Menyelit waktu yang ada untuk menulis memory tatapan indah yang berbaki di bumi mesir , semoga hikmah bermusafir ke negara itu diberkati Allah hendaknya. Inshaallah.
22.1.2013 -selasa
Sedar atau tidak sudah seminggu lebih kami di bumi mesir. Masa yang dilalui terasa begitu cepat. Hari yang berbaki hanyalah tinggal 4 hari sahaja lagi sebelum berkira-kira untuk meninggalakn bumi mesir yang suam dan panassssss, sebab balik Jordan sekarang suhu sejuk :P . tak tahan kot. Mesir bagiku hampir persammannya dengan Malaysia.
Entahlah, Perjalanan ke Mesir ini mengubat rindu hati di Malaysia. Rasa mahu roti canai,mahu keropok lekor, rasa mahu petai, rasa mahu tempoyak, rasa mahu mee hailam, rasa mahu mee hongkong , ape2 jela semua boleh. Seronok! Mungkin atas faktor komuniti rakyat Malaysia di mesir yang ramai kot menyebabkan macam-macam boleh dapat kat sini.
Ops! sory melalut sikit. okeyh, hari ini kami dijadualkan untuk bergerak ke Iskandariyah, bandar persisiran pantai yang sangat terancang. Seawal jam 8.30 am kami bergerak, tetapi oleh sebab dah pernah warning dengan guru disiplin yang 'macho' so 15 minit awal kiteorg dah siap turun bawah,nak tahu tak sape plg awal sekali waktu ni? kak hazirah laaa~ hehe... Memang rase teratur hidup biler sharp dengan masa. Thnx cg disiplin bagi kami kesedaran ttg masa. haha~*teringat time dye tugur,semua tundukkk,senyap,dan angguk* .
Diceritakan pula pada hari ni adalah hari ulang tahun kelahiran musyrif kami. So, kami dari awal sudah berpakat untuk buat prank kat dye dan akhirnya prank kami berakhir dengan tangisan gembira dan terharu. that means we all wins, berjaya! hehe. Kami memulakan perancangan kami dan ini semua mengikut kepala u farid dan k una. hoho. Lets we start the war!
Pagi itu pagi yang indah.Sudah pasti pagi yang mekar buat sesiapa yang menyambut hari lahir kelahirannya sendiri. Tapi pagi yang indah itu bertukar menjadi suram. Semakin suram dan semakin kelat. Hari yang biasa dengan tawa riang soal jawab oleh budak-budak nakal tiada lagi sambutan. Tiada lagi respon dan masing-masing dengan hal sendiri. Harap faham ini semua lakonan ye. Lakanon. Dijadikan masalah pula, salah seorang sahabat kami, kak mira telah membuatkan perjalanan tolak ke iskandariyah terlambat sedikit. Maka kak mira ditegur dan dipersalahkan. Sesi tegur kali ini menjadi tegang antara kami dan ustaz azli. Sedingin kemarahan yang u azli rasa untuk marah kak mira, begitulah sedingin kemarahan kami tujukan pada uztAz azli kerana telah buatkan kak mira rase bersalah dan menangis.
"ustaz, kak mira dah nagis ni. molek laaa" jerit qilah dari belakang coster. Sambutan demi sambutan yang terkeluar daripada kami nak menghangatkan lagi keadaan amarah antara 2 pihak. Sehinggakan kami rasakan u tertekan dan tension, then kami keluarkan kek!
**** BOOMMMMM**** Alllah selamatkan ustaz azli2, allah selamatkan ustaz azli....
Keriangan kami menyambut hari lahir ustaz dalam coaster. Ammu walid pun riang ria dengan suprise yang kami ciptakan. Sekadar lakonan dan gurauan. Thnx to semua yang banyak berkerjasama dalam menjayakan adegan babak serius dan tegang ketika itu. Ianya sangat bermakna kerana lakonan kita menghasilkan buah.
Sungguh sesuatu yang dapat membahagiakan hati kita ketika itu, hargailah ia. Mungkin hari ini adalah hari kamu untuk menikmati segala keseronokan kerana aturan Allah amat cantik. Tiada sesiapa yang dapat menolok takdir yang akan mendatang kerana tanpa kita sedar semua itu hadiah yang bernilai saat kita layak untuk menerima kebahagiaan tersebut.
Kami menjamu kek Mesir yang dibeli oleh u farid. yummyyy! . . .
saya doakan : moga-moga ustaz Azli cemerlang dunia akhirat. Gembira dan diredhoi setiap niat yang telah tertanam di hati. moga cita-cita kalian dimakbulkan ^^ .jgn lupa hantar kad kat bib ye. and now, tunggu cg disiplin pulak yang bg hint pasal ni.eh! tapi lupe, cg disiplin mmg selalu terkebelakang sket hal-hal ini, sebab mereka spesis yang busy dengan kerenah anak-anak muridnya . LOL . kan mak teh? hehe
Sebelum sampai ke iskandariyah, kami singgah ke Qaryah Asad macam zoo gitu. haha, orang ajak kiter gi jelah. even dah besar panjang, dapat ulangkaji balik haiwan-haiwan yang ada di muka bumi ni. hehe. Ceit macam budak kecik plak ^^
Kami sampai di Alex menghampiri waktu senja. Meronda jalan-jalan utama di sekitar iskandariyah.Bandarnya sgt maju dan tersusun serta tidak terlalu sesak kalau nak dibandingkan dengan Cairo. Yang menakjubkannya, bila lalu jalan yang mana bawahnya ade Hotel dan depan hotel tu pulak ade pantai. Oiii kelasssss beb! memang top la kalau saya diberi peluang menginap di hotel tu. satu malam pun jadi la (thats why nak y kaye) haha lol.
Kami bergerak menuju ke Istana Farouk, Kota Lama tempat perhimpunan raja-raja. Menikmati istana yang dah tutup dan waktu tu gelap pulak. aihhh, lantaklah asalkan boleh berjalan-jalan. Malam ini, antara malam bertuah juga kerana diberi peluang untuk menikmati hidangan seefood kali ke2. Yeppi! seafood around the corner. Alhamdulillah, rase macam anak orang kaye pulak biler makan kat restoren yang biler nak basuh tangan kat toilet then ade org picitkan. Nampak tak loaded kat situ? hehe. Takpelah, sekali je dalam umur 21 ni, nak tunggu lepas-lepas ni plak macam mustahil plak nak pergi sini lagi sekali. Tapi kalau ade rezki, saya memang nak ke sini lagi insyaallah.
Dah, selesai! nak gerak naik bus double dacker plak. Waktu ini kami dapat view pemandangan laut mediteranean yang terbentang luar sepanjang pesisir pantai Alex ni. Indah romantika malam itu sambil merenung bintang-bintang. Ada tanda kebesaran yang allah sendkan kepada neuron akal untuk berfikir tentang alam ciptaan nya. Subhannallah! Malam itu pula, saya menginap di rumah kawan kiba dahulu, Diana Dian dan setengah di rumah sewa. Di, i'm so happy the night that you spent for our bed time story. Hope you guys can happy each other. As long as bib dapat tlg yang terbaik and become freind, we are almost close. and dont forget the present, hargai taw! i mengunsung berat-berat dari jauh tu. hehe ^^ .
23.1.2013 - rabu
Lena pagi itu sangat indah bile bagun dari tidur si dia sedang asyik di dapur menyiapkan makanan pagi untuk kami. Thnx for the breakfest! :) best. hehe. Pagi ini bergerak ke destinasi lawatan kami yang seterusnya iaitu bahagian utara sedikit alex. pagi itu kami gerak ke masjid dan menziarahi makam-makam di sekitar kawasan itu. Bertafakkur dan sedekahkan Al-fatihah. Manusia yang baik sentiasa di ingatan, moga kita juga tergolong seperti mereka . Ammen. Dibanggakan manusia sekitarnya dan seisi bumi.
Kemudian kami gerak ke Kubu Salahuddin Al-Alyubi. Kubu yang terletak di tepi perairan. Dikatakan kubu ini digunakan ketika mana kaum islam dalam jihad mereka menawan palestin. Wallahu allam kesohehannya. Akan tetapi, even saya tak pernah belajar ilmu pertahanan tapi, seni bina protect kubu ini memang terbaik. Amat strategik sekali.
Petang itu kami bergerak menuju ke perpustakaan iskandariyah yang merupakan perpustakaan terbesar di dunia kot. tapi memang besar laaaaa. besar dan besar sebab bertingkat-tingkat. Waktu ini kami tidak sempat untuk mengexplore seluruhnya kerana waktu yang diperuntukkan terhad sahaja. Sekadar masuk, jalan2 sedikit tapi tak dan nak round satu perpustakaan tu. Buatnya lenguh kaki nak towaf seperpustakaan ni kot. huhu.
Jalan-jalan hari ditemankan oleh diana, thnx soo much sangat Di! even nak exam 3 hari lgi, boleh teman kami ni. syukran, moga Allah granted you and Athirah the best result. Time to back Cairo. pada awlanya kami diberitahu tiket kami jam 5pm. oke, 15 minit sebelum tu baru nak bertolak ke stesen. tapi sebelum tu, episod sedih berpisah dengan Di berlaku. Saya terharu dengan kesungguhan dan kesudian dia menemankan kami. thnx a lot sgt Di and thirah :)
Jom pulang Cairo! Kali ini seperti yang dirancangkan kami akan pulang dengan menaiki tren. macam KTM malaysia tu. waaaa, teruje sgt lah kan sebab dalam hati dah rase, 'at least dapat rase naik tren'. Pkol 4.55 pm kami berlari-lari mencari tren kami. Ayyoooo! time ni, Something happens! cane saya nak cerita ya? sebab saya tak terkena sangat time ni, whateva la! nak juga cerita.Jadi batu Api pun tak kesah la, sebab benda dah berlalu.
Terkisahkan dengan 2 group. Satu us azli dan dua us farid. Kisah pertama : "cepat-cepat , nanti lambat!." jerit ustaz. mereka satu kumpulan berlari mengikut ustaz dengan cemas kerana jam memang menunjukkan pukul 5pm.On time nak pergi kan. So, naik satu tren, then TIBA-TIBA... "turun, turun,turun, " dalam hati mereka dah fikir tersilap tren ke? cemas dan berdebar makin kuat setelah mendengar bunyi kentut tren yang gaye menunjukkan tren nak bergerak. Ahhhhhhaaa turun-turun, ustaz gelak! gelak oiii!. ape kes? mengapakah?
Kisah kedua : "dah la zunah, biarlah mengarut mak cik ni" ajak saya sejurus kalut dengan makcik kedai itu. "u Farid! tlg zunah ni, setlle kan" jerit qilah. dan-dan pulak duk nak bermunaqosyah pulak time ni ngan mak cik tu. Saya dah pening ni, kate tiket pukul 5 dan ustaz ni, cari pasal nak kena tinggal ke duk slumber berkire-kire ngan makcik ni. hailaaaaa. "Dah! dah! dah! karang kena tinggallll " tapi tenang pulak nak maen-maen ngan makcik ni. memang pelik. Lantaklah! LAst sekali. cukup zunah. kiter lari. haha. saya,qilah,zunah melarikan diri menuju tren sambil dikejar makcik tu. tapi heran, pandang belakang u farid steady! "ahhh lantak la, diye kena tinggal padan muke dia" gerutus hati. lari pecut, sesampai kat kawasan tren yang nak dinaiki... ustaz gelak oiii! ape kes? mengapakah?
haha! tiket kiteorg tak beli lagi. whattttttttt ????????????
waktu ni terkena bang bang boom! tapi dah kena pulak ke perempuan memang terase la. Dari keadaan kalut-kalut sebab dan terlambat, pastu kena pulak tipu cani. haiiii ujiannnn ni. tersentap! Maka episod tegang berlaku secara tidak langsung. Penat maen macam ni, rupa-rupa terkena lagi. rupanya tiket ade je, tapi pkul 6pm. hoho . 2 kali terkena,2 kali rase mcm beremosi. tapi saya cool je~ hehe.
kemarahan kami bukanlah sebab marah mane pun, tapi lakonan mantap tetap dimenangi oleh syakilla othman :) tengku farhah pulak jadi back up nya. memang la roomate ni maen peranan waktu adegen kemarahan. baru dia rase kena marah ngan perempuan! padan muke. terkedu juga ea lelaki kalau kena marah ngan perempuan ni. entahlah, dapat kenal juga la perangai jenis lelaki ni, tak semua yang kita nampak luar itu zahirnya. Tapi kalau dah ego tu, machonya juga la dye nak bagi kite nilai. haha .betulkah ?
Malam itu, keceriaan kami tiada lagi. tiada lagi senda gurau dan nada serius antara dua belah pihak bertandang. mungkin masing-masing penat. Saya steady je, tido dan tren! nyanyakkk je. sampai-sampai cairo, semua buat muke seposen due. haha. sampai ustaz pun macam fedup kot, nak tukar musyrif la segala bagai. Penat, balik rupala rehat.
24.1.2013 - khamis
"kak una... sape musyrif kita hari ini?" tanya salah seorang dari kami. nadanya sedih tapi hari semalam tetap berlalu dengan seribu satu kenangan yang tidak dapat diulangkembali. Hari ini kak una khabarkan yang bahawasanya mungkin tiada lagi ustaz berdue sebagai teman kita dalam coaster bersama amu walid. katanya lagi, musyrif kali ini orang Perak. hmm, "cane kiter nak serasi ngan musyrif baru?" ," kalau kiter over sgt mestiii teruk nanti" , "kalau tak best cane? " . banyak la kalau-kalau nyer pagi itu.
Hari ini, ammu walid datang seperti biasa tepat jam 8,30 am. Namun seterik bandar Cairo hari itu tidak seterik hari kami pagi itu. Mendung kecewa semalam masih berbaki. Langkah kaki untuk bergerak jalan-jalan hari ini berlainan seperti kebiasaan. sudah pukul 8.45 am, barulah coaster bergerak ke Asher untuk menjemput musyrif Perak baru kami. Bersabar dan bersabar. nak cool kan keadaan, farhah cakap : " korang, releks la, hari ini kita shopping-shopping je kan, dun worry la, kita buat hal kita je" . huhu. oke farhah.
Sesampai di Asher, ternanti-nanti siapakan musyrif baru kami? siapa yang lalu dikawasan itu, menjadi target kami, alaaaa dye ke orang nya? alaaah, bukan lagi. ini pun bukan. tunggu bagai menunggu anak raja bersiap! akhirnya mereka berdua juga yang sudi menjadi musyrif kami. haha^^ . nampak sgt tak berani. kan mak teh?kan KL gangster? hehe. btw, bersyukur, hari ini kami dapat berjalan-jalan seperti biasa. Yang pasti kenangan semalam masih tidak luput. setiap orang dapat ibrah masing-masing. yang kurang dibaikpulihkan dan yang lebih kita sama-sama ambil tauladan dan pengajaran.
Pagi itu kami bergerak menuju ke Kubu Salehuddin yang terletak di Cairo (ade banyak je kubu-kubu ni). Berjalan di sekitarnya, ade muzium, replika bom-bom dan jet pejuang. Kemudian pula kami gerak ke suk Khon Kholili. Gedung membeli belah, kami membeli sedikit barang-barang untuk cenderahati.
Sebelah malamnya pula, kami dijemput untuk kali kedue ke rumah ustaz anuwar untuk jamuan makan malam. Malam ini juga, malam sambutan hari jadi ustaz azli yang kedua bersama budak kecil si mayya yang commel!. Kami menikmati makanan lazat Malaysia yang dimasak khas air tangan kak nurul,ister ustaz anuwar. very delicious! syukran ustaz sekeluarga yang baik melayan kerenah kami 14 orang anak murid ini.
Dan destinasi terakhir kami iaitu ke Qonatir . aktiviti menaiki bot merentasi sungai nil. Malam itu, sungai nil menjadi saksi tanda sedehnya kami yang bakal berpisah dengan bumi mesir. ada apa dengan sungai nil? iaitu antara sungai terpanjang didunia. Tercatat sejarah Nabi Musa yang dihanyutkan arus sungai nil ketika Fir'aun mengarahakan agar semua bayi lelaki dibunuh setelah ditafsirkan mimpinya akan muncul suatu generasi yang akan menghancurkan kedudukannya itu. Dengan izin Allah, Nabi musa diselamatkan Asiah, Ratu Firaun. Dijaga dan dibesarkan.
Waktu ini juga kami berpeluang melalui sedikit kawasan medan Tahrir yang menjadi tempat berkumpul rakyat Mesir semasa revolusi kebangkitan rakyat. kebetulan esok 25.1.2013 ulang tahun pertama revolusi itu. Maka jalan-jalan yang dilalui kami sememangnya penuh dengan anak-anak muda dan di dataran itu, obor api sudah kelihatan disebalik kibaran bendera-bendera dengan teriakan yang tak berapa jelas kedengaran. ohh, akhirnya, niat nak rasa berada di medan tahrir tercapai even sekejap je. Dan dapat lihat malam itu keadaan orang berkumpul. Soal bahaya memang bahaya. Tapi Alhamdulillah, Allah selamatkan. Seusai round sungai Nil, kami pulang . menanti hari esok dan esok keberadaan kami disini, bumi mesir dirindui =,=.
25.1.2013 - jumaat
HAri ini jadual bebas. ramai yang keluar berjumpa kawan-kawan, pergi sambung bershopping dan jalan-jalan. bukan ramai lah. tapi semua kecuali saya ^^ hehe. Saya buat ape? berangan. haha. tak la , seronok dapat jumpa jiran yang disayangi yang juga mesra saya gelarkan dia sahabat baikku. Bersama seawal umurku 5 tahun bersamanya. Jiran dan jiran. tapi Allah izin kami terpisah,mulanya familynya berpindah ke sabah , maka kosonglah rumah tepi saya. Dan sekarang bila ibunya kembali berkhidmat di kuantan, ayahku pula yang berhijrah satu family ke saudi. ohh, tapi nikmat dapat berjumpa di bumi syam ini sangat tidak diduga. "bib ade kat ea mesir sekarang?" ohh memang kena jumpa. dan berjumpa bercerita segala bagai. Apa-apapun, bib doakan yang terbaik untuk kak deeni, moga Allah mudahkan segala urusan nanti. ^^
Petang sikit, cop! bukan petang, malam kot baru budak-budak ni balik rupala. ohhh masing-masing dah macam jadi orang kaye bershopingholic! hehe.Malam tu, still keluar. Berjalan-jalan sekitar bandar tu, tengok pemandangan malam bandar Cairo yang hidup. pin sana pin sini. SUngguh berbeza dengan irbid yang tenang ini. =,=
26.1.2013 - sabtu
Pengakhiran disini pada episod kali ini. Pagi yang berbaki sebelum jam 1pm untuk bergerak ke airport dimanfaatkan sebaiknya. Kami choose the last session untuk menatap di kawasan berdekatan. Settle kan setiap urusan sebelum tiba waktu berangakat untuk pulang ke bumi jordan yang juga memang dirindui. hehe. Berat hati untuk meninggalkan bumi mesir yang sudah terpaut dihati-hati kami. kembara 12 hari ini membuah cinta mekar yang telah menyebabkan ada antara kami yang bertekad dan berharap untuk sampai ke bumi mesir lagi pada waktu yang lain. InsyaAllah.
Masing-masing dengan beg dan kotak yang telah siap dipacking bersedia untuk bergerak ke airport. terima kasih Farah dan kawan-kawan yang sudi melawat kami. HAti ini berat, tertumpah juga air mata dalam perjalanan meninggalkan bumi kenangan ini, hoho. alah, semua tumpah juga akhirnya... paling beria sesiapa yang akt airport tu, hak3.
Sesampai kami di Airport , selesai sembahyang jama' kami dilawat oleh kak nurul dan anak-anak nya, bersama kawan-kawan yang lain. Baiknya budi kalian sudi teman kami di airport waktu itu, terima kasih kak masyi, kinah, kak jannah, dayat, asyaraf,latif dan kawan -kawan yang lain tu. Alhamdulillah jam 2.30 pm kami masuk untuk check-in dan boarding pass.
Di aiport sebelum pulang tanah air Jordan |
Terakhir bersama musyrif OSEM. terima kasih tidak terhingga sudi menemani kami sepanjang jaulah jelajah Mesir kali ini. Banyak bersabar di awalnya melayan kerenah kami, banyak menahan amarah dengan kelambatan kami, banyak bertenang ketika kami kecoh, mencari dan mencuba yang terbaik untuk diberikan kepada kami. Semuanya Allah yang mampu balas, InsyaAllah semuanya semoga diberkati Allah.
Sungguh hari-hari kami ceria di Mesir dengan usaha kalian yang cuba untuk memberi yang terbaik dan mempersembahkan bumi Mesir ini dengan sebaiknya hatta kami semua terpaut padanya. kenangan semuanya tidak boleh dijual beli dan sehingga nak buat untuk berulangkali pun mesti tiada dayanya. Ketahuilah rasanya jaulah mesir kali ini terbaik buat kami dan syukur dipanjatkan sepanjang nikmat yang diberikan ini.
Akhir sekali, bib dan wakil kawan-kawan semua mengucapkan ribuan terima kasih . InsyaAllah andai jodoh dan takdir ada, maka kita bisa ketemu lagi. sobs :( Wassalam .
TAMAT . . .
we are ONE BIG FAMILY ^^ |