Saturday, September 3, 2011

cerita budak yang riuh

Bismillah...

Hari ini rumah nenek riuh sekali. terjerit sana sini suara budak bermain. teringat zaman kanak2 dulu time semua sepupu balik kampung, pasti ada sahaja permainan yang difikirkan, tOk nenek keruan memikirkan kami yang terus terusan buat bising sehingga tak sedar ada orang datang ziarah beraya deekat rumah ni.

Itu kesah dahulu la, zaman kekanak-kanakan. Sekarang aku hanya menjadi seorang pemerhati. Melihat gelagat adik-adik saya yang berumur 6 ,7 tahun bermain bersama sepupu 2 nya. Riuh rendah betol. Dari pagi tadi, kami bersama2 terjun menerjah lautan yang terbentang luas di hadapan rumah tok ini. Bermandi manda lagi pagi tadi. Puas hati saya mandi pantai hari ni( hehe),kerana semalam terlampau irihati+jeles tengok mereka mandi di pantai. Ala2 snokerling, kami berendam hampir 2jam setengah. macam2 aksi renang dibuat, konon buat teror la. Siap beli goggle baru lagi tu-made by MYDIN. huhu. semata2 nak menyelam selam tengok dasar laut.

Sesudah mandi, confirm2 semua kelaparan. tokki cakap : ' sek2 LaaaapOOOOr dO'oh naik doh nih'
(bhs tganu). ye larh, siap2 bersiap, time berebut nasi pula. kebetulan hari ni, nasi lemak ikan yang cedap2 tu, hanya ada sikit jer, 6 bungkus . Maka, masing-masing yang kelaparan berebut.dan sepeti kebiasaan yang tua lah kene mengalah. Mengalah dengan gelagat budak kecik yang manja belake , merengek kelaparan nak nasi lemak tu.(sabor je lah~~hehe).


syafie dan said
bersama bermain di tepi pantai tanpa pengetahuan orang di pagi raya, 
tengok2 dekat tengah pantai tu dah.

Seronok betul biler berkumpul ramai2. Semalam umi ah melayan kami anak2 saudara. thnx belaja kami makan mcD . punyalah ramai yang beratur datang nak makan... thnx jugak kat ayahsu yang belanja KFC ..huhu.petang ni nak siap2 mandi lagi. nak tambah lagi koleksi ketam. esok, umi boleh buat ketam masak lemak!best nyer. tak sabar betol. tapi hari macam nak hujan pulak tengok nya. harap2 boleh mandi-manda pantai lagi. weeee~~~

2 comments:

  1. hehe,,,
    the blue boys is my youngest brother...

    and the yellow one is my cte lil cousin,

    ReplyDelete