakan hati ini,
Malah tunjuk ajar, dorongan, sokongan, bantuan, kegembiraan itu yang menjadi pengikat,
Antara kami berdua, my hero kehidupan.

Ya allah, 
aku mohon ampunkan dosa mereka,
dosa ayahanda dan bondaku,
Banyak sudah pengorbanan yang tidak pernah jemu dihamparkan,
buat aku, adek-adek aku, keluargaku yang lain, dan juga buat semua insan yang lain.
Maka, granted him JANNAH-Mu ya Rahman Ya Rahim.
Aku mohon, berilah mereka ketenangan dan keredhaan-Mu itu,
kerana, Sesungguhnya tiada pernah satu keburukan pun sampai kepadaku.

Selamat Hari Lahir Walid, Kak Long SAYANG Walid ^^ .

Friday, August 2, 2013

july 2013

ohh July, 
akhirnya kau pergi,
semoga kita berjumpa july tahun depan. . .

*bagi saya , july sangat special, bulan kegemaran, kerana ia [7] . dan tarikh keramat itu pada [13,7] . Sesungguhnya Allah suka pada nombor ganjil. dan ganjil itu sangat bernilai.

end of soifi

Kali pertama saya mengambil soifi, short semester course disini dan mungkin insyAallah kali terakhir , kalau diizinkan. Bagi yang fully empat tahun di uni yarmouk ade peluang untuk merasai short sem ni 3@4 kali, tapi bagi saya student IKIP, yang hanya 2 tahun disini, hanya berpeluang sekali sahaja. btw, ianya pilihan siapa nak amek soifi yang seterusnya pun boleh. 

Soifi pertama dan terakhir saya jangkakan ini amat singkat sekali. Hanya sebulan tempoh pembelajaran dengan subjek yang sama setiap hari, juga doktoe yang sama setiap hari. Laluan itu yang ku lalui , juga pada waktu itu la. kadang terserempak dengan org yang sama juga setiap kali pergi dan balik kelas. 

Satu bulan terasa begitu sesingkat, dan suatu yang saya terkilan soifi ini, sebab saya amek satu subject core yang agak penting untuk dihadam dihadaf difahami dengan teliti. Tapi, siapa sangka, mungkin takdir memang tersusun yang saya amek subject itu waktu singkat ini, Sayang sangat sebab subject tu memang saya suka, about pelbagai produk perbankan islam, susah juga nak faham satu2, tapi nak buat macam mana,,, ada kot hikmahnya terpaksa ambil waktu soifi ini. 

SYukur, segalanya tamat dengan baiknya. dalam kepayahan, ada tersilat kesenangan allah hadiahkan :) insyAallah, dan itu yang saya harapkan.


pic sambut birthday 13 july dulu. thnx muciiii korang! :)))))