Thursday, September 8, 2011

berpisah sementara

Bismillah...

Fifth batch IKip-yarmOuk ke jordan

2115, 
Selamat tiba dirumah, selepas selesai mengiringi senior2 batch ke-lima di Lapangan Terbang Sultan Haji Ahmad Shah yang akan berangkat ke Jordan. Tiba giliran mereka untuk meneruskan perjuangan di Jordan selama 2 tahun kerana perjanjian kontrak delegasi bersama Universiti Yarmouk, Jordan.

Esok jam 5a.m.(waktu tempatan), mereka akan tiba di tanah arab. Antara tanah yang diberkati yang menjadi imipian saya selama ini. Duhai hati, bersabarlah. teruskan perjuangan kamu disini dahulu ya, tiba masanya nanti ucapkanlah selamat tinggal bumi malaysia ini. Waktu itu pasti kamu akan merasai kepedihan berpisah dengan keluarga, sanak saudara pula.

Hari ini kalian pergi. pergi dengan seribu harapan yang menggunung. Waktu mereka dilepaskan ke ibubapa masing-masing sebelum waktu terakhir berkumpul untuk pelepasan,jelas di mata mereka semua air mata kesedihan. Saya yang hanya memerhati dari jauh merasai kesayuan di hati mereka. Tatkala laungan azan itu, keadaan sayu menyelubungi jiwa mereka, keadaan seketika sunyi, esakan mereka tenggelam dek sedihnya akan berpisah dengan keluarga mereka.

Namun inilah jihadnya, jihadnya memperjuangkan diri dengan terus mencari kekuatan diri. Di bahu kita pastinya tergalas tugasan tersendiri yang menjadi target kendiri untuk menggapai impian cita-cita. Selamat maju jaya buat kalian kakak2 dan abang2 senior. Waktu 2 tahun bersama kalian di ikip amat bermakna. terasa begitu sekejap masa itu berlalu.Tunjuk ajar kalian, perkongsian hidup,kenangan bersama selama 2 sem memberi kebahgian dalam ukhwah kita bersama.

Buat kakak senior k  Balqis, k  Aisyah, k ceah,k Farhanah, k Eja, k Nora, kak bell, kak wa, k sarah,k una, k hfsha,k soleh,k husna, k intan...
Selamat maju jaya, Moga selamat sampai disana,serta terus bersemanagt study di bumi kinanah sana. Doa bib dari sini agat kalian terus semangat meneruskan perjuangan di sana, tunggu kedatangan bib ya, ^^

mood: nervOus to be a 'SENIOR' for the next sem. (12/9/2011)

2 comments:

  1. Habibah,
    akak ingat kamu student uia.
    alhamdulillah,bakal ke jordan rupanya.
    aja-aja fighting.
    next sem kamu dah jadi senior.
    kena jadi contoh kat junior. ^^

    ReplyDelete
  2. hehe,,
    takla kolej bese je,,,
    kalu ade kelapangan, insyAllah boleyh jumpa kat uia nanti( tu pun kalu bib pegi sne la,)

    Doakan bib ye.. thnxx :)

    ReplyDelete