Bismillah...
"Akak bib mesti pandaikan?" Adoi, dan2 je nak jual soalan ni kat saya.
"eh, biasa je lah Salina,kat dalam dunia ini kan,Tiada yang susah melainkan kita usaha Salina", kataku ringkas. Adek istimewa itu hanya tersenyum apabila aku mengatakan begitu. Melihat keadaan fizikalnya yang kurang dimata insan biasa mengundang beberapa persoalan dibenak fikiran saya dan rakan2.
"Ish, macam mane orang boleh terima dia sebagai kawan study and betul ke orang tu ikhlas kawan dengan diya ea bib? Yelah cuba kau bayang, dalam keadaan diye macam tu kan, yang confirm kiter tengok pun ada yang tak kena, ader ke orang peduli kat dia?"
Soal yana ketika kami bersama naik tangga menuju ke bilik.
"Entah lah yana, aku kesian juga tengok diyer,jalan pun salalu sorang2."balasku ringkas...
Kesian! itu lah yang dapat digambarkan. Tadi saya n rakan2 (makteh, yana n mun2) terserempak dengan adek salina kat Maybank untuk urusan withdraw duit. Terkejutlah jugak, tetiba tengok adek ini disini, berseorangan. tiada teman disisi ataupun rakan yang menemani. Munkin berbeza dengan saya, even nak pergi bank pun yang jauhnya 4 kilometer, mesti berteman. Bukan takut, tapi mungkin menjaga, keselamatan, kena lintas jalan lagi, sibuk lagi petang2 waktu orang balik kerja ni, takut terserempak dengan anjing kat tengah jalan lah and sO on lah.
Yang pasti biarlah akak=akak yang menemani kamu, Salina. Salina adek sem 1,baru lagi di tempat saya belajar ini.Seorang yang saya kira istimewa,faham lah kan? ke nak terang...oke, saya explain sikit. Mungkin boleh dikategori orang kurang upaya, pelat ketika bercakap, cepat penat(sedar bila kami bersama pulang tadi dari bank ke asrama tadi). tapi salina tetap istimewa,still ingat nama saya, ^^ [k bib]. Cayalah salina. Gembira kot sebab diyer ingat nama kita. Tapi tadi dia cakap, dia tak makan lagi. seharian dari pagi.saya tanya kenapa, dan dia bilang:"ma indi nuqud". tahu tak maksudnya? ni translate nya: "saya tiada wang lah kak bib". Ayyo, dia tak makan lagi rupanya,bertahan sebab masalah kewangan,duit YP pun tak masuk lagi. Kesian, then belanja la diya sikit2. hehe...
Namun terfikir, semangat nye dia belajar. Saya teruja! serius! sebab dia orang first yang saya kenal, i mean, dia still nak sambung pengajian even keadaan diya yang tak seberapa itu. Banggalah saya tengok dia. Ops,saya lah kot, mungkin korang tak? mungkin juga ya. Mungkin kat kolej korang ade jugak insan istimewa macam salina. dan saya yakin orang yang lalui sahaja dapat merasakan perasaan sepeti saya ini. Apapun, Moga Salina berjaya dengan cemerlang ya. Ameen...
Ya Allah, sirami ukhwah kami ini dengan keberkatanmu. Moga kau lindungi adek istimewa ini walau dimana sahaja dia berada. Selamatkan Salina selalu,selematkan hambamu ini selalu juga. Jauhkan segala malapetaka juga keburukan dalam kehidupan kami.Petang tadi kami pulang dengan selamatnya. Hari ini hari saya terserempak then dapat teman pulang bersama2. tapi the next and next and next moment, agaknya siapa yang sudi menemani dia lagi? Harap2, adek Salina kuat walau dimana sekalipun...
kakakmu yang sedia membantu, cekallah kamu disitu...
No comments:
Post a Comment