Friday, November 30, 2012

pohon zaitun menjadi saksi

Ya Allah berkatilah ukhwah indah ini.

Kisah Diyana dan Farihah. Dan semoga Allah memberkati saat-sata bersama mereka berdua.

****************************************
Usrah mereka berakhir pada jam 4.30 petang dangan tawa riang. Hari tanpa disangka oleh Aryani(kawan usrah Diyana dan Farihah), mereka bersama menyambut hari jadi Aryani yang ke19. cepatlah wish yani, ni kan bufday awak," kata kak Nur. 

sedikit wish perkongsian yang diceritakan oleh Aryani ;"Selalu masa kecil kalau sambut bufday mesti rasa nak hadiah and sambut dengan kek segala bagai. Tapi bila dah besar, semua tu rasa dah tak penting mana. Dan yang utama adalah untuk mendoakan saya agar baki hidup yang ada ini senantiasa di jalannya sebab mati itu semangkin hampir.Bayangkan umur yang kita sampai 40 dan batang yang kita ada 40. dan sekarang umur saya sudah 19. jadi baki kayu yang saya ada hanya tinggal 21 sahaja. itu contoh saya kasi kalau kita tahu umur pengakhiran. contoh sahaja. tapi hakikatnya, kita tidak tahu umur pengakhiran itu. Jadi doakan aryani :) "

Masing-masing bahagia meraikan hari jadi Aryani. Dengan nescafe panas yang dihidangkan waktu syita' begini sememangnya sangat mengahangatkan jiwa dan hati.ahaaa, yang penting kuranglah rasa kesejukan hari ini. 

Mereka berdua pulang ke asrama. Tidaklah jauh sangat. kalau jalan kaki mungkin mengambil masa hanyalah 15 minit. dan itulah rutin mereka,berjalan. kalau malas, pakcik teksi akan kaya dapat sikit duit 75 kursh untuk beli barangan Doruriyat. ceh kalau tak pun beli rokok je.(sebab pakcik arab sini memang suke isap rokok.oke its fact).

Melalui jalan pintas melalui pintu syimali mereka melintas berjalan. berhadapan dengan sekumpulan pemuda arab sedang berteriak. ohh dan itu perkara biasa bermuzaharat, berdemostrasi semenjak akhir-akhir ini.

"uhhmm.. awak, umar sayang awak lagi?" Farihah bertanya ringkas. haha. oke soal hati dan hati dan hati. 'ntahlah... tapi umar cakap,dia memang sayang kat saya. entahlah hati lelaki kita tak tahu.malas nak layan.kenapa?"balas diyana. 

"macam susahkan. awak janganlah suka kat siapa2. susah. nak melawan perasaan dan hati. kita faham, tapi kita buat. memang sakit sangat. awak fahamkan maksud saya farihah?" soal diyana lagi.

"tahu. cukuplah Allah menguji saya. Awak pun tahukan. kadang-kadang saya rasa tak adil, kenapa Allah selalu uji saya dengan perkara macam itu? cukuplah. dan saya selalu bersangka baik.Allah uji saya dan inilah titik kekuatan saya. sebenarnya saya tak kuat, tapi ujian inilah menguatkan saya awak." farihah meluahkan isi hati.

"macam mana susahpun, kita kene berjuangkan.bila saya fikir balik cerita dulu pasal awak dan dia, pasti saya akan gelak. tahu kenapa ?" 

" apa...?? "

"sebab... saya fikir senangnya cinta lelaki berubah. dulu dengan awak dan sekarang berubah hati dengan orang lain. saya hairan dan hairan. mungkin tak serius kot.sekadar permainan dan kelakarlah. hehe " cerita diyana.

"aihh,pepandai je cakap orang macam tu. dah lah. dia dengan jalannya. dengan sesiapapun dia saya tak kesah. sekarang hati kita yang kena jaga. sesusah kita menjaga barang yang kita sayang,begitulah kita jaga hati dan iman kita Diyana. "

"Farihah...tlg bantu saya. bantu saya untuk jaga hati saya. "

"oke. sama-sama tolongla. saya bukan malaikat k ^^"

ujian yang Allah hantar itu tanda kita sayang padanya. soal cinta sentiasa berlegar dijiwa remaja dan ia tidak lari. moga allah pelihara hati Farihah dan Diyana selalu.

mereka berdue berjalan dan melalui laluan taman zaitun yang ada di laluan jamiah mereka. Pada hari itu, sesungguhnya pohon-pohon zaitun menjadi saksi Farihah dan Diyana. Moga cinta Farihah dan Diyana saling diredhoi dan dikurniakan teman hidup yang soleh . teeett =.=

Thursday, November 29, 2012

seketika

Alhamdulillah . Alhamdulillah . Alhamdulillah .
Minggu ini sudah settle exam ke-2 untuk sem 5,tahun 3. Hakikat yang aku perlu terima bahawa sekajap sahaja masa berlalu...

dulu form 5 di smaskl dan sekarang dah tahun 3.
dulu umur 18 tahun dan sekarang sudah umur 20.
dulu 2 tahun di Ikip dan sekarang sudah di Jordan.
dulu bulan september dan sekarang dah masuk bulan disember di Jordan.
dulu dah lalui sem1-2-3-4 dan sekarang sem 5.
dulu keseorangan di perantauan sekarang sefamily diperantauan cuma jarak yang memisahkan.

seketika memerhati setiap kuniaan Allah yang maha berkuasa. Dulu hanya angan-angan mahu ke luar negara, sekarang Allah hamparkan jalan di luar negara. Nikmat yang orang lain rasa tinggi, tapi tiada yang tinggi melainkan ketaqwaan kepada Allah dengan sebenar-benarnya.

Monday, November 26, 2012

berangan tapi itulah impian

Graduates emerging from the national education system are failing to meet the expectations of prospective employers due to a lack of critical thingking skills and poor communication.  - The Star, KL-
**************************************

Saraa mengaut kunci bilik di atas meja studynya lantas terus ke pintu depan untuk membuka bilik setelah berulang kali pintu diketuk oleh Jannah. "Laen kali janganlah lupe bawa kunci pergi jamiah, ni kan dah berketuk-ketuk. nasiblah kayu ni cap kuda tahan konkrit besi gamaknya" jerit Saraa dari dalam sambil berusaha membuka pintu.

"eh, sory Saraa. serius campur mius saya lupa la awak."jawab Jannah mengambil hati si kawannya Saraa. Gaya macam baru duduk sehari bersama. Cakaplah berulang berjuta kalipun Saraa tetap dan syik lupa untuk membawa kunci bersama. Bukan ada satu,tapi setiap seorang kot ada. Ada hari, sampai adakalanya, Saraa terpaksa menumpang bilik rakannya yang lain dahulu sementara menunggu Jannah pulang kerana dek kemalasannya untuk membawa kunci bilik bersamanya.

"Ye la tu. Lain kali saya letak doubletape kat pintu, then tepek kat pintu. "ini kunci khas buat Jannah yang rajin" . soroh Saraa menjerit sambil menggaul tumisan masakan asam pedas untuk makan tengahari mereka bersama sebentar nanti. Lagaknya seperti chef! tapi Saraa cuma mencuba. dek kerana hidup berjauhan dengan ibubapa, dia terpaksa belajar berdikari seiring umurnya yang meningkat dewasa. Dan Jannahlah yang merupakan pengkritik juga tenaga pengajar utama dalam siri 'mewarisi' ilmu masakan ini. Mereka banyak berkongsi.

Usai Jannah siap menyalin pakaian, Jannah bersama menolong Saraa apa yang patut. " hmmm, harum seindah wangi bau masakan awak harini. cayalaah beb awak ni. ade improvement kot Saraa!" tegur Jannah dengan gaya mukenya yang enak sekali. "tipu.tipu.tipu. eleh, sengaja nak bodek orang lah tu.Saya ni, masak pun terjerit-jerit and lari sana,lari sini.tak macam chef terkenak Jannah ni. power kot! " balas Saraa. mereka riang berjenaka antara mereka.

"eh, tahu tak??? kalau nak kawin kene pandai masak. tapi kalau nak masak kenalah ade duit. duit banyak baru sedap nak masak ape-ape pun." Saraa memulakan perbualan menukar topik sedangkan sendiri masak pun masih terkapai-kapai lagi nak cakap hal masakan kahwin and kerja segala bagai. 

"tahu la Jannah. tadikan, saya baca paper ni kat BH. then, berita tu tulis. sekarang ramai yang takot after graduate nanti. silap2 balik malaysia tak dapat kerja yang kita mahu. dok terperap je kat umah. macam takot kot Saraa." Jannah mengadu . timbul kerisauan dek memikirkan market job yang ada di tanah air. Sebenarnya bukan hal kerja, tapi hal diri. bagaimana untuk mereka potensikan diri mereka semaksimum mungkin sebelum memasuki alam pekerjaan yang lebih mencabar daripada alam pembelajaran sekarang.

" kan best..." ..." apa? awak berangan la tu saraa. kalau tak kawen dengan putera raja sambil duduk atas buaian laju-laju tu, apa yang awak masak tu yang hangus hitam sampai kerak. " ngusik Jannah. " Awak ni kan, saya tak habes cakap lagi awak dah potong. potong pulak cerita melalut tak best. ieee.. tak syok taw!" haha. mereka ketawa.

"tak. saya fikir, bestnya kalau kerja kita dah confirm dapat and ada. i mean, its the easy way to get the job. sistem susunan yang mudah untuk penyusunan pekerjaan ni. kan kita belajar, negara maju mana boleh ada unempolyment. so, Malaysia terang-terang tak maju lagi. haha" Saraa menyatakan pendapatnya. "Tapi masalahnyaaaa..... kita ni banyak kekurangan lagi. bukan senang lenang nak dapat job best kot Saraa" Jannah berkata lagi.

"btol, kita dah lah tinggal 3 bulan je lagi kan nak grad. Kalau tak cukup yakin, ilmu kurang, tak berani, komunikasi pun low,and terketar-ketar macam mana ea Jannah? risau jugak saya." jelas kerisauan terpancar diraut wajah mereka saat itu. Malah inilah masalah yang sering dihantui mereka, student pangajian umum. "mungkin kan.. satu jelah, kita kene terus usaha dan usaha untuk dapat sinergi kompitensi itu sebelum kita balik ke Malaysia sambil terusan berdoa agar rezeki kita tetap ada walau di mana sekalipun." Jannah balas ringkas.

Setelah masakan asam pedas siap, mereka terus makan bersama . Dan tanda tanya itu sering mengahntui mereka. Malah jauh dari itu lagi, sesiapapun yang sedang belajar adakalanya pasti merasakan dan memikirkan hal kerjaya di masa hadapan. Biarpun apa-apapun, bak kata Jannah : usaha-usaha-usaha- doa+tawakkal .


Graduan yang baru muncul dari sistem pendidikan kebangsaan gagal untuk memenuhi jangkaan bakal majikan kerana kekurangan kemahiran pemikiran kritikal dan komunikasi miskin.

Saturday, November 24, 2012

sentap dengan tugasan.

Sentap setelah membuka dan membaca. 
"Dan barang siapa diberi petunjuk oleh Allah, dialah yang mendapat petunjuk, dan barang siapa Dia sesatkan, maka engkau tidak akan mendapatkan penolong-penolong bagi mereka selain Dia. Dan kami akan mengumpulkan mereka pada hari Kiamat dengan wajah tersungkur, dalam keadaan buta, bisu, dan tuli. tempat kediaman mereka adalah neraka Jahannam. Setiap kali nyala api Jahannam itu akan padam, kami tambah lagi nyalanya bagi mereka. "       (Al- Isra' :97 )
*************************************

Hari itu Fatimah Busyra balik dengan mencuka masam seriibu bahasa. Lantas pulang sambil menghentakkan sekuatnya-kuatnya kakinya ketika naik tangga rumah sewanya yang 3 tingkat itu. Keluhan letih, geram, menyampah, sakit hati, dendam kesumat semuanya bercampur baur ketika itu. Tiada lagi ketenangan di raut malah di hatinya jauh sekali. 

"Busyra!, aku keluar jap. aku nak pergi photosestet tiket pulang aku balik rumah minggu depan. turn kaw masak jangan lupe ea." riang ria wajah Maria menegur housematenya . Ternyata kontra emosi antara mereka berdua jelas sekali. "ohh. ea? oke!" balas busyra seadanya sepatah kata lantas tiada rasa keinginan untuk jawab berlebihan.

hmm.aku dah kata. diorang pick nama suka hati mak bapak dia je. baik aku tayah pergi meeting tadi. kalau aku tahu, awal-awal lagi aku out je tadi. huh! amarah busyra masih berapi. Kusut jiwa dan hati dia. Masuk bilik sambil melemparkan bag handbag Coach yang dihadiahkan mamanya ketika trip melancong mereka sekeluarga di London setahun yang lalu. Lalu bersandar di sudut katilnya. "mati lah kaw, lepas ni mesti banyak gile kije kaw. kaw kene fokus. lepas ni tade dah la massa nak outing, hang out, jejalan lagi. " satu suara halus menembusi telinga nya.

Pedulikan. tetttt... mcg masuk!
"salam kakak. kakak sehat? mama harap kakak sehat. so far macam mana study? oke ke? ade pape masalah kalau tak faham terus tanya dr ya. moga anak mama cemerlang. haaa.. lupe, mama nak kasi tahu, sebenarnya uncle Long kamu sudah tiada. pergi buat selamanya. seteruk mana pun dia, jangan kita pertikaikan. cuma doakan yang terbaik.sedekahkan Al-fatihah buat uncle long ya nak. Kadang manusia luarannya nampak teruk, tapi  mungkin hatinya lebih baik dari kita. doakan sama2 pak long ditempat di tempat org mukminun. kakak stay up je kat sana k. doa dari jauh mungkin ada keberkatannya lagi"

Lantas air mata deras mengalir. tiada yang baik melainkan hadiah alfatihah buat uncle long. perasaan bercampur baur. Sedeh.sedeh.sedeh. Kisah uncle long tergugat imannya masih aku ingat. bukan mahu menentukan iman sesiapa tetapi, pengajaran buat semua. Tersimpang jauh, namun dititipkan agar Allah terus memberi rahmat nya.

Aku membaca berulang kali ayat itu. tersentap dan termenung seketika. inilah roda kahidupan yang tiada penghujungnya hingga ke akhirat. Benarlah kataNya, barangsiapa yang diberi petunjuk maka dialah yang mendapat petunjuk tersebut. dan vice versa dengan siapa yang tiada diberinya petunjuk dan dia sesatkan. Bersyukurlah dengan nikmat yang diberikan dan amanah lah dengan nikmat tersebut.

Hari ini hari awak untuk memegang amanah tuham itu. sekali sekala untuk menilai prstasi kemampuan diri. jadilah sepeti bayi, di dalam 3 karung. disaluti karung embryo, karung ovum dan terakhir karung perut ibu. pertarungan hidup bayi yang penuh tawakkal. bayangkan baby yang tiada punya harapan melainkan kebergantungan dan tawakkal yang ada pada Allah. bertarung dengan nyawa untuk hidup hingga saat dilahirkan.

Busyra mendakap mashaf al-quran kecilnya. didakap ke dada. saat ketenangan menjelma. bahagialah insan yang tiada lari dan sentiasa tarik menarik dengan quran :) its wonderful. 
Bingkas Busyra ke dapur, meneruskan rutin di dapur. niat hati ingin memasak spegheti buat ahli rommate tersayang. Spegethi makanan kegemaran busyra dan mamanya. setiap kali memasak spegheti, pasti mengingatkan kenangan bersama bonda di dapur. kenangan yang memberi pahala kerana disitu mengingatkan bait-bait hikmah mutiara ayat bonda tersayang.

 


Tuesday, November 20, 2012

coppied sesuatu yang terkedu bila dibacakan

Nak share sangat. buat yang pernah lalui proses ini bersama-sama di tanah wakafan tercinta .
-terima kasih Akasyah for sharing this article.-

Air Mata 

Semalaman aku duduk terpaku memikirkan tentang diri sendiri. Ada kalanya hati rasa begitu sayu.Ada saatnya terasa begitu hiba. Tidak semena, air mata mengalir. Manik-manik jernih mengalir laju membasahi pipku.

Aku sebenarnya baru sahaja membaca satu artikel yang ditulis oleh Murabbi yang sangat hormati, al-marhum Ustaz Dahlan Mohd Zain (UDMZ). Kupasannya sangat menyentuh. Dan paling aku tersentuh adalah pada tajuknya." Titisan Air Mata Lantaran Dakwah Kehilangan Dai',".

Dunia Dakwah pada hari ini kehilangan dai yang berjiwa kental, berkemahuan tinggi dan berhati sufi. Medan ini benar-benar menguji sehingga ramai yang pernah menapak dalam semaian tarbiyah, hanyut dibawa oleh arus dunia yang ganas, deras dan dahsyat.

" Jahiliyah mencengkam jiwa-jiwa putera-puteri yang pernah kita didik sehingga mereka tewas,"Masih terngiang-ngiang kata-kata seorang Ustaz.

 " Jalan ini, jalan yang panjang. Tidak semua mampu bertahan dengan jalan ini." Kata seorang sahabatku. Aku mulai melihat diriku sendiri. Semakin hari semakin banyak ujian, cabaran dan mehnah yang hadir dalam kehidupan ini. Aku sedar dan tahu inilah sunnah kehidupan. Inilah warna-warni kehidupan yang perlu aku tempuhi.

" Anta perlu pelbagaikan warna dalam hidup enta. Kehidupan yang hanya dengan satu warna adalah kehidupan yang kosong dan hambar. Warna-warni kehidupan akan mengajar kita untuk lebih matang dan dewasa. Jangan takut untuk menghadapi kesusahan dan kepayahan.Ada masanya anta perlu susah dan merasai kegetiran. Dengan kesusahan inilah, jiwa anta akan lebih peka, halus dan sensitif."

Inilah nasihat daripada seorang murabbiku - Abu Umar. Kata-katanya sentiasa bermain-main difikiranku. Kata-kata jiwa untuk meningkatkan lagi syuur untuk terus bertapak pada jalan dakwah dan tarbiyah ini.

Istiqamah – Ia sukar?

Wahai sahabat ikhwah sekalian, ayuh kita bangkitkan syuur kita untuk mempersiapkan diri untuk sentiasa istiqamah pada jalan dakwah dan tarbiyah. Jalan yang akan membersihkan diri kita dan memelihara kesolehan hati serta kejernihan niat kita kepada Allah SWT. Jadikan kehidupan ini sebagai kehidupan untuk mencari keredhaan Allah SWT.

Hidup ini bagaikan satu pelayaran yang sukar. Bersabarlah kerana sabar itu indah, sabar adalah bunga-bungaan dari keimanan yang benar. Harumannya ialah kepasrahan iaitu memandang baik segala keputusan, ketentuan dan ketetapan Allah SWT disamping meyakini hikmah yang tersembunyi disebaliknya. Kelopak-kelopaknya diwarnai ketabahan, ketenangan, keteguhan jiwa sebagai lambang kepuasan dengan qadar Allah SWT.

Marilah sahabat-sahabat yang budiman, kita bina keimanan yang benar kepada Allah SWT. Kuatkan pergantungan kepada Allah SWT.Keimanan yang benar menjadikan perjalanan kehidupan seperti sebuah kisah cinta; kesetiaan dan pengorbanan menukarkan ujian pahit menjadi kenangan manis, kesabaran menjadikan segala beban yang ditanggung menjadi ringan, keyakinan pada janji-janji Allah menjadikan jiwa tenang ketika perjalanan begitu sukar, kerinduan padaNya menjadi pembakar semangat setiap kali berdepan dengan kegagalan.


Ayuh Pemuda, kita bangkitkan Ruh kita! Ruh untuk mendidik dan berbakti kepada Manusia. Usah kecewa dan kesal dengan karenah manusia. Bersabarlah.Kerana Buah kesabaranmu itu adalah kejayaan yang sebenarnya disisi Allah SWT.

Nasihat Terakhir

Aku masih ingat pada 15 Februari 2010, ketika aku bersama Dr Abdullah Sudin Ab Rahman dengan beberapa orang sahabat diberi kesempatan oleh Allah SWT untuk menziarahi UDMZ sebelum beliau kembali ke rahmatullah, alhamdulillah ketika itu UDMZ kelihatan ceria dan semakin sihat. Ustaz sempat berkongsi syuur dan memberi kami nasihat sebagai bekalan dakwah. Teringat kata Ustaz :

“ Ana dah bazirkan banyak masa muda ana dengan perkara-perkara yang tidak bermanfaat. Pada umur 31 Tahun baru ana dapat kesedaran Islam. Antum patut bersyukur kerana umur semuda ini sudah diberi taufiq dan kesedaran oleh Allah SWT.”

Kata-katanya masih segar dalam ingatanku ini. Usiaku, masaku, kudratku dan segala tenagaku benar-benar banyak dibazirkan.

------
BroHamzah
Medan Menulis Tidak Sama Dengan Medan Bercakap
Medan Bercakap Tidak Serupa Dengan Medan Beramal
Medan Beramal Tidak Sama Dengan Medan Berjihad
Berjihad Di Medan Yang Sebenar!

Monday, November 19, 2012

mereka menjerit

kami mahu raja kami. 
hidup raja. hidup raja. hidup raja.
mereka menjerit dan melaung ungkapan semangat.

doktor imad semasa pelajaran subjek microeconomics berbual, ada student call cakap kelas dibatalkan. ahh sesuka hati je org arab ni. dan pukul 11 ni ada demostrasi dalam jamiah. hati-hati ya semua jangan join demostrasi sudah la.

ohh rupanya yang menjerit pagi tu golongan pro kerajaan. Ternyata semangat mereka sangat tinggi, sama-sama pertahankan persepsi masing-masing.mereka yang menyokong sistem kerajaan tanpa sebarang bantahan. terdetik dalam hati, mereka yang sokong kerajaan ni mesti orang kaya. opss golongan berader la kot.

kenapa?
Oleh kerana nilai matawang jordan yang sangat tinggi nilainya menyebabkan mengundang pelbagai kekangan dalam golongan rakyat mereka. sememangnya raja-raja,golongan keluarga yang berader seperti "Umari" tu tak kesah sangat dan mungkin tiada kesan bagi mereka.

tapi, aku terkesan dengan kata-kata doktor markaz lughah yang menimbulkan rasa ketidakpuasan hati bilamana kerajaan menaikkan harga barang di jordan ni. katanya : golongan miskin akan terus miskin dan merana. golongan kaya terus berada si atas tanpa sebarang rasa bersalah. 

bahkan, sebenarnya... aku pun terasa sedikit akan kenaikan harga barang yang mendadak tu. Mungkin memang setiap polisi ekonomi begitu. kadang aku terfikir, inilah qozafat(turun naik) dalam bussiness cycle ekonomi. ada gelombang turun naik yang menyebabkan ketidakstabilan ekonomi.

hidup dalam sistem.
hukum karma ekonomi, bila pemintaan banyak, tetapi dalam masa yang sama jumlah goods tak banyak and terhad. maka akan jadilah kenaikan harga barang. tak sikit mesti banyak.
Hatta dimana sekalipun begitulah kitarannya. Tapi yang menimbulkan rasa tidak kena itu adalah apabila seiring kenaikan tiada intensif lain yang diberikan.ex: jordan.

Rata-ratanya sekarang rakyat jordan membantah.Di jalanan pasti ada demostrasi dan peraakan sepanduk dan mereka melaung-laung dengan semangat sekali. ahh, normal lah itu. Dekat Malaysia pun ada. tapayah nak riso sangat, relax2 sudah. Tapi mungkin yang menjadi 'kerisauan' adalah disebabkan faktor orang arab ni unexpected. So, tak boleh nak jangka kelakuan mereka. Alhamdulillah, setakat ni, masih ok lagi.

cerita kami ke masjid jamiah.
ya! kami degil. aku dan aisyah. mungkin lah sekali ni sahaja. In sha Allah.hehe. 
diceritakan alkisah kami ingin melihat demostrasi mereka selepas solat maghrib bermula dari masjid jamiah. fuh, memang teragak nak pergi. tapi, niat hanya ingin lihat sejauh mana keadaan tersebut. dan alhamdulillah kami pulang dengan selamat dengan bantuan muroqib yang bertauliah. Itulah bila dinamakan demostrasi kita yang golongan ajnabi ni mana boleh nak masuk kandang. tengok luar kandang pun terasa kemarahan dan ketidakpuasan mereka. golongan akhawat pun ada yang join dan aku hanya memerhati dari jauh dan yang pasti pengalaman itu ada. (teruk juga depa ni).

moga-moga jordan ceria.aman. dan tenteram.
__________________________________________________
esok ada exam 2 macroeconomis pula tapi study dalam keadaan suara sengau.
sejuk sangat lha sini. tak tahan koi.

Saturday, November 17, 2012

nota palestin

bismillah. dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang...

hari-hari yang dilalui saat ini adalah hari yang takut, gelisah, runsing, dan mendebarkan. Memikir masa depan yang akan dilalui dan ianya semua adalah tuhan yang maha berkuasa menjadikan dan menghancurkan sesuatu.

tett..tett. henset samsung wonderku bergetar menandakan masuk mcg inbox fb.
ohh i see. jemputan himpunan aman membantah keganasan & serangan zionis ke atas gaza di kedutaan amerika, Kuala Lumpur pada 16/11/2012. masakan aku bisa untuk kesana kerana aku disini. tak kan nak amek flight kan? . . . hmm

mahu kesana dengan niat untuk menunjuk pembantahan yang terang-terangan kite dapat lihat dan jelas serangan kejam zionis laknatullah terhadap palestin. sedikit perkongsian pagi tadi yang dikongsi oleh kakak A ketika tazkirah subuh katibah malam tadi : 
berangkatlah kamu baik dengan rasa ringan mahupun dengan rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. -surah at-taubah:9 -
kakak A cakap, seruan jihad ini tak kisah dalam keadaan ringan atau berat and tetap kite kena sahutkan. menyerupai ketika kita belajar ini method yang kita pilih adalah untuk berjihad mengutip ilmu. kena rase ilmu tu best nak diterokoi .

ahh, aku tak dapat lupe saat kakak H pula yang citer pasal kejamnye dan jahat org israell tu buat kat umat islam kat palestin.Kisah bagaimana syahid ketua hamas tu sama je dengan taktik yang digunakan untuk bunuh syeikh syahid rantisi. guna taktik peluru berpandu yang memang power la kan, sebab dyeorg concour teknologi ni kalau nak dibandingkan dengan peluru manual yang digunakan pakai oleh tentera islam di palestin.

ada sumber bagitahu sebab israel rancang serangan ni adalah :

  1. nak lihat kredibiliti kepimpinan Dr morsi dalam pentadbiran baru dan kprihatinan beliau dalam konteks kemanusiaan.
  2. perdana menteri israel , nak meraih undi yang banyak ketika pilhana raya mereka dalam masa terdekat. so, dapat la tangok kepimpinan yang kuat dapat serang org muslim kononnya . padahal jahat nye la. Allahu yusahhil muslimunn!
  3. ade konspirasi tentang kemenangan barack obama. tak pasti la cerita dia macam mana. tapi pasal sekutu israel jugalah obama ni.
aku teringat kisah 3-4 minggu yang lalu. saat itu aku menjejak ke pantai aqobah terletak nun selatan negara jordan. tempat peranginan yang sangat menarrik dan menajdi tumpuan pelancong ke sini untuk menikmati keindahan pantai yang satu-satunya terdapat di jordan .(exclude : laut mati tu sebab masin sgt.)

sesuatu yang nak diceritakan kat sini adalah when aku bersiar atas bot keliling pantai tu, memang seberang sana adalah negara israel yang dirampas tu. bahkan, ya! saya dengan roket-roket berlegar diudara . 
akku tanya pemandu bot :
leishh att-toir yaturr? hai min israelll?...
pemandu jawab : ya, itulah roket latihan tentera israel.

takut ada. geram pun ada saat itu.
ternyata diriku memang terlalu hampir dengan negara musuh. tapi aku tahu, tiadalah keyakinan juga kekuatan kerana keterbatasan tetap ada antara diriku dan palestin. 
aku insan biasa! tiada keberanian. tiada kekuatan. 
itulah manusia. ya Allah tenyata syabab dan akhoeat di palestin sungguh kuat.
doakku, moga Allah bantu mereka dan detikkan hatiku untuk menyumbang sesuatu pada mereka suatu hari nanti.



Thursday, November 15, 2012

serangan

tarikh bermakna 1 muharram 1434 H...
saat itu, aku baru pulang dari kelas markaz lughoh.
sambil bernasyid sesama :
hijrah itu pengorbanan . hijrah itu perpaduan . oleh itu mari semua kita sambut maal hijrah . tingkatkan semangat tegakkan syiar islam...
dan itu juga aku terfikir apa hijrah sebenar yang perlu dilakukan .
ya! saat ini aku dijordan. negara yang paling dekat dengan palestin.
mungkin dari jarak penempatanku tiada kedengaran bom itu.
bom yang yang musnahkan yang perangkan bumi barakah palestin itu.
serangan pagi awal muharram ini, mesti punya inisiatif penyebab besar
yang ingin dihancurkan puak zionis itu.


all i wish :(

http://www.youtube.com/watch?v=LfsYF5-4aMI&feature=g-all-lik&ytsession=rpAxNCsBBUrF9bRvGLxwVY1g28wAxcwHOzdR48d8Ya5VhNgGHyr6lijoMDSWO3DxRs0g8ErnEW4LpUypsqAkmXv4qQ3EvqiItoI-wV1ZUGqYkPtOHVskx7mA1w36X3qVdEkH_xW1pvQJz0hOSg5L1BhIDpxUsR_ihgOZsib8afnGY6B0OsqAnnDNJch_FSSJv0pSv8VT-9wCIYp1vwwHx1tWKqPo-xFSS_giJJQUOHM

Monday, November 12, 2012

wifi dan bluetooth

pagi yang indah dan tenang . wow its 16c !
“Men are like Bluetooth. He is connected to you when you are nearby, but searches for other devices when you are away. Women are like Wifi. She sees all available devices, but connects to the strongest one.”
i got this statement pagi ni jalan2 blog ummu Husna.
pagi tadi bertango dgn family. tak aciii! nak balik :O hehe

Sunday, November 11, 2012

rejoice

ahah, tak payah pakai tudung! sebab ia tak wajib.
tapi...
"sila TUTUP aurat."
dengan hemahnya kita akan faham dengan gaya bahasa dan perkataan yang ternyata.

u anwar ridhwan kata :
dengan rejoice pakai ,  jari pun rambut boleh ...
denagn menutup aurat , tak pakai jari pun boleh 
 Attending Akses Pemikiran Islam (API) at Dewan Kindi. nice perkongsian and sgt menarik.
dekat irbid hari ini cuaca totally berubah.hujung kaki and tangan dah tak tahan sejuk . 
its 16 celcius!
doakan. kite test2 subj micro! ya Allah permudahkan.

rindu

semalam mereka dah sampai rumah baru di arab saudi , ohh memang aku nak balik.
aku call :
ok mama, please book my ticket directly to arab. nak pergi sana.
tapi ...
esok ade test la. subject microeconomics.
so, i have study and study and study :)

Thursday, November 8, 2012

hamparan yang sama

kita seringkali terhibur melihat mereka.
ya, memang terhibur mereka berdua-duaan sesama.
tiada lagi segala halangan dan rintangan dan itu berhak bagi mereka.
Namun seringkali kita tertipu dengan kehidupan kegembiraan itu.
malah kadang dengki dan kata .ohh yang sweet tu lah yang tak aci.
tambah pula di ketandusan jauh ini ku tercampak disini keseorangan.
ya Allah kuatkan diri kerana hamparan kita bersama adalah yang sama.
yang akan dilalui kemudian hari.
doakan :)

Thursday, November 1, 2012

Sayap

Bila mana dengan umrunya yang terzahir di raut wajahnya sudah tua, saya amat pilu dan sedih. Tapi itulah guru yang mengajar bahasa Arab temabahn di jordan ini. Selang dua hari saya akan bertemua dengannya untuk mempelajari bahasa Arab di markaz hilal tidak jauh dari universiti saya.

ohh sungguh hebat orangnya. bahkan ilmu menjangkau. kita ingat orang sembarangan je, tapi sudah berpangkat doktor P.h.D. tidak heranlah disini ilmunya cukup tinggi. Setiap kali saya ke kelas selalu berdetik dihati raut nya persis datukku. Kalau dapat jumpe tok bestnya sekarang ini.

At least saya tahu, setiap kali saya teringat datuk saya , saya psti akan perhati cikgu saya ini. cara beliau kenakan jam sama! tak ubah gaya tokki saya memakainya. cara jalan, cara cakap, cara senyum, cara kasi teguran. ohh samanya. hilang kerinduan sedikit.
Banyak yang dikongsikan tentang beliau, Doktor Musa. seorang yang tua tapi banyak ilmunya.

tadi sebenarnya, saya sangat mengantuk dalam kelas beliau.
mata dah terkebil-kebil. tuptap anak mata tu... mata terbuka tapi dah tak boleh fokus. 
ohh hilang semua fokus ! tak faham sudah. tulis pun dah tak rupa tulisan , rupa akar2 je.
Nahu sorof dan terbalik-balik habis. dan sampai ianya beralih topik.

kalau time beliau mahu cerita tetibe mata saya akan terbukaaaa. Ahaks, nampak tak betapa sukanya dan excited saya untuk mendengar cerita-cerita beliau. Saya sangat suka mendengar cerita dari beliau. sungguh orang berilmu ternyata senang untuk mengekpresikan  segalanya.

Dan hari ini beliau ceritakan kisah Jaafar Tayyar. seorang pahalawan. 
kenapa nama diya Tayyar? ...
eh kenapa ea?, saya berfikir.
Katanya kerana Allah beri gelaran tersebut.
Diceritakan kamu tahu mu'tah? ohh saya tahu!
baru 2 hari lepas pergi ziarah tempat itu.
ketika perang di mu'tah. orang islam menentang tentera rom. 
peperangan ini adalah peperangan pertama umat islam dan tentera rom.
Dan ja'far bib Abi Talid menyertai peperangan ini dan beliau adalah komander kedue selepas gugurnya komander pertama zaid. Semasa beliau memegang bendera, sebelah tangan kanan dipotong dan diukuti tangan sebalah kiri. Namun semangatnya beliau menetang orang kafir sehingga beliau masuh bertahan berpautkan bendera dgn saki baki tangan yang ada . dan akhirnya gugur syahid di emdan perang mu'tah.

Saya mendengar ceriat doktor dengan baik. Dan setiap bait yang diungkapkan itulah cuba untuk saya fahamkan meskipun denagn bahasa Aarab ammi jordan yang sungguh pekat. Sesudah itu, Nabi S.A.W mendapat berita wahyu .. bahawasanya, bahu Ja'far yang terputus tadi diangkat ke langit seperti burung yang mempunyai sayap.

Begitulah kisahnya mengapak Jaffar bin Abi Talib mendapat gelaran ToYYAr = tOIR. terbang itu... ~ Allahu yubariikk feik.

Sekian sahaja dulu ceriata yang ingin dikongsikan dan dah tak sabar nak makan puding ahsil tangan sendiri. puas mintak resipi dar my bestfren from malaysia Mek Tie USIM. hehe. 
tak tahulah eknapa hari ini mulut teringin makan masakan melau je. sebabtu tadi boleh je anak makan nasi lauk tekur denagn kicap sahaja. Indahnya makan :) 

kelam

aku terima. tapi aku masih berkira-kira. 
adakah itu redho atau hanya penyebab untuk gembirakan hati?
ohhhh rontanya aku saat itu. 
moga kau tunjukkan yang terbaik  setiap penyusunan  .

maka bertebarlah kamu versi 2

balik kuliah terus buka komputer sebab memang dalam hati nak update blog. Bukan untuk tatapan umum tapi skadar perkongsian. Saya bukanlah insan yang pandai mengarang seprti penagarang terkenal yang ada bakat menulis. tapi saya nak usaha. hmm  susah mmg susah kalau sudah lama tidak menulis.

"ceritakan pada orang yang kamu boleh buat ." kakak X berikan nasehat pada saya.
kakak X mmg pandai, malah penulisannya terkenal dan dibaca ramai orang. mungkin kerana bakat yang dia ada. tapi itu sampigan. dia selalu pesan, kalau kita yang tidak mulakan sesuatu, maka tiadalah peningkatan dalam diri. Sama dalam penulisan. ada orang tulis pasal diri dia, keluarga dia pengalaman dia dan macam-macam lagi. Tapi yang penting kita menulis bukanlah untuk banggakan2 setiap bait itu, namun yang penting isinya moga mendapat ibrah dan ganjaran bagi yang membaca. thnx akak! ^^

sambungan jelajah jordan saya...
hari kedua

# wadi rum #
wadi rum adalah sebuah perkampungan arab pendalaman. terletak jauh dari bandar menyebabkan mereka hidup berkampungan disitu. Apa yang menarik disini ialah kawasan ini berdekatan dengan durun padang pasir yang terik. sungguh ini padang pasir yang panas, deburan halus.
ini adalah gambaran dari atas, saya menaiki satu bukit yang agak tinggi untuk melihat permandangan yang indah begini. it worthly^^
Berehat sebentar di atas bukit sebelum turun kebawah balik.
"Sekiranya kami turunkan Alquran ini kepada sebuah gunung, pasti kamu akan melihatnya tunduk terpecah belah disebabkan takut kepada Allah. Dan perumpamaan-perumpamaan itu kami buat untuk manusia agar mereka berfikir."
(Al-Hasyr :21)


# petra #
seterusnya pada waktu petang kami ke petra. sebuah tinggalan tamadun sejarah rom berabad dahulu.
Petra mempunyai banyak gunung-gunung yang seronok untuk doterokai . masa yang diperuntukkan di sana adalah selama 5-6 jam. tapi its seriously saddddd..becoz saya dan rombongan hanya sempat berada disana selama 3 jam shj. sbb dah malam
itu namanya himar. keldai kecik yang ada ksahnya dalam surah luqman.
Disini saya sempat merasai how to ride the camel. hahaha. sakit waa,,
mula-mula mmg excited kot nak naik, dan tak sampai 5 minit dah sakit sebab kene sandar tempat penahan dan lenguh peha :) tapi its okay, pengalaman. 







Salah satu senibina zaman dahulu di zaman tamadun rom benzaytin disini.
menarikan seni binanya ?
(2 org model yang hensem ^^)


# mu'tah #

malam itu kami menginap di mu"tah.
ahlein angin syita' . . . 
hari ketiga

# Qol'ah karak #
disini kami melihat permandangan yang cantik dari tempat ya g tinggi.
tiada sejarah y7ang diketahui sangat pasai ni,
sebabnya pakcik bus coster tu tetibe bawa ke tempat ni (mushkilah!) hehe
 # jabal nebo #
seterusnya kami ke jabal Nebo.
kami gelarkannya tempat org kristian buat Haji. memang inilah tempatnye kot.
Allahu, lihat tulisan di batu itu. Something yang berbeza dgn kita kan.
Berdoalah agar Allah sabitkan terus hati kita di jalan dakwah islamiyyah.
saya teringat sewaktu melalui suatu kawasan di sekita itu :
"bib, nanti lalu kat situ pandang je. jangan masuk taw! " kata kak amira.
hah mengapakah?
saya jeling. and that their Father. oooo tgh ampunkan dose org upenye.
# balad amman #
petang itu kami sampai di hotel penginapan di Amman. dan malam bershopping sakan :)

hari keempat

Hari itu hari keempat. saya berpisah dengan team jejoiy saya kerana kehadiran ayahanda tercinta disini. Ahlein... org cakap untungla awal2 datang jordan ayah dah datang melawat. ahah . kebetulan semua itu. perancangan Allah segalanya. tiada pernah terpikir Allah memudahkan urusan saat ini. Walid ke Jordan kerana urusan misi unutk membawa family semua ke Saudi Arabia. Doakan kami ya semua.

# ashabul kahfi#
kami ziarah ke ashabulkahfi. tempat 7 org pemuda yang tertidur selama 300 tahun.
tapi tak dapat masuk entrance gua tersebut, sebab pemagang kunci tak masuk kijo lagi ><

#Laut mati #
Then kami ke laut mati. memang hajat walid unutk merasa laut mati yang masin semasinnya dan dapat terapung. Saya turut merasakan tahap kemasinnan laut itu.
Ada orang berpendapat, katanya: buat apa ke sana tempat yang dilaknat Allah itu? saya terima. mungkin itu suatu persepsi. Saya hormat persepsi itu. mungkin sejarah silamnya yang mana ianya merupakan suatu tempat yang pernah dilaknat dimana kaum nabi hud diazab dan mereka diterbalikkan seluruhnya disitu.
Faktanya laut mati ialah suatu tempat yang paling rendah dibumi ini. juga merupakan laut yang tiada alirannya. hanya bertakung disitu yang sebelah dikuasai oleh negara jordan dan sebelah lagi negara israel. kandungan garamnya yang terlau kuat membuat tiada satu kehidupan pun yang hidup dalamnya. dan ada juga kajian saintifik mengatakan laut ini bagus untuk penaykit kulit dan mampu menyembuhkannya.
nampak tak muka gembira? hehe

haaa.. inilah bentuk garamnya yang tunjukkan kat korang.
see how kuatnya kandungan garam sampai boleh terbentuk pepejal garam ni.
serius masin air die kot.
Orang arab kalau mandi kat sini mesti bawa air masak dalam botol.
kerana tak sampai sepuluh minit dalam air mata akan pedih dan merah2.
so, kene basuh mata every 10 minit. uikkan.
#jabal Qol'ah#


Di jabal Qol'ah  kami diberi penerangan oleh tour guide arab.
Dicertitakan asal usul negara jordan dari bermula tamadun sehinggalah sekarang.
di Jabal menjadi tumpuan zaman ke zaman. setelah zaman itu berakhir, maka zaman tamadun baru pula yang menguasai. So tinggalan sejarahnya sungguh banyak.
Juga diceritakan, asalnya penduduk jordan ini kebanyak orang palestin .

ini adalah gereja yang ditinggalkan. dulunya gah dengan tiang yang kukuh itu. Tapi setelah kejadian gempa bumi, maka salah satunya terjatuh dan musnah.
oke! ni gamba semalam tu. tapi location kat jabal Qal'ah.
ni pasai pc bus laa... sebab tu jadi pening2. - make me phobia when once i look at coaster! LOL.
Petang itu bertolak pulang ke irbid . terimakasih sudi teman2 saya. :)
dan malam itu,walid belanja makan. 
makan ayam brousteeeedddd!!!!!!!! haha

hari keempat

 ke  ma'arikat yarmouk dan Umm Qoys,
jalan2 disana . ma'arikat yarmouk : tempat peperangan yarmouk. disitu ada replika pedang S Khalid Al-Walid dan jga papan tanda yang menerangkan stategi yang disusun. Awal peperangan, tentera muslimin akan menyalakan obor besar.


walid bersama Ajis.
Belakang sana adalah tasik galilieh (ntah laaaa..)
yang dipercayai nanti akan keluar nye yakjud dan makjud.
Dulu tasik ini milik orang islam. tapi tidak lagi sekarang. dirampas oleh israel

sekian sahaja jaulah saya sepanjang 4 hari. bestnya! moga Allah redha hari2 seterusnya.
doakan seterusnya hajat dihati untuk ke tanah haram. moga Allah permudahkan :)))